Engagement Fund ;)

Sunday, 22 May 2011

Penculikan Yang Terkantoi

Ini peristiwa Selasa lepas. Sempena cuti Hari Wesak, aku pun memandu Mrs. Kanc ke Shah Alam. Tujuannya nak menghantar soalan kaji selidik yang diberi oleh Kak Chik 2 bulan lalu. Gila lama aku pegang soalan tu. Bila pergi Shah Alam je, asyik lupa nak bawa. Jadinya, hari Selasa tu aku gigihkan diri juga memandu ke Shah Alam. Tak tenang hati selagi aku tak serah soalan tu. Hehehe... Sampai sana pun dah petang. Kak Chik siap dah beli sekotak teh Boh uncang. Cadangnya nak buat air teh dan goreng karipap untuk aku. Tapi aku pulak ajak beliau keluar ngeteh. Kehkehkeh.... Lain kali saya datang minum teh rumah awak ye Sedari. Alang-alang dah sampai Shah Alam, aku terus buat agenda bidan terjun untuk sepanjang hari tu. Lepas tak jadi minum teh Kak Chik, kami ke Mc Donalds Seksyen 3 untuk berjumpa seorang kenalan untuk menyerahkan bungkusan ni.

Yang berisi buku ini...

Kami ni, sangat berkeinginan untuk tahu bagaimana rupa buku di dalam kotak antik tu. Jadi, kami telah memaksa si penerima tadi buka juga kotak tu kat situ. Kalut dia mengoyak plastik buku tu. Kahkahkah... Cantik rupanya buku dia dalam tu. Ingatkan guna kertas kitar semula. Rupanya guna kertas cantik. Berbaloi-baloilah orang kata. Lepas daripada tu, kami menuju ke SUK. Mangsa culik ada program pulak kat sana. Waktu aku telefon mangsa culik tu cakap nak bagi sesuatu, terus dia cakap; "Oh, akak nak bagi kad wangi ye?" Heh, tenang. Asal kata nak bagi sesuatu je, mesti orang teka kad wangi. Sabar dik. Hehehe.. Sampai sana je, hujan lebat. Maka aku pun terus pandu masuk ke bawah bangunan dan terpaksa berhenti di hadapan pintu utama. Cakap-cakap kejap, kami kata nak culik beliau. Sebab tak bawa IC, maka aku suruh la ambik barang-barang yang sepatutnya dulu. Sekali, lama pulak dia pergi ambik barang tu sampai pakcik jaga tu tegur kami. Kantoilah projek kami nak culik Faien. Hahaha... Waktu keluar dari SUK, hujan selebatnya. Takut juga memandu dalam keadaan begitu. Demi roti bakar dan kopi panas, aku sanggup juga redah hujan tu.




Lama betul tak jumpa Cik Faien ni. Maka kami bawa beliau ke Pak Hailam Kopitiam di Tesco untuk makan sambil berbual. Satu-satunya kopitiam yang mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Perut masing-masing lapar, semua nampak sedap la kan. Lama gila kami pilih makanan sebab semua nampak sedap. Hahaha... Akhirnya, inilah yang kami pilih.





Roti bakar kureng sebab dah sejuk waktu sampai pada kami. Nasib baik inti dia banyak dan sedap. Nasi ayam dia pun kureng. Nasi goreng dia sedap. Air kopi dia kureng sebab tak cukup. Kahkahkah... kecik sangat cawannya. Wantan dan wedges dia sedap cuma tak habis sebab dah kenyang. Dah habis melantak, aku serahkan 'sesuatu' tu pada Faien. Bukan kad wangi la, kerepek yang awak idamkan tu je. Hehehe... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk akak dan Kak Tini ye. Lain kali kita pergi lagi ye.

No comments: