Engagement Fund ;)

Tuesday, 29 May 2012

Fruity Cream cheese Butter Cake

Tu dia, selori nama dia. Sebenarnya minggu lepas tiba-tiba jadi tamak haloba pi beli cream cheese sekilo. Asalnya nak buat cheese cake yang kaya dengan cheese. Bila difikir-fikir, kek sebegitu tak ada peminat dalam rumah ni melainkan aku. Maka bila digodek-godek fail resepi dalam laptop ni, terjumpa cheese cake yang tak begitu dahsyat kejunya. Jadi pada petang Ahad dua minggu sudah, gigih aku buat kek ni guna loyang springform yang baru dan inilah kek pertama yang dibakar menggunakan oven baru yang masak dengan cantik. Yeay!! Aku tak ingat aku ambil resepi ni dari blog mana tapi pada resepi tu tertulis sumber asal resepi. Resepi asal tak ada buah. Cuma aku berani mati tambah buah kiwi dan strawberi yang dibeli untuk buat pavlova tapi tak terbuat-buat. Hahaha... Jadi, mari kita tengok apa hasilnya...




CREAM CHEESE BUTTER CAKE
Sumber: Suejoshua

BAHAN-BAHANNYA: (aku guna loyang bulat 9 inci)


200 gm butter
200 gm cream cheese
250 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
5 biji telur
1 s/t baking powder
*Satu cawan strawberi dan kiwi

CARA-CARANYA:

   1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
   2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
   3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
   4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

Aku letakkan sekali link asal resepi tapi aku memang tak ingat ambik resepi ni kat mana. Mujurlah ada dicatatkan sumber asal resepi. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Kek ini adalah sangat sedap dan sangat mudah untuk dibuat. Cuma kalau nak buat lagi aku rasa gula kena kurangkan sikit sebab bagi aku rasa manis sangat. Disebabkan aku tambahkan buah-buahan, maka aku tukar namanya kepada Fruity Cream cheese Butter Cake.

Jatuh Cinta


Tak perasan sejak bila aku jatuh cinta pada dia. Tapi semuanya yang berkaitan dia memang aku suka. Hasilnya, aku rembat dua bekas pewangi ni di Lovely Lace sebab suka sangat bau dia. Eh, ini cinta pada bunga tau, bukan pada manusia. Bau dia memang sangatlah harum dan menenangkan. Kalau beli satu, harga dia RM14.90 manakala RM19.90 untuk dua bekas ni. Sebagai seorang yang pantang dengar perkataan PROMOSI, haruslah aku angkut dua kan? Hahahaha...


Apa saja produk yang berbau ros, memang aku suka. Biozip ros? Pewangi ros? Sirap ros? Sapu bersih semuanya. Paling suka kalau orang bagi bunga ros. Tidak dapat digambarkan perasaannya.

Monday, 28 May 2012

Dah Ada Yang Mudah

Baru-baru ni, kakak-kakak di pejabat telah memperkenalkan satu benda yang amat berguna buat diri ini. Dulu, aku tak tahu benda ni wujud, maka dengan gigihnya jahit sendiri. Dah lama dulu, waktu ilmu menjahit masih segar dalam otak. Ini hasil jahitan yang tak berapa nak cun tapi berjasa pada kami sekeluarga.


Panjang juga jangka hayat si bunga-bunga ni sebelum aku merasakan dia dah semakin uzur. Kalau menggosok baju pun, terasa gosok atas besi sebab span yang digunakan dah menipis. Jadi bila tahu ada dijual yang dah siap, tanpa berfikir panjang terus aku beli. Ini dia si biru


Sila maafkan latarbelakang yang tak manis dipandang mata itu. Si biru ini boleh didapati di mana-mana cawangan Cosway berhampiran dengan harga lima belas hengget kurang seposen. Ciri-ciri keselesaan si biru adalah; tebal, diperbuat daripada bahan yang kesat (maksudnya, kalau letak kain licin, dia takkan senang jatuh), dan boleh di sesuaikan dengan kepanjangan dan kelebaran papan menggosok anda. Eh, cara cakap macam duta Cosway pulak dah. Hahaha... Tidaklah, benda yang bermanfaat, tak salah dikongsi. Nak tunggu jahit lagi satu macam si bunga-bunga? Tak kuasa! Projek menjahit sarung tilam pun tak siap-siap dari tahun lepas, apatah lagi nak jahit yang rumit begini. Dah ada yang mudah, mengapa mahu menyusahkan diri? Kehkehkeh...

