Engagement Fund ;)

Sunday, 29 May 2011

Tak Produktif

Tiap kali hari Ahad je, mesti kemalasan berganda-ganda lagi-lagi kalau hari Sabtunya ada kerja. Baik, untuk dapatkan sesuatu, perlu korbankan sesuatu. Sila jangan merungut. Semalam petang lepas habis kerja lepak-lepak kejap sebelum bersiap untuk ke Klang menghadiri perkahwinan salah seorang anak buahku memandangkan hari ni tak ada kenderaan nak bergerak. Semalam juga dapat satu lagi jemputan majlis perkahwinan kawan di Maahad dulu. 19 Jun nanti. Rasanya tarikh tu masih kosong. Minta-mintalah tak ada hal 19 haribulan tu. Semalam pun ada satu jemputan dari kawan Maahad jugak. Tapi tak dapat la nak pergi kan sebab ada kerja.

Fatheen kata aku punya majlis tak lama dah. Banyak la ko Ten. Aku tunggu 2 tahun lagi sebab ko kata lepas 2 tahun ko nak bagi hadiah best. Aku nak Corelle satu set. Hahaha... Ada berani? Sekarang ni aku dok mengumpul kad jemputan kawan-kawan dulu la ye.

Sekarang ni, aku ada masalah. Kebelakangan ni orang kata Blogger asyik buat hal aje. Tak boleh nak log in kadang-kadang dan it is so true. Masalahnya, sejak aku install Firefox 4, langsung tak boleh nak log in Blogger dan laptop jadi lembap semacam je. Apasal ek? Nasib baik ada Internet Explorer dan Google Chrome. Kalau tak meroyan la aku tak dapat membebel kat sini. Hehehe... Dah la minggu lepas macam-macam hal jadi. Benda yang sepatutnya aku kena buat, aku lupa nak buat. Benda yang boleh ditangguhkan dulu, aku dah buat siap-siap. Kelam kabut jadinya. Semester ni agak bermasalah sikit budak sem 1. Diorang tak hantar tugasan, aku yang risau. Padahal diorang boleh selamba badak je. Geramnya... Berbuih mulut aku suruh hantar tugasan. Ugut nak bagi kosong pun boleh selamba yaya lagi. Bukan cikgu-cikgu subjek umum dan cikgu-cikgu di bengkel je yang mengeluh. AJK JTP pun tak larat dah nak dengar nama budak-budak bermasalah ni. Baru hari ni bersidang, esok sampai lagi aduan daripada pengajar lain pulak. Baru nak jatuhkan hukuman, dah kena fikir hukuman baru. Acane?

Hari Rabu lepas, aku jaga kelas Kak Dayah untuk mereka buat ujian. Dua orang budak bermasalah ni datang kelas dengan muka cargas sambil bawa surat kebenaran nak ke klinik. Sorang kata demam, sorang kata pening sambil gelak-gelak. Kalau ko, ko bagi ke? Kirim salam aku nak sain surat kebenaran tu. Sekali tu, boleh pulak dua orang ni selamba badak keluar kelas macam tu aje? Sabar...sabar...sabar... Lantak pi hanglah. Tak tau dah nak buat apa. Cikgu-cikgu lain pun tak nak percaya dah auta diorang ni. Bayangkan, tiap kali hari Rabu je sakit, tiap kali hari Rabu je sakit. Siapa nak percaya? Minggu esok ni, minggu terakhir sesi pembelajaran sebelum peperiksaan akhir. Harapnya tak ada lagi masalah yang akan timbul.


Gambar hiasan semata-mata. Tidak kena mengena dengan budak bermasalah yang tersebut di atas. Ini budak-budak sem 2 waktu ujian haritu. Budak yang paling depan ni, dari mula sampai habis cot cet cot cet. Dalam kelas biasa pun macam tu jugak sampai aku cakap nak tampal dengan pita pelekat. Terus satu kelas bersorak. Rupanya dah pernah kena dengan cikgu lain. Sepanjang mengajar kat sini, kelas ini yang paling meriah rasanya.

No comments: