Engagement Fund ;)

Saturday, 31 March 2012

Semangat Ku Seru...

Hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan Mac. Macam biasa, kehendak nak kemaskini blog itu ada tapi tak sampai seru. Itu baru bab blog, belum masuk bab kehidupan sehari-hari. Antara benda yang patut aku buat hari-hari adalah memasak. Kalau duduk sendiri, aku rasa makan pun ikut suka hati je tapi sekarang ni duduk dengan keluarga. Ada Abah. Kadang-kadang, ada masanya semangat nak masak itu langsung tak muncul. Jadi akhirnya aku cuma tapau lauk atau singgah pasar saja. Bila buka blog orang lain, nampak menyelerakan saja masakan-masakan yang terhidang. Bila memikirkan peti sejuk penuh dengan pelbagai bahan mentah, mahu tak mahu kena juga seru semangat memasak ni.

Nak seru semangat, mula-mula kena lengkapkan bahan-bahan yang kehabisan di dapur tu. Kalau orang lain, bahan wajibnya sikit. Tapi bila kena kat aku, panjang berjela. Sekarang ni benda yang wajib ada boleh dibahagikan ikut kategori iaitu; rempah-ratus, bahan kering, bahan membuat kek. Ada satu hari tu, aku singgah The Store nak beli susu tepung sebab kehabisan. Niat asal nak beli susu je. Sekalik, habis juga dekat RM 50. Hampes sungguh! Salahkan diri sendiri yang gatal pergi pusing satu pasaraya. Hehehe... Cadangnya esok nak buat kek dan popia goreng. Bahan dah lengkap cuma aku rasa macam kena tambah je udang basah tu. Harap-harap cadangan tak tinggal cadangan semata-mata.


Ini menu rajin hujung minggu lepas; nasi beriani dan suku-sakatnya. Buat nasi beriani ni pun sebab nak habiskan timun yang dah lama berkampung dalam tempat sayur kat peti sejuk tu. Kurang sedap acar tu sebab timun dah tua dan jadi tak rangup walaupun dah rendam dalam air kapur. Ok, itu untuk bulan ini. Kalau nak resepi nasi beriani, boleh cari dalam Dapur Cinta atau tekan saja pada label resepi nasi di sebelah kanan blog ni.

Tuesday, 27 March 2012

Selamatlah Semuanya...

Salam Selasa. Walaupun dah berazam tak nak bukak laptop, tapi teringat pulak nak kena semak balik tugasan yang nak diberikan pada pelajar-pelajar esok. Terpaksalah juga bukak laptop. Bila dah bukak laptop, mulalah gatal nak bukak blog pulak. Hahahahampeh... Sebelum terlupa, mahu mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat adik-adik dan sahabat-sahabat di unisel. semoga dipermudahkan semuanya. Kepada yang dah tamat latihan industri atau pun bahasa popularnya; praktikal, selamat menempuh alam baru. Setiap sesuatu pengakhiran itu adalah merupakan permulaan yang baru.

Minggu ni agak sibuk sebab ada program Innovation and Creativity Exhibition. Program akan berjalan selama dua hari bermula hari ini. Itu yang poyo tulis status nak batal kelas kat Facebook. Hehehe... Tapi aku masuk juga kelas pagi tadi sebab aku bajet pagi-pagi tak ramai tetamu lagi. Bila habis kelas pukul 9.30, dah ada beberapa institut yang sampai. Udahlah kena jaga bahagian jemputan dan sambutan, patutnya aku kena adalah tercongok kat kaunter pendaftaran tu. Apa pun terima kasih kepada pelajar-pelajar yang tolong jaga kaunter sepanjang hari ni. Maka kelas pukul 11.30 aku batalkan terus sebab AJK tak cukup.

Tapinya, budak-budak semester 2 dah pakat bagi soalan cepucemas waktu ramai-ramai berkerumun kat kaunter pendaftaran tadi iaitu; "Cik, esok ada kelas tak?" Ah, mereka memang suka kalau tak ada kelas. Lama aku fikir dan akhirnya aku jawab; "Tunggu saya maklum esok pagi." Maka mereka pun tersengih-sengih mendengar jawapan aku. Sengih mengharapkan tak ada kelaslah tu! Macam aku tak tahu. Kalau aku tak masuk kelas esok pun, aku tetap nak bagi tugasan suruh mereka siapkan. Patutnya nak buat ujian minggu ni tapi tak dapeklah. Setakat nak batal kelas dan kemudian mereka merayap dalam dewan tengok pameran, aku rasa dah 8 kali kot diorang pusing dalam dewan tu hari ini sebab asal aku masuk je dalam dewan muka diorang yang aku nampak. Jadi, silalah duduk dalam kelas masing-masing dan siapkan tugasan ye. Jangan putus asa macam dinosaur kat bawah ni. Kehkehkehkeh...


Minggu depan dah cuti semester. Waktu nak bagi tahu bila cuti semester pun diorang main-main. Dalam takwim asal, patutnya minggu ni cuti tapi aku tak tahu dah ditunda ke minggu depan. Jadi bila aku tanya dalam kelas, mereka pun cakap cuti bermula 1 April. Sekalik, bila aku dah tulis dalam planner, ada beberapa orang cakap; "APRIL FOOL..."Wah-wah, main-main kamu ye. Nasib baik memang betul cuti mula 1 April. Jadi, selamatlah bercuti dan selamatlah menyiapkan tugasan yang bakal diberikan. Dan, selamatlah menanda tugasan anak-anak murid yang bertimbun atas meja tu ye Cik Farah.

Nota: Alhamdulillah kontrak dilanjutkan hingga tamat semester ini. Sempatlah aku selesaikan apa yang telah kumulakan.

Sunday, 25 March 2012

Murtabak Mee Segera

Okey, macam biasa buat syarat nak bagi penuh kuota entri tiap bulan, kena kemaskini juga blog kesayangan dengan entri yang bermanfaat pada aku saja atau pada orang yang termasuk dalam blog ni kerana menaip sesuatu carian pada Pakcik Google. Mari berkongsi resepi lagi. Kekdahnya, petang tadi lepas balik dari ngajar tuisyen aku gedik la buka tonton.com dan gedik la nonton episod JJCM yang sudah-sudah. Sekali dia tunjuk murtabak mee segera daaa. 10 hengget untuk satu hidangan. APAAAA?? Ah, ko tinggal masuk kedai, tengok menu, pesan menda alah tu, makan dan bayar je. Tak payah berpanas kat dapur, tak payah nak cuci kuali dan pinggan pun. Nak bising lagi? Hahaha... Tapi untuk aku yang rasa macam senang gila nak buat menda alah tu, macam tak munasabah pulak.

Sebenarnya aku dapat resepi ni daripada Cik Umie waktu subjek Ms. Kim semasa di tahun asas dulu. Aku tak ingat kami diberi tugasan apa tapi kami kena tunjukkan sesuatu langkah demi langkah. Maka kumpulan kami pun masaklah menda alah ni dalam kelas tu. Memang dapat sambutan ramai la kan sebab satu; dia adalah makanan dan dua; dia adalah percuma. Waktu tu kami panggil menda alah ni Pizza Maggi. Mana-mana pun bolehlah. Resepinya adalah sangat-sangat senang. Mari tengok apa yang diperlukan...

gambar ambik dari FB ku..malas nak edit gambar dari kamera

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 paket mee segera (perisa kari/tomyam - perisa lain aku tak pernah cuba lagi)
1/2 labu bawang besar
3 biji cili padi (ikut suka nak pedas atau tak)
Sedikit lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Bahan sampingan sesuka hati:
Daun bawang
Lobak merah
Serbuk oregano
Sosej
Udang atau sotong - dicelur sebentar
Ayam atau daging - dimasak terlebih dulu

Cara memasak:
1. Rebus mee segera hingga lembut dan toskan airnya. Gaul dengan perencah mee segera hingga sebati.
2. Hiriskan bawang dan cili.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan bahan-bahan hirisan serta sedikit lada hitam. Gaul rata. Kalau ada bahan sampingan yang tersenarai di atas, boleh la masukkan sekali waktu ni.
4. Tuangkan sebatian telur kedalam sebatian mee. Gaulkan rata hingga telur bersalut pada mee.
5. Panaskan minyak. Masukkan mee yang bersalut telur ke dalam kuali dan perkemaskan bentuknya. Yelah, waktu tuang tu kot-kot dia senget ke kan.
6. Masak dengan api perlahan. Bila dah kekuningan, boleh balikkan. Ala, macam goreng telur dadar la. Kalau nak bagi dia cepat masak, boleh tutupkan kuali dengan penutup.
7. Bila dah masak, bolehlah angkat dan hidangkan dengan sos cili.

Benda alah nilah yang jadi santapan aku dengan teman serumah malam-malam buta waktu di U dulu. Sepekat tak cukup weh. Berpaket-paket aku buat tapi tak risau gemuk pun sebab waktu tu rumah tingkat 4. Hari-hari turun naik tangga tak terkira berapa kali. Boleh bakar balik kalori yang ditelan. Sekarang? Makan sepotong cukuplah.

Thursday, 22 March 2012

Hilang Pulak Dah...

Sementelah ada sedikit kelapangan hari ini, maka aku mahu selesaikan menanda dan memasukkan markah ke dalam SPC. Tapi....TAPI, ada tugasan yang hilang. Huwaa....camane ni? Habis aku punggah semua kertas yan ada kat workstation aku ni. Manalah aku letak ni? Selepas puas risau dan berfikir, aku syak aku tercampur tugasan tu dengan tugasan lain yang sudah dikembalikan kepada mereka semalam. Haih...lain kali jangan tak datang kelas saya. Bila tak datang, kena buat asing. Bila buat asing, maka aku pun letak kertas mereka asing. Bila letak asing, mulalah tercampur dengan kertas-kertas lain. Haaaiiiihhh!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 19 March 2012

Kias Fansuri

Okey, tajuk tak ada kena mengena dengan ini cerita. Saja nak letak tajuk sedap. Nampak macam gembira aje Tuan Tanah ni kan asyiklah kemaskini blog picisan dia. Hakikatnya, siapa yang tahu? Siapa tak pernah berkias-kias pada status laman sosial dia? Angkat jari! Aku yakin, semua orang pernah berkias termasuklah AKU.

Kenapa berkias? Sebab tak nak aibkan sesiapa. Kalau tak nak aibkan orang, kenapa masih nak letak status kiasan tu? Sebab aku manusia yang diciptakan dengan emosi. Iye, itu rahsia. Memang, itu untuk perkongsian aku dan kau. Tapi, bila terasa berat nak tanggung, aku akan luahkan juga. Kerana ia rahsia, maka aku berkias. Tak ada niat nak aibkan sesiapa. Kenapa aku ambil masa terlalu lama? Ketahuilah bahawa aku tiada kata-kata yang paling sesuai untuk diungkapkan atas madah yang kau luahkan. Sungguh, sampai saat ini pun aku tiada jawapan terbaik. Maafkan aku.

Bila aku katakan; "Aku faham perasaan kau. Kita masih ada peluang nak betulkan keadaan" sebenarnya aku tak akan pernah merasai apa yang kau rasa kerana aku tidak pernah berada di situasi itu. Tapi, ketahuilah bahawa aku cuba memahami apa yang kau lalui. Adakah kawan itu semasa senang saja? Semasa bergelak ketawa kita sama-sama. Bila duka datang, kita masing-masing membawa haluan sendiri. Mungkin sebaris perkataan yang berbunyi 'MAAF' pun sudah tiada ertinya lagi. Mungkin cara aku salah kot. Mungkin juga aku tak fikir panjang atau mungkin juga aku ambil masa terlalu lama. Kalau kau masih mahu berkongsi rahsia itu, aku ada di sini. Sedia membantu dan kali ini aku bersedia. Cukup bersedia. Bersedia untuk digapai juga bersedia untuk dilukakan. Menyerah dan putus asa bukan penyelesaian, tapi kekuatan dan kesabaran itulah kunci untuk merungkai kekusutan.

Sumber gambar: Di sini

Kenapa Beg Saya Besar?

Ada beberapa orang di sekeliling saya bertanya; kenapa perempuan suka bawa beg tangan besar-besar? Ok, selaku seorang cikgu, memang aku memerlukan beg yang besar. Bila tiba waktu kelas, senang aku sumbat semua harta dalam tu. Arwah mak dulu pun cakap senang ada beg tangan besar ni. Boleh masuk macam-macam. Mungkin itu juga salah satu faktor aku guna beg besar. Paling penting, senang. Sumbat segala benda yang ada. Benda yang wajib ada dalam beg besar aku adalah;
1. Dompet.
2. N6085
3. Pokcik Arba
4. Buku nota kecil
5. Tisu
6. Pen (hitam dan merah)
7. Roti kering
8. Cermin mata (untuk kegunaan waktu memandu)
9. Beg kecil berisi mekap
10. Kunci rumah
11. Buku derma darah (senang nak cari dan kalau tiba-tiba nak derma darah, senang)
12. Reader's Digest

Itulah dia barang-barang yang mesti ada. Telefon je dah dua bijik. Mana tak besar beg tu? Hahaha...Reader's Digest adalah paling penting sebab aku kan selalu pergi mana-mana sorang-sorang. Jadi sementara nak tunggu untuk berurusan, boleh bunuh kebosanan dengan membaca. Bila nak ke kelas, isi beg akan bertambah apabila aku sumbat bekas pensel dan pen marker. Tapi...ada tapinya. Beg besar tak semestinya banyak duit dalam tu. Hehehe... Oh, kebelakangan ni barangan bertambah apabila aku terpaksa sumbat sekali losyen dalam tu. Ni semua gara-gara Mesin Pengimbas Jari kat pejabat tu selalu tak dapat cam jari aku. Maka sebelum nak imbas jari, aku kena pakai losyen dulu baru dia boleh imbas. Heh, tak pasal-pasal tau....!
aku dan beg besar ku

Sunday, 18 March 2012

Mee Hailam

Sebenarnya dah lama dah masak mee ni. Tapi malas nak tepek kat sini. Sebab tengah terlebih rajin menulis, maka aku tepek jugalah. Mula-mula aku ingat susah sangat nak buat mee hailam ni. Tapi bila tengok pada resepi, tak adalah susah mana pun. Yelah, selalu masak mee goreng je. Sekali-sekala nak juga mee tu dimasak lain. Mee hailam adalah berkuah dan perlu terus dimakan selepas dimasak. Kalau tak, kuahnya akan diserap oleh mee dan tak jadi mee hailam dah. Meh tengok resepinya yang sudah diubah suai daripada sumber asal...


Sumber Rujukan: Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
500gm mee kuning
*Udang
*Sotong
Kobis (ikut suka nak banyak mana)
1 biji tomato (didadu)
Lobak merah (dihiris memanjang)
Cili api (ikut kepedasan dan diketuk)
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besa sos ikan
2 cawan air rebusan daging (guna air pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung
5 ulas bawang putih (diketuk)
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau diikuti dengan lada hitam.
2. Masukkan udang dan sotong. Gaul seketika dan masukkan lobak merah. Agak-agak lobak dah lembut sikit, masukkan kobis.
3. Masukkan kesemua sos dan kicap pekat. Kacau rata kemudian masukkan tomato.
4. Masukkan cili padi yang telah diketuk dan air rebusan daging. Biar hingga mendidih.
5. Bancuh tepung jagung dengan dua sudu besar air dan masukkan ke dalam kuah.
6. Akhir sekali, masukkan mee kuning dan gaul hingga kuah sedikit meresap ke dalam mee.
7. Padamkan api dan hidangkan dengan daun bawang, cili potong dan bawang goreng. Kalau adalah ek.

*Sotong dan udang tu aku beli yang dalam pinggan kat pasar. Tak tau berapa berat dia tapi aku guna sepinggan udang dan sotong. Bagi yang takut gatal, sebelum masak sotong dan udang bersama bahan lain, celur sekejap dengan air panas.

Senang je nak buat mee hailam ni. Asyik makan mee goreng je, sekali-sekala cuba buat mee hailam. Bahan-bahan diubah suai mengikut stok bahan yang ada dirumah dan cara memasak pula mengikut suka hati Tuan Tanah. Hehehe... Kalau nak ikut resepi asal Chef Hanieliza dipersilakan.

Saturday, 17 March 2012

First Month's Pay..

The story begins few days after February came. I received a call from an unknown number in a mid-day. I was busy choosing dishes for my lunch at that time and answered the call anxiously, thinking who the caller might be and what he wanted from me. Bla..bla..bla..sok..sek..sok..sek.. The caller is someone I knew and he offered me a part time job. I didn't give my decision right away but I asked for some time to think about the offer. Deep inside my heart, I REALLY WANT that job but I doubt my capability. When I got back to the office, I text my best buddy to ask her opinion and she told me to accept the offer. So, this is what I get for the first month. Alhamdulillah...
Jumlah dirahsiakan...hehe

I decided to spend some of the money on something that I craved for a long time......
























.............


























..............
































..............
































.................


















TARAAAAAAAA....









 Selepas kecewa dan berasa tertipu dengan produk daripada satu-satunya warung piza yang ada di Banting, aku memutuskan mahu ke warung Papa John's di AEON Bukit Tinggi. Hiks..

 Pizza Pocket: Chicken & Mushroom

 Super Papa's 12"

Chicken Cordon Bleu 12" (Newest product from them)


*All in all, I love pizza from this vendor the most even though people around me said that Domino's is the best. Due to my greed, we ate these pizza for two days. When you're offered to buy large portion of food with a cheaper price, you'll definitely take the offer without any fuss just like me. Cheapskate huh? Hahaha... 16 slices of two BIG pizzas eaten by four people? Of course it takes time to finish them all. Oh, they came with pickled jalapeno, delicious garlic butter dip and bolognese sauce (I think..). Yummeehh!

Thursday, 15 March 2012

Apa Sajalah Si Tikus Ni...


Cerita ini aku peroleh Isnin lepas waktu perhimpunan bulanan pelajar. Cerita yang dikongsikan oleh En. Ammar sebelum mengakhiri ucapan beliau. Menarik cerita ni. Tapi bila aku tulis balik, aku guna gaya bahasa cerita Sang Kancil dengan Buaya. Tajuk dia pun sesuka hati aku je nak bagi cenggitu. Hehehe.. Teruskan membaca ye kawan-kawan.

Pada zaman purbakala, di sebuah hutan tebal, terdapat komuniti haiwan yang hidup dengan harmoni. Dalam komuniti tersebut, ada seekor tikus cerewet yang sentiasa dikejar oleh kucing. Pada suatu hari, dia memohon pada tuhan untuk bertukar menjadi kucing supaya tidak lagi menjadi mangsa. Permintaan si tikus tadi pun ditunaikan. Maka, bergembiralah dia dengan identiti baru.
Source: Here 

Namun, apabila si tikus telah menjadi kucing, dia masih lagi menjadi mangsa apabila sentiasa diburu oleh si anjing. Dia masih tetap perlu melarikan diri daripada diburu hinggalah pada suatu hari dia berasa letih dan bosan menjadi mangsa. Maka, dia pun memohon lagi pada tuhan untuk ditukarkan menjadi anjing pula untuk mengelakkan daripada diburu. Permintaan si tikus yang beridentiti kucing tadi pun ditunaikan. Bertukarlah dia kepada anjing pula dan tidak perlu risau lagi untuk melarikan diri daripada anjing.

Source: Here 

Apabila sudah menjadi anjing, si tikus fikir dia terselamat daripada buruan pemangsa. Malangnya dia silap. Dia masih lagi menjadi mangsa apabila singa sentiasa saja mengejarnya. Bila dia sudah penat melarikan diri, dia membuat permintaan untuk bertukar bagi kali ketiga kepada tuhan. "Wahai Tuhan, Kau tukarkanlah aku menjadi singa pula kerana walaupun aku tidak diburu oleh kucing dan anjing, tetapi aku masih lagi menjadi buruan haiwan lain." Si tikus berupa anjing tadi meminta dengan bersungguh-sungguh. Apa pula jawapan Tuhan kepada permintaan si tikus tadi?
"Hai tikus, kau sudah pun membuat dua permintaan sebelum ini dan aku tunaikan permintaan kau dengan senang hati. Namun, aku tidak akan memenuhi permintaan kau untuk kali ini kerana walaupun identiti kau bertukar menjadi gah, kau tetap memiliki hati seekor tikus. Biarpun aku menukarkan kau menjadi ciptaan paling hebat sekalipun, kalau kau tidak mengubah pendirian dan menjadi berani, kau tetap juga hidup dalam ketakutan." Akhirnya, si tikus tadi pun kekal menjadi anjing.
Source: Here

Pengajaran daripada cerita ini adalah, sehebat mana pun rupa dan penampilan kita, kalau kita sentiasa ragu-ragu dan tidak berani mengambil risiko, kita tetap juga berada di takuk lama. Renung-renungkan dan selamat berfikir. Oh, gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata. Ada berani ke nak ambik pesanan daripada Tuan Singa? Kahkahkah...

