Engagement Fund ;)

Friday, 17 June 2011

Pakai GPS pun boleh sesat...

Kawasan institut dah mula sunyi kerana budak-budak beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka akan bercuti selama kurang lebih sebulan sebelum mula semester baru. Peperiksaan terakhir adalah pada Rabu lepas. Kertas BI semester 2 adalah pada Selasa petang dan kertas BI semester 1 adalah pada Rabu pagi. Macam biasa, pantang aku meronda, masing-masing pakat angkat tangan nak tanya. Tanya macam mana nak buat, tak apa jugak. Ini tanya jawapan. Apakah? Bila tengok soalan semester 2 buat pertama kali, aku lega sebab semua yang diajar adalah keluar. Memang syukur sangat. Tapi pada masa kejadian, aku terasa nak siku sorang-sorang bila mereka tak ingat apakah yang dimaksudkan dengan abbreviation. Ada sorang tu tanya; "Miss, abbreviation ni apa?" Aku dah pandang dia sampai tembus. "This is the first topic on your syllabus. I even gave you a quiz on this topic." Sekalik dia jawab; "Ye ke Miss? Ada buat kuiz ke tak pun, saya tak ingat dah." Waktu tu memang aku tak jadi nak bagi hint terus tentang apakah yang dimaksudkan dengan abbreviation. Ekau pikirlah sendiri. Susah payah haku tanda kuiz diorang dan pulang balik pada mereka dengan harapan membantulah bila nak periksa nanti. Harammm...

Lantak situ. Ramai jugak yang tanya dan aku tak adalah nak tolong sangat pun. Cuma bagi hint gitu-gitu je sebab Ketua Pengawas tu pandang baekkk punya kat aku. Dia takut aku tolong jawabkan untuk budak-budak kot. Hahaha... Tapi budak-budak Raj tak ramai yang bertanya. Adakah kerana Raj garang maka mereka tak berani nak angkat tangan dan tanya macam-macam? Hanya mereka yang tahu. Semester 1, tak berapa ramai nak tanya. Soalan semuanya tentang grammar. Senang kacang je. Grammar biasa-biasa, bukan grammar tahap gaban. Ini pun aku banyak la juga bagi hint sebab aku faham tahap diorang macam mana. 

Tarikh akhir hantar markah adalah 21 Jun. Tapi semalam aku pulun tanda semua kertas dan buat sasaran; 'kalau aku habis tanda semua soalan ni, aku nak reward diri dengan handphone baru balik kerja karang.' Over kau, beli telefon bimbit baru sebab dapat habis menanda kertas peperiksaan awal. Kahkahkah... Aku berjaya menanda sampai habis! Maka terus aku bergegas balik nak cari telefon baru. Gila kentang!!! Kedai Nokia yang aku pergi dulu, dah tak meriah. Maka aku singgah ke The Store sebab kat situ banyak gerai-gerai kecil jual telefon. Memang dah buat kajian tentang satu model ni. Memang dah tertarik habislah ni sebab dia ada warna hijau. Sekalik semalam, aku tanya pada Cik tu dia kata tak ada warna hijau. Alaaaaa... nak warna hijau. Macam fikir lama juga sebab dia pergi bawak keluar model lain Makcik Norkiah beserta model  Brother Eric, Uncle Sam, Kak LG dan juga Pakcik MatDolah. Terus haku tak tau nak beli yang mana satu. Pulak tu, model yang aku suka tu memang tak ada GPS bagai dan model-model yang dia promosi semua ada GPS belaka dan harga pun masih dalam bajet. Blank terus..... Lama juga aku bersoal jawab dengan dia sebelum minta diri. Haish... camano ni? Aku tak adalah heran sangat GPS tu sebab pernah guna GPS, tak jumpa jugak jalan yang dicari. Baik aku minta khidmat Pakcik Google Map je kan? Tapi, sekarang aku tak tau dah nak beli yang mana satu sebab agak tergugat jugalah dengan telefon berGPS yang harganya lebih kurang dengan yang tiada GPS tu. Payah-payah, aku laburkan duit tu kat Hajaba karang. Diskaun 70% untuk baju-baju dia yang rakyat marhaen macam aku tak mampu beli dengan harga biasa. Hehehe...

Dulu, haku berangan nak beli model Kak LG yang ni;
Gambar ehsan dari sini

Tapi lepas timbang, tambah, tolak, darab dan bahagi, aku lupakan saja hasrat murni tu sebab harga dia macam tak berbaloi. Memori dalaman pun tak banyak untuk aku yang suka simpan mesej orang buat pekasam ni.

Lepas tu aku nampak Makcik Norkiah tunjuk model ni.
Gambar ehsan dari sini

Keypad besar dan ada skrin sentuh. Tertarik jugak walaupun tak ada warna hijau. Warna ungu lembut tu pun cantik dah. Merah jambu? Tak berapa nak kenan. Tapi bila baca dalam forum, ada banyak masalah, terus tak minat dah.


Disamping model ramping atas ni, aku terkenan juga dekat model ini...
Gambar ehsan dari sini

...sebab dia ada warna hijau. Tapi dia cuma guna skrin sentuh, tak ada keypad. Sebab dia ada warna hijau, aku letak juga dalam senarai menunggu. Harganya pun masih boleh tahan.


Akhirnya, inilah dia rupa model Makcik Norkiah yang buat aku tak lena tidur. Tak lena la sangat kan. Hahaha...
Gambar ehsan dari sini

Ciri-ciri dia bagus juga. Kamera 5 megapixel, ada flash, memori dalaman yang besar dan ada QWERTY keypad. Ada 3G jugak tau walaupun tak ada GPS. Pilihan warnanya pun menarik dan paling penting, dia ada warna hijau. Malangnya di Banting tak ada yang hijau ke memang kat Malaysia tak ada warna hijau? Aku rasa ada, cuma susah nak cari kot. Harga, masih dalam lingkungan model Norkiah lain yang tersebut di atas.

Jadi, macam mana? Aku bukan jenis yang kejap-kejap tukar model baru. Kejap-kejap tak lena tidur tengok telefon teknologi baru di pasaran. Tak.... Aku jenis yang pakai telefon sampai jahanam, baru fikir nak beli baru. Itu pun payah betul nak buat keputusan sebab kalau boleh, biarlah beli yang harganya tak terlalu mahal dan boleh tahan lama. Guna untuk telefon dan SMS je pun. Kalau ada kamera, bolehlah aku klik-klik tanpa segan silu. Satu kelebihan di situ. Internet, tak layan sangat sebab lagi masyuk mengadap laptop. Beli ikut kemampuan, bukan kemahuan. Bila dah rasa susah payah cari duit, barulah kita lebih menghargai duit yang dibelanjakan. Jadi, masih belum buat keputusan. N6085 aku ni pulak, makin nazak nampaknya. Dah sebulan lebih jugaklah dia tak bunyi. Haritu aku ada hentak dia sekali. Tiba-tiba dia berbunyi balik. Memang syukur sangat sebab sebelum tu dah baling dan campak, tak bunyi jugak. Tapi, langit tak panas hingga ke petang. Sehari je dia bunyi, lepas tu senyap balik. Terbaru, getarannya macam kejap ada kejap tak ada. Selain tu, Bluetooth memang dah lama kiok. Semoga muncullah X5 warna hijau di Banting ni.

6 comments:

Timun Laut said...

Ada 3 benda nak cakap.
1. Haritu asma ada gak usha2 biskut hapseng (nokia x5)tu kat sunway, tapi wane hijau memang nan ado la kak.. Yang ada wane itam, biru ngan pink je.. Hijau punya stock x keluar lagi kat malaysia kot.. entah la.

2. Raj garang ke kak? Rindu gila kat dia. Send my regards to him.

3. i love you! hehe. rindu akak jugak =)

farae al-farafisya said...

Akak pun nak cakap 3 benda jugak.
1. Biskut Hapseng?Hahaha..comel la pulok panggil biskut Hapseng...Apa? kat Malaysia tak ada warna hijau? ni yg rasa nak bakor je nokia ni..

2. Akak syak macam tu lah sebab tak ramai budak2 dia nak bertanya. Hehehe...I will...

3. I love u too..hehe..nnt nak kawen jgn lupa hantar kad...;)

aimannuha said...

meh aku doakan biauu ko jumpe macik norkiah idaman qolbu ko hadoo kaler ijauu eh. amen ameenn!;)
japp macik norkiah??? hahahaha gelak guling guling aku! pacik matdolah?? ohh apekahh?? gelak lagikk! hahahadoii
wehhh ko paling gile kat x5 tu ke???
mantoppp!
aku punyeee x2 jewww huwuuu
warna pun tak brapa nak menggoda okay bersyukurlahh~

farae al-farafisya said...

saje je kasik santai2...hehehe..
tulah, aku sbnrnya tak tau nak beli yg mana satu...
tgk x5 ni mcm unik je, aku terus buat kajian dan terus jatuh cinta...hehehe..
aku rasa warna ijau mmg tak kuar lagi atau takkan kuar kot kat malaysia ni..
x2 pun ok ape?yg penting berfungsi...
tak gitu? :)

aimannuha said...

ye gituhhhh hahaha
nak beli hebat hebat aku tak mampu
almaklum laaa pelajar kaannn hahah
ko memang zoh. dari dulu memang penggile hijau.
aku tau dah nanti nak pakai baju kaler ape g kenduri ko hahaha

farae al-farafisya said...

aku pun takdelah nak yg hebat..
cari yg termampu je..hehehe..
hijau cantik tau..
warna kesukaan Rasulullah lagi...;)