Rendang Ayam

Kebelakangan ni memang tak berapa nak rajin menghadap laptop. Jadi tak berapa nak ada entri la kan. Tapi malam ni dah alang-alang buka laptop, tempek la entri tertunggak yang beratur ni. Hehehe... Ini adalah sesi rajin dua minggu lepas. Tiba-tiba terasa nak masak rendang ayam. Gigih la aku beli bahan dekat pasar pada petang Rabu. Tapi masaknya pada hari Sabtu sebab malas nak berkuntau kat dapur lama-lama lepas balik kerja. Dengan kudrat yang ada, aku Google resepi dulu sebab sangat jarang masak rendang ayam. Arwah mak dulu pun selalu masak rendang daging je. Jadi, kena cari resepi dulu untuk lebih yakin. Cari punya cari, terjumpa satu resepi yang kelihatan kena dengan anak tekak ni iaitu resepi di dapur Cendana Kasih. Kalau nak resepi, sila ke dapur CK ye. Tuan Tanah tak berapa nak rajin salin resepi.Hehehe... Rasa sedikit berbeza mungkin sebab ditambah cili padi, tak macam resepi rendang biasa yang hanya menggunakan cili kering. Sedap! Cumanya aku ni memang tak berbakat nak masak rendang ayam sebab dia jadi berkuah. Mungkin sebab tak letak kerisik kot. Yang penting, ada rasa rendang... Hahaha...


Nampak tu, cair dan berkuah. Warna pun tak menarik. Tapi bila dipanaskan beberapa kali, jadi la juga dia rupa rendang. Enak dimakan bersama nasi impit. Nyumsss...

Soto

Tuan Tanah puasa hari ni, tu yang berkesempatan menulis sesuatu di sini. Isi masa lapang katanya. Sebenarnya dah lama nak makan soto buatan sendiri. Maka teruslah belek-belek resepi yang ada di internet. Terkenan nak cuba resepi soto Che Mat Gebu. Jadi pada hari kejadian, lepas habis ngajar terus ke dapur nak buat soto beserta suku-sakatnya. Tapi soto aku tak berapa nak cukup bahan. Tak ada ayam siat sebab dalam peti sejuk cuma ada daging. Jadi sup untuk soto tu adalah menggunakan daging, bukan ayam. Rasa macam gigihnya lah aku buat soto dari A sampai Z. Sambil siapkan bahan masak, sambil tengok TV. Itu yang lambat siap. Dekat pukul 5 baru siap semuanya. Lepas tu, baru gigil-gigil tangan penuhkan mangkuk dengan suhun, nasi impit, dan suku sakat yang lain dan tuang sup untuk makan. Lapar gila sebab kali terakhir makan adalah pada jam 9.45 pagi iaitu sarapan. Sambil makan, layan drama Korea. Hehehe... Mari tengok resepi kuah soto yang diambil dari Dapur Tanpa Sempadan ni.

Sumber: Che Mat Gebu


BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan (tak guna rangka tapi gantikan dengan daging lembu)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus (aku tak letak sebab tak ada ayam kat dalam peti)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

Soto tak cukup bahan

Untuk resepi begedil pulak, aku guna resepi begedil arwah mak. Ini bahan main agak-agak je. Warna dia jadi hitam sebab aku kisar bawang goreng. Kalau ditumbuk warnaya tak jadi gelap sangat. Tak larat dah nak tumbuk macam selalu. Rupanya kisar lagi senang ek? Arwah mak dulu memang tumbuk je semua bahannya guna lesung batu. Tu yang lagi sedap jadinya. Tak apa, yang penting jadi begedil dan rasa begedil. Hehehe...

