Engagement Fund ;)

Wednesday, 29 February 2012

Penjimat

Ini entri kedua yang tajuknya ada perkataan 'jimat'. Sebagai seorang pengguna produk Clinique, aku perlu bijak mengawal kadar penggunaannya. Ater, mahal kan? Jadi benda yang patutnya pakai untuk 6 bulan, aku pakai untuk setahun. Itu pun tak habis-habis. Jimatlah sangat kan? Malas sebenarnya. Hahaha...

Toner yang masih penuh berganding dengan toner yang 'hidup segan mati tak mahu'

Aku bukan tergolong dalam kategori orang yang rajin. Nak rajin tu, kadang-kadang jelah. Jadinya, pakai menda alah ni waktu pagi je walaupun sebenarnya kena pakai pagi dan malam. Waktu malam pakai hanya bila aku guna scrub sebabnya scrub akan mengeringkan kulit. Jadi untuk seimbangkan balik kadar kelembapan, kenalah rajinkan diri pakai menda alah ni. Belah kiri tu stok baru beli dua minggu lepas. Aku singgah beli siap-siap lepas balik dari rumah Na sebab katanya dapat special treat kalau beli barang dari sekian tarikh ke sekian tarikh. Tapiiii..... NAN HADO! Dia kata kena pergi Jusco Bukit Raja. Tak koser aku nak patah balik ke sana kan. Anggaplah itu bukan rezeki aku. Kikiki.. Pelembap dia ada lagi separuh. Tak taulah bila nak habis. Oh, harganya masih sama seperti setahun lalu iaitu RM 83 tunai...

Tuesday, 28 February 2012

Jiwa Kacau

Demi memastikan blog kesayangan sentiasa meriah, aku gigihkan diri menaip sesuatu. Nak buat blog senang, tapi nak kekalkan momentum penulisan pada blog memang susah. Di antara lima blog yang aku bina, hanya inilah saja yang kekal aktif. Hehehe...

Rasa macam banyak benda berlaku hari ini dan ada beberapa perkara yang berlaku membuatkan jiwaku kacau. Haihhhh... Dalam kehidupan ni, itulah yang wajib kita lalui. Orang tak akan pernah habis dengan soalan. Contoh paling senang adalah soalan mengenai perjalanan hidup. Waktu belajar, orang tanya bila nak grad. Habis belajar, orang tanya bila mula kerja. Bila dah kerja, orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak dapat anak. Bila dah lahir anak pertama, orang tanya lagi bila nak tambah anak. Soalan-soalan lain pun akan terus menyusul. Kadang-kadang kita tak perasan soalan ini sebenarnya perkara sensitif bagi sesetengah orang. Bukan orang tu tak fikir tentang masa depan dia. Bukannya dia tak rancang. Cuma masih belum diberi peluang untuk merealisasikan apa yang dirancang. Perlu ke terus bertanya?


Footnote: Don't worry, someday I'll know that I'm no longer needed. When the time comes, DO NOT ask why I leave.

Sunday, 26 February 2012

Jimat atau Kedekut?

Bila tengok arkib untuk bulan Februari, terus bermonolog; 'Weh, baru 5 entri? Yang duduk terperuk dalam draf tu nak letak tahun bila?' Hahaha... Ye, dalam draf memang ada beberapa entri tak siap tapi tak berapa nak  rajin siapkan. Mak sibuk noks! Masih nak sesuaikan diri dengan kehidupan baru. Gaya cakap macam baru kahwin je gamaknya. Bukanlah! Tak kahwin lagi. Cuma nak sesuaikan diri dengan kehidupan yang berubah bila saja mula bekerja kembali. Semester ni, jadual sudah berubah. Kalau sebelum ni kelas aku biasanya pada hari Rabu dan Khamis, kini kelas aku adalah pada hari Selasa dan Rabu. Maka kesesuaian waktu nak sediakan rancangan mengajar dan bahan-bahan pengajaran kena ubah juga. Hari Isnin kena pulun siapkan semuanya. Tapi biasanya bermula hari Khamis aku dah buat draf apa nak ajar untuk kelas seterusnya.

Memandangkan hanya aku seorang yang mengajar subjek ini, maka akulah juga kena sediakan semuanya. Jumlah pelajar untuk semester ni ada hampir 200 orang. Jadi bila nak sediakan tugasan, kenalah guna banyak kertas. Waktu nak isi borang minta barang daripada Pengarah tempoh hari, segan juga bila minta kertas A4 banyak-banyak. Sampai kena angkut dengan troli. Tapi kalau tak mintak, macam mana nak bagi tugasan kan? Jadi tiap kali bagi tugasan, aku akan pastikan kedua-dua belah muka kertas digunakan. Ini jimat namanya, bukan kedekut. Waktu nak fotostat tugasan pun jadi serba salah sebab dalam buku rekod fotostat tu, nama akulah yang selalu fotostat sampai beratus-ratus helai. Dah tu pulak, aku je yang rajin tulis rekod fotostat. Memang semedang nama aku jelah dalam buku tu.

Itu bab fotostat tugasan. Bab yang agak memeningkan adalah bila nak isi markah dalam sistem pemarkahan yang dipanggil SPC. Pulak tu, bermula sem ni, Pengajar bagi subjek berkenaan kena buat sendiri menatang SPC tu dari A sampai Z sendiri. Lagilah pening. Karang ada format yang lari, karang ada nama yang salah pulak. Nak tanya banyak kali pada Pegawai yang pakar pun jadi segan. Tapi, aku tebalkan je muka tanya sebab kalau tak siap kang dapat surat tunjuk sebab lagi macam sem lepas. Hehehe.. Setakat ni, tak ada masalah kronik lagi. Esok nak sambung isi SPC untuk kelas semester 1 pulak.

Bab yang paling mengharukan adalah bila tiba waktu menanda tugasan. Elok-elok aku cergas, terus jadi ngantuk. Elok-elok aku gembira, terus jadi tertekan. Hahaha... Sekarang aku faham kenapa pensyarah-pensyarah aku dulu kerap kali bagi peringatan tentang tugasan yang diberikan. Tugasan pulak, ada dua situasi. Situasi pertama adalah tugasan yang dibincangkan dalam kelas bersama-sama dan situasi kedua pula adalah tugasan yang diberi untuk dilengkapkan sendiri berpandukan nota. Mereka memang cari nahaslah kalau tak buat tugasan dengan bersungguh-sungguh dalam situasi pertama. Masalahnya, jawapan dah tulis dekat papan putih sebiji-sebiji. Puunnn, ada yang salah lagi. Geram kan? Sabar jelah...
Ini rupa meja aku waktu menanda tugasan..penuh dengan kertas merah jambu tu..

Cousin's Wedding

It's me and Cik Sepupu with the bride and groom...

The alluring and very delicious wedding cake..

Risiko atau Rezeki?

Siapa suka beli barang di kedai maya? Aku la tu...Macam biasa, sendiri tanya, sendiri jawab. Habih, sendiri tulis, sendiri baca kan. Hahaha... Okey, jujurnya aku memang sangat suka membeli barang online. Bukan apa, kadang-kadang harganya jauh lebih murah daripada apa yang terdapat di kedai biasa dan kadang-kadang barang yang nak dibeli tu tak ada di kedai atau susah ditemui. Jadi jalan paling mudah adalah membeli melalui kedai-kedai maya yang wujud dengan banyaknya. Bila aku fikir balik, bukan setakat baju je aku beli, malah pelbagai lagi barangan lain yang kalau difikirkan macam; 'Ei, gedik la budak ni. Itu pun nak beli online'. Hehehe...

Barang paling kerap yang aku beli tentulah dalam kategori pakaian. Blaus? Kain pasang? Jubah? Skirt? Tudung? Selendang? Semuanya pernah. Selain tu, aku pernah juga beli Tupperware, coklat, macaron, DVD, produk kecantikan dan beberapa barang lagi yang aku pun tak ingat dah. Memang banyak. Bagi yang tak biasa membeli-belah online, mungkin was-was dan takut dengan kemungkinan yang akan berlaku. Terus terang, cara ini memang berisiko. Satu, kita risau barang yang dipesan tak sampai. Dua, kita tak yakin bahawa barang yang kita dapat nanti adalah seperti yang dipamerkan. Tiga, kita risau penjual tak bagi baki bayaran. Yelah, kalau kita bayar melalui mesin ATM, dia tak terima wang kertas bernilai RM 1 atau RM 5. Jadi ini adalah antara risiko yang bakal dihadapi oleh pembeli. Satu perkara paling penting untuk berurusan tanpa bersua muka ini adalah KEPERCAYAAN. Bila kita percaya dengan penjual dan penjual percaya dengan pembeli, selalunya masalah tak akan timbul.

Sepanjang aku membeli-belah online, alhamdulillah tidak lagi berdepan dengan masalah barang tak sampai. Tapi pernah ada satu penjual ni tak pulangkan baki bayaran dan kerek pulak tu. Memang kirim salam jelah aku nak beli barang kat dia lagi. Ada juga penjual yang sudah mengepos barang walaupun bayaran belum dibuat. Itu menakutkan sebenarnya. Tapi selagi pembeli dan penjual saling mempercayai, masalah tak akan berlaku. Percaya tak kalau aku cakap kadang-kadang aku pasrah je dengan urusan yang dibuat macam; 'Kalau sampai, sampailah. Kalau tak, bukan rezeki akulah tu.' Hehehe.. Setakat ini tak terjadi lagi barang hilang ke apa. Cuma kebelakangan ini, rezeki aku murah bila membeli.

Kes 1: 
Selepas berbulan ditag dengan gambar jubah oleh seorang, aku buat keputusan untuk membelinya. Murah dan cantik jubah tu dan paling penting boleh pakai dengan tudung yang sedia ada. Maka rundingan dibuat dan bayaran dilakukan. Tiba-tiba aku mendapat panggilan yang dialognya kurang lebih begini;

Penjual: Farah, minta maaf sangat-sangat sebab dah terjual jubah yang Farah nak tu.
Aku: Ala, ye ke? Tapi hari tu confirm belum ada yang punya kan?
Penjual: Ye. Waktu confirm hari tu memang tak ada orang punya tapi saya lupa Farah dah book dan terjual pada orang lain.
Aku: Ala, corak jubah tu cantik. Macam mana ni?
Penjual: Tak apa, sekarang ni ada satu lagi jubah corak batik saiz sama baru sampai. Corak dia cantik juga. Nak tak?
Aku: Ermmmmmmm... corak batik jugak? Warna apa? Memang cantik ke? (ragu-ragu)
Penjual: Ha'ah. Corak batik. Warna maroon dan memang cantik.(biasalah nak promosi barang dia)
Aku: Okeylah kalau macam tu. Pasrah aje ni beli tanpa tengok rupa dia. Tapi tak ada free gift ke? (beranilah mintak free gift bagai sebab dia yang salah dan sebab dia adalah kawan sendiri..hehehe)
Penjual: Ok, jangan risau. Memang cantik dan selesa. Free gift? InsyaAllah ada. Nanti saya letak sekali dalam bungkusan.

Bila dapat bungkusan, aku pelik juga kenapalah berat sangat ni? Perlahan-lahan aku buka bungkusan tu dan terserlah dua helai jubah. Terkejut kejap sebab tak sangka pulak dapat sehelai lagi jubah percuma. Memang dah lama nak cari jubah yang coraknya tak sarat dan selesa dipakai untuk disarung waktu kecemasan di rumah dan alhamdulillah dapat percuma. Terus aku telefon dia ucap terima kasih. Gembira... Lepas ni tak perlu kelam kabut tukar baju kalau ada tetamu datang, terus aje sarung jubah tu.


Kes 2:
Waktu berjalan-jalan meneroka blog-blog jualan, tiba-tiba terjumpa satu blog yang menjual pashmina bercorak bunga-bunga. Bila ditengok warnanya, agak padan dengan sehelai jubah yang aku ada. Keputusan untuk membeli pashmina tersebut mengambil masa berbulan-bulan juga kerana aku fikirkan itu adalah kehendak, bukan keperluan. Tapi selepas ditimbang tolak darab dan bahagi, aku berkeputusan untuk membelinya dan kebetulan si penjual sedang mengadakan promosi. Bertambahlah berkobar-kobar aku nak beli. Maka pesanan dan bayaran pun dibuat. Mula-mula berbalas komen digambar yang terdapat dalam Facebook. Kemudian berbalas mesej dan akhirnya mengesahkan bayaran melalui email. Tapi si penjual seperti menyepi hinggalah aku sudah pasrah dengan bermonolog; 'Kalau sampai, sampailah. Kalau tak, bukan rezeki aku.' 

Namun pada satu hari, si penjual menelefonku dan memohon maaf atas kelewatan beliau memeriksa mesej pesanan yang ku buat. Bila si penjual dah memohon maaf dengan tulus ikhlas dan barangan yang dipesan segera dipos, tak perlulah nak marah kan? Maka aku tunggu ketibaan barang tersebut dengan sabar. Bila dapat satu bungkusan putih yang agak berat, aku pelik sekali lagi. Kenapa berat sangat walhal aku cuma pesan 2 helai pashmina? Kebetulan bungkusan itu terkoyak sedikit di bahagian bucu dan menyerlahkan warna pashmina yang sungguh berlainan daripada apa yang aku pesan. Memandangkan waktu tu aku di pejabat, tidaklah aku koyak bungkusan melainkan sabar hingga tiba dirumah. Bila bungkusan dibuka, rupanya pashmina yang berwarna lain itu diberi percuma tanda mohon maaf atas kelewatan. Alhamdulillah, rezeki lagi. Kebetulan sangat warnanya masuk dengan sehelai jubah yang aku ada.
Ini pashmina yang aku pesan..
Ini pashmina percuma..siap ada nota lagi..terima kasih kak..hehe..

Gitulah kisahnya.... Risiko tetap ada bila kita memutuskan untuk membeli secara online. Yang penting, kena pandai pilih kedai dan percaya dengan khidmat yang ditawarkan. Sekian saja karangan SPM untuk kali ini. Terima kasih kepada yang baca sampai habis. Aku pun tak perasan dia dah panjang macam ni. Jangan marah ha...hiks..

Monday, 20 February 2012

Sunyi...

Kabare? Hehehe... masuk je bulan Februari, blog aku pun terus sunyi. Bulan lepas punya entri bukan main banyak lagi walaupun tidaklah sebanyak orang yang kemaskini blog dia hari-hari. Kenapa sunyi? Sebab aku dah mula kerja balik. Alhamdulillah kontrak sambung lagi 3 bulan. Baru masuk kerja 1 Februari sudah dan  minggu ini adalah minggu ketiga bekerja. Eh, dah nak habis ke bulan Februari? Masih malas nak menulis. Nak merapu kejap.

  • Bila lebih dari 3 orang cakap aku nampak kurus dan aku rasa kain baju kurung pun dah longgar, memang aku dah kurus la kan?hahaha.. Bila dah kerja kena jaga makan balik sebab waktu makan adalah paling kurang tiga kali sehari paling banyak lima kali sehari. Mari mula mengayuh fit-and-fold strider semula!
  • Bila setia dengan kerja sedia ada dan individu yang menguruskan permohonan kerja aku tu asyik nampak nama aku, dari gelaran Cik sudah tukar kepada Puan (pulak???)
Salah satu surat tawaran terdahulu..

Surat tawaran terkini..
  • Bila aku dah tamatkan perkhidmatan broadband Celcom aku tu, maka redha sajalah dengan talian internet pejabat yang agak hazab tu sampai nak bukak kamus online pun tak dapat..sobsobsob..
  • Bila aku cuak dan gementar dari pagi, dan 'rama-rama berterbangan dengan gembira dalam perut', maknanya ada kelaslah tu! Dari dulu sampai sekarang sama je cuak bila ada kelas padahal bila dah mula mengajar, tak ada apa-apa yang pelik pun berlaku. Kelas untuk semester ini adalah pada hari Selasa dan Rabu. Tapi Selasa banyak cuti umum. Camano ni??
  • Bila perlu memandu kembali selepas kemalangan yang berlaku bulan lepas, aku perlu tabahkan hati walaupun cuak tahap gaban dan kerisauan bersarang dalam hati sepanjang  perjalanan pulang dari bengkel ke rumah tempoh hari. Alhamdulillah selamat tiba di rumah. Sekarang ni kalau nampak lampu brek kereta depan menyala dari jauh, aku dah tekan brek siap-siap walaupun masih ada sebatu untuk sampai di belakang kereta tersebut. Hahaha..
Rupa Mrs. Kanc selepas dibaiki..bahagian depan memang renyuk habis haritu.. Semua kerosakan terdahulu juga selamat dibaikpulih...

Sekian saja catatan pendek untuk diri sendiri. Terima kasih kalau ada yang baca...


Monday, 13 February 2012

Isnin yang Biru

Kenapa biru? Aku terjemah secara terus daripada yang asal. Pakai baju warna biru pun ye jugak. Biru la jadinya weh! Hujung minggu aku padat (la sangat...). Dari pagi sampai malam tak ada kat rumah sebabnya pergi hantar pengantin sepupu di KL nun. Balik dari memenuhkan perut dengan lauk kenduri, episod haru-biru pula bermula. Keluar masuk Cik Tan! Tak larat wei... Dah la hari pertama ABC, ditambah pulak dengan 'perjalanan ulang-alik' ke 'rumah' Cik Tan, lagilah letih. Boleh kata setiap satu jam terjaga dari tidur sebab perut memulas sampaikan aku buat teh o pekat memalam buta dengan harapan ia berkesan. Udahlah siangnya nak mengajar pulak, risau aku kalau muka toya dan tak larat. Sampai pagi ok, gejala tu berterusan. Jadi untuk sarapan aku makan roti bakar+madu dan secawan kopi Radix. Biasanya kalau perut tak selesa, kopi Radix menjadi ejen penyelamat. Harapnya kali ini berkesan. Alhamdulillah, sepanjang kelas sampai ke tengahari kesakitan reda. Perut tak memulas.

Habis kelas tu, ingat nak ke rumah Cik Esah sendiri. Tapi tetiba rasa tak yakin nak memandu sendiri ke KL nun. Jadi lepas habis kelas aku gatallah pi makan kat KFC sebab malas nak masak. Kat rumah pun tak ada orang kan. Sekali-sekala menikmati KFC bersendirian di meja paling ceruk, masyuk gak. Hahaha... Lama jugak aku berkampung kat KFC tu dan bila dah nak habis makan, perut aku memulas balik. Cepat-cepat aku habiskan makan dan terus balik rumah. Sebab masih trauma, perut memulas pun aku sabar je memandu dengan kelajuan tak lebih daripada 60km/j.

Sampai rumah sambung ulang-alik ke rumah Cik Tan. Rasa tak larat sangat. Penat dan lesu. Bila cirit-birit berlaku, badan kita akan kehilangan banyak air. Nak tidur pun tak boleh. Ngantuk dan penat tapi mata tak boleh lelap. Bila sampai pukul 4 pun masih ulang-alik, aku rasa nak ke klinik je. Sedih gak la sakit sorang-sorang kat rumah. Tapinya, macam malas nak keluar. Maka percubaan terakhir adalah aku buat air garam+limau nipis sebab teringat ada kakak kat pejabat tu pernah tunjuk ubat dari doktor waktu dia kena cirit-birit dulu yang sebenarnya mengandungi garam dan berperisa oren(sebagai penambah rasa) untuk memulihkan kembali zat-zat dan mineral yang hilang kerana cirit-birit (pengsan la aku kena gelak dengan doktor yang baca entri ni kerana teori syok sendiri aku..hahaha). Dengan lafaz bismillah dan tawakal, aku minum secawan.

Dengan kuasa Allah, cirit-birit itu pun berhenti. Alhamdulillah... Lega. Puncanya cirit-birit ni aku tak tahu. Mungkin makan macam-macam kot atau ada sesuatu tak kena dengan lauk kenduri atau Allah nak uji aku. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya aku ni walaupun makan macam-macam, perut tong ku itu masih cergas dan tidak bermasalah. Cuma kali ni dia meragam. Huarghh! Ngantuk... tak sabar nak tunggu jam pukul 5.

Thursday, 2 February 2012

Dah Jumpa!

Sebenarnya, dah hampir seminggu telefon aku yang N2610 tu hilang. Salah letak sebenarnya. Sangatlah hampeh! Bab-bab salah letak telefon atau diabaikan begitu saja ni berlaku bila cuti sem je dulu. Memang tak ambik tahu langsung telefon letak mana. Bila nak guna, baru kelam kabut cari. Yelah, waktu cuti siapa yang nak telefon atau SMS kan? Orang tak femes...hiks... Itu sebablah bila duduk rumah sebulan lepas aku pun ulang balik tabiat lama. Dah la tak femes, tak ada kredit pulak tu. Ehehehe...


Ok, sebenarnya aku baru jumpa balik N2610 tu. Rasa macam; oh, alhamdulillah jumpa balik! Walaupun telefon lama, tapi dia banyak berjasa.


# Cepat-cepatlah tukar 'status' MENYEPI telefon tu kepada BERBUNYI Cik Farah oi!


Published with Blogger-droid v2.0.4