Engagement Fund ;)

Monday, 21 February 2011

Mengidam Ke?

Tarikh Kejadian: 5 Februari 2011
Tempat Kejadian: Restoran Q Thai, Nilai

Dah nak habis bulan 2 baru aku terhegeh-hegeh tulis. Tak ada masalah, better late than never okay. Tag line baru ATN. Hahaha... Okeh, sempena hari lahir Abah dan Abang Paiz dapat gaji awal daripada adik dia + bonus Tahun Baru Cina, dia ajak makan kat luar nak sambut hari jadi Abah kononnya. Dia mesej aku masa aku dalam perjalanan pulang dari King's selepas membeli kek. Kemestian aku adalah kena ada kek untuk meraikan hari jadi. Selalu aku tempah kek dari Kak Ana. Tapi tahun ni macam ye tak ye aje, tu yang beli kek siap kat King's. Kenapa kat King's? Sebab aku nak cari kek yang tidak akan dikomen oleh Abah. Hehehe... Abah kureng sikit bab-bab kek berkrim ni. Mula-mula aku nak masak yang luar biasa je kat rumah. Bila orang ajak makan, maka saya yang menurut perintah gamaknya. Dah dia ajak makan, dia tanya aku kat mana yang best. Aku kata tempat ni, dia tak nak. Akhirnya dia kata nak makan steamboat. Dari haritu lagi dia dok cakap nak makan steamboat.

Kalau dulu, kami callo ke Restoran Nelayan Bangi. Steamboat yang murah dan best. Tapi sekarang dah tutup. Menggagau carik. Siap Google bagai. Mula-mula tanya kat Red Wok. Tutup pulak dah. Google lagi dan bukak forum kat Facebook. Semua ni Abang aku yang buat sebab dia yang mengidam. Hahaha... Akhirnya ada kawan dia bagi cadangan Restoran Q Thai kat Nilai. Konsepnya adalah tempat yang senang nak pergi biarpun jauh dari tempat kediaman. Maka aku yang kena telefon restoran tu tanya bukak ke tak dan tempah tempat sekali. Apasal aku pulak? Sebab dia kata dia dah cari. Gasak ko lah Bang. Ini nombor telefon Restoran Q Thai Nilai: 06 7999569. Senang nak cari tempatnya. Satu kawasan dengan Pasaraya Giant. Dekat situ jugak ada banyak lagi restoran 'pelik' yang tidak terdapat di Banting. Hehehe... Nak tau restoran apa, pergilah terjah sana.


Sampai-sampai je, penuh restoran tu. Nasib baik dah tempah meja tadi. Sebab baru pertama kali datang, agak termangu-mangu jugak mulanya. Tapi konsepnya macam restoran lain jugak. Duduk di meja dan pelayan akan datang ambil pesanan. Kalau tak tahu nak makan apa, pelayan tu boleh tolong syorkan. Kat sini ada dua kategori; buffet steamboat dan a la carte. Tempat makan pun terbahagi dua. Yang penuh sesak tentulah di bahagian buffet steamboat. Buffet steamboat pun terbahagi kepada dua; steamboat dan steamboat + grilled. Tak ingat nama spesifik dia. Mula-mula nak makan steamboat je. Bila nampak yang ada panggang-panggang ni, terus aku hasut Abang aku ambik yang panggang-panggang tu. Barulah Korea! Hahaha... Masa nilah nak kopak Pakcik Engineer Mesin ni. Muahahaha *gelak jahat* Harganya tak jauh beza. Steamboat saja RM 22 +. Steamboat + grilled pulak RM 27 +. Mari layan gambar yang sempat diambil.

Sebelum makan, pergi ukur tinggi dulu. Kot-kot ketinggian tak mencukupi, dapat la makan percuma. Hehehe... Sila baca juga amaran di atas tu. SILA JANGAN MEMBAZIR! SETIAP 100 GRAM PEMBAZIRAN YANG BERLAKU AKAN DIKENAKAN CAJ SEBANYAK RM10. Jangan main-main, waktu kita pergi kaunter nak bayar tu akan ada pelayan pergi ke meja kita dan godek-godek periuk steamboat tu dan bawak keluar semua khazanah yang tertinggal.

Ini periuknya. Kecik sikit untuk merebus khazanah sebab kena bahagi dua dengan pemanggang tu. Kalau ambik steamboat saja, periuk dia besar.

 Ini muka orang-orang kelaparan.

 Sesudah... Waktu ni dah lengang sebab dah malam kot.

 Ini tempat makanan masak. Ada la nasi goreng dengan lauk pauk sikit serta kuih muih untuk cuci mulut katanya. Sebelah dia tu tong aiskrim dan buah-buahan untuk rojak buah. Tempat aiskrim tu memang tak pernah tak ada orang. Selagi aiskrim yang sedap tak habis, selagi tu orang pergi balik kaut aiskrim.

 Sila abaikan periuk tu. Aku ambik gambar ni dari tempat duduk je. Segan nak ke sana sebab dah tak orang. Hehehe... Nampak bakul-bakul tu? Segala jenis mee dan sayur-sayur ada kat bahagian tu. Pilih je mana yang berkenan. Sederet dengan tu jugak ada bahagian untuk sambal-sambal pencicah, bawang putih cincang dan cili padi potong. Makna kata, korang boleh masak mee sup dekat meja makan tu.

Dekat dalam peti sejuk besar tu, terdapat segala jenis bebola. Macam-macam bentuk dan warna. Pilih mana yang berkenan. Ada 3 ke 4 peti sejuk besar tu. Satu peti pulak berisi makanan laut serta isi ayam dan hirisan daging yang diperap untuk dipanggang. 

Bagi aku, okeylah restoran ni untuk steamboatnya. Tapi Abah lagi suka Nelayan sebab kat Nelayan ada nasi putih dan pelbagai pilihan lauk. Kalau hantu steamboat, datang sini memang muntah la makan segala jenis makanan yang ada tu. Teringin nak makan? Telefon dulu sebelum datang untuk buat tempahan.

Hujung Minggu Yang Gigih

Gigih la sangat. Hari Sabtu tak berapa nak gigih. Masak pun tak sebab siangnya pergi kondangan. Malam tu cuma buat kuih udang. Menyesal aku beli udang kertas sebab jenuh nak membersihkan. Hehehe... Hari Ahad, bangun awal dari biasa. Pergi beli nasi lemak Bahar Ali. Nasib baik ada lagi. Nak buat nasi lemak, malas la pulak. Balik rumah, sarapan, baca surat khabar, tengok tv kejap dan tiba-tiba angin ribut rajin nak mengemas datang. Tujuan utamanya nak kembalikan bilik sembahyang kepada keadaan asal iaitu lapang. Sebab? Nak bukak balik fit-n-fold strider yang berhabuk tak digunakan. Sedar diri sikit berat ni dah naik mencanak. Waktu timbang berat untuk derma darah haritu, baru kelam kabut. Hahaha...

 Ini rupa fit-n-fold strider tu..

Nak bagi tempat tu kosong, kena kemas bilik stor dulu. Bilik stor tu dah rupa tongkang pecah pun ada sampai nak buka pintu pun tak boleh. Apa kes? Terus punggah semua barang bawak keluar. Dari baju-baju lama, sampailah ke buku lama. Semua sumbat dalam tu. Bila dah susun balik, baru la lapang sikit. Memang aku punggah semua dan susun balik. Waktu nilah jumpa benda-benda yang dicari-cari sekian lama. Rupanya dalam stor ye. Tengah syok punggah-punggah barang, nampak kelibat Cik Ti. Aku dah agak ada Cik Ti sebab kertas lapik para tu tercarik-carik dan ada sampah-sarap lebihan kelapa sawit.
Contoh sampah sarap yang dibuat oleh Cik Ti dan mungkin jugak Cik Pai

Dia la tu yang bawak. Tupai pun mungkin juga. Tapi suspek utama adalah tikus. Sapu dulu buang sampah-sampah tu baru susun balik barang. Dalam otak ni dok fikir, macam mana kalau tengah tarik-tarik kotak ni tiba-tiba tikus melompat keluar? Atau ada cicak melompat kat tangan? Geliiiiii... Penat rupanya mengemas ek? Nampak benor la aku tak pernah mengemas secara gigih. Dulu semua arwah mak yang buat. Aku cuma tolong sikit-sikit. Mari kita lihat apakah barang yang dicari-cari selama ini dan telah ditemui.
 Ini mangkuk tingkat yang dicari-cari oleh aku dan arwah mak waktu raya 2009. Rupanya dalam kotak lagi. Hadiah pencen mak ni.

 Ini acuan yang dibawa dari rumah Klang. Jenuh jugak cari dulu. Yang atas tu acuan apa ek?

Ini duduk dalam plastik sama dengan acuan diatas. Waktu nak buat Puteri Ayu haritu aku beli acuan baru. Lepas ni boleh buat lagi kalau rajin. Hehehe... Sebelah dia acuan agar-agar. Ni semua arwah mak yang beli.

Lepas tu, terjumpa jugak benda yang termasuk dalam senarai untuk dibeli aku. Seronok betul bila nampak benda tu. Nasib baik belum beli lagi. Kalau tak, mana nak letak banyak-banyak? Jumpa dua set lagi. 
Taraaaaaa... Stainless Sauce Pan idaman hati. Ada lagi satu set yang kaca punya. Boleh la guna lepas ni. Ini pun rasanya hadiah pencen arwah mak dulu.

Lepas tu jumpa jugak benda yang mungkin berguna di masa hadapan.
 Rasanya ini mangkuk basuh tangan kan? Tak silap, mak beli waktu pergi rombongan ke Kelantan sebelum pencen dulu.

Ha, ini memang dari zaman tok kaduk. Bahan buat seluar tidur aku waktu darjah berapa entah. Bila diukur, ada dalam 8 meter kot. Nak buat apa ni?

Ini baru kemas separuh jalan. Tak larat dah nak kemas semua. Mana yang tak sempat dikemas tu aku sumbat balik. Hujung minggu ni sambung. Hehehe... Malam tadi terasa lenguh tangan. Pagi ni waktu nak bangun sakit-sakit badan. Inilah akibatnya bila jarang mengemas. Nak buek camano? Eden ni kena tunggu ada angin, baru boleh buat.

Friday, 18 February 2011

Naik Harga

Dah lama nak tulis tentang ini. Tapi tak tertulis-tulis. Sejak dah berduit sendiri ni, baru la sedar diri sikit untuk berfikir dengan teliti sebelum membeli. Kena bijak menyimpan dan bijak berbelanja. Kalau tak bijak, macam mana nak hidup sampai awal bulan? Yelah, gaji aku masuk awal bulan, bukan akhir bulan macam kakitangan kerajaan lain. Masuknya pun tak tetap tarikh. Macam yang bulan lepas punya gaji, lambat sangat masuknya sebab cuti Tahun Baru Cina kot hari tu. Nasib baik la bulan lepas aku berjimat-cermat dan tak pergi merayap. Maka bertahan la hidup sampai dapat gaji baru. Takkan nak mintak kat Abah pulak kan? Dah bagi lepas tu mintak balik, tak bagus tu.

Korang dapat gaji, korang buat apa ek? Kalau aku, pergi bayar hutang-piutang dan selesaikan yang wajib dulu. Ia adalah:
1. Bagi pada Abah - RM xxx
2. Bil berukband Celcom - RM 68
3. Tambah Nilai Celcom - RM 30
4. Tambah Nilai Maxis - RM 30
5. PTPTN - RM xxx
6. Simpan untuk masa depan - RM xxx
Bila dah buat pembahagian, barulah tahu nak belanja banyak mana. Walaupun aku memang ada buat senarai belanjawan yang lebih terperinci tiap bulan, tapi tiba masanya cuma benda-benda diatas saja yang tetap pembahagiannya. Tak masuk duit belanja makan, duit barang dapur, duit minyak, duit untuk berongggeng *nak jugak*, dan lain-lain. Sayur pun sekarang dah mahal, ikan dan ayam juga. Daging toksah cerita la. Ini kalau rajin masak, boleh la merasa beronggeng dengan sesuka hati. Kalau malas?? Hehehe... Menyinggah aje kerjanya. Kalau sekali pergi pasar, paling-paling minima habis pun RM 10. Seminggu ada 6 kali pasar. Kalau keenam-enam hari tu terjah pasar je, dah berapa tu? Kiralah sendiri. Untungnya, aku duduk rumah sendiri dan tak perlu menyewa. Kurang belanja disitu.

Baru-baru ni, pergi beli barang di HPA. Kopi Radix dah naik harga ye tuan-tuan dan puan-puan. Ada juga barang-barang lain yang dah naik harga. Boleh tengok senarainya di sini. Walaupun harganya naik, tapi tetap jugak sokong barangan halal keluaran bumiputra. Sebenarnya nak bagi tahu harga Radix dah naik je, tapi punya la jauh aku mengarut. Kekeke.... 

Thursday, 17 February 2011

Disebalik Hari Valentine

Bila tiba 14 Februari, harga bunga ros akan menjadi mahal melampau dan iklan-iklan di televisyen juga ada terselit unsur-unsur Valentine. Disebalik semua itu, masih ada pihak yang mengambil berat tentang bahana Valentine ini. Ada operasi yang dijalankan oleh badan-badan tertentu untuk membanteras kegiatan tidak bermoral pada 14 Februari ini. Tahukah anda tiada istilah couple dalam Islam? Juga tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Istilah bercinta yang dimaksudkan disini adalah keadaan yang dibuat oleh kebanyakan anak-anak muda sekarang. Keluar makan berdua, berpegangan tangan, dan sebagainya. Bila ada ceramah atau tazkirah yang melibatkan tentang cinta, pasti akan satu soalan daripada penonton seperti ini; "Bagaimana nak bercinta mengikut tatacara Islam?" Lebih kurang begitu soalannya. Setiap kali soalan itu diajukan, penceramah yang mengendalikan slot pasti akan memberi contoh tentang kisah-kisah cinta para nabi dan isterinya. Perasan tak? Contoh yang diberikan semua merupakan kisah cinta selepas berkahwin, bukannya cara menyemai cinta sebelum ijab dan kabul. Jadi, fikirkanlah... Kisah ini aku jumpa di blog ini. Ingin dikongsi bersama. Sekadar menambah ilmu dan pengetahuan serta ambil iktibar daripada peristiwa yang diceritakan.



Pendapat pertama
-mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


Pendapat kedua
-mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


Pendapat ketiga
-Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.


Pendapat keempat
-Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Hukum sambut Valentine


Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

    Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
    (al-Hajj: 67)


    Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”.
    (riwayat al-Nasaai, no: 959).


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda:

    ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”.
    (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata:
    “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

    “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

    Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).
    (al-Baqarah: 120)

Semoga bermanfaat...

Epal Besar

*Entri tertunggak tulis malam tadi, baru letak hari ini*

Selepas sebulan lebih aku tak merayap saja-saja, semalam redah juga jalan Klang-Banting semata-mata nak ke Jusco Bukit Tinggi disebabkan teringin nak makan sushi dengan donat Big Apple. Boleh? Pergi sana semata-mata dua benda tu. Nasib baik duduk Banting, kalau duduk dekat Klang, boleh muflis dibuatnya. Habih, dah jarak rumah dengan tempat kejadian cuma sekangkang kera. Asal rasa nak makan je, boleh pecut ke tempat kejadian. Mau tak pokai kalau tiap minggu buang tebiat? Hahaha... Mujurlah...

Sehari sebelum tu, tanya Kak Chik kalau-kalau dia lapang. Boleh jugak ukur jalan sama-sama. YB dah lama tak turun kawasan sama-sama, mesti ada perubahan punyalah pada kawasan jajahan. Sekali beliau dah janji dengan orang lain. Maka perancangan dibatalkan. Itu yang aku buang tebiat sendiri dekat Jusco. Sanggup kalau kena pergi sorang pun. Tapi pada saat-saat kecederaan, Abang Paiz nak ikut pulak... Terpaksalah bertolak lewat sikit. Sakit jiwa oh naik kereta dengan dia kalau aku yang memandu. Nasib baik aku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar. Tahu kenapa dia nak ikut? Ada udang di sebalik mee gamaknya. Dah, ikut dia ukur Harvey Norman tu pulak demi kerana tetikus tanpa wayar. Ko tiru aku ni Bang, aku beli tetikus kat Harvey Norman, ko pun sibuk jugak nak beli kat Harvey Norman. Aku beli cap Microsoft, ko pun nak jugak. Apa kes? *ada unsur-unsur dengki di situ* hahaha...

2 kali masuk gak Harvey Norman tu konon-konon nak banding harga dengan kedai lain. Makanya, waktu beliau membandingkan harga tetikus tanpa wayar tu, aku pergi Big Apple Donuts & Coffee. Tak ada orang langsung yang beratur nak pilih donat. Bahagia aku memilih. Soalan terkumpul, berapakah bilangan donat yang dibeli oleh aku? Tengok, nafsu punya pasal, aku borong setalam bak kata Makcik Rehan. Sebelum nak borong setalam ni, sempat pulak aku kira harga seketul untuk kotak kecik dengan talam. Haruslah beli banyak lagi murah sikit kan. Sudahnya, ada lagi baki dalam peti ais nun.

Lepas beli tetikus tanpa wayar tu, terus la turun cari sushi. Singgah kejap kat La Boheme. Beli tat telur dengan roti-roti yan ada kat situ. Saya yang menurut perintah, hanya mengambil apa yang diarahkan oleh tukang bayar. Tat telur dia sedap rupanya. Dulu waktu praktikal aku selalu beli tat telur murah yang besar dan sedap dekat bakeri Melayu berdekatan Mc Donalds Sri Andalas. Lupa pulak nama dia. Murah weh, sehengget seketul. Itu yang berat bertambah-tambah bila keluar praktikal. Dah borong sushi, callo balik rumah. Lepas ni tunggu lama sikit baru makan balik benda-benda ni. Hehehe...

Hari ni tak tau nak masak apa. Memikirkan sayur banyak dalam peti tu, maka aku tak beli makanan masak dekat pasar tadi. Masalahnya, apasal dah dua kali aku goreng mee, dua-dua kali masin ek? Musykil betul. Kicapnya yang masinkah atau cili giling segeranya yang masin? Tak taruk garam langsung pun sebab aku tau cili giling segera tu agak masin. Kuantiti cili dah kurang pun, masih masin lagi. Lepas ni kena rajinkan diri buat stok cili giling sendiri.

Eh, lagi satu perkara pelik tapi benar yang berlaku malam tadi. Donat ni sedap dimakan bersama kopi panas. Maka, aku bancuh la Radix satu mug malam tadi sambil makan donat tu. Memang masyuk... Murah dan sedap nak dibandingkan kopi Big Apple yang mahal tu. (Ifdal, lenkali kalau makan donat Big Apple bawak bekal kopi Radix siap-siap, jimat banyak..hehehe) Sebab memang sifat semulajadi Abang membuli si Adik, maka setengah mug Radix aku hilang ditelan si Abang. Aku yang tak puas hati, pegi bancuh lagi sepeket. Kesannya?? Tak tidur sampai ke pagi kau! Dahsyat betul. Taubat tak nak minum Radix malam-malam dah. Mujurlah siang tadi tak sakit kepala. Satu kelebihan Radix, walaupun anda tidak tidur akibat minum Radix, anda tidak akan sakit kepala keesokan harinya. Waktu pergi PBC dulu dia ada bagi tau sebabnya. Tapi dah lupa. Okeh, itu saja laporan berita hari Selasa lepas. Oh, jawapan soalan kuiz terkumpul...............
 Sila kira sendiri ye ada berapa ketul. Eh, tapi kan Duren Duren tu dah tak ada duri kat luar dia. Dulu macam ada duri-duri sikit kat permukaan donat tu. Kurang masyuk jadinya...Kehkehkeh... Sebenarnya ada dua entri yang berciri-ciri ilmiah nak letak. Kejap lagi la ye. Nak tambah tolak mana-mana yang patut. Better late than never bak kata orang Jawa. :)

Monday, 14 February 2011

Abah Saya

Entri ni patutnya ditulis 5 Februari lalu. Disebabkan waktu tak ada angin nak menulis di sini, maka aku tulislah hari ini. Khas sempena ulang tahun kelahiran yang ke-63 Abah saya. Tiap tahun rasanya aku coret sesuatu di sini. Tahun ni tak tau nak goreng apa dah. Hehehe... Jadinya, Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke-63 diucapkan kepada Abah saya, Encik Mispul Bin Laiman. Semoga dikurniakan kesihatan yang bagus dan umur yang berkat.

Friday, 11 February 2011

Akhirnya...

... tengah hari tadi aku terjah Klinik Suhaini. Sakit weh, macam kena tarik-tarik urat kepala nih. Selamat la RM23 hengget aku masuk dalam akaun Klinik Suhaini. Puan Doktor kata, ini kira tahap terkawal lagi sebab kalau kritikal aku tak akan boleh buat muka selamba macam orang tak sakit masuk klinik tu. Ye, baik Puan Doktor. Saya pernah alami keadaan kritikal tu. Cuma dah lama tak kena dan harap tak kena lagi. Dapat ubat, lega sikit. Doktor tanya, kerja banyak guna komputer ke? Aku kata la ye. Mungkin ini salah satu sebabnya kot. Aku perasan jugak bila lama mengadap skrin, mata macam berair dan sakit. Waktu tu la baru aku nak korek balik cermin mata yang dibuat selepas aku didiagnosis mengalami kesilauan. Malangnya, dah lama aku tak nampak kelibat dia. Mana aku campak pun tak tau. Biasalah tu, bila nak guna baru kelam kabut carik. Kalau tak, campak je merata-rata. Hahaha...

Hujung minggu ni cadangnya aku dah bersiap sedia dengan stok makanan kecemasan. Karipap Frozen 3 bungkus. Kot-kot ada yang tiba-tiba "Assalamualaikummmmmm" depan rumah, tidak la aku hidang air bujang je. Hehehe... Kalau nak merasa karipap pusing sejuk beku tu, datang la rumah ye...

Thursday, 10 February 2011

Tenung Skrin Sampai Tembus

Sungguh, lama tak tulis sesuatu di sini. Bila tak menghadap, banyak pulak idea nak menulis. Tapi bila dihadap, idea tu semua terjun lombong. Kepala tengah berdenyut-denyut ni. Pelik sikit sakit kepala kali ni, dia datang dan pergi dari minggu lepas lagi. Selalu, rasanya 2 ke 3 hari je. Ke aku dah lupa sebab dah agak lama tak kena? Nak pergi klinik tak? Memang dah lama sungguh tak jumpa doktor tentang penyakit yang satu ni sebab nanti dia bagi ubat. Kalau bagi ubat, kena makan bila sakit tu menyerang. Lepas tu nanti bila sakit lagi dan makan ubat, tak jadi apa-apa sebab dah kebal dengan ubat. Boleh tak fikir macam tu? Hehehe.. Jadi jangan tanya kenapa kalau aku duduk diam daripada biasa sambil tongkat kepala dan tenung skrin laptop sampai tembus. Tu memang tengah tahan sakit la tu. Kat hostel dulu, memang aku terbongkang je bila dia datang. Tidur yang macam tak tidur sebab kepala berdenyut-denyut.

Tengok, sekali menaip je dah membebel kat sini. Banyak entri tertunggak sebenarnya ni. Nanti la bila rajin aku letak ye. Apapun, terima kasih kepada pengikut baru ATN, Madam Lala. Ceria blog Madam Lala ni, merah gitu. Bila cuti lama, ada sikit malas nak masuk pejabat. Kekeke... Isnin lepas la tu. Baju pun baru terhegeh-hegeh nak gosok pagi tu. Tapi pagi tadi aku datang awal sikit. Sebab semangat nak masuk kelas. Tapi sudah terkedepan pulak dengan budak-budak sem 2 ni. Patut ada lagi 2 kali kelas untuk topik ni. Tapi dah habis ajar. Alhamdulillah dapat budak-budak pandai. Senang faham. Bolehlah buat latihan minggu depan. Siang-siang aku cakap suruh servis telinga sebab nak buat latihan berkaitan mendengar maklumat daripada CD. Ala-ala MUET gitu. Kalau tak cakap macam tu, karang diorang kata aku tak cakap awal-awal pulak. Diorang ni memang, suka cakap aku tak bagi tau awal padahal dah ulang banyak kali. Macam tadi;

Budak 1: Cik,tak cakap pun ada kuiz hari ni?
Budak 2: Ha'ah la Cik, tak sempat selak nota.
Cik: Auta awak ni. Saya siap bagi nota khas untuk kuiz ni 2 minggu lepas lagi. Kelas sebelum ni pun saya ada cakap nak buat kuiz.
Budak 1: Mana ada.
Cik: Kalau saya tak cakap pun, saya memang dah bagi tahu waktu mula-mula masuk hari tu saya akan buat Kuiz ni ikut suka hati saya. Tapi Test saya akan bagi tahu awal-awal. Awak kena la bersedia.
Budak 3: Ada ke?
Cik: Tak percaya? Meh tengok buku rekod pengajaran saya ni, saya siap tulis sebiji-biji apa yang saya nak buat dan bagi tahu dalam kelas awak. Tak puas hati lagi? Jom kita pergi tengok rakaman CCTV. Nasib baik kelas awak sem ni kat Bilik Seminar.
Budak 4: Ish, ni kalau masuk court ni, memang kalah. Ada bukti bagai.
Cik: Muahaha..

Hambik ko. Main-main ye? Kena balik. Nasib baik yang sengal-sengal ubi macam tu tak ramai. Berita lain, pagi tadi dapat PC baru. Tergezut jugak bila balik dari sarapan nampak Encik Awi tengah pasang PC kat meja aku. Aik??? Tak mintak pun boleh dapat ke? Encik Awi kata tak apa, ambik je.Memang baru-baru ni ada la terfikir-fikir; 'Macam best je kalau ada PC sendiri jugak' sebab tengok meja orang lain ada PC sebijik. Sekali dapat betul. Hahaha...  Sebelum ni memang ada satu PC kat meja ni. Tapi aku lagi suka guna Permataku untuk buat segala kerja sebab Permataku adalah hebat!!! Macam-macam dia boleh buat. Jadi, bila Asma nak PC tu, aku bagi je la sebab tak guna pun. Orang dah bagi, ambik je la kan. Siap baru keluar kotak lagi. Bau kedai gitu. Malangnya banyak benda tak dimasukkan lagi. Jadi terbiarlah dia di atas meja sendirian. Hahaha...

Ok, untuk orang tu, aku tak marah pun. Cuma terkilan je. Takpe la, masing-masing ada kerunsingan masing-masing macam aku yang tengah malas nak memberi reaksi pada mesej-mesej yang masuk ke dalam N6085 dan N2610. Maaf la ye, sebarang kemusykilan boleh terus berhubung di sini atau Facebook. Serius, tengah tak ada angin nak layan telefon tu. Kak Chik kata, kalau orang SMS kena balas walaupun dengan satu huruf. Tapi kalau peminat rahsia yang mesej, kena balas jugak ke?

Tuesday, 1 February 2011

Semoga Selamat Semuanya

Tiba-tiba aku rasa risau dan berdebar-debar bila baca tentang keadaan di Mesir. Terus teringat pada sahabat-sahabat dan seorang anak saudaraku di sana. Bagaimanakah mereka? Mudah-mudahan mereka sentiasa dalam lindungan Allah. Aku bukan jenis yang suka baca surat khabar. Kadang-kadang selak-selak aje. Tapi kalau blog, insyaAllah akan dibaca setiap ayat yang ada. Jadi, untuk mengetahui keadaan semasa di bumi Mesir, boleh rujuk pada dua blog ini.


Sebuah Kehilangan

Sabtu, 29 Januari 2011, seorang lagi ahli keluargaku pergi buat selamanya. Beliau merupakan nenek saudara belah keluarga emak. Tak silap, adik arwah atuk. Terkejut juga bila mendapat berita memandangkan beliau tidak ada penyakit kritikal. Kebetulan sepanjang tengah hari, hujan turun tanpa henti. Lepas hujan reda, baru berpeluang pergi layat (ziarah jenazah). Bila dah berjumpa dengan menantu Mbah Mainah, barulah ku tahu puncanya. Terjatuh di bilik air malam sebelumnya. Ajal maut di tangan Allah. Apa pun sebab kematian, semuanya ditentukan olehNya. Al-fatihah untuk Mbah Mutmainah Binti Abd Rashid. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Juga Al-fatihah untuk abang kepada salah seorang sahabat di UNISEL dulu, Encik Presiden yang pergi buat selamanya akibat leukimia. Betul, setiap yang hidup akan mati suatu hari nanti. Kita bukan siapa-siapa melainkan hanya dipinjamkan ke dunia. Sampai masa, Allah akan ambil semula apa yang dipinjamkan.