Engagement Fund ;)

Tuesday, 31 May 2011

Pertama kali

Eh, tadi kan dah kata entri terakhir? Hahaha... Bulan ni terlebih rajin menaip. Siang tadi sibuk mengisi borang tuntutan. Sedikit bermasalah sebabnya segala butiran dihantar ke email rasmi dan email rasmi aku tak boleh buka. Terbaeeekk (kata BoboiBoy). Minta tolong Encik Awi set dalam laptop pun hampeh. Laptop ni pun nak kena format kot. Buka dalam website ILP pun kosong manjang. Akhirnya, kenalah minta butiran tu secara manual. Ok, untuk lengkapkan borang tu, kena ada segala macam benda yang membolehkan permohonan diproses termasuk penyata bank. Orang lain lepak je pergi cetak daripada website bank masing-masing. Aku? Kena la berkejar ke Bank Islam ambil penyata tu sebab ada masalah sikit dengan akaun dalam talian. Nak baik pulih, kena tunggu operator Bank Islam angkat telefon sambil dengan iklan i-Tap berkali-kali. Nantilah dulu.


Credit to this site for the photo

Jadi dalam pukul 3 lebih, aku minta kebenaran nak keluar ke bank.Pertama kali ni nak cetak penyata. Kak Ila kata, cetak dari mesin je. Tapi sebab pertama kali, aku jadilah kalut. Masuk-masuk, aku tekan nombor dulu sebab orang ramai gila. Persediaan kalau-kalau mesin pencetak penyata tu tak wujud, kena berurusan di kaunter. Lepas tu, aku tengok la dekat deretan mesin-mesin yang ada. OH, nasib baik ada mesinnya. Kalut-kalut aku masukkan kad bank. Lepas tu ikut arahan yang terpapar dengan gelabah. Yang sengalnya, aku kena ulang proses tu dua kali dan menyebabkan aku rugi sehengget. Sebabnya, mula-mula dia tulis "percetakan dalam proses". Jadi aku tunggu la. Lepas tu, ada dah terjulur keluar sikit kertas kat tempat penyata tu patut keluar. Tapi seingat aku dia tak ada tulis "sila ambil penyata" cuma terus tulis "sila ambil kad anda". Aku pun tarik la kad keluar sambil dok menunggu kot-kot kertas tu terjulur keluar banyak. Cuba juga tarik, tapi macam tersekat. Macam aje, padahal kalau aku tarik terus, selamat sehengget aku. Rupanya dia masuk balik. Haiyoo, kenalah buat balik semula. Tak apalah, semua benda ada pertama kalinya kan? Lepas ni dah tau dah kalau terjulur je kertas tu, dah boleh terus tarik. Jangan tunggu dia nak keluar sekeping. Cessss..........

No comments: