Engagement Fund ;)

Tuesday, 31 May 2011

Berbulu Aku Dibuatnya

Okeh, sesiapa yang berkawan dengan aku dekat FB, dah tau la cerita bulu ni. Minggu lepas, aku panggil ketua kelas untuk kedua-dua kelas semester 2 yang aku ajar. Bincang punya bincang, aku pun masuk balik dalam pejabat. Masuk-masuk je Kak Rin tanya apa entah, aku tak ingat dah. Tapi ada la aku cakap nak buat kelas tambahan untuk mereka. Maka keluarlah dialog ini;

Kak Rin : "Berbulu budak-budak tu ko buat kelas dekat-dekat nak periksa ni."
Aku: "Lantak situ. Diorang yang punya pasal. Siapa suruh tak bersedia untuk pembentangan waktu kelas haritu?"

Merekalah yang telah membazirkan masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dalam waktu kelas, bukan aku. Aku dah bagi cukup masa untuk bersedia. Bagi peluang lagi untuk mereka dengan bertolak ansur untuk tidak terus memberi telur ayam, pun tak bersyukur juga. Sibuk nak outing. Habih, kamu ingat saya ni tak nak balik rumah cepat ke? Ish, sabar jelah. Sem depan aku nak bagi telur ayam terus kalau ada sesiapa yang buat perangai macam ni lagi. Heh... Sempena dengan entri terakhir bulan Mei ni, nah dengar lagu bertajuk Peluang yang dinyanyikan oleh 5 Orang untuk Bertarung.

2 comments:

Sarah Yasmin Azizan said...

sabar wahai sahabat... jadi pendidik ni banyak dugaannya...sabar ye... kalau diorang buat perangai, bagi je telur ayam gred c busuk :)

farae al-farafisya said...

Mimynn....terima kasih sahabat...ini kira sabar lagilah ni...kalau tak sabar, memang dah bagi telur ayam siap2....hehehe.