Hanya 60 sen

Beberapa hari lepas waktu aku serahkan surat-surat jemputan untuk Program ICE 12' kepada Firdaus, beliau mengatakan bahawa setem tidak mencukupi. Aiseh, tak cukup la pulak. Maka aku memutuskan supaya dulukan jemputan-jemputan yang penting macam sekolah, ILJTM dan IPT. Kemudian beliau berkata; "Kalau tampal setem mahal, dia hantar cepat kot. Tapi nilai standard 60sen." Aku pun macam terkejut dan bertanya kembali; "Eh? Ye ke? Guna setem mahal lagi cepat sampai?" Dia pun balas balik; "Saya agak je. Tapi guna setem 60 sen pun dah boleh sampai. Macam yang iklan tupai kat TV tu." Lagi sekali aku terkejut sebab macam tak pernah tengok je iklan tupai tu. Aku tau nilai setem standard 60 sen pun waktu nak pos kad hari lahir kepada seorang teman dulu. Dia tampal poster besar-besar dalam Pejabat Pos. "Oh, ada ek? Akak tak pernah pulak tengok." Terus si Firdaus tu terangkan macam mana iklan tu. Hahaha... Kesian kat aku, tak tahu pun Pos Malaysia ada buat iklan pasal tupai. Akhir sekali Firdaus cakap; "Ala, akak cari kat Youtube. Mesti ada punya." Sahih! Memang ada pun. Nah, sesiapa yang tak pernah tonton lagi iklan ni, mari menjakun bersama Tuan Tanah. Kehkehkeh... 
Sumber Video: Youtube

Tak pasal-pasal

Selepas menanti dengan sekian lama, akhirnya semalam petang duit dalam akaun gaji bertambah. Oh, tertekan rasanya bila tak berduit. Bukan la maksud tak ada duit langsung. Tapi yelah, bila tak ada wang sokongan, rasa serabut je. Nak pergi makan kat Saha tiga kali lagi pun lepas sebenarnya. Hahaha... Dah dapat gaji, jangan nak suka sangat. Kena isi balik duit tabung yang dah kena korek dek kerana membayar kos kerosakan kereta akibat kemalangan dan kos ganti rugi. Ralat betul bila terpaksa guna duit tabung tu. Tak sempat penuh, dah kena korek. Haih... Tak pasal-pasal tau! Lepas ni kena berjimat. Jangan asyik nak beli baju ke kerjanya. Oppss! Hehehe.. Tapi tak adalah sampai macam kartun kat bawah ni. Ini bukan jimat lagi dah, kedekut namanya ni.
Source: Here

Macam banyak aje kerja tak selesai lagi. Bila tengah buat kerja yang ini, teringat kerja yang itu. Tapi kalau pergi buat kerja yang itu, kerja yang ini tak siap pulak. Ini pun berhutang jawapan melalui SMS dengan dua orang sahabat lagi ni. Serius, tak boleh nak fikir dengan otak serabut-serabut ni. Buat sesuatu tu, biarlah sepenuh hati, bukan sekadar melepas batuk ditangga kan? Nak balas SMS pun macam tu juga lagi-lagi bila perkara itu adalah perkara yang serius. Kena fikir dan kaji pro dan kontra sebelum keluarkan pendapat atau fakta.

Kalau cerita pasal perasaan, memang sampai mati pun tak selesai. Sekejap kita rasa begini, sekejap nanti rasa begitu pulak. Cuma kena pandai kawallah kan. Bagi sesetengah perkara, memang tak dapat nak elak daripada dilanda rasa. Tak pasal-pasal aku pun sekali terheret sama. Tak apa, selagi boleh dibantu, aku akan bantu sedaya upaya. Keputusan akhir, terpulang pada empunya badan. Eh, apa aku merepek ni? Ok, abaikan. Hanya aku, dia, dia, dia, dan dia yang tahu perkara ni.

Hari Isnin lepas, dapat panggilan daripada Astino - kedai telefon yang aku beli Pokcik Arba tu. Dia kata, Pokcik Arba dah ok. Boleh ambik dah tanpa perlu sebarang bayaran. Nasib baik dia semput waktu dalam jaminan belian. Kusss semangat aku bila dia semput hari tu! Pengajaran: jangan nak terlebih bijak sangat dalam menggunapakai 'telefon pintar' tu. Padahnya, tak sampai 3 bulan lagi pun dan tak sempat pun aku nak kenalkan Pokcik Arba kat sini, dah semput. Takpe, lepas ni aku gebang pasal Pokcik Arba. Yang sengalnya, aku terus format dia sebelum hantar ke Astino sebabnya bahaya kalau-kalau dia tak jujur dan guna pakai maklumat yang ada dalam tu. Dah kata 'telefon pintar', jadi dia pun bijak la suruh kita daftar akaun email dalam tu untuk guna aplikasi pintar yang ada. Tak pasal-pasal Papago aku sekali hilang. Daahhhh, nak kena pergi kedai balik untuk masukkan GPS tu.

Ada orang kata, telefon keluaran syarikat Pakcik Sam tak bagus. Ada aku kesah? Yang penting Korea. Hahaha... Apa kaitan Korea dengan Pokcik Arba? Nanti aku cerita kemudian. Ala, beli benda ni kadang nasib-nasib. Ada benda yang kita beli tahan lama sangat sampai tak lalu dah nak tengok benda tu. Tunggu nak beli baru tapi tak rosak-rosak. Ada pulak benda yang kita baruuuu je beli tapi banyak ragamnya. Asyiklah semput sampai kita pun cemuih nak tengok dia. Harapnya Pokcik Arba tak semput dah la lepas ni ek. Lama woo aku menabung nak beli mende alah ni. Hehehe... Bila membebel, bukan main panjang lagi. Tapi bila suruh cakap di khalayak ramai, bukan main ketaq lagi. Hikss..

Saturday, 10 March 2012

Kerja dan Kerja...

Ringkasan kerja bagi seminggu yang lalu. Oh, sebelum terlupa, peringatan untuk diri sendiri; kelas pada hari Ahad ini bermula jam 8.30 pagi. Mula jam 8.30 pagi. Sila bangun awal. Terima kasih pada Kak Alimah yang akan bagi peringatan tentang kelas pada setiap minggu. Cuma kelmarin waktu dia telefon aku ada dalam kelas dan bila nak telefon beliau semula, bateri sudah kong. Keesokan harinya lupa nak telefon beliau hinggalah beliau telefon selepas maghrib. Ampun! Dalam kelas memang aku letak telefon dalam keadaan 'senyap' sebab tak nak mengganggu kelas atau kadang-kadang tak bawa telefon pun.
Source: Here

Sekarang, sedang sakit tekak dan selesema sebenarnya. Sudah agak lama tak kena penyakit ni dan tanda-tandanya muncul sejak dari hari Rabu lagi. Macam biasa, hari Selasa ada kelas dengan semester 1. Minggu ni kelas penuh dari pagi sampai tengah hari sebab ambil alih kelas Kak Dayah. Dia ada mesyuarat maka kenalah ganti. Nasib baik bahan mengajar ada. Kalau tak kelam kabut juga. Hari Rabu kelas dengan semester 2 pulak. Kelas pagi tu macam ok lagi. Bila tiba kelas petang rasa macam dah tak boleh nak cakap. Pulak tu, kelas petang diadakan di Bilik Seminar yang luas. Lagilah suara kena kuat berbanding di Bilik Kuliah bengkel. Tapi aku tahan je sampailah malam semalam tekak rasa pedih gila dan pagi tadi (pagi Jumaat) bangun pagi-pagi tekak sangat sakit dan hidung tersumbat. Srottt..srooottt.. Berair hidungku...

Minggu ni sudah mula kerja-kerja untuk ICE 12' yang bakal berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini. ICE adalah singkatan kepada Innovation and Creativity Exhibition atau dalam bahasa Melayunya Pameran Inovasi dan Kreativiti yang mengetengahkan projek-projek tahun akhir pelajar-pelajar diploma. Tahun ni kena jadi AJK Sambutan macam tahun lepas jugak. Jadi kenalah uruskan surat-menyurat untuk jemputan pada hari kejadian nanti. Patutnya minggu ni dah kena pos surat-surat tu tapi posternya tak siap lagi. Terima kasih kepada Kak Dayah yang dah banyak siapkan surat-surat berkaitan dan aku cuma tinggal fotostat dan susun ikut penerima. Kerja tahun ni kira senang la sebab cuma ambik tahun lepas punya bahan dan tukar tarikh dan nombor rujukan. Surat tahun lepas tu, aku yang karang sebenarnya. Nak jugak cakap... Ambiklah. Ehehehe... Dah kerja kita, maka saya yang menurut perintah. Surat-surat dan lampiran yang berkaitan dah siap hari Khamis. Petang tadi baru dapat poster yang nak dilampirkan sekali. Maka, aku siapkan jugak mana yang dah ada. Hari Isnin nanti tinggal serah pada Pembantu Pejabat untuk diposkan. Sekali-sekala balik lewat, tak ada hallah! Hehehe...

Source: Here

Pagi tadi aku cuma tanda tugasan budak-budak semester 1 yang dah berkulat lama bersusun dalam tray tu. Macam biasa, asal tanda tugasan je aku ngantuk. Asal tanda tugasan je aku sakit hati. Nampak sangat tak baca nota kan? Sabar dulu... Minggu depan baru membebel puas-puas. Muahahaha... Tapi tak perlulah kot nak letak papan tanda macam kat atas tu tiap kali nak tanda tugasan. Itu poyo namanya. Kehkehkeh... Pukul 10 pagi, Kak Rin ajak pergi Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Bengkel Pengaturcaraan. Eh, ilmu ni. Suka..suka..Minta kebenaran bos dulu dan bila bos bagi lampu hijau, baru aku pergi. Lepas pergi seminar tu, rasa seram je nak guna duit lepas ni. Hikss... Panjang lebar penerangan dia. Nanti aku tulis dalam entri lain.

Waktu makan tengah hari, bos tanya pasal gubal soalan. Erkk! Jadi ek? Macam jadi je sebab bos kata; "Farah tau kan kena gubal soalan? Memo belum keluar lagi. Dekat ILP Bukit Katil" Tu diaaaaa... Melaka tu beb! Jauh.... Apa-apa pun, bersedia ajelah. Pengalaman jugak kan? Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.. Hari ni dah 10 haribulan tapi gaji aku tak masuk-masuk lagi. Huwaaa... Ingatkan ada masalah dekat Kementerian ke hape, rupanya Kak Ila lupa nak buat gaji aku. Cehhh... Nasib baik aku penyabar dan sedar diri untuk tidak memboros. Tu je kot. Sebelum tidur nak bancuh air limau dengan madu. Mudah-mudahan berkesan melegakan tekak ni.

Wednesday, 7 March 2012

Roti Canai Rock n Roll

Kalau sesiapa yang pernah tengok filem lakonan Senario dulu, mesti ingat ada satu filem yang dia bukak warung roti canai. Lepas tu diorang bersaing nak melariskan jualan dengan cara masing-masing. Yang pasti ada satu gerai yang guna cara kotor dan satu gerai lagi tetap jujur dan redha. Eh, aku pun dah ingat-ingat lupa cerita dia tapi ada satu babak ni dia nyanyi "Roooti canai, rock n rolll...." Kome nyanyi la sendiri ye. Hehehe..

Kisahnya, dua minggu lepas aku terbuang tebiat lak uli roti canai sendiri. Sebab? Hari Sabtu tu aku masak kari daging dan tiba-tiba kenangan membuat roti canai bersama-sama arwah Mak, arwah Wak Nah dan Wak Mis datang menerjah minda. Memang dah lama sangat dah. Waktu tu arwah nenek masih ada. Sebagai budak-budak, aku cuma tolong menyibuk je la. Tapi aku ingat memang banyak jugak roti canai yang dibuat. Siap masak kuah kari dan kuah dhal lagi. Gigih la aku mengacau menolong orang-orang dewasa menyiapkan bahan malam sebelumnya. Yelah, doh roti canai tu kan kena perap semalaman sebelum boleh dimasak. Seronok sungguh masa tu dapat makan roti canai buatan rumah.

Maka aku dengan gigih carilah resepi dalam internet. Apa susah, Google saja dan muncullah beberapa pilihan resepi. Sebab nak buatnya susah, maka aku pilihlah resepi paling mudah. Tapi aku buat separuh adunan je. Mari kita zassss resepi... Sebelum tu tengok dulu rupa roti canai aku. Hehehe...

Roti Canai and its condiment; beef curry

Sumber: Mesra.net


Bahan-bahan :-
500gm tepung gandum
2 sudu majerin
250ml air
1 1/2 sudu susu pekat
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji telur

Cara-cara :-
1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai.


Resepi di atas adalah separuh adunan daripada resepi asal. Waktu nak uli, jangan main curah je semua air tu sebab aku tak guna pun sampai 250ml sebab tepung dah lembut. Pandai-pandailah agak ek. Lepas dibiarkan selama 2 jam, aku terus masuk peti sejuk sebab aku nak masak doh ni untuk makan petang. Pagi-pagi memang tak sempatlah kan sebab pagi Ahad tu aku ada kelas tuisyen. Terkejar-kejar lak nak menebar bagai. Disebabkan ini adalah kali pertama, maka dia ada sedikit cacat. Bahagian paling cacat sekali tentulah waktu menebar. Tebar tak sampai lebar, doh aku dah koyak. Sudahnya aku lipat-lipat, terus masak. Tu yang jadi macam-macam rupa. Hahaha... Kalau nampak buruk gile, boleh je gulung-gulung lepas tebar untuk buat roti boom tapi nak makan roti boom tu kena fikirlah bahawa anda berdosa sebab telan marjerin yang BANYAK. Yelah, roti boom kan kena letak marjerin banyak-banyak baru sedap.

Komen Abah; "Sedaplah. Dah rasa macam kat kedai punya. Tapi tak cukup tebar lagi ni." Kembang kejap. Hahaha... Bahagian tebar tu memang tak boleh lawan yang kat kedai punya. Abih, aku baru sekali ni buat, nak banding dengan yang orang kedai? Orang tu memang kerja dia tebar roti canai hari-hari. Abang-abang aku tak ada komen apa-apa pulak. Maknanya okeylah tu. Kalau tak sedap, memang sesuka hati je diaorang je kutuk masakan aku ni. Cehhh...

Friday, 2 March 2012

Jiwa Pendidik

Sudah pun masuk bulan ketiga untuk tahun 2012 hari ini dan masuk bulan kedua aku bekerja untuk tahun ini. Ada orang tanya, susah tak nak kawal budak-budak besar ni? Jujur cakap, pertama kali masuk kelas mengajar budak-budak besar ni aku menggeletar sakan. Biasalah, pengalaman pertama. Tapi beransur-ansur sindrom cuak terlampau tu dapat ditangani. Anggap saja mereka semua tak tahu apa-apa dan ajar macam biasa. Cumanya, dengan mereka ni tak bolehlah nak garang sangat sebab mereka dalam peringkat pertengahan iaitu antara kanak-kanak dan dewasa. Perlu cari pendekatan terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka. Dalam buku Rekod Pengajaran aku ni, ada aku catatkan sesuatu tentang remaja. Tapi tak pasti sumbernya. Mungkin aku dengar dari slot Motivasi Pagi di SelangorFm. Semua remaja akan mempunyai naluri yang sama pada peringkat umur ini iaitu;
1. Meniru
2. Berkawan
3. Angan-angan tinggi
4. Suka mencuba
5. Mencari identiti diri

Picture Source: Here

Anda yang dah dewasa, mungkin boleh ingat balik keadaan diri waktu remaja dulu. Lima perkara inilah yang wujud dalam diri kita. Jadi, pendekatan apakah yang terbaik? Ramai yang kata kena jadi seperti kawan dengan mereka. Aku, tidaklah garang sampai setiap kali masuk kelas aje bawa rotan atau tiap kali masuk kelas je nak marah. Tapi, AWAS! Kalau tak hantar tugasan pada waktunya dan tak dapat jawab soalan yang diajukan, memang aku jadi garang. Waktu buat penerangan pun, tak adalah serius sangat. Kaitkan teori dengan kehidupan seharian. Tapi, boleh tahan jugak mereka menjawab atau menyampuk. Macam tempoh hari, waktu ajar topik Pronouns, dan-dan diorang buat bunyi Angry Bird; "Weeee.." Menyampuk, menyampuk jugak. Aku tanya nanti tak dapat bagi jawapan beserta contoh, siappp!

Perkara lain lagi yang aku fikir penting adalah komunikasi dua hala dan tidak terus menghukum atas kesalahan yang dilakukan. Yelah, kadang-kadang kita ni terus aje nak menghukum bila budak-budak melakukan kesalahan tanpa mahu mendengar penjelasan mereka. Manalah mereka tak memberontak, kan? Memberontak tak datang kelas atau tak lengkapkan tugasan kang, payah pulak. Elemen terakhir ni mungkin juga penting untuk menjadi pendidik berjaya iaitu sayang pada pelajar selain kesabaran yang perlu berada di tahap paling tinggi.

Picture Source: Here

Kerja-kerja memasukkan markah ke dalam SPC untuk sesi Februari sudah selesai. Maka, marilah pulun untuk sesi Mac pula. Beberapa hari lepas, Kak Dayan cakap nama aku naik untuk buat soalan peperiksaan akhir nanti. Tiba-tiba jadi gerun pulak. Kalau-kalaulah nama aku cukup bertuah untuk terpilih, harap-harapnya lokasi penggubalan soalan adalah di sini dan kalau lokasinya adalah bukan di sini, bolehlah bersedia untuk tidak bersedia. Dah boleh ulangkaji soalan-soalan yang lepas dan dah boleh mula buat draf kot. Tugasan lain pun dah ada dan dah mula berjalan pun. Bila institut buat program, kakitangan kenalah terlibat juga sebagai jawatankuasa. Apa pun kerja yang diberikan, cubalah untuk buat sehabis baik.

Kebelakangan ni, ada pula beberapa orang yang minta aku beri tuisyen. Masih lagi mempertimbangkan. Walaupun orang kata memberi tuisyen itu mudah, tapi tetap kena ada kemahuan dan dilakukan dengan cara yang betul. Hari Ahad, dah ajar tuisyen di tempat aku tuisyen dulu-dulu dan permintaan yang datang baru-baru ni mahu diadakan tuisyen pada hari Sabtu. Rasa macam tak boleh je. Mahu stress aku dibuatnya kalau tak ada masa berjimba. Hehehe...

Thursday, 1 March 2012

Chubby Stick

Sila beri laluan kepada Ms. Chubby Stick yang dah lama terperuk dalam draf ni. Saja nak komen produk baru ni walaupun dia keluar hujung tahun lepas tak silap. Kira barulah ek! Bila nampak je menda alah ni keluar dekat FB Clinique, aku dah siap-siap letak dalam senarai MESTI BELI. Sebab? Sejak berpatah arang berkerat rotan dengan AVON, kenalah cari pengganti yang sesuai. Jadi pada suatu hari, dengan ditemani oleh Kak Chik, aku singgah ke kaunter Clinique Bukit Tinggi untuk membelinya. Waktu nak beli, tinggal 4 pilihan warna je. Itupun warna-warna yang tak menyerlah. Warna tanah orang kata. Disebabkan aku pun tak suka warna yang menyerlah, maka pilihlah Fuller Fig ni. Sedang-sedang aje warnanya.

Apa yang menarik tentang produk ini adalah kerana dia merupakan pelembap bibir berwarna. Jadi, tak perlu pakai gincu dah. Oleskan saja Chubby Stick ini dibibirmu dan ia akan melembapkan serta menambah seri. Macam aku, memang perlu benda ni sebabnya tiap-tiap hari duduk dalam tempat berhawa dingin. Kalau tak pakai, bibir akan pecah-pecah. Satu lagi, kena pakai sebelum masuk kelas sebabnya bila banyak bercakap bibir akan jadi kering jugak. Setakat ni, puas hati dengan produk ni dan harganya pun munasabah iaitu RM 52 sebatang. Untuk orang yang kedekut penjimat macam aku, memang boleh pakai lama punyalah. Hehehe...