Engagement Fund ;)

Sunday, 28 August 2011

Tak Siap-siap!

Dua hari lagi nak raya. Sedih pulak rasa bila Ramadhan nak pergi ni. Mudah-mudahan dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amiinn... Sempena nak berhari raya, mari tengok senarai semak aku;

Monjong - selesai
Langsir - selesai
Habuk-habuk bawah sofa - tak selesai lagi
Dapur - tak habis kemas lagi
Bilik Solat - tak sisih lagi barang-barang yang tak berkaitan
Stor - selesai
Kuih raya - tak mula buat langsung lagi
Ruang menonton - tak mula kemas lagi

Oh, banyak lagi benda tak selesai! Sesungguhnya, aku tidak sehebat Mak yang mampu menyelesaikan semua kerja rumah tanpa perlu mengeluh. Jangan sampai aku tinggal semua benda tak selesai ni pergi membeli dan membelah sudahlah... Ada kemungkinan juga tu...

Saturday, 27 August 2011

Bila Memandu


Alhamdulillah, selamat berjumpa dengan Kak Chik petang tadi. Tak pernah aku duduk depan punch card untuk tunggu dia berbunyi macam petang tadi. Hari ini dalam sejarah... kahkahakah... Ingatkan pukul 6 dah boleh sampai, tapi sebab bukan aku sorang je yang nak pergi Shah Alam petang tadi, pukul 7 baru aku sampai depan Restoran Ayam Dara. Alang-alang aku memandu lebih lama dari biasa hari ini, meh kita cerita-cerita sikit tentang bab pemandu dan pemanduan.

Adakah anda juga seorang pemandu seperti saya? Jika ya, pemandu jenis apakah anda? Eh, macam soalan peperiksaan saja gamaknya soalan aku ni. Hehehe... Aku adalah seorang pemandu yang lebih banyak menghabiskan masa memandu sendirian. Jarang-jaranglah ada orang duduk sekali dalam kereta tu. Makanya, bila banyak menghabiskan masa memandu, banyaklah perkara yang terjadi. Ada orang kata, memandu dalam keadaan tertekan boleh melegakan. Aku pun cakap macam tu sebab kadang-kadang kalau serabut, aku memang suka memandu tanpa arah tuju. Tapi yang buat aku jadi tertekan bila memandu adalah;

1. Ketika sedang fokus memandu, tiba-tiba ada objek melayang keluar dari kereta hadapan. "Hoi, sesuka hati kau je buang sampah merata-rata. Apa perasaan kau kalau orang sesuka hati campak sampah depan rumah kau?" Geram gila okey bila nampak situasi ni. Ye, memang aku akan membebel sorang-sorang dalam kereta dengan menggunakan ayat ala-ala di atas.

2. Ketika sedang fokus memandu, tiba-tiba kereta di lorong sebelah memasuki laluan kita secara tidak beradab. "Hello, taulah aku bawak Kanc je. Kot ye pun nak tukar lorong, bagi la signal. Kalau terlanggar macam mana?" Pantang ok kalau orang tukar lorong tanpa memberi isyarat. Kalau ada peluang, aku himpit je tak bagi dia masuk. Lantak situ. Tapi kalau orang tu bagi isyarat hatta jaraknya dah dekat tahap gaban pun, aku mengalah bagi laluan sebab dia beradab. Tak susah pun kan nak hidupkan signal tu?

3. Ketika sedang fokus memandu, tiba-tiba berdesup kereta memotong di sebelah kiri walhal aku memang dah duduk di lorong kiri. Sedar dirilah kan, bawak perlahan, duduk di lorong kiri. "Kus semangat. Peraturan mana kata boleh memotong sebelah kiri?" Sangat geram dengan mereka yang tak fikir panjang ni.

4. Ketika sedang fokus memandu, tiba-tiba pemandu lain membunyikan hon tanpa sebab munasabah. "Adoi, tergezut aku tahu. Nasib baik kuat semangat." Setakat orang termasuk sikit lorong dia sebab nak mengelak motorsikal di sebelah kiri, tak perlulah nak hon macam nak gila. Bertimbang rasalah sikit. Kadang-kadang, orang tu minta laluan nak tukar lorong pun kena hon walhal lampu isyarat dah kelip-kelip.

5. Ketika sedang sabar menanti lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba datang kenderaan menyelit ditepi. "Weh, orang lain nak cepat jugak. Kalau kau dah selit-selit macam ni, bukan ke jadi lagi lambat dan kena kutuk dengan semua pemandu yang ikut peraturan." Sila fikirkan juga orang lain. Beratur dan tunggulah giliran.


6. Ketika sedang fokus mahu melepasi jalan yang sibuk, tiba-tiba ada kereta yang berhenti di petak kuning dan menutup peluang untuk melepasi tempat sibuk tu. Ini memang bikin panas! Udahlah jalan sibuk, kau pergi tutup laluan aku nak melintas pulak. Memang dapat jelingan tajam percuma dari aku gamaknya. TAK BOLEH BERHENTI DI PETAK KUNING tahu!!!

7. Ketika sedang menanti jalan lengang untuk melintas, tiba-tiba ada kereta yang belok tanpa sebarang isyarat. Adoilah, apa guna lampu isyarat kiri dan kanan tu dicipta? Elok-elok aku boleh melintas, kena tunggu lagi lama pulak. Haish...

Itulah serba sedikit perkara yang akan berlaku bila kita memandu. Jadi, sempena musim perayaan ni, pihak penaja nak pesan; "Selamat pulang ke kampung dan semoga selamat sampai ke destinasi. Didik diri untuk bersabar dan bertimbang rasa bila berada di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang." Pesanan ini dibawakan khas oleh Cik Farae Al-farafisya yang tertekan memandu di Pekan Banting pada musim perayaan sebab jalan sesak teruk.

Friday, 26 August 2011

Mana Biskut Raya Aku?

Sungguh tidak ada perasaan untuk bekerja hari ini. Nasib baik tak ada kelas, kalau tak...... Pejabat dah mula kosong. Kesejukan dah macam dalam peti sejuk. Bos besar dah cuti *tetiba keluar tanduk separuh*. Budak-budak dapat pelepasan untuk sesi petang. Maka separuh hari ajelah hari ni. Errr, staf? Nan hado! Kerja sampai pukul 5 petang nanti ye. Pangkat suri-rumah-yang-konon-rajin masih belum tercapai. Rumah belum siap kemas. Kuih raya aku satu hapak pun belum buat. Menu raya aku belum bincang dengan orang-orang kat rumah tu. Monjong pun belum buat. Haih! Nasib belum kahwin, kalau tak nak gaduh dengan suami lagi. Yelah, nak pilih balik raya kampung siapa kan? Hahahaha... Macam Mak Abah, senang je. Satu kampung. Dalam masa 5 minit, dah boleh sampai.

Tengahari ni aku nak cabut langsir, lap belebas tingkap dan sangkut langsir yang baru jumpa dalam stor. Nak beli langsir baru, duit tabung asyik bocor. Hiks! Petang karang nak zaaasss ke Shah Alam berbuka dengan Kak Chik sebelum beliau berangkat ke kampung halaman 8.30 malam nanti. Ada sesiapa nak turut serta? Roger me ok! Sebelum berhenti membebel, meh nak tunjuk kuih raya percuma daripada Kak Linda, tauke kafe ILPKLS. Terima kasih kepada beliau kerana bermurah hati menaja sebekas kuih raya untuk  semua staf di sini. Semoga rezeki bertambah murah.....

Wednesday, 24 August 2011

Serba Tak Kena


Serius, hari ni aku macam serabut dan tak tahu nak buat apa untuk kelas esok. Memang setiap hari Selasa aku akan pulun tulis rancangan mengajar (lesson plan) untuk ketiga-tiga kelas dan siapkan bahan-bahan mengajar. Semester 1 ada dua kelas, semester 2 ada satu kelas. Kalau silibus dan topik sama, tak ada masaalah nak guna lesson plan yang sama. Tapi kalau tahap mereka berlainan, tetap juga kena rancang aktiviti baru yang sesuai dengan tahap pelajar tersebut. Apa, ingat cikgu kena habiskan silibus je ke? Aku susah hati tau kalau ada yang kata tak faham. Tiap kali kelas, sehabis daya aku cari cara termudah untuk buat mereka faham. Ada masa, aku baca balik 'buku teks' aku dulu. Buku ELT Methodology dan The Practice of English Language Teaching adalah sangat membantu.

Hari ni jugak, sudah mula bekerja untuk program ICE 11' yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 September depan. Bila dah lama pencen daripada kerja-kerja mengolah ayat dan memikirkan perkataan yang paling sesuai untuk diletakkan dalam surat rasmi, terus tak boleh nak fikir. Nasib baiklah bila perah-perah otak tadi, dapat juga susun ayat. Paling tak tahan, surat yang patutnya hanya draf untuk disemak sebelum ditandatangani oleh Pengarah, terus ditandatangan tanpa banyak soal. Aku faham, orang-orang besar ni amat sensitif dengan tatabahasa dan tanda bacaan bagi surat rasmi. Sekecil-kecil noktah pun mereka boleh perasan, apatah lagi jika penggunaan perkataannya tidak kena. Pengalaman waktu menjadi setiausaha tak rasmi Aini dan bantuan Kak Chik waktu menjadi setiausaha rasmi kembali terlayar. Eceh... Akhirnya Kak Dayah juga yang buat sentuhan terakhir pada surat-surat tu. Terima kasih kak! :) Pendaftaran eJPK juga berjaya diselesaikan selepas banyak kali keluar error. Percubaan untuk menguji kesabaran aku gamaknya. Cuma tinggal nak sahkan nama-nama pelajar yang dah didaftarkan saja. Patutnya boleh siap petang tadi. Tapi sebab laman web tu dah tak mampu nak terima arahan dan asyik semput, maka aku terus pangkah tak bukak-bukak. Hahaha.. Serba tak kena jadinya.

Petang tadi juga, senarai kelayakan cuti raya telah ditampal di papan kenyataan. Tahun ni terus buat senarai bertaip, tak kuasa Kak Ina nak tulis cuti semua staf dekat papan putih tu. Hehehe... Aku ingat lagi, tahun lepas penuh papan putih dengan nama staf yang bercuti. Sampai bertindih-tindih susunannya. Tahun lepas kan aku baru je mula kerja, tak merasalah nak cuti. Duduklah situ sorang-sorang dalam pejabat. Kejung kesejukan aku dalam pejabat tu tahu! Nak tahu betapa bosannya aku bekerja tanpa orang tahun lepas, baca balik entri aku taip waktu bosan tahap gaban dalam pejabat sebab tak ada orang. Bagi yang bercuti selain minggu raya, tak perlu masuk mengadap bos memohon, cuma hantar borang cuti kepada Kak Ina je. Makanya sanak-saudara sekalian, sudilah datang beraya ke rumah kami ye kerana cuti raya tahun ni lulus dengan cemerlang. Kalau ada yang datang tengahari pun tak apa, insyaAllah anda akan disajikan dengan hidangan tengahari macam tahun-tahun sebelum ni. Sedar tak sedar, dah dekat setahun aku bertapa dekat ILP ni. 1 September ni genaplah setahunnya. Alhamdulillah, rezeki Allah beri berterusan hingga saat ini.

Petang tadi jua aku berjaya mengepos kad-kad raya yang patutnya dipos dari awal lagi. Di saat-saat kecederaan ni jugak baru aku dapat berkejar ke pejabat pos petang tadi. Aku kan orang lama, pulak tu suka benda-benda klasik ni. Guna kad rayalah. SMS tak main ek! Kad raya elektronik pun tak nak! Berlagak kau ye? Tapi kalau ada orang bagi, aku terima dengan hati yang gembira. Ini keadaan meja aku waktu rehat tengahari tadi. Baru sibuk nak lekat setem bagai. Nasib baik setem dah beli awal-awal.

Tak banyak keping pun. Ada lagi kad raya kosong ni hah. Tapi ada orang-orang tu bila mintak alamat, tak nak bagi. Maka, tak dapatlah nak pos sekeping pada dia. Sesiapa terasa pernah duduk sebelah aku waktu kat kelas dulu ke atau dalam bilik prep ke atau pernah jadi teman jenayah di universiti, bolehlah siap-siap tunggu Abang Posmen depan rumah ye. Maaf sebab tak dapat hantar pada semua kenalan rapat sebab tak ada motivasi dan idea lebih untuk karang ucapan. Kehkehkeh...

Tuesday, 23 August 2011

Meroyan


Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ni dapatlah datang awal ke pejabat. Tak adalah awal sangat pun, tapi awal aku ni tak perlu nak memecut 60km/j di Jalan Masjid dan naik ke 80km/j bila dah sampai Jalan Sempadan. Oppss, kantoi aku merempit pagi-pagi! Kalau Abah tau ni, mesti bising punya. Hehehe... Tapi ada jugalah sekali dua aku terlambat sikit iaitu bila aku tidur balik lepas sahur. Bila awal, dapatlah aku dengar segmen motivasi pagi di Radio Malaysia Selangor.

Penceramahnya, bertukar setiap minggu. Kalau minggu ni Tn. Johar, minggu depan Dr. Tuah. Gitulah. Pagi ni, lewat sikit. Masuk kereta aje, segmen dah mula. Tapi dapatlah juga bayang-bayang intipati topik pagi ni iaitu 'Mengapakah Hidup Kita Tidak Teratur'. Ada 3 sebab utama yang menyebabkan hidup kita menjadi tunggang langgang;
1. Gagal menentukan keutamaan.
2. Gagal menyusun keutamaan.
3. Gagal mendisiplinkan diri dalam melaksanakan keutamaan.

Kebanyakan orang kecundang di tempat ketiga iaitu gagal mendisiplinkan diri dalam melaksanakan keutamaan. Kita tahu apa yang menjadi keutamaan dalam kehidupan dan kita juga mampu menyusun keutamaan itu mengikut kepentingan. Malangnya, kita gagal menjiwai apa yang perlu dilakukan dan akibatnya, kita jadi tidak berdisiplin dalam melaksanakan agenda yang telah disusun. Akhirnya, kita hanya mengikut arus kehidupan. Orang kata kiri, ke kirilah kita. Orang kata buat, maka barulah dibuat. Kadang-kadang, dilema dalam mendisiplinkan diri ini berlaku dalam diri kita sendiri. Minda merencanakan begini, tapi hati pula menghasut supaya buat begitu. Selalu kan?

Contoh paling senang, contohlah... Hujung minggu ni WAJIB kemas rumah. Itu rencana minda. Tiba-tiba bila tiba hari yang ditetapkan, hati meronta-ronta berkata; 'Hujan sepanjang hari la pulak. Tidur sedap ni.' Bila gagal berkata TIDAK kepada hasutan hati yang tidak bagus, maka hancurlah keutamaan yang disenaraikan oleh minda tadi. Eh, anak sapppelah yang gagal mengemas rumah itu? Hahaha...

Contoh lain bila gagal mengatur hidup...

Jadi bila gagal mendisiplinkan diri, mulalah nak meroyan kan? Ko nak meroyan, meroyan sorang-sorang. Siapa suruh tak disiplinkan diri? Sekian saja ulasan dan tokok-tambah daripada Tuan Tanah.

Monday, 22 August 2011

Roti Lapis Berdaging

Ini aku masak 2 minggu sudah rasanya. Perasmian oven dan mangkuk Borcam baru aku. Hehehe... Resepi memang dah lama salin dari rumah Kak Yatie. Tapi baru ni dapat buat. Mari tengok apa yang diperlukan.




Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (aku guna 2 biji je)
500 gm daging cincang (aku guna 400 gm, sepeket daging kisar Ramly)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar (kira-kira 2 cawan)
3 biji telor
Secubit garam dan sedikit gula
Parutan cheese (aku cuma guna keju keping sebab tak jumpa keju parut kat Banting ni)
Sedikit margerin untuk melenser

Aku tambah:
Sedikit serbuk oregano
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
Hiris halus bawang besar dan bawang putih. Kemudian, tumiskan bawang bersama serbuk kari. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang, kentang, garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Dah masak, ketepikan dulu.

Sementara itu, satukan susu, telur dan secubit garam dalam mangkuk besar. Pukul hingga sebati. Celupkan kesemua roti tadi dan ramaskan sikit. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan telakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas. Kemudian letakkan separuh daripada inti daging atas lapisan roti. Lapiskan dengan keju. Ulang proses dengan meletak 1/3 roti dan inti daging dan lapiskan dengan keju. Akhir sekali, letakkan 1/3 lebihan roti dan taburlah keju sebanyak yang disukai. Bakar selama 30 - 45 minit atau hingga masak. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.

Nota: Kalau keluarga kecil, buat separuh pun dah cukup sebab kalau ikut sukatan ni, boleh sampai dua kali makan jugaklah. Lagi satu, untuk resepi ni, jangan guna roti Gardenia sebab Gardenia dah sedia lembut. Jadi muak pulak sebab roti terlalu lembek. Kalau boleh, gunalah roti yang keras sikit.

Sunday, 21 August 2011

Kuih Wajib

Sejak dari mula puasa sampai sekarang, aku macam dah tahu nak masak apa untuk makan berbuka dan bersahur. Rasanya seimbang kot antara beli di param dan masak sendiri. Tak adalah hari-hari menyinggah aje. Puasa-puasa ni, makan pun tak adalah banyak mana. Asal perut terisi sudah dan tak adalah ulang makan banyak kali. Kadang makan untuk buka je lepas tu makan lagi waktu nak sahur.

Sebab itulah aku susah hati bila nampak ada pisang setandan kat dapur. Kalau arwah mak dulu, memang tak tunggu masak sebab kalau dah masak memang tak termakan. Jadi pisang tersebut akan bertukarrrr jadi kerepek. Masaalah negaranya, aku ni memang MALAS nak buat kerepek pisang. Sejak dulu lagi, seboleh mungkin aku ngelat kalau nak kena buat kerepek pisang. Hehehe... Semalam, dah terbuang setandan pisang nangka sebab dah terlebih masak. Nak bagi kat jiran-jiran pun, diorang tak heran sebab ada pisang sendiri. Nasib baik sisirnya tak banyak. Tu kat dapur ada lagi setandan pisang nangka dan sebiji pisang tanduk masak menanti masa untuk dibuang dimakan. Kalau goreng pun, banyak mana sangatlah makannya. Nak buat kek, pisang nangka tak berapa sesuai. Ada tak ada, pasrah ajelah. Kat pokok, ada lagi beberapa jenis pisang yang dah tua. Bukan apa, Allah dah bagi rezeki, kita buang-buang pulak kan. Sayanglah...

Dalam masa yang sama, pokok cempedak di kebun belakang turut berbuah dengan lebatnya. Susah hati jugak aku tengok kereta sorong yang penuh dengan cempedak dekat bangsal tu. Tapi cempedak ni kira tak terbuang sangatlah sebab ada makhluk lain yang tolong makankan. Agak-agak, siapa yang makan ek? Meh tengok.........

Sumber gambar dari sini

Dia nilah yang tolong makan sekali. Nasib baik tak makan semua sekali. Kalau tak, tak merasalah cempedak goreng yang manis tu. Makanya, dah tak terhitung berapa kali cempedak goreng terhidang sebagai santapan berbuka ni. Macam jadi kuih wajib pulaknya untuk berbuka. Nak ke? Nah sepiring...
Manis dan rangup! Kalau beli, belum tentu boleh kata ini adalah cempedak goreng sebab selalu tepung dia aje yang lebih. Kalau nak merasa yang betul punya, meh la datang berbuka kat rumah. Nanti aku gorengkan. Hehehe...

Dugaan

Ini cerita hari Jumaat lepas. Balik kerja, Abah suruh pergi rumah Abang Mad dengan Abang Faiz sebab ada orang nak datang mengubat. Abah ada majlis berbuka di STAR dan terawih sekali. Maka, dalam pukul 11 malam kami bertolak dari rumah. Ustaz yang nak mengubat tu datang lepas terawih, itu pasallah sampai pukul 11 lebih baru dia sampai. Sampai-sampai aje, ustaz tu tengok keliling rumah dan macam biasa tanya-tanya sikit. Mula-mula dia tanya nama penuh, umur dan jawatan Abang Mad. Kemudian diikuti beberapa soalan antaranya ada rasa panas ke dalam rumah, ada rasa orang berjalan kat atas ke dan ada rasa kelibat melintas tak? Masing-masing kata tak ada. Tapi aku terus teringat peristiwa Kak Yah diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas rumah dan bau asap rokok beberapa tahun sudah. Waktu tu Abang Mad baru ditukarkan ke Sabah dan tinggallah Kak Yah seorang di rumah. Bila Kak Yah sorang-sorang, gangguan tu ada. Tapi bila Abang Mad balik, tak ada apa-apa berlaku. Jadi bila Abang Mad tak ada kat rumah, Kak Yah akan tidur di rumah kami. Waktu tu mak masih ada. Bila mak meninggal dan aku pun dah habis belajar, maka akulah yang akan menemankan Kak Yah di rumahnya. Tak pastilah kejadian tu ada kaitan atau tak dengan sihir yang mengganggu sekarang ni. Ustaz tu kata, ini sihir yang dihantar oleh orang yang tak suka dengan Abang Mad.

Kemudian minta disediakan air untuk diminum dan digunakan sebagai mandian. Lepas tu, dia minta minyak wangi yang kosong. Maknanya, masih belum diruqyah. Sebelum mula mengubat, kedudukan Abang Mad diubah tidak menghadap kiblat. Kemudian, minyak wangi tadi diletakkan dihujung kelima-lima jari tangan kanan dan tangan berminyak wangi tu diletakkan di atas ubun-ubun. Dimulai dengan bismillah dan diikuti ayat-ayat Al-quran, proses mengubat pun bermula. Aku tak berapa ingat dah ayat-ayat yang dibacakan. Tapi ada antara ayat yang dibacakan adalah ayat-ayat yang terkandung dalam ma'thurat. Agak lama juga proses tu berjalan. Waktu tengah mengubat, aku perasan ustaz tu berpeluh-peluh. Basah mukanya dengan peluh. Panas ke? Aku pandang Abang Mad, tak nampak peluh. Aku toleh ke Kak Yah, pun tak nampak peluh. Farah dan Fairuz pun okey je. Abang Faiz pun takde berpeluh. Kemudian, tak lama tu proses mengubat pun selesai. Habis je, ustaz tu tanya; "Tak panas ke?" Semua pakat jawab tak. Ustaz tu kata; "Uih, saya berpeluh-peluh ni. Kuat juga 'dia' ni. Ada tisu tak?" Kemudian ustaz tu kata gangguan tu kuat dan berada dalam badan Abang Mad. Lepas tu macam-macam ustaz tu tanya tentang cara berubat sebelum ini. Memang dah ada beberapa ustaz yang datang mengubatkan, tapi masih belum diizinkan untuk sembuh. Kemudian, ustaz tu pun terangkan cara-cara nak merawat sendiri menggunakan air yang telah dibacakan ayat quran dan ayat-ayat yang perlu dibacakan semasa merawat. Rawatan perlu dibuat selama 5 hari. Dalam masa 5 hari, kalau tak ada perubahan, ustaz tu akan datang semula.

Sebelum balik, dia tanya ada garam kasar ke tak untuk ditabur di penjuru rumah bagi 'menghalau' sihir tu. Kak Yah bagi tahu, sebelum ni dah pernah buat, tapi buat sendiri. Memang dalam rumah tu, bertaburan lagi garam kasar di sesetengah tempat. Ustaz tu tanya; "Lepas buat tu, ada bau hangit tak?" Bila Kak Yah kata tak ada, ustaz tu kata; "Dia tak keluar lagi tu. Masih ada dalam rumah." Jadi lepas 5 hari, kalau tak ada juga bau hangit, ustaz tu sendiri akan tabur garam kasar ke penjuru rumah. Sambil minum, ustaz tu ada cakap dia ada juga mengubat orang dari KPT baru-baru ni. Orang tu kiranya dalam kementerian yang sama dan pangkat besar juga tapi bahagian lain. Haih, ada juga yang mendengki sampai tergamak gunakan sihir untuk mengganggu. Rezeki kan masing-masing? Kenalah usaha untuk meraih apa yang dihajatkan. Wallahua'lam.

Friday, 19 August 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaa???

Ok, aku tengah bengang. Dia kata kena guna IE, aku gunalah. Masalah negaranya, lepas dah elok-elok aku masukkan semua data yang berjela tu dan nak teruskan proses berikutnya, dia terus keluar menda alah ni....


Gigih aku cetak skrin error ni tahu. Bengang punya pasal. Yelah, baru sempat daftar 2 ke 3 orang, dia buat hal. Refresh tak boleh. Masuk balik laman utama pun tak jalan. Camane? Malam tadi aku buat kat rumah, tak adalah pulak keluar error ni. Cuma tahap kelajuannya dah naik taraf sikit daripada kelajuan siput sedut. Nak tunggu dia proses langkah seterusnya, membuatkan aku terpejam-pejam mata tahan ngantuk. Akhirnya, aku tertidur depan laptop sampailah pagi tadi. Hehehe...

Tidak lama selepas aku mengadu domba kat sini (belum sempat nak publish pun entri ni), keajaiban berlaku. Tiada lagi keluar amaran error seperti di atas. Yeay! Ok bos, Pengaturcaraan Sem 1 siap!

Thursday, 18 August 2011

Apa yang tidak terlihat itu ada

Isnin lepas ketika sedang berbuka, telefon rumah berdering. Bila telefon rumah berdering pada waktu kritikal, maksudnya sesuatu yang buruk berlaku. Biasanyalah... Bila diangkat, suara Fairuz kedengaran cemas di corong telefon; "Tolong, ...... ayah keluar darah tak berhenti." Sudah, suaranya tenggelam timbul tapi yang jelas kedengaran adalah 'keluar darah tak berhenti' dan tak berapa dengar dari bahagian mana darah keluar. Aku terus saja menenangkan dengan berkata; "Ok, nanti Kakak In bagi tau Atuk." Maka lepas solat maghrib, aku, Abah dan Abang Faiz bergegas ke rumah Abang Mad untuk melihat keadaanya. Tidaklah jauh. Kalau ikut jalan dalam, dalam 10 minit boleh sampai. Sampai-sampai, ada darah dalam besen dan di lantai. Walaupun aku sudah beberapa kali derma darah, tapi bila nampak darah macam tu tetaplah jadi ngeri. Agak banyak juga darah yang keluar tu. Dikhabarkan, ini kali ketiga keadaan ini berlaku dan pertama kali terjadi ketika hari masih 'siang'. Dua kejadian sebelumnya berlaku pada waktu tengah malam. Aku ingatkan cuma kejadian biasa. Rupanya gangguan tu agak luar biasa.

Memang sejak Abang Mad pulang dari hospital, aku tak pernah lagi tulis perkembangan beliau di sini. Nanti kejap aku tengok bila beliau pulang dari hospital. Okey, jumpa dah. 23 April 2011, beliau dipindahkan dari HKL ke Hospital Putrajaya. Dekat sikitlah dengan rumah. Kemudian, 27 April 2011 beliau dibenarkan pulang ke rumah. Hampir sebulan jugalah berada di hospital. Sehingga hari ini, hampir 4 bulan juga Abang Mad terlantar sakit. Sebaik saja pulang ke rumah, beliau masih lagi ke hospital untuk pemeriksaan. Kalau tak silap, 2 kali ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan sekali ke HKL. Selebihnya, ke Hospital Banting untuk terapi setiap minggu. Macam yang diceritakan Abah, terapi yang dijalankan melibatkan pergerakan tangan dan kaki serta pertuturan. Alhamdulillah, perkembangannya memberangsangkan.

Cuma, kebelakangan ni terdapat gangguan lain yang tak terlihat oleh mata kasar. Kejadian Isnin lepas tu disebabkan oleh gangguan itulah. Bila sakit, fizikal dan mental kita lemah. Makanya, mudahlah makhluk lain itu untuk mengganggu. Sudah beberapa orang ustaz datang mengubati tapi masih belum diizinkan Allah untuk sembuh. Perawat dari Darussyifa' juga sudah datang merawat dua kali. Dalam keadaan kelam kabut Isnin lepas, aku teringat Andak sebab dia pernah bagi tahu dia ada belajar cara nak merawat gangguan ni. Mujurlah Andak membantu. Terima kasih banyak-banyak bos. Andak ajar cara nak kesan kehadiran gangguan dan mencarikan perawat terdekat. Jadi hari Selasa, lepas kerja aku terus ke rumah Abang Mad untuk menyampaikan perkara yang diajar. Waktu tu, Abang Mad nampak lagi makhluk tu. Sebab Abang Mad masih tak boleh bercakap dengan sempurna, dia hanya menunjukkan di mana makhluk itu berada. Kadang-kadang, Abang Mad akan ikut baca ayat kursi yang memang sentiasa terpasang kuat-kuat sambil palingkan muka ke arah lain. Kita yang biasa ni, memanglah tak nampak. Tak tahu macam mana rupa makhluk tu. Dugaan Allah untuk menguji kesabaran hambaNya.

Bila terjadi perkara macam ni, teringat pengalaman berhadapan dengan perkara yang hampir sama di Hamidiah dulu. Seorang pelajar baru dibukakan hijabnya untuk melihat makhluk-makhluk yang terlihat oleh mata kasar. Aku namakan dia Afif lah ye (bukan nama sebenar). Nak dijadikan cerita, Afif ni masuk pulak dorm aku sebab dorm asal dia di aras tiga; agak bahaya sebab tinggi. Takut dia terjun. Malam pertama dia duduk dalam dorm aku, memang aku takut gila sampai bermimpi benda bukan-bukan hingga mengejutkan orang di katil sebelah. Pertama kali, memang begitulah. Waktu tinggal di dorm tu, beberapa kali juga Afif diganggu hingga terpaksa diredakan oleh beberapa orang warden lelaki. Boleh kata, sepanjang masa benda tu ikut dia. Dalam bilik prep pun dia nampak. Waktu nak ke masjid pun ada. Dalam dorm tak payah cakap la kan. Memang ada. Kali terakhir Afif diganggu adalah pada waktu petang. Aku ingat lagi, waktu tu ada program korban rasanya. Jadi semua orang sibuklah membantu mana yang patut. Aku baru je balik dari dewan makan dan terus naik ke dorm. Afif memang tak datang sekolah hari tu sebab malam sebelumnya dia meracau dengan dahsyatnya. Bila meracau, dia mendapat kekuatan luar biasa hinggakan beberapa orang yang gagah perlu menahan kekuatannya tu. Waktu masuk dorm, cuma dia berseorangan di katilnya. Aku pun mulalah cuak bila dia duduk senyap-senyap sorang-sorang. Orang macam ni memang tak boleh dibiarkan sendiri sebab dengan mudah dia akan diganggu. Aku terus tak jadi nak berlama-lama bila nampak dia makin menunduk dan genggam tangan. Salah satu petanda kehadiran makhluk tu adalah Afif akan duduk tertunduk dan menggenggam tangannya. Aku pun terus lari ke bawah mintak bantuan. Tak sempat dah nak sarung selipar ke hape. Nasib baik terjumpa beberapa orang kakak form 5 tengah jalan. Terus masing-masing kelam-kabut pergi dorm aku. Sedang elok kakak-kakak tu sampai, dia pun mula meracau. Fuh, mujurlah sempat mintak bantuan. Kalau nak harap aku yang tak berapa nak berani ni, tak tahulah. Bila ada gangguan macam tu, memang ayat kursi dan 3 qul yang dibacakan. Salah satu kelebihan ayat kursi ni adalah dapat menjauhkan gangguan syaitan. Selalunya, bila dibacakan ayat kursi, racauan Afif akan reda. Tapi petang tu, macam tak ada kesan. Maka salah seorang daripada kami mencadangkan untuk menasyidkan asmaul husna. Alhamdulillah bila asmaul husna mula bergema, Afif beransur tenang. Sesungguhnya, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Dialah yang mendatangkan penyakit dan Dia jugalah yang berkuasa menyembuhkan. Itulah gangguan terakhir sebab pada hari yang sama, dia pindah ke sekolah lain.

Sumber gambar dari sini

Pengalaman-pengalaman macam itulah yang mengajar aku jadi berani sikit dan tidak terlalu cemas bila berhadapan dengan situasi luar biasa ni. Kadang-kadang bila terlampau takut, kita jadi lupa bahawa bukan makhluk tu yang patut ditakuti. Tapi Allahlah yang layak ditakuti. Mudah-mudahan gangguan yang dihadapi Abang Mad akan cepat reda dan diberi kesembuhan dengan izin Allah.Memang, apa yang tak terlihat itu wujud. Sebab itulah dulu di asrama kami disuruh sentiasa mengamalkan ayat kursi dan 3 qul dan mengaji sebelum tidur. Amalan-amalan ini sebenarnya sebagai langkah pencegahan daripada gangguan-gangguan yang tidak terlihat.

Amalan Sebelum Tidur


Sesuatu yang disuruh buat itu, ada sebabnya. Cuma kadang-kadang kita tak panjang akal dan terus buat apa yang disuruh. Sehingga sekarang, aku masih sangat-sangat menghargai peluang yang telah diberikan untuk tinggal di asrama Hamidiah. Terlalu banyak pengalaman yang akhirnya membuat diri ini berani dan matang. Erk, tak adalah berani sangat dan matang mana pun. Tapi bolehlah kan? Hahaha...

Kehidupan di asrama sering dikaitkan dengan pembentukan sahsiah diri dan disiplin. Sama ada pembentukan itu berjaya atau tidak, bergantung kepada cara membentuk dan diri orang yang dibentuk. Di Hamidiah dulu, rutin bermula seawal pagi sebaik saja celik mata hinggalah saat mahu menutup mata merehatkan badan. Sebelum tidur, kami dimestikan hadir ke halaqah Quran atau bahasa mesra kami; mengaji sebelum tidur. Biasanya, tepat jam 11.30 semua ahli dorm mesti berada dalam dorm untuk mengaji. Belum angkat kain basahan ke, lupa nak bawak naik buku ke, tak sempat gosok gigi ke, 11.30 kena ada. Kalau tak ditetapkan waktu, adalah nanti yang tak mengaji atau terlajak-lajak waktu mengajinya.



Bacaan dimulakan dengan al-fatihah diikuti dengan surah Al-mulk. Kadang-kadang, kalau dalam dorm tu ada kakak yang alim dan rajin, kami akan bergilir baca surah-surah amalan mengikut hari. Surah As-sajadah, Al-waqiah, Yasin dan tak berapa nak ingat lagi tiga surah tu. Kemudian, diikuti dengan bacaan 3 qul dan ayat kursi. Akhir sekali, barulah salah seorang ahli dorm akan membaca doa. Biasanya giliran mengetuai bacaan doa ditentukan mengikut kedudukan katil. Jadi, semua orang merasalah pengalaman menjadi ketua. Lepas tu, kena bagi tazkirah pendek. Sekadar peringatan dan untuk muhasabah diri sebelum tidur. Walaupun hanya bercakap dihadapan ahli-ahli dorm, gelabah itu tetap terasa. Doa pendek pun kadang-kadang boleh jadi terlebih panjang sebab terulang baris yang sama beberapa kali. Tapi... ada lagi tapinya tu. Hehehe... Ada juga masa kami tak buat halaqah mengaji ni iaitu bila ada program yang habis lewat dan waktu pulang ke dorm tidak sama. Maka ketua dorm akan menggunakan kuasa vetonya untuk mengarahkan anak-anak buah mengaji sendiri atau paling tidak, baca 3 Qul dan ayat kursi sebelum tidur. Itulah salah satu amalan yang diterapkan pada kami dulu. Masih berterusankah amalan ini? Aku? Boleh kira dengan jari tangan berapa kali mengaji al-mulk sebelum tidur. Mengaku sajalah aku tak istiqomah. Yang diamalkan adalah 3 Qul dan ayat kursi. Bila ingat balik, rasa-rasa kena buat semula amalan ni untuk menambah baik diri sendiri.

Wednesday, 17 August 2011

Pengembaraan Penuh Berliku

Selepas novel-novel yang aku beli selamat menjadi pekasam, barulah ku habiskan pembacaannya baru-baru ini. Aku kan suka, beli banyak-banyak lepas tu simpan dulu buat pekasam kemudian barulah aku baca. Hahaha... Ini pun sebab dah azam tak nak usik DVD Korea langsung sepanjang bulan ni walapun ada beberapa lagi cerita yang belum ditengok. Dapatlah aku habiskan membaca buku-buku yang telah menjadi pekasam tu. Kalau tengok DVD, kena duduk menghadap. Kalau baca buku tak apa, boleh baca sikit-sikit. Antara siri buku yang dapat aku khatamkan adalah Cinta Sufi dan Sutera Bidadari.

Sesiapa belum baca, baik pergi baca. Memang tak rugi. Kedua-dua buku ini adalah sambungan daripada novel trilogi Bagaikan Puteri. Kalau anda nak baca, mulakan dengan Bagaikan Puteri,kemudian Cinta Sang Ratu, diikuti Hijab Sang Pencinta, lepas tu Cinta Sufi dan terakhir adalah Sutera Bidadari. Sebelum aku sambung baca Cinta Sufi dengan Sutera Bidadari, aku ulang baca balik tiga siri yang awal tu supaya tak adalah aku lupa-lupa ingat. Watak utama dalam novel-novel ini adalah Laksamana Sunan atau nama sebenarnya, Saifudin. Dari mula sampai akhir, rasa insaf betul baca cerita ni. Seorang manusia yang sangat tabah dan sabar walaupun diuji dengan pelbagai perkara. Tak pernah kenal erti takut kerana ketakutan itu selayaknya untuk Pencipta Sekalian Alam, Allah SWT. Sifat pemaafnya kadang-kala membuat orang lain mempertikaikan kemaafan yang diberi. Sentiasa merendah diri dan bersangka baik. Mana nak cari manusia macam ni? Pakej lengkap. Iklan kejap...






Selain Laksamana Sunan, penulis turut menyelitkan watak Laksamana Melayu yang terkenal, tak lain tak bukan; Hang Tuah. Gandingan hebat untuk melawan kejahatan pada kurun ke-15. Mantap! Jalan cerita menarik dan terperinci hinggakan bila anda membacanya, terasa seperti berada di tempat kejadian. Dalam siri akhir iaitu Sutera Bidadari, penulis telah membuat sesuatu yang tidak disangka-sangka apabila watak paling jahat iaitu Raja Roman ataupun Taghut akhirnya kembali ke jalan Allah dengan mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sewaktu dalam pertarungan terakhir dengan Laksamana Sunan. Sungguhpun Taghut pernah menjadi sejahat-jahat manusia, akhirnya bila Allah berkenan memberikan hidayah, tiada siapa pun yang dapat menghalang. Insaf betul bila Saifudin dengan senang hati membimbing Raja Roman mengenali islam di kesempatan yang ada.

Keseluruhannya, cerita ini membuatkan aku berfikir dan muhasabah diri bahawa sebaik-baik tempat bergantung itu adalah Allah SWT dan penawar terbaik bagi segala jenis penyakit adalah ayat suci Al-quran. Tapi kan, aku rasa macam patut ada sambungan lagilah. Sebabnya, dalam Sutera Bidadari ni dia tak cerita macam mana Ratna Sang Ratu boleh muncul balik tetapi dalam keadaan disumpah. Apa yang terjadi bila Laksamana Sunan pergi ke Inderapuri? Lepas tu, macam ada keraguan tentang pemilikan Keris Nanggroe. Macam mana Saifullah boleh dapat Keris Nanggroe sedangkan Laksamana Sunan tak menyatakan dengan jelas tentang pemberian keris tu padanya. Ha, itukan jadi sebab untuk cerita ini disambung? Encik Ramlee, tolong sambung cerita ni ye. Jalan cerita masih boleh dikembangkan. Hehehe...

Nota: Sedang dalam perjalanan untuk mengkhatamkan Al-quran sekali lagi.

Masak Apa?

Sebenarnya, dah lama nak tambah koleksi resepi dalam ATN ni. Tapi tak menyempat nak menulis. Nak menulis, mestilah kena sertakan bukti. Karang korang kata aku propa pulak kan? Lepas tu entri resepi tak bergambar adalah tak berapa nak meriah walaupun kemahiran mengambil gambar aku tak adalah hebat mana. Setakat nak bagi nampak rupa makanan, kira bolehlah. Semalam eh, ke kelmarin? Lupa pulak. Sepupu aku tegur dalam FB. Mintak resepi daging masak kicap dengan mentaram. Ah, sudah! Aku dah la selalu masak main campak je. Bila orang mintak resepi, barulah aku termenung lama kan memikir apa bahan dan berapa kuantiti yang aku campak tu. Resepi daging masak kicap, dapatlah aku bagi lepas termenung mencari ilham mengingat bahan-bahannya. Resepi daging masak kicap ni macam yang arwah nenek selalu masak dulu. Abang Mad kata, daging kicap nenek adalah yang paling sedap dan masih tak ada orang boleh lawan. Resepi mentaram, celah mana pulak aku nak mengingat? Sebabnya aku memang tak pernah masak mentaram secara serius. Selalu aku tolong goreng kentang, goreng tempe dan goreng tauhu je lepas tu lari tengok tv. Hahaha... Proses selebihnya arwah mak yang buat. Setakat tengok dan tanya gitu-gitu aje. Memang mentaram arwah mak terbaik! Makanya, aku kena buat eksperimen dulu supaya tak adalah mentaram aku jadi sambal goreng. Harapnya Cik Muda Dayya bersabar menantilah ye. Kalau tertanya-tanya apa benda mentaram tu, meh sini aku bagi gambaran sikit. Mentaram ni adalah sejenis makanan yang ala-ala sambal goreng jugak cuma bersantan dan ditambah rencah lain seperti udang basah dan kacang buncis. Tak ramai orang tahu buat kot dan tak semua tempat panggil mentaram ni dengan nama mentaram. Selalu orang kata sambal goreng jawa. Tapi kalau dilihat, sambal goreng jawa tu ada suhun dan tak ada santan. Kira bukan mentaramlah tu.

Habis cerita mentaram. Raya dah tak sampai seminggu lagi. Rasanya dah ada yang mula buat kuih raya. Minggu lepas kawan kau tanya, dah mula buat kuih raya ke? Sebenarnya, nak buat kuih apa pun aku tak fikir lagi. Hehehe...Cuma bila dia bertanya, barulah aku selak kitab biskut raya mencari resepi yang macam best. Dulu-dulu, arwah mak akan pilih biskut mana yang rasa macam sedap dan aku tinggal buat. Sekarang, aku sorang-soranglah pilih dan buat. Makanya, lepas monjong hari Sabtu ni baru aku terjah kedai mencari bahan membuat kuih raya. Nak beli awal-awal, serabut pulak kang rumah bersepah dengan banyak bahan makanan. Eh, tempoh hari aku beli udang kering kat pasar bapak mahal harga dia. Terkejut aku bila dia kata RM6 hengget untuk 100gm. Aku pun...whattttt? Dia kata memang dah naik harga. Naik sekali ganda daripada harga sebelumnya. Tapi sebab aku aku malas nak pergi tempat lain, aku kaut jugaklah 100 gm. Balik rumah, aku mengadu domba kat Abah kata harga udang kering bapak mahal. Abah kata, mungkin harga baru memang mahal kot. Maka, aku pasrah jelah. Masaalahnya, beberapa hari kemudian, aku pergi kat pasaraya. Dia jual RM3++ untuk 100gm lagi. Apakah? Walaupun aku jarang-jarang beli bahan masak kering, aku masih tahu bahawa RM6 untuk 100gm udang kering adalah tak masuk akal.

Sebelum membebel lagi banyak, meh tengok gambar menu ulang tayang. Aku masak ni minggu lepas. Tak ingat hari apa. Rabu kot. Nak resepi, boleh tekan sini.
Aku masih guna spiral vegeroni pasta tapi bahan lain aku guna apa yang ada dalam peti sejuk je. Nak habiskan stok sebelum diisi dengan benda lain nanti. Sebab aku masak sebungkus, maka ada lagi separuh pasta goreng ni dalam peti. Petang ni aku kitar semula pasta tu buat buka. Hehehe... InsyaAllah nak buat biskut cornflakes untuk diberikan sekali dalam punjungan. Tahun lepas aku buat kek kastad. Tahun ni rasa macam tak ada kekuatan nak bakar kek banyak-banyak, maka buat biskut ajelah.

Saturday, 13 August 2011

Memahami dan Memberi Kefahaman

Bulan ini adalah bulan kedua bagi sesi 2/2011. Semester 1 kali ini agak ramai berbanding batch sebelumnya. Bila dah mengajar ni, aku macam tak percaya je dengan diri sendiri. Layak ke aku jadi cikgu ni? Macam tak cukup ilmu lagi je? Macam tak logik pun ada jugak. Tapi, hakikatnya itulah. Dulu aku di ajar, sekarang aku pula mengajar. Masih lagi bertatih dan makin lama aku fikir, mengajar ni macam nak masuk peperiksaan juga. Perlu persediaan yang rapi dari segi ilmu dan kefahaman. Dulu, sebelum menghadapi peperiksaan, kita berhempas pulas mengulangkaji nota dan latihan yang diberikan. Sediakan nota kecil untuk mudah mengingati dan cari sumber tambahan untuk bahan-bahan sedia ada. Sama juga macam nak masuk mengajar. Walaupun kita dah tahu tentang apa yang akan diajar, tetap juga perlu buat persediaan. Tetap perlu ulangkaji tajuk-tajuk yang akan diajar supaya kefahaman sedia ada bertambah berlipat ganda. Kemudian, perlu sediakan rancangan mengajar sebagai ganti kepada nota supaya tidak lari daripada tajuk dan matlamat bagi setiap sesi kelas. Perlu mencari sumber tambahan supaya pengajaran menjadi lebih menarik. Tak jauh beza kan? Maka, bagi aku mengajar samalah macam menghadapi peperiksaan. Perlukan persediaan yang cukup. Untuk memahami sesuatu pun kadang-kadang kita rasakan sukar. Apatah lagi mahu memberi kefahaman kepada orang lain.

Setiap kali nak masuk kelas, tak pernah aku rasa tak berdebar. Mesti berdebar-debar dan tangan jadi sejuk. Sama macam sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Tak tahulah kenapa. Persediaan, memang ada. Cuma, perasaan ini yang kadang-kadang tak tentu hala. Lebih-lebih lagi baru-baru ni, salah seorang daripada pelajarku datang menemui sebaik saja kelas berakhir. Aku tak berapa ingat dah dialognya. Tapi kurang lebih beginilah; "Cik, ayah cik mengajar di STAR kan? Ustaz Mispul?" Sudah, walaupun diketahui dia belajar di STAR, aku rasa dia tak sempat jumpa Abah sebab Abah dah pindah pada tahun 1999. Macam mana pulak dia kenal? Dengan muka pelik, aku balas; "A'ah. Kenapa?" Lalu dia pun cakap; "Mak saya kirim salam pada ayah cik. Cuba tanya ayah cik mungkin kenal kot, Puan Saadah. Dulu mak saya di STAR. Sekarang mengajar di MGS." Keciknya dunia. Pusing-pusing jumpa orang yang berkaitan juga. "InsyaAllah." Aku agak, mak dia mengajar sekali dengan Abah. Bila balik rumah, aku bagi tau Abah. Sekali Abah kata; "Oh, dia tak mengajar kat STAR. Tapi dia dulu pernah mengajar sekali dengan mak kat Simpang Lima. Anak murid Abah dulu tu. Dia jadi pengawas koperasi. Tu yang kenal." Hahaha... tu dia. Anak murid Abah rupanya. Sekarang, aku ajar anak kepada anak murid Abah. Macam lawak pun ada dan situasi ini jugak yang buat aku lagi cuak nak masuk kelas. Kang kalau dia report apape kat mak dia macam mana? Kahkahkah... Fikir yang bukan-bukan. Asalkan tak buat salah, tak adalah dia nak report. Ye tak?

Friday, 12 August 2011

Hari Terakhir

Hari ini adalah hari terakhir Raj di ILP kerana mulai minggu depan beliau akan mula bertugas di tempat baru. Jadi petang tadi adalah majlis sikit anjuran BKKL sempena perpisahan Raj. Sebabkan bulan puasa, tiadalah acara makan-makan melainkan ucapan dan penyerahan cenderahati sahaja. Walaupun tak adalah kamceng mana dengan Raj ni, tapi macam sedih juga bila dia berhenti. Yelah, aku ni tak berapa reti nak berborak dengan orang dan Raj pun pendiam. Maka, sekali sekala ajelah kami bercakap-cakap selain hal kerja. Hehehe... Alhamdulillah, sudah ada seorang lagi cikgu ganti baru yang sebenarnya ustaz tapi akan mengambil alih kelas Raj buat seketika sementara mencari pengganti baru. Maka, kalau ada sesiapa yang berminat nak mengisi kekosongan guru bahasa inggeris di ILPKLS, silalah hubungi saya secepat mungkin. Boleh emailkan pertanyaan ke alamat email seperti yang tertera di lencana FB tuan tanah ye. Pat pat nye nye, siapa cepat dia punya. Susah juga nak cari pengganti ni sebab jawatan yang ditawarkan ni bukanlah tetap melainkan kontrak selama 3 bulan sahaja. Ustaz tu pun dapat selepas aku iklankan di Facebook alumni Hamidiah. Maka sekarang ada 3 orang Hamidians di ILPKLS. Kecik rupanya dunia ni ye. Aku tak sempat jumpa mereka pun waktu di Hamidiah dulu. Tapi tetaplah pernah menuntut di tempat yang sama. Seronok juga bila jumpa orang yang 'berasal' dari tempat sama.

Hari ni jugak dapur aku tak berasap sebab rasa malas betul nak masak. Cadangnya nak buat sup daging dan makan dengan nasi impit beserta sambal kicap. Dah rancang ni nak rebus nasi impit waktu rehat tengahari tadi. Hari Jumaat kan rehat panjang. Tapinya, hampeh. Balik rumah, kepala berdenyut dan mata pedih. Tidurlah, apa lagi. Nasi ke mana, daging ke mana. Sudahnya, singgah ke bazar ramadhan ajelah tadi beli juadah sikit untuk berbuka. Sup tu esok-esoklah aku buat. Peti ais pun penuh dengan bahan mentah. Tapi kalau dah malas, lantak pi situ. Hahaha... Apa-apa pun, peti ais kena kosongkan sebelum Jumaat depan sebab cadangnya hari Sabtu depan nak monjong. Fikir-fikir, macam nak buat Nasi Ayam Penyet. Tapi tak tahulah aku tabah ke tak nak masak menu tu sebab macam leceh jugak. Hari tu macam dah bagi hint nak tempah aje. Waktu aku beli nasi kukus ayam rempah, aku cakaplah; "Nanti monjong kita buat ni jelah." Aku berkata selepas menelan kunyahan. Tak sempat sambung, sekali Abah cakap; "Ha, ko buatlah. Senaraikan bahannya, nanti Abah beli." Ahaha... tak dapeklah nak menempah. Jadinya, kenalah senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak dan juga orang-orang yang terbabit akan menerima punjungan nanti. Aku kira-kira semalam, dekat 30 buah rumah jugaklah. Pengsan! Rasanya rancangan nak berbuka dengan girlfriends tu macam tak dapat nak dilaksanakan aje. Kanak-kanak, kalau tak dapat buka bersama-sama, nanti jumpa waktu rayalah ye. Sorang kat Kepong, dua orang kat Shah Alam. Baikalh, sampai ketemu lagi. Bulan ni tak berapa nak rajin mengadap laptop kat rumah. Kat pejabat pun kerja dah ada sebab budak-budak dah mula semester. Kelas banyak sesi pulak. Makanya, selamat meneruskan ibadah puasa ye kawan-kawan...

Tuesday, 9 August 2011

Lebam

Alhamdulillah selepas terlajak berbulan-bulan, malam tadi aku berjaya menderma darah buat kali kedua untuk tahun ini. Sasaran asal untuk menderma setiap 3 bulan sekali masih belum tercapai. Terima kasih kepad Abang Faiz kerana menghantar ke tempat kejadian. Mula-mula nak memandu sendiri, tapi takut terjadi apa-apa pulak selepas 450ml darah dikeluarkan. Lepas maghrib terus pergi, takut lewat pulak dan bertembung dengan waktu terawih sebab tempat kejadian adalah di perkarangan Surau Ar-Rahman. Sampai-sampai je, semua penderma yang ada adalah lelaki. Pelajar-pelajar aku jugak. Tak adalah segan sangat. Kali ini, semua staf HTAR yang terlibat mesra alam belaka. Tak macam sebelum ni, muka ketat masing-masing. Hehehe... Bagi yang ragu-ragu nak derma darah dalam bulan puasa ni, boleh baca artikel ni ye.

Prosedur biasa; isi borang, periksa jenis darah dan kepekatan darah(mungkin ada nama saintifik kot untuk proses ni), periksa tekanan darah, merekod maklumat peribadi, dan proses menderma darah pun bermula. Waktu dia nak periksa kepekatan darah tu, dah cuak dah. Takut Hb tak cukup sebab sebelum ni pernah terjadi dua kali. Alhamdulillah semuanya selamat. Kalau boleh, nak guna tangan belah kiri sebab tangan kanan untuk menulis. Disebabkan kerusi yang dilengkapi tempat meletak tangan kiri dah penuh, pasrah aje aku duduk kerusi-tangan-kanan.

Walaupun dah berkali-kali, tetap juga berdebar-debar. Jururawat yang layan aku semalam oklah, tak garang dan tak adalah ramah sangat. Cuma dia macam menghadapi masalah bila nak cari urat aku waktu nak cucuk jarum. Lama juga dia cari sebelum suntik pelali(kot). Sebelum dicucuk jarum untuk darah, dia ada suntik satu cecair. Tak pasti untuk apa. Hani, cecair apa tu ek? Lepas dari tu baru dia masukkan jarum yang besar gedabak tu. Aku syak jururawat tu penat kot sebab dah malam. Dia macam tak yakin aje cucuk jarum besar gedabak tu kat tangan aku. Lepas tu asyik dibetulkan aje kedudukan jarum tu. Sakit ok! dan lenguh juga. Tak macam sebelum-sebelum ni. Bila dah cukup kuantiti darah, tibalah masa untuk tarik keluar jarum besar gedabak tu. Macam mula-mula jugak, dia seperti teragak-agak. Memang sakit dia lain macam kali ni dan darah masih mengalir lagi selepas jarum selamat dikeluarkan. Lama juga aku bertenang atas kerusi tu sebelum minum milo panas yang disediakan. Lagi satu, apasal tiap kali lepas derma darah dia bagi milo panas ek? Tak faham aku. Hmmm... Dah habis secawan milo, baru aku gerak ke kereta. Alhamdulillah tiada apa-apa yang pelik berlaku. Yelah, pertama kali menderma darah pada bulan puasa kan, tak tahulah macam mana penerimaan badan ni.

Kesannya, bangun sahur pagi ni bekas jarum tu berdarah lagi dan lebam sudah... Jadinya aku tampal plaster dekat bekas jarum tu takut-takut keluar darah lagi. Pengalaman menyakitkan yang pertama.

Nota: Berat terkini selepas timbangan terakhir sebulan lalu adalah 71kg. Yahooo! Turun 2.5 kg.  

Monday, 8 August 2011

Menu Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Sepanjang ramadhan ni, berseri-seri gambar makanan aku tengok dekat blog-blog masakan. Aku pun ada juga teringin nak cuba resepi yang dikongsi. Salin ajelah dulu resepinya, buatnya entah ye entah tidak. Kehkehkeh... Meh tengok apa yang menjadi santapan kami sepanjang seminggu ni. Senarai je pun. Kamera takdak bateri. Isnin; aku redah bazar Kanchong dan lajak sikit ke Sg. Lang. Bazar Banting ramai gila orang sampai kereta tak bergerak. Beli nasi lemak, ayam golek dan karipap. Ayam golek seekor RM15, tahan sampai sahur. Sonang kijo. Hehehe... Hari Selasa; aku memaksa diri untuk rajin masak. Maka terhasillah terung tumis taucu, kerabu mangga dan ikan tongkol bakar. Mangga aku petik segar dari pokok. Nak resepi nah...tapi gambar takdak naa!

Kerabu Mangga
1 biji mangga
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 camca udang kering (sangan)
1 sudu besar sos ikan


Cara membuat:
1. Sagat mangga dan rendam kejap dalam air kapur untuk bagi dia rangup.
2. Sementara tu, hiris halus bawang dan cili padi.
3. Tumbuk kasar udang kering yang telah disangan.
4. Toskan mangga dan bilas dengan air. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Tiap kali aku sagat mangga nak buat kerabu, tiap kali tulah jari aku tercedera. Choii! Lepas ni nak cuba buat kerabu mangga ikut resepi Kak Pnut. Mangga banyak lagi bergayut atas pokok tu. Hari Rabu aku terjah pasar Bandar Banting. Sebab dah gaji, aku borong bahan mentah. Alang-alang dah memborong, aku beli terus lauk-pauk untuk buka dan sahur sekali. Sonang. Hari Khamis, aku cadang nak masak je. Sekali waktu nak solat asar, diorang sibuk pulak cerita bazar mana yang best. Terus aku tergoda dan pergi membeli. Hahaha...Sengal betul. Maka belilah nasi kukus ayam berempah dan karipap. Balik rumah, Abah goreng cempedak. Tengah musim, adalah beberapa biji yang mentah dari kebun. Jadinya, hari Jumaat baru aku memasak. Aku masak bihun goreng dan goreng cempedak beserta pisang tanduk muda goreng berempah. Lauk sahur pulak, aku buat ikan bawal kukus. Kes malas dah nak mengadap dapur. Hari Sabtu aku pesan Abang Faiz beli je makanan balik dari kerja. Semalam, lagi buang tebiat. Ada orang mengidam nak makan nasi beriani bazar ramadhan Bangi. Sengal betul pergi Bangi semata-mata nak ke bazarnya. Memang tiap tahun pun akan pergi bazar ramadhan di Bangi sekurangnya sekali. Konon-konon nak teringat balik zaman sekolah dulu la kan, singgah bazar dulu sebelum balik asrama. Hehehe...

Friday, 5 August 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, doaku diperkenankan. Nikmat yang tak terhingga dan membuatkan aku sangat-sangat bersyukur dan insaf. Aku bukan manusia sempurna. Kadang-kadang, leka dan lalai juga dengan nikmat yang Allah berikan. Pun begitu, Allah masih lagi sayang pada hambaNya dan tak jemu-jemu berikan nikmat. Lantas aku teringat ayat daripada surah Ar-Rahman yang diulang berkali-kali;
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

Kisahnya semalam, bila jam di skrin laptop sudah menunjukkan angka 1, aku bangun meninggalkan ruang kerja dan berjalan menuju ke surau yang berlokasi di bilik kewangan. Ketika mahu membelok ke arah bilik kewangan, Encik Mokhtar memanggilku dari tempat duduknya;
Encik M: Farah, sini kejap (sambil melambaikan tangannya.)
Aku: Saya ke? (pelik kerana biasanya hanya bertegur sapa biasa je)
Encik M: Haah..
Lalu ku meneruskan langkah ke tempat beliau.
Aku: Ye, encik Mokhtar..
Encik M: Nah, baca ni. Baca je tau.
Aku: Apa ni Encik Mokhtar? (masih lagi dalam keadaan pelik dan hanya menurut apa yang diarahkan.)

Ku lihat ada pada bahagian atas surat, ada jata Malaysia dan di bahagian kanan, ada logo JTM. Berdebar... Terus ku alihkan pandangan ke bahagian bawah. Tajuk surat tidak ku baca bila namaku yang tercetak di bawahnya lebih menarik perhatian. Terus ku baca sekali imbas kandungan surat tersebut.

Aku: Betul ke ni?
Encik M: Ha... Surat ni baru sampai. Nasib baik puasa. Kalau tak nak mintak belanja McDonalds. Hahaha..
Aku: Hehehe... Alhamdulillah... Memang dapatlah ye ni?
Encik M: Iye...Nanti bagi tau Raj sekali ye.

Teruslah hilang ngantuk sikit. Tapi ku tuju juga surau dan terus ku sujud syukur di situ. Hal inilah yang merusuhkan minda kebelakangan ini. Alhamdulillah, dapat sambung kontrak. Sebelum ni, siap mimpi kena kemas meja siap-siap lagi. Maklumlah barang banyak, jadi ada akak tu suruh aku kosongkan meja sebelum waktu kontrak tamat. Dia kata atas meja kena ada komputer dengan document tray je. Kahkahkah... Nasib baik mimpi. Memanglah jawatan ini sementara, tetapi aku tetap nak sambung sebab suka suasana di sini dan pelajar-pelajarnya. Kalaulah permohonan tidak diluluskan, pembelajaran mereka akan terganggu kerana memang tiada yang boleh mengganti. Alhamdulillah... Maka, tak dapeklah cuti raya sebab 1 September bersamaan 3 Syawal kena lapor diri. Memang sah waktu tu pejabat kosong dan hanya ada aku yang termangu-mangu di tempat duduk sendiri. Maka korang yang nak datang beraya ke Banting pada 3 Syawal, meh datang pejabat teman aku sorang-sorang kat sini.

Monday, 1 August 2011

Akibat Tamak

Sabtu lepas aku telah merjaya mengukur jalan lagi dengan teman jenayah, Cik Tini. Sebelum keluar rumah, Abah tanya; "Balik sampai malam ke?" Aku dengan yakin menjawab; "Tak adalah. Sampai petang je kot." Makan, bukan lama pun kan. Tapi harapanlah aku nak balik awal bila dah jumpa Kak Chik. Ada je tempat nak singgah walaupun keadaan kewangan agak kritikal. Hahaha... Sampai sana dalam pukul 3.30 kot. Sampai-sampai je Kak Chik dah turun, maka terus zasss cari tempat makan. Sebab dekat kawasan tu baaaaaaanyak sangat restoran, aku tak tau nak ke mana sampailah Kak Chik cadangkan ke sini:

Menu istimewa di sini adalah nasi berianinya. Sebelum sampai pun aku macam nak makan nasi beriani dia. Tapi bila tengok rupanya macam nasi arab, terus aku rasa muak sebab baru je hari Khamis lepas makan nasi arab.

Kak Chik pesan Nasi Beriani Ayam ni. Nasinya banyak, ayamnya besar. Aku tak rasa nasinya. Rasa ayamnya je. Sedap! Aku pesan Kacang Pool ni.
Selama ni aku dok tengok dan dengar je komen orang tentang makanan yang agak popular di negeri Johor (betulkan saya kalau silap) ni, semalam terus aku pesan bila nampak nama dia dalam senarai menu tu. Rasanya, sekali tu je kot aku makan sebab rasa rempah dia kuat sangat. Lepas tu aku pesan nasi goreng kampung. Tak ada gambar sebab dah lapar tahap gaban dan nasi tu sampai agak lewat. Hehehe... Air pulak, aku pesan teh o ais limau dan Kak Chik pesan jus tembikai.

Aku suka gelas dia yang unik tu. InsyaAllah boleh datang lagi lepas ni sebab makanannya sedap dan banyak, menunya pelbagai, servisnya bagus, tempatnya cantik dan bersih, dan berdekatan dengan surau. Menurut kata Kak Chik yang sudah ke sini lebih daripada 2 kali, Tuan Punya Kedai akan bergegas ke surau di hadapan restoran ini untuk solat jemaah. Bagus bukan?? Lokasinya adalah di Seksyen 3. Kalau datang dari arah UiTM, di bulatan McD tu belok kiri. Jalan depan sikit, ada nampak deretan kedai-kedai, masuk dalam kawasan tu. Tempat dia ke dalam sikit. Lepas makan, boleh terus solat di surau yang bertentangan dengan restoran ini.

Lepas solat, Kak Chik kata nak cari baju untuk bondanya. Cadang nak ke PKNS, tapi parking penuh pulaknya. Maka cuba nasib ke Anggerik Mall. Kali ni ada banyak pilihan baju, tak macam waktu aku pergi sebelum ni. Nasib baik belum gaji, kalau tak mau jugak aku melabur kat sana. Ooppss! Dah dapat apa yang dihajati, ingat nak terus balik. Sekali Kak Chik hasut pergi jualan Metrojaya kat Stadium Melawati. Aku memang tau ada jualan kat sana. Tapi nak keraskan hati tak nak pergi sebab kalau pergi mesti aku makan hati punya. Hahaha... Tapi 'terpergi' jugak. Dapatlah beli benda alah ni sebijik...
Lebih daripada 2 kali pusing dekat kawasan Borcam ni baru aku capai sebiji. Lama aku fikir nak beli ke tak. Made in Turkey ok! Boleh masuk oven, microwave, dishwasher dan ape entah lagi. Banyak la kelebihan dia. Bila tengok harganya jadi separuh daripada yang asal lepas diskaun, aku angkut satu yang bersaiz sederhana. Kalaulah ada duit lebih, memang aku angkut yang besar dengan kecil sekali. Lengkap satu set. Tapi sedar diri lagi, dapatlah sebiji ni. Lepas ni boleh buat lasagna guna benda ni. Lebur jugak duit aku dekat Metrojaya nun. Hiks...

Waktu masuk stadium masih terang, bila keluar dah gelap! Dahsyat sungguh kami berdua ni. Hahaha... Solat maghrib dulu baru terjah Tutti Frutti. Konon-konon nak mencuba benda baru kan. Sebab pertama kali, maka tak tahu nak agak. Ini cawan aku;
Penuh satu cawan! Semua topping kalau boleh nak taruk.

Ini Kak Chik punya. Dia punya lagi sikit, tapi tak habis makan toppingnya. Aku pun tak larat dah nak tolong sebab muak!

Dua-dua cawan ini berharga RM 45.05. Saat keluar dari premis serba putih ini, macam tak percaya je kami membazir sebanyak itu. Pengajarannya, walaupun cawan dia saiz besar tu, tak semestinya kena penuhkan dengan semua pilihan yang ada. Lain kali kalau nak pergi kena kongsi. Ok, tempat punch card dah tak ada orang beratur. Balik dulu deh. Selamat berbuka. Jangan membazir. :)

Hari Pertama

Hari pertama berpuasa, tumpuan adalah kepada kerja 'sambilan' yang diberi oleh bos minggu lepas. Bos kata, buat waktu lapang. Dengan keadaan kelas sekarang, memang hari Isnin adalah lapang sebab aku akan mula ulangkaji bahan mengajar, menyiapkan rancangan mengajar dan melengkapkan latihan atau aktiviti untuk mereka pada hari Selasa. Bila khusyuk menghadap kerja, tak perasan dah dekat pukul 1. Mata pun dah berdenyut kerana merenung skrin laptop ni dari pagi.

Seperti yang sudah dijangkakan, kalau aku minum Radix lepas jam 3.00 petang, memang soheh tak dapat tidur malamnya. Gila stress tak dapat tidur waktu malam. Tambahan pulak, nyamuk bukan main banyak lagi. Ubat nyamuk aku pasang, Shieldtox pun aku sembur. Tetap ada jugak lagi nyamuk yang menyerang. Akhirnya, dalam pukul 4.00 lebih baru terlelap kejap dan terjaga secara tiba-tiba pada jam 4.50 pagi Kelam-kabut bangun. Sempat masak nasi dengan telur masak kicap je. Alhamdulillah, sempat juga sahur. Lepas sahur terus tak tidur balik sebab takut sakit kepala. Terus gosok baju, basuh baju sebaldi dengan bantuan mesin basuh dan terus bersiap ke pejabat. Hari ni tak adalah aku pecut macam hari lain sebab keluar rumah awal. Hehehe... Sampai-sampai dekat lobi pejabat, orang dah beratur dan ketik kad. Memandangkan 1 Ogos adalah tarikh berkuatkuasa sistem biometrik di sini, maka kelam kabut jadinya. Mula-mula imbas jari. Kemudian imbas kad keselamatan. Lepas tu ketik kad(punch card). 3 proses berbeza! Berapa minit dah tu? Itu tak termasuk dengan masalah jari yang mungkin sukar untuk dikenalpasti lagi. Dah satu hal... Bak kata Kak Dayah; "Macam nak masuk kilang emas. Kena buat sampai 3 proses." Hahaha.... Permulaan memang macam ni. Nanti dah lama, ok kot. Balik ni karang, soheh beratur panjang jugak ni sebab masing-masing nak balik awal. 

Selamat meneruskan puasa ye kawan-kawan. Petang karang jangan tak ingat dunia pulak telan air satu jag. Kembung perut pulak karang. Hehehe...