Engagement Fund ;)

Sunday, 15 May 2011

Berjaya Menggagahkan Diri

Alhamdulillah, berjaya juga main masak-masak hari Jumaat lepas. Memang dah lama cadangnya nak masak sesuatu untuk mereka yang agak rapat di pejabat tapi baru hari ini tercapai. Itu pun selepas angin ribut gigih datang melanda. Petang Khamis balik kerja terus ziarah Econsave. Lengkapkan bahan-bahan nak masak. Daging kisar dah ada dua bungkus. Beli sebab ingat nak buat lasagna, tapi oven rosak pulak. Maka terus melencong buat spagetti hari ni. Jadinya malam tadi siapkan semua bahan. Buat sos pasta resepi Rachael Ray, hiris cendawan dan sosej.

Paginya, terjaga agak lewat. Tapi gigih juga ke dapur lepas solat. Walaupun tinggal campak-campak je, kelam kabut juga sebab baju belum gosok. Bajet bangun awal dari biasa kan, sudahnya sambil masak, sambil gosok baju. Gigih kan? Hahahaha... Mujurlah sempat. Dalam perjalanan nak ke pejabat, aku terfikir cukup rasa ke spagetti aku ni? Nak bagi orang makan ni, kalau tak cukup rasa, kesian mereka. Aku memang tak suka rasa masakan kalau masak, dari dulu lagi. Waktu arwah mak ada, mak tolong rasakan cukup ke tak garam gulanya. Sekarang ni, aku tawakal je campak apa yang patut. Hehehe...

Datang pejabat pulak, ada akak belanja nasi lemak. Alhamdulillah, rezeki. Aku makan nasi lemak sementara mereka makan spagetti. Kadang-kadang tukang masak tak selera makan masakan sendiri. Tapi rasa juga sikit la, nak tau cukup rasa ke tak. Pada aku, okey la cuma macam tawar sikit. Orang lain, tak komen apa-apa pulak. Tapi ada yang bertambah, okey la kot. Hehehe... Tengah harinya tak balik rumah pun. Ingat nak kemaskini blog memandangkan waktu rehat hari Jumaat lama. Tapi, Blogger sedang diselenggara pulak. Maka keluarlah makan tengah hari dengan Kak Eza dan Kak Dayah. Singgah Tupperware, nak tempah Tupperware keluaran khas untuk raya nanti. Sebab dia warna hijau, maka aku pun nak jugak. Dalam pada tu, pasang niat nak beli Lime-lemon Rectangular yang merupakan keluaran terhad. Disebabkan dah nak habis kempen, maka berputih matalah ye.

Gambar katalog dari sini

Sesiapa yang ada beli terlebih dan nak rasa nak jual, meh jual kat aku. Ini betul-betul, bukan cubaan.

No comments: