Engagement Fund ;)

Friday, 27 May 2011

Kekal Sihat Secara Semulajadi

Naskhah Reader's Digest Jun telah selamat sampai tapi kali ni nak kongsi sedikit info daripada Reader's Digest edisi Mei. Petua untuk kekal sihat tanpa perlu bersusah payah. Hanya menggunakan kaedah semulajadi. Apa yang penting, tahu keadaan badan kita. Macam mana nak tahu? Banyakkan membaca. Salah satu buku yang aku syorkan adalah Eat Right For Your Type karya Dr. Peter D'Adamo. Selain tu, boleh juga baca majalah-majalah berkenaan kesihatan macam Rapi atau i Sihat. Ini cuma info pendek je ye. Nak info panjang dan lengkap, boleh cari buku-buku yang berkaitan.

Nak kurus?
Timbang berat anda hanya seminggu sekali kerana berdasarkan kajian National Weight Control Registry US, mereka yang menimbang berat badan sekali seminggu berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 13 kilogram setahun.

Senaman
Waktu terbaik untuk bersenam adalah di antara jam 4 petang hingga 8 malam kerana pada waktu tersebut kekuatan dan ketahanan otot-otot kita meningkat sebanyak 5 peratus dan kebarangkalian untuk tercedera sewaktu melakukan senaman adalah rendah. 

Makan Malam Lebih Awal
Makan malam lebih awal untuk mengelakkan berat badan bertambah secara mendadak. Sekiranya anda sudah mengikuti diet yang sempurna tetapi berat badan tidak juga berkurang, cuba ambil makan malam sejam lebih awal daripada waktu biasa.

Sarapan di Tempat yang Terang
Apa kaitan pulak? Tempat sarapan memainkan peranan dalam kitaran biologi tubuh. Apabila anda bersarapan di tempat terang atau terbuka, badan anda akan terdedah kepada cahaya terang sekaligus memberi isyarat kepada sistem untuk bersedia menghadapi aktiviti waktu siang dan membantu waktu tidur anda di waktu malam.

Penjagaan Kesihatan
Pemeriksaan tekanan darah seeloknya dilakukan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam kerana kedua-dua keadaan adalah berbeza. Tekanan darah akan turun pada waktu malam dan berada pada paras tertinggi pada awal pagi. Petua Rasulullah untuk menyeimbangkan keadaan ini adalah jangan tinggalkan makan malam kerana orang yang tidak makan pada waktu malam akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Akhir sekali, bagi yang menghadapi masalah untuk tidur, amalkan perkara-perkara ini;
  • Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari
  • Kekal aktif dan banyak melakukan aktiviti luar pada waktu siang
  • Elakkan untuk tidur pada waktu siang walaupun sebentar
  • Elakkan kafein selepas waktu tengah hari
  • Pastikan suhu bilik tidur stabil; tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Jangan letakkan TV atau gunakan laptop dalam bilik tidur anda

Sekian, terima kasih kepada Reader's Digest kerana mengetengahkan isu menarik pada bulan Mei ini. Semoga bermanfaat...

No comments: