Engagement Fund ;)

Sunday, 22 May 2011

Selesai Sudah

Semalam seharian berkampung di ILP. Sehari sebelumnya aku keluar pejabat jam 7 lebih. Langit pun dah gelap. Ini semua gara-gara menyiapkan persiapan terakhir sebelum hari kejadian. Kali ni, aku diletakkan di bawah AJK Cenderahati dan Hadiah. Memanglah, semua program yang berlangsung tetap ada kekurangan dan kecacatan. Tapi, semuanya hanya diketahui oleh orang yang menguruskan saja. Tetamu, akan nampak yang baik-baik saja. Paginya, hujan. Tapi dalam pukul 10, hujan dah berhenti. Alhamdulillah. Tak dapat dengar pun Luncheon Talk sebab kena jaga kaunter. Tapi sempat juga tengok perasmian dan saat menandatangani MOU antara Mitsubishi dengan JTM. Dapatlah tengok robot yang sibuk diperkatakan tu.

 Antara tenaga kerahan sebelum hari kejadian...

 Askar-askar bantuan...

Gigih menyiapkan buku program menggunakan cara manual

Lepas habis tugas, tak merayap kemana pun. Cuma duduk kejap dalam dewan tengok persembahan. Ada la artis jemputan jugak. Juara bintang 60-an MAYC, Sani dengan Iqwal. Minta maaf cakap, aku tak berapa nak kenal artis-artis baru ni. Hahaha... Duit memang selamat walaupun banyak gerai sebab AJK memang dapat makan. 4 kali makan. Pagi, sarapannya nasi lemak dengan 2 jenis kuih. Tengah hari, nasi putih + rendang ayam + daging masak lada hitam + ikan masak masam manis + tauhu jepun tak-tahu-masak-apa + sayur campur + ulam-ulaman + sambal belacan. Lepas tu, pencuci mulut dia yang paling tak boleh belah. Ada apam kukus, pulut + serawa durian, kuih cara manis, buah-buahan dan popia goreng. Minum petang pulak, bihun goreng singapura + kuih 2 jenis + bubur kacang. Malam, lepas habis Forum, ada makan malam pulak. Menunya pulak nasi putih + daging merah + ayam goreng rempah + sambal udang + sayur campur + ulam-ulaman + sambal belacan termasuk pencuci mulut berupa buah-buahan dan puding jagung. Cecakap, camano makcik nak kurus macam dolu-dolu? Dulu, aku bantai makan nasi lemak tengah malam pun, masih boleh pakai baju saiz M. Sekarang? kirim salam. Hiks...Kena disiplin lebih ni.

Forum malam tu, seronok. Panel jemputan adalah Imam Muda Asyraf dengan Ustaz Husni daripada PPZ Pahang kalau tak silap. InsyaAllah nanti aku ulas apa yang dibincangkan dalam forum tu. Ini kali kedua Imam Muda Asyraf sampai ke ILP. Sebelum ni ceramah Maulidur Rasul pun dia yang sampaikan. Anak-anak murid dapat cuti esok. Cikgu-cikgu yang duduk di bengkel pun boleh cuti esok. Tapi cikgu-cikgu yang duduk di pejabat pentadbiran kena datang kerja. Cuti hari lain. Selamat bekerja lah ye...

No comments: