Engagement Fund ;)

Monday, 31 October 2011

Rezeki

Hari Rabu lepas, aku dan Kak Rin ke rumah bosku dan Kak Dahiyah untuk melawat permata baru mereka. Alhamdulillah sudah selesai semuanya. Asyik dok bertangguh je nak pergi, akhirnya waktu cuti Deepavali ni baru berkesempatan pergi. Terima kasih Kak Eza dan Kak Dayah kerana mengalu-alukan kedatangan kami. Tapi lupa nak tanya nama anak-anak mereka. Hehehe... Gambar pun tak ada sebab segan nak bawa keluar kamera. Di sana juga baru ku dapat tahu kontrak kerja yang sepatutnya tamat pada 30 November di sambung hingga hujung tahun ini. Alhamdulillah... Surat tawaran juga telah diberikan pada hari Khamis dan telah selamat ditandatangani. Rezeki ku masih di situ nampaknya walaupun nama aku tak pernah ada dalam senarai nama staf. Kecik hati kuman...

Memang sudah jadi kebiasaan kalau nak muyi (melawat ibu-ibu yang baru lepas melahirkan), mesti cari hadiah. Selalu, aku mencari ni dengan Kak Chik. Kali ni aku cari sorang-sorang tapi tanya juga pendapat beliau. Pening juga nak cari hadiah yang sesuai. Maklumlah, tak pernah ada anak lagi. Kehkehkeh... Sudahnya, aku beli soft toys dan baju untuk mereka. Soft toys aku beli online manakala baju aku beli di alam nyata. Dah Kak Rin berkenan pulak dengan soft toys aku. Maka terkorbanlah duit beliau membeli satu untuk anaknya. Hehehe... Barangan bayi ni memang comel-comel kan? Rasa macam nak beli semua je. Nasib baik bajet terhad. Ada orang tanya, tak susah ke beli online ni? Dah pesan barang, nak ke bank lagi untuk masukkan bayaran. Memanglah ada sistem perbankan online. Tapi aku punya akaun ada masalah sikit. Masih malas nak pergi betulkan. Maka bila dah buat pesanan, tetap juga perlu keluar ke bank untuk buat bayaran.

Nampak leceh bukan? Tapi bagi aku tak ada masalah dan lebih menjimatkan sebabnya kita dah tahu mana nak tuju dan tak terbuang banyak masa berbanding terjah dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Lebih-lebih lagi untuk lone-ranger macam aku ni. Kau ingat aku rajin nak masuk kedai satu-satu bila berseorangan? Tak kuasa mak, nyah! Tambahan pula, harga yang ditawarkan lebih murah berbanding yang dijual di kedai. Tapi... (lagi) baru-baru ni Kak Chik ada bagi tau terdapat juga beberapa kes penipuan berlaku. Peniaga tersebut menjual barang 'atas angin'. Maksudnya, dia pamerkan produk tapi sebenarnya produk tu tak wujud dan dia mengambil  kesempatan atas peniaga lain. Dia menggunakan nama perniagaan orang lain untuk menipu. Selama ni tak terfikir pulak ada kes macam ni. Bila dengar ada kes macam ni, aku jadi cuak jugak. Mujurlah selama aku berurus niaga dengan peniaga kedai maya ni tak timbul sebarang masalah. Kepada anda yang masih ragu-ragu, mari aku tunjukkan beberapa kedai maya yang boleh dipercayai.

1. Maratussolehah
Beberapa helai jubah yang ada dalam koleksi sekarang di beli di sini. Banyak pilihan dan harga berpatutan. Kualitinya juga terjamin. Servis cepat dan berhemah.

2. Little's Wardrobe
create your own banner at mybannermaker.com!

Di sini tempatnya aku beli soft toys untuk hadiah tadi. Harganya murah dan servis juga cepat dan berhemah.

3. Sareewala

Ini pula tempat aku beli kain-kain sari untuk dibuat baju kurung. Kedai ni paling tak boleh belah sekali sebabnya dia pos barang dulu walaupun bayaran belum dibuat. Terkejut beruk aku dibuatnya. Harganya murah berbanding kedai lain, banyak pilihan dan servisnya juga cepat dan berhemah.

4. E-Bliv

Jubah-jubah di sini tak kurang cantiknya. Kalau nak cari jubah rekaan eksklusif, boleh ke sini. Harganya agak mahal berbanding jubah biasa tapi kainnya berkualiti. Jika dibandingkan dengan harga di kedai nyata, E-bliv menawarkan harga yang jauh lebih murah dengan kualiti yang sama. Servisnya juga cepat dan berhemah.

5. Number One Boutique

Kedai ni menawarkan produk pakaian ala-ala Korea dan mengambil tempahan mengikut saiz pelanggan dengan harga berpatutan dan bahan berkualiti. Servis juga cepat.

6. Gorgeous Chocolate

Kepada peminat coklat, bolehlah jengah sini. Kedai ini menawarkan pelbagai produk berasaskan coklat. Sesuailah kalau nak beli coklat untuk seseorang yang istimewa. Harga yang ditawarkan juga murah dan servisnya cepat dan berhemah.

7. Mabrook E-Store

Salah satu kedai yang menawarkan pilihan blaus rekaan moden dan berkualiti. Walaupun harganya agak mahal, tapi sesuailah dengan kualitinya. Servisnya juga cepat dan berhemah.

8. Dini-Tupperwarekiosk

Tupperware pun kau beli online Farah? Hahaha.. Memang pun. Terjumpa kedai maya ini sewaktu mencari tupperware edisi terhad yang sudah habis dijual di kedai tupperware yang terletak bersebelahan Bank Islam kat Banting nun. Harga yang ditawarkan adalah harga selepas diskaun. Servisnya juga cepat dan berhemah.

9. Cik Min Macaron

Waktu orang sibuk-sibuk cerita pasal macaron dulu, aku pun nak sibuk juga merasa. Maka di sinilah aku membeli macaron pertamaku. Hehehe... Celah mana pulak nak cari macaron kat Banting kan? Beli online lagi senang. Servis cepat dan berhemah.

10. Anissyacake

Walaupun boleh buat sendiri, tapi kekangan motivasi diri dan masa menyebabkan aku lebih suka membeli kek dan biskut dari orang lain. Sudah banyak kali tempah kek, tart dan biskut dari Kak Ana ni. Orangnya ramah dan servisnya cepat dan juga berhemah. Kak Ana tak buat penghantaran, jadi kalau tempah, kena ambik sendiri dekat Sijangkang.

Dalam ulasan ni, aku kata servis mereka berhemah sebab setiap SMS atau email yang dihantar akan dibalas dengan cepat. Aku kan sentap kalau orang tak balas SMS, maka bila berurusniaga dengan orang yang balas SMS dengan sopan, haruslah aku suka. Tak gitu? Walaupun nampak remeh, tapi bagi aku bila SMS dibalas hatta dengan dua huruf macam 'TQ', terasalah diri ni dihargai. Jadi para peniaga, sila hargai pelanggan anda ye. Sebenarnya ada lagi beberapa kedai online yang pernah aku kunjungi. Nanti kita buat review lain pulak ye. Muntah pulak orang baca entri panjang-panjang ni. Hihihi... Amacam, ada bakat tak nak jadi pegawai pemasaran?

Nota: Ilustrasi bagi setiap gambar diperoleh daripada kedai online tersebut. Saya hanya mengedit sedikit supaya nampak lebih menarik. Sila tekan pada nama kedai untuk lawatan tapak. Sekian terima kasih...

4 Words


What's yours? Mine was;

Talented,

Patient,

Happy,

Elegant.


*Taken from Kak Nadiah's blog. Thanks to Kak Nadiah for sharing this.

Thursday, 27 October 2011

Kena Tambah Sabar

Tanggungjawab sudah bertambah apabila semua kelas semester 1 dan 2 diserahkan padaku. Memandangkan minggu ni cuti umum pada hari Rabu, maka masih ada masa untuk aku buat persediaan bagi kelas semester 1. Yang penting, tak nak bagi latihan banyak-banyak macam sem lepas. Juling mata aku nak menanda. Bagi tugasan ajelah. Itu pun ramai yang hantar tak lengkap. Kejap sangat ke aku bagi masa? Rasanya seminggu tu dah lebih dari cukup. Susah sangat ke soalan yang aku bagi? Rasanya cuma perlu isi tempat kosong je. Nota dah bagi siap-siap. Kalau tak cukup nota, perpustakaan ada. Buku-buku rujukan untuk subjek aku ni, boleh dikatakan bagus-bagus walaupun tak banyak. Tak ada masa nak ke perpustakaan? Zaman kan dah maju, dunia dah berubah. Dengan hanya sekali tekan, keluar semua maklumat yang dikehendaki. Tak reti nak guna Google? Aik, kata ambik kos Perisian Multimedia dan Perisian Pengaturcaraan? Mustahillah benda asas macam tu tak tau? Awal-awal dah pesan, kalau ada masaalah boleh jumpa. Tapi tak ada seorang pun yang muncul. Nak nota tambahan? Aku sedia memberi asalkan mereka minta.

Itu baru kelas normal. Budak-budak yang ulang modul pun satu hal. Waktu aku suruh jumpa, tak muncul. Bila aku tak ada, sibuk nak jumpa. Macam hari Jumaat yang aku cuti haritu. Tengah-tengah memandu nak ke Unisel, Kak Ina telefon kata ada budak cari untuk kelas. Mau tak terkejut beruk aku dibuatnya? Jumaat mana ada kelas kan? Memang la setiap Jumaat aku peruntukkan masa untuk budak-budak ulang modul tapi kelas tu dah buat hari Jumaat sebelumnya dan aku dah pesan Jumaat ni aku tak ada.  Maka dengan baik hatinya aku berkata; "Datang jumpa saya hari Selasa depan." Konon-konon nak mengajar dan bagi mana-mana tugasan yang patut la kan. Haram tak jumpa sampai sudah. Jadi, macam mana? Patutkah aku terus bersabar dan bersabar? Atau patutkah aku muntahkan saja apa yang terbuku di hati?

Sabar ajelah. Stress pun tak guna. Dahlah tak kahwin lagi, nanti proses penuaan meningkat dengan cepat, dah tak awet muda. Payah-payah sangat, ugut saja untuk gagalkan subjek tersebut. Cepatlah mereka bertindak nanti. Muahahaha..(gelak jahat) Hari ni pertama kali masuk kelas semester 2 yang 'baru'. Memang bikin sakit kepala. Kenapa?
1. Nota tak lengkap. Cuma ada 3 topik nota walaupun tajuk dah nak habis.
2. Hanya 1 tugasan yang diberi sedangkan silibus dah nak habis.
3. Buku kedatangan dan rekod mengajar TIADA.
Warghhhhh! Memang nak bagi aku muntah hijau ni. Jenuhlah aku nak buat balik rekod kedatangan dan rekod mengajar tu.


Jangan Muntah Dulu

Okey, hujung-hujung bulan macam ni memang aku agak-agak meroyan sikit. Maklum le, menghitung hari untuk bulan ni habis supaya gaji pun masuk. Nak-nak, bulan ni duit mengalir macam air. Air pun tak mengalir macam duit. Kebelakangan ni agak-agak stress jugak la. Harap-harap tak adalah sampai migrain datang. Kalau datang pun, aku boleh kerek sebab ada stok ubat. Lalalala... Tak perlu kot nak merapu apa yang buat aku tertekan tu kat sini sebab macam dah banyak je aku mengeluh dalam ni. Biasalah, bila berurusan dengan manusia ni, macam-macam ragamnya. Ini baru mengajar dua semester. Kalau ajar banyak semester, aku rasa dok membebel pasal budak-budak tu je kot dalam ni. Aku stress pun tak guna kan, buat tambah kedut kat muka je. Asalkan aku dah buat apa yang dipertanggungjawabkan, sudahlah. Fikir banyak-banyak pun, buat serabut otak.

Tunggulah nanti aku hadap SEMUA pelajar semester 1 dan 2, baru boleh muntah hijau. Sekarang ni, sila jangan muntah dulu. Perkara yang perlu difikirkan sebelum berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya;
1. Sebelum taip SMS, eloklah muhasabah diri dulu siapa yang akan dapat SMS tu. Kalau orang itu adalah cikgu@pensyarah@bos kita, silalah gunakan ayat dan kosa kata yang bersesuaian dan mulailah SMS tersebut dengan ucapan salam.
2. Sebelum mendail nombor telefon orang yang dikatakan cikgu@pensyarah@bos kita, eloklah tengok jam. Agak-agak la kan,  patut ke kau telefon orang yang disebutkan tu tengah-tengah malam buta? atau pagi-pagi buta selepas subuh? Kau ingat mereka nak layan?

Sekarang aku faham kenapa para pensyarah kami dulu menekankan bahawa masa untuk SMS atau membuat panggilan hanyalah pada waktu pejabat saja. Kalau tak ada kesedaran sivik pun, fahamlah dengan apa yang telah dipesan oleh orang yang disebutkan tadi. Sebagai seorang yang agak-agak alergik dengan deringan telefon, wajiblah aku tidak menghiraukan sebarang panggilan atau SMS berkaitan kerja diluar waktu pejabat kerana sebelum aku bermurah hati mendedahkan nombor telefon yang mahal itu telah dipesan bahawasanya hanya panggilan atau SMS pada waktu pejabat sahaja akan dilayan. Sekian, terima kasih.

Eh, baru-baru ni aku terjumpa satu blog ni jual Kitchen Aid Artisan Stand Mixer dengan harga yang murah. Agak-agak tergoda juga bila tenogk harga dia yang cuma RM1400 sahaja. Sahaja? Ye, sahaja. Sebab kalau kat kedai dia jual dengan harga RM2399 sebijik. Kau kiralah sendiri berapa banyak beza dia. Yang paling menggoda adalah kerana dia ada warna hijau.

Oh, cantiknya! Kalau beli benda alah ni, wajiblah jadi rajin buat kek hari-hari. Hehehe... Sesiapa yang nak pesan, boleh terjah sini. 

Monday, 24 October 2011

Belum Cukup...

Sesungguhnya, aku masih belum cukup ....





























sabar,

















rajin,




























ikhlas,






















berani,



























& bagus














untuk menikmati hidup yang selesa....

Sumber gambar dari sini


Laporan Kaji Cuaca Cik Farae: Sedang cuba mengatur semula hidup yang sedikit tunggang langgang.

Monday, 17 October 2011

Saat-saat Terakhir

Semalam, aku gerak semula ke Unisel untuk sesi pemulangan jubah, menuntut sijil dan gambar. Sebelum buat semua tu, WAJIB bagi kami untuk mengadakan sesi penggambaran bersama jubah merah menyala tu. Walaupun sebelum jubah tu dikutuk, tapi bila tiba waktu diri sendiri kena sarung, rasa cantik pulak. Kahkahkah... Betul, tak tipu ni. Jubah merah itu sangat cantik bila dipadankan dengan hood berwarna jingga untuk kami yang bernaung di bawah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Waktu kami jugalah paling lama sebab paling ramai orangnya. Mula-mula aku fikir; 'Oh, ramai juga kroni yang sama-sama konvo tahun ni. Bolehlah 'culik' diorang untuk sesi penggambaran.' Malangnya, rancangan tu tak dapat dilaksanakan kerana masing-masing sibuk melayan keluarga masing-masing. Orang yang konvo Sidang 1 ni bolehlah kan nak tunggang terbalik bergambar hari Ahad lepas dah selesai bergambar dengan keluarga bagai. Ehehehe...

Sampai-sampai, terus ke tapak pesta untuk berjumpa Kak Chik. Beliau tengah bertemu dengan adik-adik dari GPTD dan PPMU. Abang Su pun ada sekali. Sempat la borak-borak kejap sebelum rancangan diteruskan. Rancangnya nak guna kamera bukan-DSLR aku tu. Tapi kebetulan salah seorang adik yang berkumpul tu ada bawak kamera DSLR dan memang berbakat dalam bidang fotografi. Teruslah minta bantuan pakar untuk mengabadikan kenangan jubah merah untuk kami ni. Nasib baik beliau setuju tanpa banyak bicara. Terima kasih kepada jurugambar kami semalam; Saudara Fakhrul dan jurugaya; Saudari Hani. Kerjasama, tenaga yang dicurahkan dan masa yang diperuntukkan untuk kami sangat-sangat kami hargai. Terima kasih. Cantik gambar-gambarnya. Jurukamera pun sampai terbaring-baring nak dapatkan sudut yang cantik. Siap berhujan lagi. Terima kasih. Tak berapa nak meriah sebab cuma berdua. Dah hujung-hujung tu barulah dapat jumpa dengan Najib dan pada saat kecemasan, Hatimi lalu. Terus ajak sekali bergambar sama-sama.



Sepanjang aku di Unisel selama 3 hari ni, asyiklah dapat soalan yang sama. Soalan yang tak ada jawapan pasti. Soalan yang sebenarnya sering aku ajukan kepada orang lain juga. Hehehe... Soalan terkenal itu adalah tak lain dan tak bukan; "Bila nak bagi kad wangi?" dan "Bila nak kahwin?" Cakap tak ada calon lagi, korang tak percaya. Bila cakap tahun depan, korang tanya pulak dengan siapa. Tu yang malas nak jawab tu. Soalan paling sengal yang diajukan adalah; "Suami orang mana?" Kahkahkahkah... Kelas soalan kau Umar! Macam terkedu kejap bila dapat soalan tu. Tanya soalan sengal dengan muka selamba. Memang nak bagi aku gelak la tu kan? Hahahaha...

Lepas dah selesai sesi soal jawab, ke hostel nak ambil barang Kak Chik. Terperanjat bila Makcik Guard tu masih kenal muka aku ni. Dah, jadi sesi jejak kasihan kejap dekat Pondok Guard hostel siswi tu. Terharu tau ada orang kenal lagi. Sebelum tu pun ada beberapa junior yang tegur dan ada yang nak bergambar sama sekali. Masaalahnya, ada yang menegur tu, aku tak ingat nama. Macam mana tu? Mereka ingat nama aku, tapi aku tak ingat nama mereka. Serba salah juga. Untuk sedapkan hati, aku cakap; "Yang penting ingat muka." Hehehe... Dah ambik barang tu, aku gatal-gatal ajak Kak Chik ronda gerai-gerai bunga kat Dewan Utama. Mana tau ada yang nak jual murah-murah kan? Aku kan suuuuuuuuuuuuukaaa sangat dengan bunga ni lagi-lagi ros. Sampai satu gerai tu, kami dok menelek satu-satu bunga yang ada. Si penjual pun apa lagi, mulalah promosi bunga-bunga yang ada. Siap cakap; "Pilih la mana nak, nak bayar berapa. Kita bagi je" Aku pun cakap; "Sejambak 10 ringgit boleh?" Tak agak-agak aku minta rege. Tiba-tiba tauke gerai tu cakap; "20 ringgit untuk semua jenis bunga." Kak Chik pun tambah; "6 jambak RM 100 la." Tauke tu pun jawab laju je; "Boleh! Pilih la mana yang nak. Semua jenis bunga boleh." Aku dengan Kak Chik dah berpandangan. Biar betul? Nilah manusia; harga mahal mintak dikurangkan. Bila dah bagi murah, tak percaya pulak. Hahaha... Menarik sangat tawaran RM 100 tu. Kalau tak, mana nak dapat? Paling murah pun dia bagi RM35 sejambak untuk waktu biasa. Aku dok tanya Kak Chik banyak kali, nak ambik 6 jambak ke? Sekali Kak Chik jawab; "Hish, banyak sangat tu. Nak buat apa? Nak mandi bunga ke?" Hahaha... Aku bukan boleh dengar benda murah ni. Aku memang nak beli sejambak untuk diri sendiri. Nak jenis yang gubah membulat dan terfikir nak bagi sejambak pada seseorang. Masaalahnya orang tu tak dapat dihubungi. Dua-dua nombor tak aktif. Camane? Lama aku fikir. Akhirnya beli yang untuk aku je. Sejambak ros merah jambu. Kak Chik beli untuk 2 teman serumahnya.

Penuh tempat duduk belakang dengan jambangan bunga

Lepas tu terus menuju ke Shah Alam hantar Kak Chik. Abah pesan jangan balik lewat. Tapi kalau keluar dengan Kak Chik, memang tak sah kalau tak balik malam. Solat maghrib dulu. Lepas tu Kak Chik ajak makan kat situ pulak. Okeylah, makan nasi goreng sedap Cik Manisah. Sedap! Macam nasi goreng isteri Pakcik Mazlan kat Maahad dulu. Terima kasih ye penghuni semua penghuni rumah Kak Chik. Miss KB siap bagi hadiah lagi. Dah sampai kereta, aku dok fikir balik. Macam lagi seronok kalau hadiahkan bunga ni pada orang tu. Teruslah aku telefon orang tu kata nak jumpa. Setelah banyak halangan menimpa, akhirnya aku berjaya menyerahkan bunga tu kepada orang tu. Hatimi panggil orang tu sebagai Farahin Innova. Ada sajalah Hatimi WSJ ni. Gembira melihat riak muka si penerima. Walaupun aku suka pada jambangan bunga tu, tapi aku lebih suka menghadiahkannya kepada si kembar nama. Sebagai hadiah hari jadi yang sudah terlepas. Ingat-ingat lupa sebenarnya tarikh hari lahir beliau. Tapi aku rasa 10 Oktober. Betul kan? Semoga anda gembira dengan pemberian tak seberapa tu ye Faien. Nak hadiahkan sesuatu kan lebih bermakna kalau memberikan barang yang sangat kita suka. Terima kasih juga sebab bagi akak hadiah tu. Comel!

Saat Tersarungnya Jubah Merah Itu

Alhamdulillah, selamat sudah semuanya. Selagi tak sarung jubah merah menyala tu, selagi tu rasa terikat dengan Unisel walaupun dah setahun tinggalkan kuliah. Sabtu lepas, lerailah sudah ikatan tersebut. Selaku seorang manusia yang menjadikan blog sebagai tempat berborak, maka haruslah aku tulis satu persatu kejadian yang berlaku kan. Aku bertolak ke Kuala Selangor seawal pagi Jumaat lagi. Orang-orang jujur, memang mengikut apa yang diarahkan seperti kata Kak Chik. Kami termasuklah dalam golongan orang-orang jujur tu. Hehehe... Jumaat pagi, rehearsal untuk hari kejadian. Jenuhlah mendengar taklimat cara-cara nak pakai jubah, hood dan mortar board yang betul. Macam-macam lagilah penerangan yang diberi. Kira-kira jam 11, taklimat tamat. Bergegaslah ke Kuala Selangor untuk daftar masuk hotel. Nasib baik aku tempah hotel untuk 3 hari walaupun waktu menempah tu aku diletakkan dalam Sidang 3 iaitu hari Ahad kerana pada saat akhir, jadual telah berubah. Kursus kami diubah ke Sidang 1. Ada orang kata, orang-orang hebat je pergi ke Sidang 1 ni sebab Canselor sendiri yang akan bagi skrol. Walaupun tak hebat, perasan hebatlah sebab masuk Sidang 1. Hahaha..

Malam sebelum kejadian, tak berapa nak tidur sangat. Kejap-kejap jaga, kejap-kejap jaga. Tengok jam tak pagi-pagi jugak. Hehehe.. Gerak dari hotel jam 6.45. Gerak awal, boleh dapat tempat letak kereta dekat. Sampai-sampai je terus kalut cari kaunter pendaftaran. Waktu sampai kat kaunter pendaftaran nilah jumpa balik kawan-kawan sekelas yang lain. Lah, ramai rupanya tak konvo lagi ek? Jumpa Nelfi, Nur, Ana, Afif, Acong, Wong, Aaron dan ramai la jugak lagi. Ainal dengan Mastura pun sekali. Semuanya berjalan seperti yang dijadualkan.

Aku adalah cuak sebelum naik pentas tu. Tangan pun dah rasa beku je sampai salah seorang petugas tu tanya; "Takut ke?" Hahaha... Tapi aku puji petugas yang jaga graduan. Mereka tak buat muka ketat malah sentiasa tersenyum dan membantu mana-mana graduan yang tidak sempurna penampilannya. Siap buat lawak lagi. Sebenarnya, aku tak adalah takut kerana memikirkan nak berjalan atas pentas sambil disaksikan beribu orang walaupun orang-orang tu tak kenal aku. Tapi, aku memikirkan tentang sesi bersalam dengan Canselor. Dari semalam lagi Kak Chik cakap untuk bersedia dengan sarung tangan. Tapi dek kerana kami berfikiran baik, maka tidaklah disediakan sarung tangan tersebut. Tapi bila diperhatikan tak kira lelaki atau perempuan, semuanya bersalaman. Haish... Benda tulah yang aku dok fikir sampailah tiba saat bersedia sebelum nama dipanggil. Waktu jalan atas karpet merah tu, aku tak fikir ada orang lain kat bawah pentas tu. Aku jalan je sampailah teringat yang kena senyum waktu nak terima skrol tu. Waktu taklimat dia dah cakap, berhenti pada tanda X. Tapi dek kerana fikiran melayang ke benda lain, aku berhenti sebelum tanda X tu dan teragak-agak hulur tangan. Aku hulur hujung je, tapi bersalam juga macam biasa akhirnya. Inilah yang pertama dan terakhir harapnya. Lepas terima je skrol, terus jalan sambil terfikir lagi; "Kenapa kena salam jugak?" Lupa nak letak skrol kat sebelah kanan macam yang diberitahu waktu taklimat. Dah separuh jalan, baru teringat nak letak. Akibatnya, gambar tak berapa nak cantik. Kes salam ke tak ni, aku bersangka baik je sebab waktu ambik skrol Tahun Asas dulu, memang NC tak hulur tangan langsung. Terus je bagi skrol. Jadi aku ingat yang ini pun macam tulah jugak.

Dalam majlis konvokesyen kali ni, ada satu pembaharuan dibuat. Muzik yang dialunkan waktu graduan terima skrol bukanlah muzik gamelan seperti selalu, tapi muzik jazz dan keroncong. Kelas kau Unisel! Encik Aiman tu pun cakap; "Ha, ini kali pertama kita buat. Asyik muzik gamelan je, bosan la kan." Tak pernah dibuat orang. Muziknya dimainkan secara langsung pulak tu. Memang kelas ah! Sidang 1 berakhir hampir jam 12 tengah hari. Keluar dewan je, penuh sesak depan pintu. Tersekat kejap laluan keluar. Panas terik sungguh hari Sabtu tu. Nak bergambar pun ramai yang menunggu. Sementara nak menanti, kami makan dulu. Aku dah la tak makan apa-apa dari pagi. Takut sakit kepala pulak. Lepas makan baru ke khemah penggambaran studio. Dah sudah bergambar semua, terus balik hotel sebab tak larat berjemur di tengah panas. Kat hotel ada air-cond. Hehehe... Dah sejukkan badan semua, aku patah balik ke Unisel untuk berjumpa kawan-kawan dan bergambar bersama. Tak dapat culik ramai pun sebab masing-masing sibuk melayan keluarga lagi. Apa pun, tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya menamatkan pengajian dan naik pentas sama-sama untuk Majlis Konvokesyen Ke-6 ni. Pengakhiran sebuah kisah dan menjadi titik permulaan baru untuk langkah seterusnya. Tahniah kepada anda semua ye. Ucapan tahniah khas untuk teman-teman yang tersenarai di bawah;
1. Wan Ritini Wan Ismail
2. Mohd Najib Mat Hashim
3. Asyrullilawaty Hamid
4. Norshamsedah Nor
5. Zharudin Narudin
6. Shahrizal Jelani
7. Siti Zamzami Ab. Aziz
8. Mohd Azli Saadon
9. Ifdal Faliqh Zainudin
10. Hatimi
dan ramai la lagi. Tunggu aku semak buku aturcara ek. Nanti aku senaraikan semua. Hehehe...

Thursday, 13 October 2011

Kerana Tulip

Tajuk entri macam tajuk novel dah. Hehehe... Seseorang telah membuat permintaan khas minggu lalu. Ku ingat, tidaklah sukar mahu mencarinya. Bila diGoogle, tiada satu pun pembekal bunga segar yang membekalkan bunga jenis ini. Maka tengah hari tadi ku mencuba nasib mencari di sekitar Banting. Semua kedai bunga yang ada aku terjah. Kedai pertama memberi reaksi; "Bunga tulip? Macam mana tu?" Eh, siapa yang bukak kedai bunga sekarang ni? Pencarian diteruskan dengan menjengah ke kedai bunga kedua. Reaksi mereka; "Tulip? Yang segar kena order maa. Kalau yang tiruan kita tak ada." Hah, nasib baik dia kenal bunga tulip tu macam mana. Tapi, kena tempah dulu pulaknya. Tak sempat dah ni, esok pagi-pagi nak kena gerak dan yang paling penting, harga setangkai yang menyamai harga set makan tengahari di Secret Recipe iaitu RM 18. SETANGKAI hokey! Waktu ni macam dah nak putus asa. Tapi kena cuba tengok di kedai terakhir, baru boleh putus asa. Hahaha...

Gigihlah aku terjah kedai bunga terakhir. Masuk-masuk je, dia cakap; "Ye, nak cari apa?" Aku pun mata dah melilau satu kedai. "Tulip ada?" Dia pun terus bawak ke bahagian belakang. "Kita ada yang jenis ni (sambil tunjuk bunga yang nampak macam tulip tapi kelopak dia beralun) dan [sambil jalan ke belakang sikit lagi] yang jenis ini (sambil tunjuk tulip yang memang rupa tulip tapi tinggal sikit je kat longgokkan tu)"

Terus dalam hati ada taman. Misi pencarian berjaya! Terus aku runding cara gubahan dan pembalutan bunga. 'Petik' beberapa tangkai mengikut kemampuan dan 'petik' juga aksesori lain (dedaun cinta dan bunga-bunga kecil). Oh ye, harga setangkai untuk yang tiruan ni separuh daripada yang segar. Terlebih sikit bajetnya, tapi tak apa. Demi sahabat terbaik, Aiman tak kisah. Kekeke... Cuak jugak bila nak mix n match 'watak utama' dengan 'pelakon tambahan' tu. Mujurlah amoi tu bagi pandangan sikit-sikit. Lama juga aku bertapa dalam kedai tu. Hasilnya setelah digubah adalah cantik! Cuma macam terkilan sikit sebab tak ikut satu pendapat yang amoi tu bagi. Tak apalah, tetap juga cantik.

Kepada bakal suami pemberi bunga di luar sana, jangan gusar. Tuan Tanah tetap menjadikan ros sebagai bunga pujaan. Ros adalah murah ye dan mudah didapati. *motip aku tulis ni?* Kahkahkah... Kepada bakal penerima bunga, sila bersabar ye. Inilah usaha tergigih dan hasil terbaik yang berjaya diraih dalam tempoh waktu yang singkat ni. Kepada yang tak tahu macam mana rupa tulip, mari kita saksikan. Zasssss...

Terima kasih ye Encik kerana memberi pinjam ini gambar.

Setelah kajian dijalankan, aku mendapati bahawa lebih 10 orang kenalan rapat akan berkonvo juga. Tetapi kali ni, aku lambat bertindak. Tak sempat nak sediakan cenderahati untuk mereka. Sob..sob..sob.. Apa pun, tahniah kepada teman-teman semua. Berakhir sudah sebuah lagi episod dalam drama kehidupan dan bermulalah episod baru dalam drama kehidupan yang semakin mencabar.

Tuesday, 11 October 2011

Tak Cukup Rajin

Selepas menanti hampir seminggu, sedang elok je dapat SMS cinta dari BIMB memaklumkan gaji dah masuk waktu nak balik kerja semalam. Yeay! Walaupun gaji dah masuk, bajet tetap ketat untuk bulan ni. Macam-macam nak guna. Itu pun dah terbeli sesuatu daripada kedai maya. TERBELI hokey! Selalunya kalau malas masak boleh beli makanan siap masak di pasar malam. Tapi disebabkan bajet ketat, malas-malas pun kena masak jugak. Semalam pergi pasar untuk beli sayur je. Itu pun beli 'sayur malas' sebab minggu ni macam malas-malas je nak duduk dapur lama-lama. Sayur malas di sini adalah sayur yang tak perlu disiang dengan teliti macam kobis, petola, peria, dan terung. 'Sayur rajin' pula adalah sayur yang perlu disiang dengan teliti macam sawi, kailan, kangkung dan bayam. Sayur rajin ni pun tak boleh simpan lama-lama sebab nanti dia layu. Maka, kenalah rajin masak sayur ni. Kerana itulah aku bahagikan sayur mengikut kategori rajin dan malas. Suka hati je kan? Hahaha...

Semalam jugak baru nampak bayang nappa cabbage. Adoi, waktu malas nilah kau nak muncul kan? Dari minggu lepas cari nappa cabbage ni sebab ingat nak buat kimchi tapi tak ada. Sudahnya tak beli pun sebab dah tahu minggu ni tak cukup rajin nak duduk dapur lama-lama. Minggu depanlah nampaknya. Hari Ahad lepas berjaya memasak rendang daging dan pulut kuning. Siap rebus nasi impit lagi. Alang-alang ada rendang kan? Lagipun nak habiskan kuah kacang punjungan raya tempoh hari yang diawet dalam tempat sejuk-beku. Bagi lapang sikit peti sejuk tu.

Minggu sebelumnya merajinkan diri masak lasagna sebab bahan-bahan masak untuk jamuan raya minggu sebelumnya ada lagi sikit. Teringin nak masak lasagna jugak? Meh ikut resepi ni..

Lasagna Daging

Bahan-bahan:

1 kotak lasagna (Ikut cara masak yang ditulis di bungkusan.Kalau jenama San Remo, tak perlu dimasak dulu)
Keju (cheddar, mozarella, parmesan)

Sos daging
400gm daging kisar
1 batang lobak merah (saiz sederhana)
1 biji lada benggala hijau (kecil..kalau besar, guna separuh je)
1 labu bawang besar
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
4 sudu besar pati tomato
1 camca serbu lada hitam
Sedikit Italian Herbs (kalau tak ada, boleh guna oregano atau mixed herbs)
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
1. Potong dadu semua sayur dan bawang.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan lada benggala dan lobak dan gaul kejap.
4. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga air daging kering.
5. Kemudian masukkan tomato diikuti pati tomato dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan bahan-bahan perasa. Kacau dan biarkan seketika sebelum diangkat.


Sos Putih (Bechamel Sauce)
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
*1 kiub pati ayam
*sedikit serbuk oregano
*sedikit serbuk lada hitam


Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega dengan api sederhana.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sampai dia tak berketul. Kacau guna whisker adalah senang ye!
3. Dah sebati, masukkan susu dan kacau tanpa henti sambil masukkan kiub pati ayam, oregano dan lada hitam. Yang bertanda * tu sebenarnya saja ditambah. Kalau bahan asas untuk sos bechamel, hanya 3 bahan di atas tu ye.
4. Kacau lagi dan lagi sampai sengal pekat. Kalau tak pekat-pekat jugak, tambah lagi tepung sampai dia pekat macam sup cendawan Campbell dalam tin tu. Tapi jangan la letak tepung tu sekali banyak, letak sikit-sikit.
5. Bila dah pekat, matikan api.

Cara melapis:
Aku tak berapa ingat sangat nak mula lapisan dengan yang mana satu. Dekat kotak lasagna tu dia ada tulis resepi jugak, boleh rujuk kat situ. Tapi aku mulakan dengan sos putih. Letak satu lapisan nipis sos putih diikuti dengan kepingan lasagna; diikuti dengan sos daging; diikuti dengan sos putih dan begitulah seterusnya. Sepatutnya, sekotak lasagna tu habis digunakan untuk satu resepi ni. Tapi kalau tak berapa nak rajin untuk buat lapisan nipis-nipis, mungkin hanya guna separuh je daripada kuantiti dalam kotak tu. Lapisan teratas adalah sos daging dan ditutupi dengan taburan keju cheddar, mozarella atau parmesan. Untuk rasa yang sedap, taruk tiga-tiga jenis keju tu sekali. Barulah tambah berat badan! Kehkehkeh.. Dah siap, bakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah celcius atau hingga masak.

*Gambar kemudian ye.. Tuan Tanah tak cukup rajin lagi nak pindahkan gambar ke dalam laptop.

Monday, 10 October 2011

Hahahampeh!

Minggu ini dijangkakan adalah minggu yang agak sibuk. Ehem... sibuklah sangat kan? Hahaha... Sebelum bercuti panjang, kenalah siapkan kerja mana-mana yang patut. Kena semak balik jadual pembelajaran dan tajuk-tajuk yang perlu dihabiskan untuk bulan ini. Jadual yang dibuat seawal semester dulu dah lari dek kerana aktiviti institut dan sebagainya. Itu tak kira lagi kelas yang terpaksa ditiadakan sebab budak-budaknya lesap! Lesap tanpa berita, hangin aku dibuatnya. Minggu lepas habis semua kelas aku marah. Habih, bagi tugasan tak buat, latihan tak hantar, dan ada juga yang hantar tapi rongak-rongak. Tak campur lagi yang masuk kelas lambat. Mau aku tak jadi Incredible Hulk? Terus tak berani mereka buat loyar buruk sepanjang kelas. Ingat saya masuk buat muka tak garang, korang boleh main-main? Ulang modul nak?? Haih...

Akhir-akhir ni pulak, budak-budak yang kena ulang modul baru nak muncul tuntut tugasan bagai. Patutnya ulang modul kena masuk kelas, tapi banyak pulak cekadak diorang tak nak masuk kelas. Jadual bertindih la, tak ada dalam institut la. Dah aku yang nak kena fikir macam mana nak peruntukkan masa untuk diorang ni. Dah tetapkan masa untuk jumpa, diorang pulak tak datang. Eh, yang nak belajar ni aku ke diorang? Aku ke, atau diorang yang kena masuk dewan jawab periksa? Keliru aku dibuatnya. Gagalkan nanti, bos aku yang kena jawab dengan bos besar pulak. Jadi sekarang ni, aku ikut je nasihat En. Saiful yang dah pening jugak dengan budak-budak ni untuk buat apa yang kita perlu buat. Selebihnya, biarlah mereka dan keluarga mereka yang fikir. Nota untuk pelajar ulang modul semester 2 dah siap. Cuma nak lengkapkan nota untuk semester 1 punya. Tugasan pun tak bertanda lagi ni. Markah tak masuk dalam SPC lagi.

InsyaAllah Jumaat ni akan mula bercuti untuk majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada Sabtu pagi. Sabtu sudah, dah selamat ambil jubah. Ye ye je cakap dengan Abah nak pergi pagi buta sebab takut ramai orang. Akhirnya pukul 10 jugak baru gerak dari rumah. Hahahahampeh! Berat je kepala nak bangun. Itu pun mata bengkak. Tak tau kenapa. Nak kata tidur lambat, tak pulak. Bawak kereta pun kelam kabut je sebab nak kejar masa sampai sebelum pukul 12. Sampai sana pun dah dekat sangat nak pukul 12. Nasib baik dia tak tutup lagi untuk waktu rehat. Mengikut kata Kak Chik, orang ramai gila waktu nak ambik jubah ni. Aku pun blurr kejap depan pintu Dewan Senat tu. Eh, kenapa lengang sangat ni? Tutup ke? Dah terpinga-pinga kejap sorang-sorang depan pintu, aku pun masuk dalam Dewan Senat. Fuh! Nasib baik mereka tak tutup lagi. Prosesnya adalah mudah. Mula-mula semak nama dan tandatangan. Lepas tu serah 3 jenis borang iaitu slip pengesahan tak ada hutang, borang tracer study dan borang ambil jubah. Lepas tu ke kaunter seterusnya untuk ambil jubah dan kad jemputan. La, itu je ke? Ingatkan susah la sangat. Hehehe...

Keluar dari Dewan Senat, ada kaunter gambar konvo. Singgah la kejap tengok apa yang ada. Terkorban jugak RM50 di situ. Tak apalah, dah rezeki mereka kan. Jadi sekarang, cuma tunggu hari kejadian je. Semoga dipermudahkan semuanya.

Thursday, 6 October 2011

Secret Garden


Baru sudah menonton drama Korea bertajuk Secret Garden ni. Sebelum ni ada orang nak bagi, tapi tak sempat ambik. Cuma baru-baru ni, orang dari 'kepulauan' yang sama kat pejabat ni baru je 'sedut' cerita-cerita baru daripada kawan beliau. Hape lagi, proses 'salin dan tampal' pun berlaku. Hehehe...

Cerita ni adalah tentang Kim Joo Won yang merupakan seorang manusia yang bapak kaya. Dia uruskan pusat membeli-belah keluarga dia tapi datang kerja hanya 2 hari seminggu. Orang yang jadi Kim Joo Won ni adalah Hyun Bin, hero cerita My Lovely Sam Soon. Dalam Secret Garden ni dia dah kurus pulaknya. Macam biasa, walaupun hensem biasa-biasa, aku tetap jugak kata dia hensem. Hahaha... Dia ni kaya, tapi mulut tak ada insurans. Cakap dia semua lepas dan buat orang yang mendengar rasa nak tampo je. Nak dijadikan cerita, satu hari dia terjumpa heroin, Gil Ra Im yang merupakan seorang miskin dan bekerja sebagai pelakon aksi. Orang yang jadi heroin ni adalah Ha Ji Won, heroin dalam filem Love So Divine.

Hero ni dari mula lagi dah jatuh cinta kat heroin, cuma dia macam tak boleh terima hakikat yang heroin ni miskin sangat. Heroin ni pulak mula-mula macam menyampah kat hero sebab sikap hero yang sedikit berlagak dan mulut tak ada insurans tu. Heroin ni juga adalah peminat setia penyanyi Hallyu, Oska. Oska ni kebetulan adalah sepupu si hero. Jadi, cerita mereka pusing-pusing tang tu jugaklah. Satu hari waktu diorang ke Pulau Jeju, diorang terminum air jampi dan menyebabkan roh mereka berdua bertukar bila waktu hujan. Roh Kim Joo Won masuk dalam badan Gil Ra Im dan begitulah sebaliknya. Waktu bertukar ni banyak gak perkara melucukan berlaku.

 Ini heronya. Dah kurus nampak cengkung pulak mukanya.

Ini heroin. Dari dulu sampai sekarang muka tetap sama. Tak mengalami proses penuaankah?

 Ini Oska, sepupu hero. Perwatakannya jauh beza daripada hero. Dia nilah pelawak dalam drama ni.

Ini adalah cinta hati Oska. Eceh.. Mula-mula macam jahat, tapi lama-lama dia kawtim dengan Oska nak satukan hero dan heroin. 

Dari episod 1 sampai 16, tiada sangat perkara menyedihkan berlaku. Masuk episod 17, barulah air mata bergenang baik punya! Menangis sama banyak dengan pelakon. Kahkahkah... Sedih kot! Ada insiden tragis berlaku dan hero ni, kerana terlalu cinta dengan heroin, sanggup bertukar roh dengan heroin. Nasib baiklah akhirnya mereka berdua ni terselamat dan kahwin. Kalau tak, cerita ni jatuh dalam kategori tak best. Habih, dah bercinta bagai nak rak tapi akhirnya tak kahwin, apa kes? Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni. Para pelakon menunjukkan keserasian yang sangat baik. Mungkin kerana semuanya pelakon lama kot. Berlakon pun tak nampak kaku. Lokasi penggambaran pun cantik. Lagu-lagu dia pun sedap. Memang best ah cerita ni. Romantik, kelakar, sedih, mengarut, semua ada.

Cerita ni tak berapa menyakitkan hati sebab tak ada orang yang dengki nak dapatkan cinta hero atau heroin. Satu-satunya tentangan yang muncul adalah daripada mak hero. Selain tu, semua orang adalah baik hati dan tidak berhasad dengki secara keterlaluan macam drama lain. Eh, macam berbelit aje sinopsis aku ni. Kalau keliru, bolehlah tengok sendiri ye.

Monday, 3 October 2011

Hampir Selesai

Isnin kembali lagi selepas dua hari cuti. Macam banyak benda nak kena selesaikan, tapi tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti, urusan konvokesyen sudah kira selesai. Disebabkan Khamis lepas tak ada kelas, jadi minta kebenaran bos untuk ke BJ menguruskan perkara berkaitan konvo. Pagi-pagi buta dah gerak ke sana. Banyak pulak halangannya hari tu. Mula-mula, berlaku kesesakan lalu lintas bermula dari jambatan Pelabuhan Klang. Dekat setengah jam jugak la bertapa atas tu. Rupanya sesak sebab banjir kat depan nun, kat kawasan balai bomba lama. Sampai-sampai, terus aku ke Pejabat Kewangan ambik nombor. Dapat nombor 3030 dan nombor waktu ialah 3014. 15 orang lagi. Sementara menanti sampai giliran, aku ke Unit Peperiksaan, tuntut transkrip yang dah berbulan-bulan tersadai kat sana. Hehehe... Nasib baik dah siap dan tak ada sebarang masalah. Takut juga sangkut sebab waktu mohon transkrip tu, nama tak masuk dalam senat lagi. Main redah aje isi borang. Lepas tu masuk balik dalam Unit Kewangan. Tak lama kemudian, bekalan elektrik terputus. Ah, dan-dan nak dekat sampai nombor aku la kau nak mati kan letrik?

Lama juga termenung dalam tu sebelum staf Jana Niaga datang tengok apa yang terjadi. Ada fius terbakar ke hape entah. Staf kat kaunter tu cakap, mungkin lama lagi dan suruh datang balik lepas waktu rehat. Lepas waktu rehat, petang karang la kan? Aiseh, lamanya. Waktu tu nak dekat pukul 12 dan ramai juga yang ikut nasihat staf tu untuk datang balik petang karang. Aku pun hampir-hampir nak pergi dah. Dah sampai pintu, aku macam tergerak nak patah balik sebab macam dengar bunyi air-cond. Benarlah, bekalan elektrik telah kembali. Nasib baik patah balik, kalau tak membazir masalah aku. Yuran konvo selesai dan selamat duit haku RM200. Hanya tinggal ambik jubah je 8 haribulan ni.

Alhamdulillah, dapat juga merasa konvo. Disebabkan ini, hasrat untuk membeli telefon baru ditangguh lagi. Belanjawan lari untuk konvo nanti. Mana nak bayar sewa hotel, baju baru, taja baju untuk keluarga dan kasut baru. Sebab dah kerja, kenalah tanggung sendiri kan? Mungkin pelik sebab aku sewa hotel bagai padahal takdelah jauh sangat kan? Sebabnya, sesi aku adalah pagi. 7.30 pagi dah kena ada. Perjalanan dari Banting ke Kuala Selangor paling cepat pun 2 jam. Pukul berapa pulak nak bertolak dari rumah kan? 2 jam tu tak termasuk kekangan lain lagi. Maka baiklah tidur hotel. Jimat masa dan tenaga. Selain daripada itu, dah ada orang mintak bunga tulip dengan Pooh. InsyaAllah... Buat orang tu, saya nak sejambak ros dengan coklat. Anda wajib datang juga ye hari Ahad tu walaupun sesi anda adalah hari Sabtu. Hehehe... Siapa lagi ye yang akan konvo bersama? Geng-geng i Rakan rasanya ramai juga yang akan naik pentas sekali. Bolehlah bagi tau ye, kot-kot nak bunga jugak ke. Hehehe...