Engagement Fund ;)

Friday, 29 April 2011

Van Pos Laju

"Dik, ko tak beli baju lagi ke?" Ini soalan Abah beberapa ketika dulu waktu nampak van Pos Laju. Hahaha... Abah dah tau anak dia ni suka beli baju dalam talian. Asal van Pos Laju datang je, barang aku la tu. Asal aku beli barang je, van Pos Laju datang. Lebih mudah sebenarnya beli barang dalam talian. Tak perlu nak pening kepala cari tempat letak kereta atau sakit hati sebab orang lain ambik parking yang patutnya hak kita. Baru-baru ni, aku ternampak orang pakai baju kurung daripada kain sari. Maka dah simpan angan-angan nak beli untuk raya nanti.

Al-kisahnya, sebaik saja Bank Islam menghantar peringatan mesra tentang duit yang masuk di N6085, aku buka semula bajet untuk bulan ni. Tiap bulan aku buat bajet. Jalan tak jalan, belakang kira. Kahkahkah... Nak beli itu, nak beli ini. Paling utama, ketepikan untuk Pesta Buku. Itu tujuan utama. Lepas melabur di Pesta Buku, ada saki baki. Terjumpa satu blog yang jual kain sari dari India. Mula-mula nak tahan je, tunggu bulan depan punya gaji. Sekali, status baju tu asyik sold out je. Ish, tak boleh jadi ni. Korek-korek sikit, aku tempah jugak baju tu. Kahkahkah.... Sengal betul. Kalau nak buat raya, memang dah kena hantar pada tukang jahit. Bila dah biasa pakai baju tempah, rasa tak seronok juga bila beli baju siap. Maka terus aku e-mail pertanyaan mengenai baju yang berkenan dihati tu.

Servis memang bagus sebab tindak balasnya cepat. Bila dah pasti ada lagi baju yang aku nak, maka aku pun ok je. Tengah harinya, dia balas lagi e-mail aku beserta nombor siri bungkusan. ? (tanda soal besar). Aikkkk? Bayaran belum buat, tapi kenapa dah ada nombor siri bungkusan? Ok, takpe. Mungkin bungkusannya dah ada kot. Dah bungkus siap-siap dan bila bayaran dah disahkan, baru pos. Aku cakap, nak pindah bayaran malamnya. Tapi tak sempat pulak. Jadi keesokan paginya aku bagi tau belum sempat nak pindah bayaran. Sekali dia mesej "InsyaAllah kain sampai hari ni, mungkin petang. Thanks farahin." Heh, biar betul? Kelam kabut aku balas mesej cakap tak bayar lagi. Risau je dalam hati ni sebab orang percaya sangat pada kita. Yelah, jumpa pun tak pernah. Cuma berurusan melalui e-mail dan SMS saja, mau tak cuak? Jadi, tengah hari tu, aku lari ke Maybank kejap bank in bayaran. Mesti ada orang kata, "Sekarang kan boleh pakai online je? Apa pasal nak pergi bank?" Habih kalau urusan online bermasalah, acane?

Petang tu dalam pukul 3++, dapat panggilan dari kaunter depan kata ada pelajar nak jumpa. Waktu jumpa budak tu, aku nampak Abang Pos Laju masuk. Dekat tangan dia ada la beberapa bungkusan dan ada 1 satu bungkusan yang agak besar. Dalam hati, "Baju akukah itu?". Jadi, habis je cakap dengan budak tu, aku terus ke kaunter. Tengok nama penerima. Ya betul! Itu adalah baju aku. Jadi, inilah kali pertama aku berurus niaga dalam talian yang dihantar dulu barangnya sebelum pembayaran dibuat. Luar biasa bukan? Kalau akulah, tak takut ke kalau orang tipu? Tapi aku memang takkan la nak menipu duit orang kan. Bukannya murah. Serius buat aku cuak. Apa pun, terima kasih kepada pihak Sareewala kerana mempercayai saya. Maka tak adalah lagi van Pos Laju datang ke rumah sebab aku guna alamat pejabat. Bukan suka hati je tau guna alamat pejabat tu. Dah tanya bos dah boleh ke tak. Bila kata boleh, baru aku buat. Kalau hantar ke rumah pun belum tentu ada orang kat rumah waktu dia nak hantar kan.

Bahan untuk buat Punjabi Suit. Tidak la aku buat Baju Punjabi, nak mintak Kak Wan jahitkan baju kurung. Siap ada selendang dia. Nampak gaya aku kena belajar lilit selendang dengan Faien sebab selendang dia adalah panjang dan agak lebar.

 Kasi dekat sikit...

Kain sari berlabuci. Panjangnya 6 meter. Boleh dapat 2 helai baju kot.

Kalau anda berminat, boleh la buat lawatan tapak ke Sareewala. Coraknya memang cantik-cantik dan cepat je habis. Lagi satu tempat aku beli baju adalah di E-Boutiqueliving. Jubahnya cantik-cantik dan tempoh hari pihak butik mencari nama yang sesuai untuk jubah rekaan terbaru mereka. Aku pun saja cuba nasib. Alhamdulillah, nama yang aku cadangkan terpilih. Maka dapatlah hadiah yang dijanjikan. Bertambah koleksi I. Hehehe... Kalau minat nak beli, boleh tekan di sini. Ini dia jubah Nailah. Nama yang diberi oleh ku. Hehehe...


No comments: