Engagement Fund ;)

Monday, 28 March 2011

Tunggu Rajin Sikit

Hari Isnin yang biru. Kawasan institut yang sunyi. Pejabat yang sejuk melampau. Aku yang hampir termuntah dek kerana terlebih rajin. Hahahaha.... Pagi-pagi dah membebel. Gasaklah, aku dah lama tak membebel secara pukal dalam ATN.

1. Minggu lepas, pertama kali aku masuk dapur semula selepas bercuti agak lama. Ini membuktikan bahawa aku tidaklah rajin mana pun. Rajin kadang-kadang, malas itu selalu. Bukan apa, bila Abah ke kebun Nenek, memang Nenek akan bagi nasi dan lauk-pauk yang sangat banyak. Maka, tidaklah perlu aku memasak. Sayur-sayur yang aku beli pun terbiar layu dalam peti sejuk. Maka minggu lepas aku cuma membuat Kek Keju Mangga yang tak berapa nak jadi. Tujuannya adalah untuk menghabiskan keju krim yang aku beli akibat tamak. Sekilo terus belinya. Hahaha... Kemudian, hari Rabu malam aku menggigih buat kuih Puteri Ayu untuk majlis makan-makan di pejabat. Tujuan utamanya adalah untuk menghabiskan ovalette yang juga dibeli kerana perasaan tamak haloba. Waktu beli, semangat je ambil yang bekas besar. Konon-konon aku ni ada gerai jual kuih kot. Dapat la dua adunan. Alhamdulillah yang dibawa ke pejabat semua habis.

2. Aku rasa macam nak muntah hijau dah ni. Gara-gara terlebih rajin bagi tugasan karangan pada budak-budak ni. Macam ni la perasaan cikgu-cikgu Bahasa Inggeris aku dulu kan. Sakit jiwa je mengadap karangan anak-anak murid yang tonggang terbalik. Terima kasih cikgu sebab gigih mendidik kami.

3. Budak-budak tengah cuti pertengahan semester sekarang ni. Maka sunyilah kawasan institut. Cutilah dengan gembira ye, cikgu kamu ni nak susun balik apa-apa yang patut. SPC untuk semester ni pun dah ada. Maka bertambahlah satu lagi tugas untuk memasukkan markah-markah tugasan ke dalam SPC tu. Aku pun macam nak cuti jugak. Nak selesaikan apa yang sekian lama tertangguh. Sebelum beralih ke nombor seterusnya, nak letak iklan sikit. Sila tekan pada gambar untuk paparan lebih jelas.



4. Semalam, sempat meluangkan masa ke rumah Wak Yah memenuhi undangan kenduri doa selamat di Klang. Waktu nilah nak jumpa saudara mara yang jarang-jarang jumpa. Tapi kan, tiap kali jumpa je mesti kami akan memperkatakan soal jodoh. Apakah? Mereka tanya; "Ko bila lagi? Belajar dah habis. Kerja pun dah sudah. Masak pun dah pandai. Kemas rumah pun boleh." Ooooopppp, sila betulkan fakta itu. Yang lain-lain tu hampir betul, tang mengemas tu masih gagal. Jawapan aku adalah; "Tunggu rajin sikitlah." Hahaha... InsyaAllah, kalau jodoh dah sampai nanti, dapatlah kad wangi dari aku. Sedang mencari. Dr. Fadzilah Kamsah kata, jodoh memanglah aturan Allah. Tapi kena juga berusaha mencari. Kanak-kanak, teruskan pencarian okey?

Lega sikit aku dapat membebel pagi-pagi ni. Mood nak menanda tugsan budak pun sudah mari. Maka, silalah pergi mengadap kertas merah jambu yang berkepuk-kepuk atas meja tu ye. Sehingga berjumpa lagi.

Saturday, 26 March 2011

Sedarlah bahawa...

...anda dah tua! Aku dah tua wei! Tahun ni umur dah meningkat satu angka lagi. Al-kisahnya, minggu lepas aku masuk kelas semester 1 macam biasa. Semangat je aku nak bagi kuiz. Sekali ramai pulak tak ada. Pelik ni. Rupanya kelas CADD Senibina baru balik lawatan pagi tadi. Jam 3.00 pagi baru tiba di sini dan adalah beberapa yang tak sihat. Ada juga yang ponteng. Tak kurang juga yang bersemangat waja menggagahkan diri hadir ke kelas. Tapi.... masing-masing tak berapa nak bermaya. Tak cukup tidur katanya. Eleh, yelah tu. Awak dalam bas tidur kan? Bukannya awak yang bawa bas kan? Tak mengapa, saya puji semangat awak tu. Hehehe...

Lepas tu, ada satu lagi kemusykilan. Dalam kelas tu, ada seorang pelajar yang tiap kali kelas, memang dia akan tidur. Dah tak tau nak buat apa kat dia. Bila suruh pergi basuh muka, sah-sah dia tak akan masuk kelas semula. Abeh, camane??? Dulu-dulu, waktu kat Maahad, ada seorang ustaz ni kata; "Kalau mengantuk, tandanya ada makhluk yang bergayut di pelupuk mata. Cubalah beralih tempat. Manalah tahu di tempat baru makhluk tu tak nak ikut." Lebih kurang macam tulah. Tak ingat ustaz apa yang cakap. Itu pun aku dah buat. Tapi, hampeh kuasa 8. Tidur jugak. Camane??? Apa yang peliknya, kelas minggu lepas dia tak tidur langsung. Siap angkat tangan nak jawab soalan bagai. Aikk??? Apa sudah jadi? bersambung....

Kelas subjek umum cuma 1 jam 30 minit je. Di pertengahan kelas, hampir separuh daripada mereka terlentok dan tersengguk. Dah tengah hari, sejuk pulak tu. Mata pun cepat je layu. Selalunya, kalau nampak mereka mengantuk, aku suruh mereka berdiri dan buat la senaman ringan sikit-sikit. Suruh nyanyi pun pernah. Lantaklah lagu kanak-kanak pun. Yang penting mereka segar semula. Hahahaha... Tiba-tiba aku teringat satu senaman yang diajar oleh Abang Fasilitator sewaktu KRIS di Sg. Congkak dulu. Sebab mereka tak ramai, boleh la kalau nak melompat dalam kelas. Hehehe... Semangat ni aku nak ajar senaman tu. Maka;

Cikgu : Class, do you know N'sync?
Budak-budak : Ha???? Siapa tu Cik?
Cikgu : N'sync... music band.
Budak-budak : N'sync? (sambil tunjuk muka pelik tahap gaban)
Cikgu : Kamu tak kenal N'sync? Justin Timberlake kenal?
Budak-budak : Oooooooooohhhhhhhh.
Cikgu : Ha, he's one of the members before they break up.
Budak-budak : Oooooohhhhhhhh...
Budak 1 : Miss, kenal Justin Bieber? Justin Bieber saya tau la. Justin Timberlake saya tak kenal sangat.

Ceh, hampeh betul. Justin Bieber yang kamu tau? Nasib baik Raihan dan Rabbani mereka kenal. Tapi Backstreet Boys kenal pulak. Bila tanya kumpulan apa lagi yang mereka tau, bukan main panjang lagi senarainya. Sum 41, Secondhand Serenade, bla...bla...bla... Jadi, dapat disimpulkan bahawa;
1. Generasi yang mengenali N'sync termasuk lagu-lagu dan cara tariannya sudah boleh dikatakan tua; atau
2. Populariti N'sync tidak sehebat Backstreet Boys. Hahaha...
Disebabkan itu, tak jadilah mereka melompat dalam kelas. Kekekeke...Oh, sesiapa yang tak kenal Nsync, ini aku tempek gambar mereka di sini hasil carian menggunakan Pakcik Google.



sambungan... Habis kelas, aku tanya Kak Rin pasal budak ni sebab dia buat hal jugak dalam kelas Kak Rin. Rupanya budak ni dah kena marah dengan Ketua Bahagian ataupun Ketua Bengkel CADD Senibina. Patutlah segar-bugar aje. Kemudian, hari ni adik-adik praktikal ni bagi tahu bahawasanya si budak ni memang semua kelas pun dia tidur. Patut la kena marah dengan Ketua Bahagian. Anda semua, sila jangan tidur dalam kelas ye. Kalau ngantuk pun, agak-agak la. Tak payah la sampai taruk kepala atas meja. Setakat sengguk-sengguk tu boleh dimaafkan.

Pengakuan berani: Tuan tanah dulu selalu jugak tersengguk-sengguk dalam kelas. Hehehe... Tapi tidur taruk kepala atas meja cuma waktu tak ada cikgu dalam kelas je. Hahaha...

*Entri ni ditulis pada hari Isnin nan silam...tapi baru nak letak hari ni...sengal ke apa?Erm...

Thursday, 17 March 2011

Adaptasi Novel

Pada suatu petang, sewaktu membaca surat khabar, aku selak jugak bahagian rancangan TV. Nak tengok apa rancangan yang seronok untuk ditonton. Tiba-tiba terbaca sinopsis drama di TV 1. Baca...baca...baca... Norjinah...Razif..Salmi.. Ini bukan ke karakter dalam novel Tak Seindah Mimpi? Harus tengok ni.

Ternyata drama ini merupakan kisah yang diadaptasi dari novel Tak Seindah Mimpi tulisan Sharifah Abu Salem. Antara novel terawal yang aku baca. Waktu tu, inilah novel paling tebal yang dibaca. Mula-mula baca secara bersiri dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Arwah mak dulu pelanggan tetap majalah ni, jadi dapat la baca tiap bulan. Lepas tu, dia berhenti separuh jalan sebab nak suruh orang beli novel. Kalau tak rugi la kan orang tak beli novel, baca dalam majalah je. Tapi waktu tu tak cukup umur lagi. Mak tak bagi beli dan tak belikan pun. Sabar saja sampailah dah tingkatan 4, baru dapat novel susulan kedua dari Cik Nilam sebagai hadiah hari jadi. Oh, sesiapa yang tak tahu, novel ini ada 3 siri. Yang pertama adalah Tak Seindah Mimpi, diikuti dengan Tak Semanis Impian dan diakhiri Tiada Lagi Mimpi. Dapat yang kedua dulu pun jadilah. Kemudian bila naik tingkatan 5, dapat novel yang pertama waktu jamuan dorm. Biasalah, bila buat jamuan dorm je mesti main tukar-tukar hadiah. Hadiah boleh mintak, tapi kita tak tahu siapa yang bagi kita. Si pemberi hanya diketahui pada malam kejadian saja. Tak silap, nilai hadiah diantara RM15-RM20. Kalau orang tu mintak barang bernilai lebih daripada nilai yang ditetapkan, si pemberi boleh tuntut balik. Macam tulah budayanya di asrama ku dulu. Asrama lain aku tak tau. Sekadar untuk suka-suka di hujung tahun sebelum mendapat teman satu dorm yang baru pada sesi persekolahan baru. Kenangan gitu. Terima kasih kepada Hartini yang membelikan novel tu untuk akak.



Tengok, satu perenggan saja cerita untuk novel. Pada pendapat aku, novel ini menarik untuk dibaca kerana kebanyakan novel yang berkisah tentang rumahtangga adalah skema dan tak menarik. Tapi karya tulisan Sharifah Abu Salem adalah menarik untuk dibaca. WARNING: DO NOT READ ALL OF THEM AT ONCE OR....... Muntah dibuatnya bila baca tiga-tiga novel ni dalam satu masa. Dah pernah buat, itu yang boleh cakap macam ni. Hehehe..  Iye, aku memang suka baca novel. Tapi sekarang dah tak minat beli novel cintan cintun. Minda tak berapa nak berkembang dan balik-balik cerita cinta yang sama jugak. Umur pun dah banyak, kena la penuhkan diri dengan ilmu banyak-banyak. Sekarang lebih suka baca buku ilmiah tapi masih tak boleh lawan Kak Chik yang boleh baca buku ilmiah di mana saja. Sambil tunggu bas? Sambil tunggu orang? Sambil tunggu komuter? Layan... Aku? Hampeh... Gamaknya baca ayat yang sama berulang kali la. Tak boleh nak fokus bila membaca bahan bacaan berat di tempat yang bising. Anda bagaimana?

Siapa nak tahu kisah novel-novel ni bagaimana, pergilah tonton di RTM 1 dari jam 10 hingga 11 malam. Rasanya bersiaran dari Ahad hingga Selasa. Rasanyalah... Pelakon yang membintangi drama ni pun mantap-mantap. Sudahnya, baru hari ni aku tampal entri ni dalam ATN walaupun aku tulis entri ni waktu Trilogi Cinta baru mula beberapa episod. Sengal bukan???

Masa Alah...

Lama sudah tidak ku menulis di sini. Sibuk kononnya. Yoooolah tu.... Sejak Program 5S dimulakan awal bulan ni, memang tak banyak masa nak diguna untuk suka-suki. Ahahaha, kantoi pulak aku bersuka-suki di pejabat... Bukan begitu, memandangkan bidang kerja ku hanya tertumpu pada proses pengajaran subjek yang satu itu, maka tidaklah aku terikat dengan bidang tugas yang lain secara khusus. Cuma bila bantuan diperlukan, barulah ada kerja lebih. Kadang-kadang, bila dah kelabu mata mengadap bahan-bahan untuk diajar atau menanda tugasan budak-budak ni, aku melencong ke sini kejap. Sekarang, 5S dah mula, kena peruntukkan masa selama 1 jam setiap Selasa, Khamis dan Jumaat untuk melaksanakan 3S terawal iaitu Sisih, Susun dan Sapu. Bukan Sepah, Selerak dan Sepak seperti yang diamalkan oleh aku sekarang. Hahaha... Habih, apa guna pergi seminar tentang 5S dua hari tu kalau kerja tak jalan kan? Nak tambah seronok, aku tergolong dalam kumpulan 1 dimana kami perlu merias zon 1 yang akan dinilai minggu depan. Maka bekerjasamalah kami menyisih apa yang patut. Menyusun apa yang berselarak dan menyapu mana yang perlu. Itu yang malas nak datang di sini mengarut macam dulu. Bila kat rumah dah malas nak buka laptop.

Hari ni ada kelas dengan budak-budak semester 2. Sekali, pagi-pagi dah diserang penyakit ABC. Allah, macam mana ni? Letih je rasa. Udah la lupa nak bawak kopi Radix pagi tadi, bertambah-tambah tak bermaya. Kalau orang lain kena minum Nescafe tiap pagi, aku kena minum Radix tiap pagi sebab Nescafe memberi kesan sampingan pada aku. Tapi, memang aku perasan, bila tak minum Radix pagi-pagi, rasa tak bertenaga je. Sekarang tak berani dah nak minum Radix malam-malam, takut tak boleh tidur macam haritu. Jadinya, masuk-masuk kelas je, aku cakap tak berapa nak sihat dan nak ajar sambil duduk. Ini kali pertama aku masuk kelas dan bercakap sambil duduk. Lumrah alam, bila cikgu dan anak murid sama tinggi akan menyebabkan murid-murid tak tumpu sepenuh perhatian. Mulalah pot...pet...pot...pet...cot...cet...cot...cet kat belakang. Nasib baik budak-budak yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kebisingan dan loyar buruk tak datang. Budak-budak ok, bukan budak. Nak kena berdiri jugak, baru senyap dan tumpu sepenuh perhatian. Mujurlah dah kurang sikit sakitnya. Dulu memang kami diajar bahawa bila berada dalam kelas, kami tak boleh langsung duduk walaupun budak-budak sedang membuat latihan. Cuma untuk kes-kes tertentu saja cikgu boleh duduk sewaktu dalam waktu mengajar.

Hari ni jugak Bos Besar bawa nasi kerabu, hasil air tangan isteri beliau. Teringat pulak nasi kerabu dekat pasar kampung sebelah dulu. Sedari, nak kirim budu sebotol. Awak balik kampung kan? Kot-kot terbuang tebiat nak buat nasi kerabu pulak ke. Hehehe... Tapi nasinya warna kuning, bukan biru macam selalu. Sedap... lauknya pulak lengkap semua kecuali tak ada solok lada. Ada paru goreng, daging bakar dan ayam bakar. Masyuk ah pagi-pagi pekena nasi kerabu. Tak berani makan banyak walaupun sedap sebab takut ngantuk. Hehehe... Alhamdulillah, kenyang sampai tengah hari. Esok ada Seminar CUDBAS. Kak Dahiyah ajak masuk sekali. Tolong jadi penterjemah katanya. Penceramah tu dari Jepun tak silap. Cuak jugak ni. Hehehe... Semoga semuanya berjalan lancar. Laporan tentang apa itu CUDBAS akan dimuatkan di sini sama ada esok, lusa atau tulat insyaAllah.

Tuesday, 8 March 2011

Clinique atau SK-II?

Tempoh hari (dah lama dulu), kami serbu surau kecil di pejabat ni. Nak solat zohor gamaknya. Sebab tempat wudhuk ada satu je, maka yang lain duduk dulu sementara tunggu giliran. Entah bagaimana, terkeluar topik penjagaan kulit yang serasi dengan kulit. Maka mulalah ahli kariah bercerita. Hehehe... Antara jenama yang dibincangkan adalah Clinique. Masing-masing mula bercerita sampai yang kat luar surau pun masuk dalam sekali. Hehehe... Aku salah seorang penggunanya dan belum lama pun guna produk Clinique. Mula menggunakannya awal tahun lepas atas cadangan Ainsifi. Sebab? Dah guna banyak produk tapi semuanya seperti bermasalah. Pernah guna satu produk ni, mula-mula elok. Tapi lama-lama jadi tak elok. Maka cubalah pakai Clinique ni.

Pertama kali nak beli, ajak Ain sekali. Kebetulan waktu tu kami keluar beramai-ramai ke KL atas sebab mahu menghabiskan masa bersama sebelum keluar praktikal. Eceh... Puas juga mengukur SOGO dan Jalan TAR. Mula-mula datang kaunter Clinique, kami dilayan oleh seorang pembantu jualan yang tak berapa nak ramah dan kerek. Nasiblah... Buat ujian kulit semua, baru dia syorkan produk mana yang sesuai dengan jenis kulit aku. Aku beli yang kit permulaan dulu. Berharga RM 105. Clinique ni pun banyak pecahan produk jugak. Yang aku pakai ni namanya 3-Step Skin Care System. Ni yang asas la kiranya. Untuk 3-Step Skin Care ni ada 4 jenis ye;
1 - Kulit kering
2 - Kulit normal
3 - Kombinasi kering dan berminyak
4 - Kulit berminyak


Gambar ehsan Pakcik Google ni menunjukkan bagaimana rupa kotak kit permulaan 3-step Skin Care System. Petua membeli produk Clinique; korang buat-buat tanya pasal produk lain dan mintak benda percuma banyak-banyak. Beli mahal kan? Haruslah korang mintak. Hahaha... Dapat memang dapat, tapi sebab mahal, dia bagi yang kecik-kecik je la. Yang penting ada. Kehkehkeh... Kalau ikut piawaian penggunaan Clinique, kit permulaan ni bertahan selama 6 bulan. Tapi aku pakai ni nak dekat 10 bulan kot. Jimat weh, mahal ni. Mula-mula guna, banyak la jerawat keluar. Nak bersihkan liang-liang kulit katanya, kena keluarkan melalui jerawat. Dah lama sikit, baru kulit kembali normal. Parut-parut jerawat lama pun beransur hilang. Tapi tak la terus jadi licin ke hape. Ambil masa juga. Kalau dah habis kit permulaan ni, boleh la beli set normal.
Kat atas ni adalah set normal. Gambar diperoleh dari enjin carian Pakcik Google.  Besar botolnya, sesuai la dengan harganya yang baaaaanyak. Satu set ni berharga RM 243. Harga-harga yang tercatat di sini adalah sah pada waktu aku membeli. Tak tau la kalau tiba-tiba harga dia berubah. Untuk panduan, inilah harganya. Macam biasa, setiap kali beli, jangan lupa mintak benda percuma. Hehehe... Saja tulis untuk panduan. Bak kata orang; sharing is caring. 

Habis cerita pasal Clinique. Beralih ke SK-II. Dengar kata orang lain, SK-II pun bagus. Ada esen pitera katanya. Tapi...... mak aih, mahal seh! Bila di Google, aku terjumpa senarai produk SK-II yang ada di blog ini. Pengsan aku tengok harga dia. Kalau gaji banyak, tak ada hal nak pakai. Kalau tak berapa nak banyak, pakai la ikut kemampuan ye. Produk-produk ni cuma sekadar perantara je. Allah lebih berkuasa menentukan kejadian hambaNya. Tak salah mencuba. Jadi, boleh la cuba.

Semoga Cepat Sembuh

Ahad lepas, Abang Mad telefon memberitahu Wak Mis berada di hospital Selayang. Risau jugak bila dengar Wak Mis masuk hospital sebab sebelum ni pun sering keluar masuk hospital. Sebelum ni pernah juga masuk hospital Selayang. Hospital Kuala Pilah pun pernah, Hospital Tanjung Karang pun pernah. Tak dapat nak jaga, datang melawat pun boleh. Tetamu kan bawa rahmat, dan mendoakan pesakit. Seperti yang dimaklumkan, Wak Mis menghidap penyakit buah pinggang. Kena buat dialisis 3 kali seminggu rasanya. Waktu duduk di rumah Abang Zahar, memang kena bawak ke pusat dialisis untuk buat rawatan sebab kat rumah tak ada kemudahan. Wak Mis tak boleh jalan, jadi perlu bantuan untuk diangkat. Kalau nak beli mesin tu, fikir berkali-kali juga sebab harganya dalam 80 ribu ringgit. Bukan setakat dah ada mesin, boleh buat sendiri. Kena cari juga orang yang berkelayakan untuk menguruskan proses tersebut. Lama juga kami di sana sebelum berangkat pulang. Waktu kat sana, dapat berita bahawa Abang Razak kemalangan. Bersimen lutut khabarnya. Jadi Abah kata kalau sempat nak singgah sekali rumahnya di Pelabuhan Klang. Juga, nak lawat Paman Din di Shah Alam yang juga tidak mampu untuk berjalan. Tak pasti pulak sakit apa.

Sampai di Shah Alam pun dah senja. Makan dan solat dulu, baru singgah ke rumah Paman Din. Tak lama pun di situ sebab dah lewat. Tak sempat singgah rumah Kak Idah gamaknya. Sambung hujung minggu ni pulak. Didoakan supaya Wak Mis kembali sihat dan bolehlah datang ke Kanchong lagi. Begitu juga dengan Paman Din dan Abang Razak. Semoga cepat sembuh... Sesungguhnya sakit adalah ujian dari Allah dan tanda bahawa Allah masih sayangkan hambaNya.

Tahniah Anda Semua...!

Entri tertunggak lama ni. Hehehe... Bila dah lama, dah malas nak menulis. Tulis mukaddimah dulu. 27 Februari lepas, dapat jemputan daripada teman sekolah di Hamidiah dulu, Farhana atau lebih dikenali sebagai Anash. Kenapa Anash? Sebab ramai sangat Farhana waktu tu. Jadi setiap Farhana yang ada akan diberi nama manja. Hehehe... Kalau tak silap, beliau adalah orang ketiga melangsungkan perkahwinan dalam Batch kami selepas Hawa dan Amani. Tahniah kepada Saudari Anash dan pasangan ye. Kami seronok pada hari kejadian. Bukan sekadar meraikan beliau, tapi dapat juga bertemu kawan-kawan yang dah lama tak ditemui. Lepak lama juga di sana. Sesi bergambar? Tak terkira banyaknya. Dah tak rajin nak tulis panjang-panjang, maka aku letak gambar-gambar sajalah ye.

Lepas makan, sementara menunggu pengantin habis solat.





Pengantin tak ada, kitorang duduk dekat pelamin beliau. Hehehe...




Ha, pengantin dah datang...

Ini kat bawah khemah..

Mujur dah solat zohor, bolehlah duduk lama sikit. Mak ayah Anash adalah cikgu di Hamidiah. Cikgu Nasarudin pernah ajar BM waktu tingkatan 5 dulu. Cikgu Mahmudah pulak, orang kuat koperasi dan masih ingat lagi kat aku. Suka... hehehe... Lepas tu, terus lepak di Ice Room Bangi. Nak makan yang di Banting, dah tutup pulak. Makan la yang kat Bangi ni. Lama jugak borak-borak. Tapi tak ada gambar yang cantik pulak kat Ice Room tu. Sekian saja cerita hari Ahad, 27 Februari 2011.

Seterusnya, tahniah kepada anak saudaraku, Dani yang selamat melahirkan anak sulungnya; Sharifah Arissa Najwa pada 29 Januari 2011. Sepupu-sepupu sekalian, anda semua dah jadi nenek / atuk ye. Belum berkesempatan nak melawat ibu dan anak. InsyaAllah, satu hari nanti. Hehehe...

Thursday, 3 March 2011

Assalamualaikum.... Sudah agak lama ku tidak menconteng apa-apa di sini. Sebenarnya, rindu nak membebel dalam ni. Kehkehkeh.... Banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Banyak benda yang difikirkan. Banyak perkara yang perlu diambil tindakan. Tapi..... hurmmm..

Nak senaraikanlah apa bendanya yang sering mengganggu minda ni. Ceh...
1. Semak tugasan budak-budak. Terlebih rajin gamaknya aku bagi tugasan karangan pada mereka. Sekarang ni? Pengsan nak tanda.
2. Tanda kertas peperiksaan mengulang. Diberi tempoh hingga 18 Mac. Tapi, baiklah aku buat cepat-cepat kan?
3. Cari tarikh untuk ganti 2 kelas. Sempat ke budak-budak ni nak buat Public Speaking? Sem ni ada 57 orang. Seorang akan bentang kira-kira 3 minit. 57 orang x 3 minit = 171 minit. Waaaa... Mana nak cari masa ni? Tak ada orang nak pergi kursus ke? Boleh aku ganti kelas. Huhuhuhu... [Mari berfikir positif bahawa orang lain boleh, aku harus boleh juga.]
4. Godek-godek ATN. Dah nampak tak kemas pulak layout ATN ni. Perlu cari masa untuk membuat pembaharuan.
5. Mengabadikan kenangan bersama kawan-kawan sewaktu ke majlis perkahwinan Anansh tempoh hari di sini.
6. Mengeja Membaca buku Pengembaraan Ibnu Battutah yang dipinjam dari Pusat Sumber hingga habis.
7. Membuat temu janji dengan Kak Chik untuk ke pesta buku.

Ada lagi beberapa perkara utama yang perlu dibuat. Tapi tak gamak nak letak di sini. Hehehe... Kejap lagi ada kelas dengan budak-budak semester 2. Tapi (lagi), kenapa aku selalu berdebar-debar sebelum masuk kelas ek? Pelik di situ. Padahal bila dah mula mengajar, tak ada apa-apa pun. Hish... Hujung minggu ni pulak, ada orang nak jumpa. Orang tu, ketahuilah bahawa aku masih ragu-ragu sama ada perlukah kita bertemu? Pos laju je boleh tak benda tu? Hehehe... Jangan marah ha orang tu.