Engagement Fund ;)

Tuesday, 31 May 2011

Pertama kali

Eh, tadi kan dah kata entri terakhir? Hahaha... Bulan ni terlebih rajin menaip. Siang tadi sibuk mengisi borang tuntutan. Sedikit bermasalah sebabnya segala butiran dihantar ke email rasmi dan email rasmi aku tak boleh buka. Terbaeeekk (kata BoboiBoy). Minta tolong Encik Awi set dalam laptop pun hampeh. Laptop ni pun nak kena format kot. Buka dalam website ILP pun kosong manjang. Akhirnya, kenalah minta butiran tu secara manual. Ok, untuk lengkapkan borang tu, kena ada segala macam benda yang membolehkan permohonan diproses termasuk penyata bank. Orang lain lepak je pergi cetak daripada website bank masing-masing. Aku? Kena la berkejar ke Bank Islam ambil penyata tu sebab ada masalah sikit dengan akaun dalam talian. Nak baik pulih, kena tunggu operator Bank Islam angkat telefon sambil dengan iklan i-Tap berkali-kali. Nantilah dulu.


Credit to this site for the photo

Jadi dalam pukul 3 lebih, aku minta kebenaran nak keluar ke bank.Pertama kali ni nak cetak penyata. Kak Ila kata, cetak dari mesin je. Tapi sebab pertama kali, aku jadilah kalut. Masuk-masuk, aku tekan nombor dulu sebab orang ramai gila. Persediaan kalau-kalau mesin pencetak penyata tu tak wujud, kena berurusan di kaunter. Lepas tu, aku tengok la dekat deretan mesin-mesin yang ada. OH, nasib baik ada mesinnya. Kalut-kalut aku masukkan kad bank. Lepas tu ikut arahan yang terpapar dengan gelabah. Yang sengalnya, aku kena ulang proses tu dua kali dan menyebabkan aku rugi sehengget. Sebabnya, mula-mula dia tulis "percetakan dalam proses". Jadi aku tunggu la. Lepas tu, ada dah terjulur keluar sikit kertas kat tempat penyata tu patut keluar. Tapi seingat aku dia tak ada tulis "sila ambil penyata" cuma terus tulis "sila ambil kad anda". Aku pun tarik la kad keluar sambil dok menunggu kot-kot kertas tu terjulur keluar banyak. Cuba juga tarik, tapi macam tersekat. Macam aje, padahal kalau aku tarik terus, selamat sehengget aku. Rupanya dia masuk balik. Haiyoo, kenalah buat balik semula. Tak apalah, semua benda ada pertama kalinya kan? Lepas ni dah tau dah kalau terjulur je kertas tu, dah boleh terus tarik. Jangan tunggu dia nak keluar sekeping. Cessss..........

Berbulu Aku Dibuatnya

Okeh, sesiapa yang berkawan dengan aku dekat FB, dah tau la cerita bulu ni. Minggu lepas, aku panggil ketua kelas untuk kedua-dua kelas semester 2 yang aku ajar. Bincang punya bincang, aku pun masuk balik dalam pejabat. Masuk-masuk je Kak Rin tanya apa entah, aku tak ingat dah. Tapi ada la aku cakap nak buat kelas tambahan untuk mereka. Maka keluarlah dialog ini;

Kak Rin : "Berbulu budak-budak tu ko buat kelas dekat-dekat nak periksa ni."
Aku: "Lantak situ. Diorang yang punya pasal. Siapa suruh tak bersedia untuk pembentangan waktu kelas haritu?"

Merekalah yang telah membazirkan masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dalam waktu kelas, bukan aku. Aku dah bagi cukup masa untuk bersedia. Bagi peluang lagi untuk mereka dengan bertolak ansur untuk tidak terus memberi telur ayam, pun tak bersyukur juga. Sibuk nak outing. Habih, kamu ingat saya ni tak nak balik rumah cepat ke? Ish, sabar jelah. Sem depan aku nak bagi telur ayam terus kalau ada sesiapa yang buat perangai macam ni lagi. Heh... Sempena dengan entri terakhir bulan Mei ni, nah dengar lagu bertajuk Peluang yang dinyanyikan oleh 5 Orang untuk Bertarung.

Sunday, 29 May 2011

Tak Produktif

Tiap kali hari Ahad je, mesti kemalasan berganda-ganda lagi-lagi kalau hari Sabtunya ada kerja. Baik, untuk dapatkan sesuatu, perlu korbankan sesuatu. Sila jangan merungut. Semalam petang lepas habis kerja lepak-lepak kejap sebelum bersiap untuk ke Klang menghadiri perkahwinan salah seorang anak buahku memandangkan hari ni tak ada kenderaan nak bergerak. Semalam juga dapat satu lagi jemputan majlis perkahwinan kawan di Maahad dulu. 19 Jun nanti. Rasanya tarikh tu masih kosong. Minta-mintalah tak ada hal 19 haribulan tu. Semalam pun ada satu jemputan dari kawan Maahad jugak. Tapi tak dapat la nak pergi kan sebab ada kerja.

Fatheen kata aku punya majlis tak lama dah. Banyak la ko Ten. Aku tunggu 2 tahun lagi sebab ko kata lepas 2 tahun ko nak bagi hadiah best. Aku nak Corelle satu set. Hahaha... Ada berani? Sekarang ni aku dok mengumpul kad jemputan kawan-kawan dulu la ye.

Sekarang ni, aku ada masalah. Kebelakangan ni orang kata Blogger asyik buat hal aje. Tak boleh nak log in kadang-kadang dan it is so true. Masalahnya, sejak aku install Firefox 4, langsung tak boleh nak log in Blogger dan laptop jadi lembap semacam je. Apasal ek? Nasib baik ada Internet Explorer dan Google Chrome. Kalau tak meroyan la aku tak dapat membebel kat sini. Hehehe... Dah la minggu lepas macam-macam hal jadi. Benda yang sepatutnya aku kena buat, aku lupa nak buat. Benda yang boleh ditangguhkan dulu, aku dah buat siap-siap. Kelam kabut jadinya. Semester ni agak bermasalah sikit budak sem 1. Diorang tak hantar tugasan, aku yang risau. Padahal diorang boleh selamba badak je. Geramnya... Berbuih mulut aku suruh hantar tugasan. Ugut nak bagi kosong pun boleh selamba yaya lagi. Bukan cikgu-cikgu subjek umum dan cikgu-cikgu di bengkel je yang mengeluh. AJK JTP pun tak larat dah nak dengar nama budak-budak bermasalah ni. Baru hari ni bersidang, esok sampai lagi aduan daripada pengajar lain pulak. Baru nak jatuhkan hukuman, dah kena fikir hukuman baru. Acane?

Hari Rabu lepas, aku jaga kelas Kak Dayah untuk mereka buat ujian. Dua orang budak bermasalah ni datang kelas dengan muka cargas sambil bawa surat kebenaran nak ke klinik. Sorang kata demam, sorang kata pening sambil gelak-gelak. Kalau ko, ko bagi ke? Kirim salam aku nak sain surat kebenaran tu. Sekali tu, boleh pulak dua orang ni selamba badak keluar kelas macam tu aje? Sabar...sabar...sabar... Lantak pi hanglah. Tak tau dah nak buat apa. Cikgu-cikgu lain pun tak nak percaya dah auta diorang ni. Bayangkan, tiap kali hari Rabu je sakit, tiap kali hari Rabu je sakit. Siapa nak percaya? Minggu esok ni, minggu terakhir sesi pembelajaran sebelum peperiksaan akhir. Harapnya tak ada lagi masalah yang akan timbul.


Gambar hiasan semata-mata. Tidak kena mengena dengan budak bermasalah yang tersebut di atas. Ini budak-budak sem 2 waktu ujian haritu. Budak yang paling depan ni, dari mula sampai habis cot cet cot cet. Dalam kelas biasa pun macam tu jugak sampai aku cakap nak tampal dengan pita pelekat. Terus satu kelas bersorak. Rupanya dah pernah kena dengan cikgu lain. Sepanjang mengajar kat sini, kelas ini yang paling meriah rasanya.

Friday, 27 May 2011

Kekal Sihat Secara Semulajadi

Naskhah Reader's Digest Jun telah selamat sampai tapi kali ni nak kongsi sedikit info daripada Reader's Digest edisi Mei. Petua untuk kekal sihat tanpa perlu bersusah payah. Hanya menggunakan kaedah semulajadi. Apa yang penting, tahu keadaan badan kita. Macam mana nak tahu? Banyakkan membaca. Salah satu buku yang aku syorkan adalah Eat Right For Your Type karya Dr. Peter D'Adamo. Selain tu, boleh juga baca majalah-majalah berkenaan kesihatan macam Rapi atau i Sihat. Ini cuma info pendek je ye. Nak info panjang dan lengkap, boleh cari buku-buku yang berkaitan.

Nak kurus?
Timbang berat anda hanya seminggu sekali kerana berdasarkan kajian National Weight Control Registry US, mereka yang menimbang berat badan sekali seminggu berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 13 kilogram setahun.

Senaman
Waktu terbaik untuk bersenam adalah di antara jam 4 petang hingga 8 malam kerana pada waktu tersebut kekuatan dan ketahanan otot-otot kita meningkat sebanyak 5 peratus dan kebarangkalian untuk tercedera sewaktu melakukan senaman adalah rendah. 

Makan Malam Lebih Awal
Makan malam lebih awal untuk mengelakkan berat badan bertambah secara mendadak. Sekiranya anda sudah mengikuti diet yang sempurna tetapi berat badan tidak juga berkurang, cuba ambil makan malam sejam lebih awal daripada waktu biasa.

Sarapan di Tempat yang Terang
Apa kaitan pulak? Tempat sarapan memainkan peranan dalam kitaran biologi tubuh. Apabila anda bersarapan di tempat terang atau terbuka, badan anda akan terdedah kepada cahaya terang sekaligus memberi isyarat kepada sistem untuk bersedia menghadapi aktiviti waktu siang dan membantu waktu tidur anda di waktu malam.

Penjagaan Kesihatan
Pemeriksaan tekanan darah seeloknya dilakukan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam kerana kedua-dua keadaan adalah berbeza. Tekanan darah akan turun pada waktu malam dan berada pada paras tertinggi pada awal pagi. Petua Rasulullah untuk menyeimbangkan keadaan ini adalah jangan tinggalkan makan malam kerana orang yang tidak makan pada waktu malam akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Akhir sekali, bagi yang menghadapi masalah untuk tidur, amalkan perkara-perkara ini;
  • Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari
  • Kekal aktif dan banyak melakukan aktiviti luar pada waktu siang
  • Elakkan untuk tidur pada waktu siang walaupun sebentar
  • Elakkan kafein selepas waktu tengah hari
  • Pastikan suhu bilik tidur stabil; tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Jangan letakkan TV atau gunakan laptop dalam bilik tidur anda

Sekian, terima kasih kepada Reader's Digest kerana mengetengahkan isu menarik pada bulan Mei ini. Semoga bermanfaat...

Thursday, 26 May 2011

Dah Hafal

Semalam petang tak payah masak. Yahooo! Hehehe... Rezeki orang keluar kelas lambat. Ada jamuan untuk penceramah dari AADK dan mesyuarat pengurusan. Tapi tak ramai yang datang makan, maka banyaklah berlebih. Daripada membazir, baik bungkus buat makan malam kan? Alhamdulillah. Jadi, pergi pasar untuk beli sayur sajalah. Tiap minggu pergi pasar, sampai dah hafal kedudukan penjual-penjual tu. Pasar hari Isnin, kalau masuk ikut tempat lapang tu, mula-mula jumpa Abang Ayam Goreng disebelah kiri diikuti dengan Abang Ayam Percik, Kakak Nasi Kerabu, Pakcik Pau Goreng, Makcik Masak Lodeh, dan seterusnya. Pasar hari Selasa, kalau ikut pintu depan, jumpa Makcik Kuih-Muih belah kanan, Abang Sayur belah kiri, Abang Ayam Percik, Pakcik Cendawan Goreng, Kakak Yong Tau Foo dan seterusnyalah. Pasar Rabu ada dua tempat. Bandar Banting satu, Kanchong Bengkok satu. Sekarang aku selalu ke Bandar Banting je sebab dekat dengan pejabat. Oh, sudah-sudahlah cerita tentang pasar malam. Ada yang muntah pulak karang. Kahkahkah...

Hari ni tak ada pasar malam. Jadi nak tak nak kena masak. Rancangan nak buat lempeng kelapa + sambal tumis ikan bilis menjadi. Nalladeke! Berangan nak melempeng dah lama dah. Kelapa parut pun dah berapa kali beli tapi tak terbuat-buat. Sengal namanya. Lempeng kelapa saya sedap!! Sendiri buat, sendiri puji. Hahaha... Sonang yo nak buek lempeng ni. Mari zaasss Lempeng Kelapa yang tak ada rupa tapi ada rasa ni....


Sebiji kelapa parut
2 1/2 cawan tepung gandum
2 ke 3 cawan air
Garam secukup rasa

Memandangkan kelapa parut ni kadang-kadang parutannya tak berapa nak halus, maka untuk melempang melempeng ni aku kisar kelapa parut dengan air. Dah sudah tu, baru aku campurkan dengan tepung, taruk garam secukup rasa atau dalam kes aku, sepasrah mungkin. Hehehe... Bancuh la adunan tadi. Bagi mengelakkan adunan berketul, kacau dengan whisker. Memang tak berketul weh. Kemudian, masak lempeng anda seperti biasa. Lempeng kelapa ni berbeza daripada lempeng biasa. Masa yang diambil untuk masak lebih lama berbanding lempeng biasa. Kalau tak sabar macam aku, melekat-lekat kuali kome karang. Tunggu tepi dia garing dan terkopek daripada kuali, baru balikkan ye.

Buang tebiat sungguh makan lempeng malam-malam.

Monday, 23 May 2011

Kayuh, Tetap Kayuh

Hari Isnin yang tak berapa nak bersemangat. Budak-budak cuti, jadi rasa macam sunyi je. Ingat nak siapkan nota untuk budak-budak ni, tapi serius tak ada mood nak buat. Jadinya, aku cuma habiskan menanda tugasan budak-budak semester 2. Baru aku perasan aku terlebih rajin bagi tugasan pada budak-budak ni. Banyak benar. Tapi, tak apalah. Boleh pilih-pilih. Mana-mana tugasan yang markahnya rendah, tak payah la letak dalam SPC. Alang-alang dah tanda tugasan, aku masukkan sekali markah dalam SPC. Masukkan lambat-lambat karang, kelam kabut pulak. Kalau ada yang dapat markah rendah tak hagak-hagak, boleh buat ulang nilai awal-awal. Mana yang buat-buat lupa nak hantar tugasan, waktu nilah aku boleh kesan. Siap kamu orang, nak kena lompat bintang dalam Pejabat Pentadbiran pulak? Kan dah kata, aku ni termasuk dalam kategori cikgu garang. Budak-budak semester 1 yang sengal ubi tu pun tak berani sangat nak melawan dalam kelas aku.

Bila ditanya cikgu-cikgu semester 1, semuanya akan bagi laporan panjang berjela tentang mereka. Pada aku, walaupun budak-budak semester 2 lebih dari 50 orang, aku lagi suka ajar mereka sebab mereka lebih mendengar kata berbanding budak semester 1. Inilah cabaran namanya. Tak apalah, pelan-pelan kayuh. Minggu lepas juga, aku dapat ini...


....satu-satunya hadiah hari guru daripada pelajar-pelajar Multimedia. Semua cikgu yang mengajar mereka dapat satu sorang. Bolehlah aku ingat balik nanti mana yang nakal bila tengok gambar ni. Kahkahkah... Keseluruhannya, mereka semua ni okeylah. Yang nakal-nakal tu orang kata penyeri kelas kan. Kalau semua baik belaka, tak syok jugak. Hehehe...

Sunday, 22 May 2011

Penculikan Yang Terkantoi

Ini peristiwa Selasa lepas. Sempena cuti Hari Wesak, aku pun memandu Mrs. Kanc ke Shah Alam. Tujuannya nak menghantar soalan kaji selidik yang diberi oleh Kak Chik 2 bulan lalu. Gila lama aku pegang soalan tu. Bila pergi Shah Alam je, asyik lupa nak bawa. Jadinya, hari Selasa tu aku gigihkan diri juga memandu ke Shah Alam. Tak tenang hati selagi aku tak serah soalan tu. Hehehe... Sampai sana pun dah petang. Kak Chik siap dah beli sekotak teh Boh uncang. Cadangnya nak buat air teh dan goreng karipap untuk aku. Tapi aku pulak ajak beliau keluar ngeteh. Kehkehkeh.... Lain kali saya datang minum teh rumah awak ye Sedari. Alang-alang dah sampai Shah Alam, aku terus buat agenda bidan terjun untuk sepanjang hari tu. Lepas tak jadi minum teh Kak Chik, kami ke Mc Donalds Seksyen 3 untuk berjumpa seorang kenalan untuk menyerahkan bungkusan ni.

Yang berisi buku ini...

Kami ni, sangat berkeinginan untuk tahu bagaimana rupa buku di dalam kotak antik tu. Jadi, kami telah memaksa si penerima tadi buka juga kotak tu kat situ. Kalut dia mengoyak plastik buku tu. Kahkahkah... Cantik rupanya buku dia dalam tu. Ingatkan guna kertas kitar semula. Rupanya guna kertas cantik. Berbaloi-baloilah orang kata. Lepas daripada tu, kami menuju ke SUK. Mangsa culik ada program pulak kat sana. Waktu aku telefon mangsa culik tu cakap nak bagi sesuatu, terus dia cakap; "Oh, akak nak bagi kad wangi ye?" Heh, tenang. Asal kata nak bagi sesuatu je, mesti orang teka kad wangi. Sabar dik. Hehehe.. Sampai sana je, hujan lebat. Maka aku pun terus pandu masuk ke bawah bangunan dan terpaksa berhenti di hadapan pintu utama. Cakap-cakap kejap, kami kata nak culik beliau. Sebab tak bawa IC, maka aku suruh la ambik barang-barang yang sepatutnya dulu. Sekali, lama pulak dia pergi ambik barang tu sampai pakcik jaga tu tegur kami. Kantoilah projek kami nak culik Faien. Hahaha... Waktu keluar dari SUK, hujan selebatnya. Takut juga memandu dalam keadaan begitu. Demi roti bakar dan kopi panas, aku sanggup juga redah hujan tu.




Lama betul tak jumpa Cik Faien ni. Maka kami bawa beliau ke Pak Hailam Kopitiam di Tesco untuk makan sambil berbual. Satu-satunya kopitiam yang mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Perut masing-masing lapar, semua nampak sedap la kan. Lama gila kami pilih makanan sebab semua nampak sedap. Hahaha... Akhirnya, inilah yang kami pilih.





Roti bakar kureng sebab dah sejuk waktu sampai pada kami. Nasib baik inti dia banyak dan sedap. Nasi ayam dia pun kureng. Nasi goreng dia sedap. Air kopi dia kureng sebab tak cukup. Kahkahkah... kecik sangat cawannya. Wantan dan wedges dia sedap cuma tak habis sebab dah kenyang. Dah habis melantak, aku serahkan 'sesuatu' tu pada Faien. Bukan kad wangi la, kerepek yang awak idamkan tu je. Hehehe... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk akak dan Kak Tini ye. Lain kali kita pergi lagi ye.

Selesai Sudah

Semalam seharian berkampung di ILP. Sehari sebelumnya aku keluar pejabat jam 7 lebih. Langit pun dah gelap. Ini semua gara-gara menyiapkan persiapan terakhir sebelum hari kejadian. Kali ni, aku diletakkan di bawah AJK Cenderahati dan Hadiah. Memanglah, semua program yang berlangsung tetap ada kekurangan dan kecacatan. Tapi, semuanya hanya diketahui oleh orang yang menguruskan saja. Tetamu, akan nampak yang baik-baik saja. Paginya, hujan. Tapi dalam pukul 10, hujan dah berhenti. Alhamdulillah. Tak dapat dengar pun Luncheon Talk sebab kena jaga kaunter. Tapi sempat juga tengok perasmian dan saat menandatangani MOU antara Mitsubishi dengan JTM. Dapatlah tengok robot yang sibuk diperkatakan tu.

 Antara tenaga kerahan sebelum hari kejadian...

 Askar-askar bantuan...

Gigih menyiapkan buku program menggunakan cara manual

Lepas habis tugas, tak merayap kemana pun. Cuma duduk kejap dalam dewan tengok persembahan. Ada la artis jemputan jugak. Juara bintang 60-an MAYC, Sani dengan Iqwal. Minta maaf cakap, aku tak berapa nak kenal artis-artis baru ni. Hahaha... Duit memang selamat walaupun banyak gerai sebab AJK memang dapat makan. 4 kali makan. Pagi, sarapannya nasi lemak dengan 2 jenis kuih. Tengah hari, nasi putih + rendang ayam + daging masak lada hitam + ikan masak masam manis + tauhu jepun tak-tahu-masak-apa + sayur campur + ulam-ulaman + sambal belacan. Lepas tu, pencuci mulut dia yang paling tak boleh belah. Ada apam kukus, pulut + serawa durian, kuih cara manis, buah-buahan dan popia goreng. Minum petang pulak, bihun goreng singapura + kuih 2 jenis + bubur kacang. Malam, lepas habis Forum, ada makan malam pulak. Menunya pulak nasi putih + daging merah + ayam goreng rempah + sambal udang + sayur campur + ulam-ulaman + sambal belacan termasuk pencuci mulut berupa buah-buahan dan puding jagung. Cecakap, camano makcik nak kurus macam dolu-dolu? Dulu, aku bantai makan nasi lemak tengah malam pun, masih boleh pakai baju saiz M. Sekarang? kirim salam. Hiks...Kena disiplin lebih ni.

Forum malam tu, seronok. Panel jemputan adalah Imam Muda Asyraf dengan Ustaz Husni daripada PPZ Pahang kalau tak silap. InsyaAllah nanti aku ulas apa yang dibincangkan dalam forum tu. Ini kali kedua Imam Muda Asyraf sampai ke ILP. Sebelum ni ceramah Maulidur Rasul pun dia yang sampaikan. Anak-anak murid dapat cuti esok. Cikgu-cikgu yang duduk di bengkel pun boleh cuti esok. Tapi cikgu-cikgu yang duduk di pejabat pentadbiran kena datang kerja. Cuti hari lain. Selamat bekerja lah ye...

Sunday, 15 May 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Gigih menaip hari ni. Sampai 3 entri sekaligus. Hehehe... Esok adalah 16 Mei. Maka telah ditetapkan dalam kalendar di Malaysia bahawa 16 Mei setiap tahun, guru-guru akan diraikan sempena Hari Guru. Sebelum-sebelum ni, aku dah menaip panjang lebar tentang hari guru ni. Tahun ni tak tahu nak mengarut apa. Hehehe... Maka dengan ini, Tuan Tanah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia. Tak ada cikgu, tak adalah tuan doktor, pakcik jurutera dan encik juruterbang. Cabaran mendidik pelajar hari ini lebih menduga akal dan kesabaran. Maka kuncinya disini, banyakkan bersabar kerana sabar itu adalah kunci keluar kepada kesusahan. Kalau tak sabar, macam mana anak bangsa nak pandai membaca, betul? Kalau tak sabar, macam mana anak murid nak pandai mengira? Terima kasih cikgu-cikgu dan ustaz serta ustazah sekalian.

Selamat Jalan Corelle

Tajuk macam apa je kan? Kahkahkah... Tapi, macam tu la gamaknya. Duit tabung yang aku kumpul nak beli Corelle kena korbankan beli benda lain. Tetiba pulak ketuhar antik yang satu tu 'merajuk'. Kena la beli yang baru kan. Nak minta tolong Abah hantar baiki pun, tak tahu bila. Hantar baiki sendiri, aku tak tau. Kalau beli baru, aku boleh. Hahahaha... Memang dah gedik kan berangan nak beli baru cuma tak ada sebab munasabah je kan? Sendiri tanya, sendiri jawab la ye. Tempoh hari ada juga tengok-tengok dekat Onking. Harganya masih dalam kemampuan la cuma sekarang tengah cari jenama apa yang bagus dan kalau rosak, senang nak hantar baiki. Konon-konon sebelum beli nak buat kajian sikit la kan padahal sebelum ni beli barang main redah je. Bila aku suruh Pakcik Google carikan info tentang ketuhar elektrik ni, memang dia tak mengecewakan. Terima kasih pakcik.

Rupanya, ketuhar elektrik ni ada dua jenis. Convection dan conventional. Ah sudah, Cik Farae dah pandai guna istilah. Menatang apa tuh? Meh baca sikit apa yang Pakcik Google carikan.

Convection
A convection oven uses a fan which is usually located on the back side. The purpose of the fan is to force the heated air inside and circulate it around the item being cooked. The heated air is constantly pushed over and around the food, and therefore a convection oven cooks food much faster than a conventional one.
Not only does a convection oven cook food more quickly than a conventional, but it can also thoroughly cook food at lower temperatures. The average amount of time saved when cooking with a convection oven is about 20 percent of the food's normal cooking time. The temperature a it uses to cook food is also about 20 percent lower than a recipe's suggested cooking temperature.
Typically, convection ovens are known for their popularity in the restaurant industry as well as in commercial cooking facilities. However, it is becoming more popular for individuals to own convection ovens in their homes... or at least a conventional one that can switch to a convection mode upon request.
Convection ovens are speedier and more efficient than conventional, and therefore may be more expensive. However, professional chefs from around the world swear by them and rely on them for delicious tasting food. Also, since the air circulation in a convention oven is the same throughout, food will cook at the same rate no matter where it is placed in the oven... on the top or bottom rack or near the front or back.

Conventional
Traditionally, most personal residences in the United States come equipped with a modern conventional ovens. These are the most common type, and are used every day by men and women to cook all sorts of meals, desserts, breads, and many other types of food.
Conventional ovens are similar to convection ones in that they both cook food using heat. They both have the ability to use either gas or electricity, depending on the hook-up in a home. Some may have the versatility to use either gas or electricity simply depending on what is plugged in to them, and some are made to be either gas specific or electricity specific.
The most obvious difference between conventional and convection is the fact that in conventional, air is not forced throughout the oven on a constant basis with the aid of a fan, as it is in convection.
In a conventional oven, the heat circulation in the oven can become blocked by pots and pans inside of the oven. The blocking of the heat can cause uneven cooking. Uneven cooking is especially noticeable when both the bottom and top racks in the oven are being used at the same time. The items on top will cook faster because heat rises to the tops of conventional ovens and when there is a lot in the oven, the heat gets trapped there.
There are pros and cons to both conventional and convection ovens. Conventional ovens have been serving people for years and years and food has been cooked successfully in them for many decades. Convection ovens have many followers and fans, but these types of ovens can be hard to get used to... especially for novice cooks.

Article Source: http://EzineArticles.com/190510

Ada faham? Maka kenalah tunggu beberapa ketika lagi sebelum tabung penuh dan boleh pergi Onking beli oven baru. Hiks...

Berjaya Menggagahkan Diri

Alhamdulillah, berjaya juga main masak-masak hari Jumaat lepas. Memang dah lama cadangnya nak masak sesuatu untuk mereka yang agak rapat di pejabat tapi baru hari ini tercapai. Itu pun selepas angin ribut gigih datang melanda. Petang Khamis balik kerja terus ziarah Econsave. Lengkapkan bahan-bahan nak masak. Daging kisar dah ada dua bungkus. Beli sebab ingat nak buat lasagna, tapi oven rosak pulak. Maka terus melencong buat spagetti hari ni. Jadinya malam tadi siapkan semua bahan. Buat sos pasta resepi Rachael Ray, hiris cendawan dan sosej.

Paginya, terjaga agak lewat. Tapi gigih juga ke dapur lepas solat. Walaupun tinggal campak-campak je, kelam kabut juga sebab baju belum gosok. Bajet bangun awal dari biasa kan, sudahnya sambil masak, sambil gosok baju. Gigih kan? Hahahaha... Mujurlah sempat. Dalam perjalanan nak ke pejabat, aku terfikir cukup rasa ke spagetti aku ni? Nak bagi orang makan ni, kalau tak cukup rasa, kesian mereka. Aku memang tak suka rasa masakan kalau masak, dari dulu lagi. Waktu arwah mak ada, mak tolong rasakan cukup ke tak garam gulanya. Sekarang ni, aku tawakal je campak apa yang patut. Hehehe...

Datang pejabat pulak, ada akak belanja nasi lemak. Alhamdulillah, rezeki. Aku makan nasi lemak sementara mereka makan spagetti. Kadang-kadang tukang masak tak selera makan masakan sendiri. Tapi rasa juga sikit la, nak tau cukup rasa ke tak. Pada aku, okey la cuma macam tawar sikit. Orang lain, tak komen apa-apa pulak. Tapi ada yang bertambah, okey la kot. Hehehe... Tengah harinya tak balik rumah pun. Ingat nak kemaskini blog memandangkan waktu rehat hari Jumaat lama. Tapi, Blogger sedang diselenggara pulak. Maka keluarlah makan tengah hari dengan Kak Eza dan Kak Dayah. Singgah Tupperware, nak tempah Tupperware keluaran khas untuk raya nanti. Sebab dia warna hijau, maka aku pun nak jugak. Dalam pada tu, pasang niat nak beli Lime-lemon Rectangular yang merupakan keluaran terhad. Disebabkan dah nak habis kempen, maka berputih matalah ye.

Gambar katalog dari sini

Sesiapa yang ada beli terlebih dan nak rasa nak jual, meh jual kat aku. Ini betul-betul, bukan cubaan.

Wednesday, 11 May 2011

Kejam

Pagi-pagi, dapat berita bahawa pelajar-pelajar kelas aku bakal lesap. Bikin orang angin saja nampaknya. Ada pertandingan dikir barat katanya malam ni. Masing-masing sibuk nak berlatih. Slot pertama tadi, ok lagi kata Kak Reen. Masuk slot kedua, makin berkurang. Sampai slot aku, tinggal 6 orang je. Hello, kamu ni tak perasan ke peperiksaan akhir tinggal beberapa hari saja lagi??? Panas ni, panas... Sebelum masuk kelas tu, Puan Izuraida ada telefon minta kebenaran untuk seorang pelajar dari Pengaturcaraan keluar kelas. Ok, tak apa. Sorang je. Tapi bila masuk kelas pukul 11.30 tadi, tinggal 6 orang je. Apa kessss??? Budak-budak CADD Senibina langsung tak bagi tahu nak pergi latihan. SMS tak boleh ke? Nombor ada kan? Kerana geram, aku pesan; "Kalau tak menang malam ni, saya denda semua yang ponteng kelas saya hari ni." Geram bhai! Dalam geram tu pun, aku sambung mengajar macam biasa. Habih kalau tunggu diorang, tak habis silibus la gamaknya. Nak buat kelas tambahan pun asyik ada sukan. Heh, geram! Nasib baik aku pesan suruh ambil tugasan hari ni juga kalau tak nak dapat kosong. Kalau tak alamatnya tak adalah yang datang menuntut. Sabar jelah... Alang-alang orang kata aku garang, baik aku jadi kejam sekali kan? Muahahahaha (gelak kejam).

 Terima kasih Pakcik kerana sudi tayang muka geram kat blog saya...

Dah Boleh Tulis Surat Cinta

Hehehe... Semalam aku bantu Bos ajar kelas ICT, Asas Microsoft Excel. Excel memang aku tak berapa nak pandai sebab dia macam banyak guna format. Tapi boleh la kan nak tolong ajar yang asas. Kelas ni PERCUMA ye. Sesiapa pun boleh masuk dan diadakan pada hari Selasa. Berminat? Boleh tinggal komen ye. Sambil-sambil ajar orang, aku pun ikut juga belajar walaupun sebelum ni pernah masuk kelas. Berdasarkan ilmu yang aku dapat semalam, maka bolehlah aku karang surat cinta banyak-banyak dalam laptop ni tanpa rasa cuak. Sebab? Aku dah tau macam mana nak letak kata laluan pada dokumen yang ditaip. Hahahaha... Eleh, baru tau ke? Ha, memang baru tau. Jadi??? Ok, yang dah tau nak buat tu pergi duduk diam-diam sana. Caranya:

Langkah 1

Langkah 2




Langkah 3



Langkah 4




Dah buat semua tu, jangan lupa "Save". Kalau dah yakin, boleh cuba buka semula dokumen tu dan akan keluar sepert di bawah. Masukkanlah kata laluan tadi ye. AMARAN: Sila ingat kata laluan tersebut atau kirim salam je pada surat cinta yang anda karang tadi. Kekekeke...


 Sekian, terima kasih...

Friday, 6 May 2011

Ingat Lagi Tak?

Sebenarnya Tuan Tanah tengah ulang kaji aplikasi yang ada dalam Blogger ni sebab esok nak mengajar, karang blurr pulak kat depan. Hehehe... Sahabat-sahabat, ingat lagi tak video ni? Tuan Tanah tak pernah tak gelak bila tengok video ni. Kikikikiki...

Wednesday, 4 May 2011

Kahwin Waktu Belajar?

Petang tadi aku meronda bengkel untuk dapatkan pengesahan buku rekod mengajar daripada Ketua Bahagian. InsyaAllah minggu depan audit ISO nak datang, itu yang kena lengkapkan semuanya. Dah lama dapat memo, tapi baru nak buat. Sengal namanya. Hehehe... Balik daripada meronda, Bos aku cakap; "Farah, ada orang tu dapat bunga..." Wallaweh, siapakah gerangan? Aku ni lam.mim.ba.ta pa.ya.kap.pa(lambat pikap) bab-bab memahami bahasa tak terucap. Lepas ugh? hah? ugh? hah?, rupanya Kak *** yang dapat bunga dari encik suami. Sejambak weh, bukan sekuntum. Nak bunga? Kahwin la. Nanti encik suami hantar ke pejabat. Hahaha... Sungguh manis...
Ros merah ehsan Pakcik Google

Tiba-tiba teringat satu soalan dari seorang adik praktikal tak lama dulu kepada seorang staf; "Akak pergi kerja macam mana?" Lalu staf tadi menjawab; "Suami akak hantar." Spontan adik ni cakap; "Bestnya ada orang hantar tiap hari." Maka akak tu pun berkata; "Kahwin la kalau nak pergi berhantar, balik berjemput oleh encik suami." Lebih kurang begitulah inti pati perbualannya dan siang tadi, seorang adik yang dikenali di alam maya telah bertanya pendapat tentang berkahwin waktu belajar. Erkk??? Akak kau ni dah habis belajar pun, tapi belum lagi kahwin. Nak cakap lebih-lebih pun, belum ada pengalaman. Kawan-kawan pun, tak ada yang kahwin waktu belajar dulu. Tapi mintak pendapat, tak salah kot kalau kongsi pendapat. Teringat terus waktu di universiti, ada satu forum anjuran MPP bertajuk Cinta dan Perkahwinan di Alam Kampus. Kata salah seorang panel; "Cinta umpama kurap, makin digaru makin sedap". Betul ke? Dilema si adik ni adalah perlukah mereka  bernikah walaupun tidak belajar di tempat sama. Seorang di padang pasir, seorang di tempat bersalji. Jauh jaraknya, cinta antara benua. Walaupun jauh, dugaannya tetap ada. Bak kata orang melayu, hati terkenang mulut menyebut.

Walaupun tidak ternampak di depan mata, hati tetap terkenang. Ingatan sekali-sekala melayang pada si dia nun jauh di sana. Secara tak langsung sudah terkumpul dosa hati. Kalau diikutkan, empunya diri mungkin sudah bersedia. Tapi keluarga bagaimana? Bila rasa ragu-ragu, buat istikharah dulu. Yang pertama kali mungkin tiada apa-apa petunjuk. Buatlah berkali-kali hingga ditunjukkan jalan dan hati rasa yakin. Kadang-kadang petunjuk ni bukan dalam bentuk mimpi. Mungkin Allah akan datangkan dalam bentuk lain. Kemudian fikirkan semula sama ada keputusan ini yang terbaik atau tidak. Jodoh bukan perkara main-main.

Jodoh ini terbahagi kepada 3 jenis.
1. Jodoh dari Allah. Iaitu pandangan pertama yang jatuh terus ke hati. Daripada pandangan tadi, terus terdetik bahawa inilah wanita yang akan aku kahwini. Firman Allah dalam Surah Ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Tetapkan niat dan kawal diri daripada memikirkan perkara yang tidak-tidak, dan mempersiapkan diri untuk perkahwinan.
2. Jodoh dari syaitan. Ini bahaya kerana menyalah gunakan anugerah yang diberi. Itu yang keluar frasa "Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang." Bila seorang lelaki sudah berpuas hati dengan jodohnya pada pandangan pertama, maka haram baginya melihat wanita itu berkali-kali.
3. Jodoh dari jin. Ini juga bahaya kerana kita menggunakan cara salah untuk mendapatkan jodoh. I suka you, tapi you tak berkenan pada I pulak. Maka berjumpalah si lelaki dengan tok bomoh supaya jodoh tadi tunduk padanya. Macam drama Mantera Anjasmoro la. Suria menggunakan khidmat jin untuk buat Zahid jatuh cinta pada dia.

Kemudian, persiapkan diri. Sebaik saja berkahwin, tanggungjawab akan berganda. Bagi yang lelaki, automatik menjadi pemegang amanah terbesar si isteri. Tanggungjawab yang sebelum ini dilaksanakan ayah sudah berpindah pada suami. Bagi yang perempuan, perlu benar-benar bersedia untuk menjadi pemegang amanah sebagai isteri. Suami bertanggungjawab mendidik dan membimbing isteri, dan isteri bersedia menerima didikan dan bimbingan si suami. Mungkin awak rasa dah bersedia tapi bimbang keluarga tak beri keizinan. Kalau awak dah benar-benar bersedia, buktikan pada keluarga yang awak mampu nak jadi ketua keluarga. Kalau sebelum ni asyik nak membantah je apa orang cakap, belajarlah untuk mendengar dan memikirkan apa yang orang cakap. Jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Komunikasi ini adalah perkara terpenting dalam kehidupan. Kalau sebelum ni semua benda nak kena mak ayah bagi tahu, sekarang belajarlah untuk ambik tahu sendiri. Biarlah berjauhan selepas nikah pun kerana semua benda yang dibuat selepas itu adalah halal. Nak teringat kat isteri pun, tak ada masalah. Nak bercakap mendayu-dayu, boleh. Nak menatap wajah melalui siaran kamera web pun, tak ada orang nak larang.

Orang kata wanita ni paling kuat dan tabah bila berkaitan dengan perasaan. Tapi kekuatan itulah sebenarnya kelemahan. Dengan perkahwinan, awak bimbing dia supaya tak merendahkan martabat dan maruahnya. Cabaran memang sentiasa ada bukan pada pasangan yang masih belajar aje tapi pasangan yang biasa pun tetap akan ada cabaran. Mungkinlah berbeza cabarannya dan kemampuan untuk menghadapi cabaran tu juga berbeza. Kadang-kadang kita pun fikir, bersedia ke aku ni? Boleh ke aku ni? Dah betul-betul kuat ke aku ni? InsyaAllah bila dah buat persediaan, kita boleh hadapinya sebaik saja kita berada dalam situasi tu nanti. Contohnya macam akak, dulu waktu praktikal ajar budak-budak kecil. Sekarang bila dah kerja, mengajar budak-budak remaja. Mula-mula memang takut dan tak tahu macam mana nak hadapi. Tapi lama kelamaan akak dah tahu macam mana berhadapan dengan mereka. Dua-dua situasi, ada cabarannya.




Ikhlas dan cintailah pasangan awak kerana Allah. Selalunya orang yang merantau ni lebih cepat matang dan kuat berbanding dengan orang yang senang hati 'berkuntau' di tempat sendiri. Itu salah satu kelebihannya. Dua-dua kena kuat dan sabar. Jadi, fikir-fikirkanlah ye. Apa yang tertulis ni adalah sedikit ilmu yang diperoleh daripada taman syurga di dunia. Pengalaman, memang tak adalah kan. Ilmu yang sikit ini jualah yang akak kongsikan.

Monday, 2 May 2011

Wasiat Ayah

Hari Khamis lalu diadakan majlis perpisahan untuk adik-adik yang menjalani praktikum di ILP ni. Majlis pendek yang diadakan pada sebelah pagi ini turut dihadiri oleh para pembimbing mereka serta Timbalan Pengarah 1, Encik Ammar sebagai pengganti Tuan Pengarah yang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Eh, ni apa pasal pulak aku buat ayat macam nak hantar laporan ke HEP ni? Hehehe... Ok, sambung cerita. Majlis perpisahan, biasalah... Mesti ada ucapan terima kasih dan minta maaf bagai. Ada juga nasihat daripada staf-staf terlibat. Wasiat paling panjang adalah daripada Encik Ammar yang aku nak kongsikan di sini.

Gambar ehsan Pakcik Google

Pada suatu masa, terdapat seorang ayah yang sudah uzur. Si Ayah mempunyai dua orang anak. Sebelum meninggal dunia, si ayah berpesan kepada kedua-dua anaknya; "Wahai anakku, sesudah ayah meninggal laksanakanlah apa yang ayah akan katakan ini. Pertama, jika engkau memberi hutang kepada orang, janganlah engkau tuntut. Kedua, sekiranya engkau bekerja, janganlah sampai terkena cahaya matahari." Tidak lama kemudian, si ayah pun meninggal dunia. Maka pada suatu hari, Ibu mereka yang masih hidup datang menziarah anaknya yang bongsu. Dia melihat perniagaan anak bongsunya semakin merosot. Lalu ibunya bertanya; "Mengapa engkau jadi begini?" Si anak tadi pun menjawab; "Ibu, saya cuma melaksanakan apa yang ayah pesan dulu. Ayah kata, jangan tuntut hutang daripada orang. Saya ni berniaga dan kadang-kadang akan memberi hutang kepada pelanggan saya. Tapi, ayah kata jangan tuntut hutang-hutang tersebut. Maka saya tidaklah tuntut dan akibatnya saya tidak mempunyai modal pusingan. Kemudian, ayah berkata supaya jangan sampai terkena cahaya matahari. Maka untuk ke pejabat saya akan menaiki kereta walaupun jarak dari rumah ke sana tidaklah jauh. Disebabkan itu, kos perbelanjaan saya juga telah meningkat". Si ibu pun berfikir. Betul juga kata-kata anaknya.

Selepas itu, si ibu pun menziarahi anak sulungnya. Berbeza dengan anak bongsunya, si sulung menjadi semakin berjaya dan bertambah kekayaannya. Si ibu turut berasa hairan. Maka si ibu pun bertanya; "Bagaimana engkau boleh menjadi sebegini kaya?" Si sulung pun menjawab; "Betullah apa yang diwasiatkan ayah dulu. Ayah kata, jangan menuntut hutang yang diberi kepada orang. Jadi, dalam menjalankan perniagaan, saya langsung tidak membenarkan pelanggan berhutang. Semuanya perlu dibayar tunai. Dengan cara ini, orang tidak dapat berhutang dan saya tidak perlu menuntut hutang. Saya juga mempunyai modal pusingan yang mencukupi malah mendapat lebih keuntungan. Kemudian, ayah berpesan supaya tidak terkena cahaya matahari ketika bekerja. Maka saya keluar rumah sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam. Dengan demikian, waktu saya berada di kedai lebih lama dan saya mampu memanjangkan waktu perniagaan sekaligus meraih untung yang berlipat ganda." Si ibu pun bersetuju dengan kata-kata anaknya itu.

Demikianlah cerita si bongsu dan si sulung. Kedua-duanya menerima wasiat yang sama, tetapi mempunyai kefahaman yang berbeza. Sebenarnya, situasi ini sering berlaku dalam kehidupan kita bukan? Kadang-kadang kita tersalah tafsir dan salah menafsir. Sebelum membuat sesuatu, seeloknya kita berfikir dengan betul supaya tiada apa-apa yang salah berlaku.

Banyak Benda...

Gambar ehsan Pakcik Google

Selamat menikmati cuti Hari Pekerja semua. Ye, ye, aku tau hari Isnin dah nak habis. Saja nak cakap, masih ada beberapa jam untuk dinikmati. Hehehe... Sebenarnya sesuatu terlintas di kepala waktu tengah memikirkan pelbagai perkara. Rasa macam banyak benda yang bakal dihadapi untuk bulan Mei ni. Jemputan kahwin juga berderet-deret. InsyaAllah aku akan penuhi undangan. Fatheen Aina dan Siti Shahrina, sudikah kiranya anda berdua mencemar duli bersama patik? Aten ni bukannya boleh diingat-ingat sangat. Kang tetiba je dia telefon, macam tau-tau aku tengah teringat kat dia. Hehehe... Bagus ko Ten, gerak hati kuat. Sila lihat jadual perkahwinan kawan-kawan kita di sebelah kanan ni ye.

Kemudian, 21 Mei ini sepatutnya aku kendalikan Kursus Asas Membina Laman Blog Persendirian. Ye, ye, aku tau korang semua lagi pandai dari aku. Tapi tak salah kan nak kongsi ilmu yang aku ada sekarang ni? Cuma peringkat asas je pun. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Masaalahnya, 21 Mei tu bukan ke Hari Terbuka ILPKLS? Aiyak...aiyak...aiyak...! Macam mana boleh lupa ni??? Nampak gaya kena telefon peserta tukar tarikh ni. Hish....

Pasal tarikh majlis Su, aku baru dapat tahu dari Kak Chik. Dahsyat la awak ni Kak Chik, terus merisik khabar lepas kita jumpa tempoh hari. Cuma menunggu kad wangi sampai. Jadinya, sesiapa yang rasa nak ikut pergi Pahang, sila tampil ke hadapan. Boleh kita buat rombongan Cik Kiah. Harapnya kali ni dapat la pergi sebab waktu majlis Aini dulu tak dapat pergi. Hancur luluh hati ni tak dapat ke Sabah. Sob..sob..sob.. Sedari, sila dapatkan kebenaran dari mak awak ye? Saya pun kena minta kebenaran dari ayah saya siap-siap. Pening rasanya bila fikir banyak benda.