Begedil comel

Kesemua makanan yang tertera di atas telah pun selamat dihadam dan dikumuh kerana peristiwa merajinkan diri di dapur ini terjadi pada tiga minggu lepas. Jangan marah ha...hehehehe....

Saturday, 19 May 2012

Setahun Berlalu...


Ini adalah hadiah hari lahir yang ke-23 dari Kak Chik.

Terkejut juga bila beliau hulur sebuah beg kertas berisi hadiah ini sebelum pulang tempoh hari. Ini ucapan yang tertulis pada kad di beg tersebut;


Terima kasih banyak-banyak Kak Chik. Tak sangka pula ada juga tanda ingatan untuk hari lahir yang hampir setahun berlalu. Hehehe... Suka sangat-sangat hadiah tu.

Waktu beliau hulur beg tu, teringat pada hadiah hari lahir untuk beliau yang tertinggal di rumah. Yelah, niat nak jumpa beliau asalnya nak hantar loyang je. Jadi benda yang tak niat tu tak adalah teringat. Tunggu perjumpaan seterusnya ye untuk hadiah tu.

Nak Semua


Kepada anda yang pertama kali nak mencuba sandwich di Subway, sila siapkan diri anda mental dan fizikal. Sebab dia tak macam restoran makanan segera lain. Kak Chik kata; "Kalau ada teman, beranilah saya nak cuba makan tempat pelik ni." Hahaha... Setuju! Maka masuklah kami ke dalam Subway tu dengan perasaan berdebar-debar dan terkebil-kebil. Lama gila kami baca menu dan memerhatikan kaunter. Nak belajar macam mana nak pesan makanan kat situ. Baca menu pun jauh dari kaunter sebab takut-takut. Lawak je rasa. Nak pesan makanan pun takut. Kahkahkah.. Gelakkan diri sendiri. Selepas beberapa minit kami baca menu, bersoal jawab dan memutuskan apa yang mahu kami makan, terus perlahan-lahan kami mendekati ke kaunter.

Rupanya nak pesan sandwich ni ada banyak langkah. Sebenarnya kami nak pesan set yang mengandungi sandwich, air dan biskut atau kerepek kentang. Tapi sebab pelayan tu tak dengar apa yang kami cakap (sebab takut-takut, cakap pun perlahan je la kan. Hahaha) dan kerek dan tak mesra alam dan tak tanya apa-apa langsung sama ada nak sandwich saja atau set, maka akhirnya kami kongsi satu cawan air. Haish...

Mula-mula kena pilih nak sandwich inti apa. Ada banyak pilihan jugak. Lepas tu pilih roti jenis apa. Rasanya ada enam pilihan untuk roti. Lepas tu pilih nak keju banyak mana. Kalau nak keju lebih, kena tambah duit. Seterusnya, pilih nak sayur apa pulak. Banyak juga pilihan sayur dia. Ada salad, tomato, timun, bawang, buah zaitun jeruk, timun jeruk dan ada lagi beberapa jenis yang aku tak ingat dah. Sebagai seorang yang tamak, terus aku tanya; "Nak semua boleh?" Dia pun jawab dengan muka tak mesra alam; "Boleh." Dah siap letak sayur, kena pilih nak sos apa pulak. Bukan main banyak lagi pilihan sos dia. Aku pilih tiga jenis sos. Nasib baik dia tak tanya nak balut sandwich guna pembalut corak mana. Ater, dah semuanya kena pilih sendiri kan? Terus bayar dan cari tempat duduk.
Dulang kami. Ada dua straw dalam satu cawan.

 Aku punya; inti ayam teriyaki

Kak Chik punya; inti ayam panggang

Keadaan selepas...

Sambil makan, sambil borak-borak. Dah lama sungguh tak jumpa dengan Kak Chik. Haruslah ada banyak gosip. Lawak je rasa bila ingat balik saat nak memesan tu. Hahaha... Pertama kali, biasalah kan. Dah tahu cara, lepas ni boleh pergi untuk kedua kali, ketiga kali dan kali yang seterusnya. Nasihat ikhlas untuk pelayan Subway Seksyen 7, cubalah senyum sikit dekat pelanggan anda lebih-lebih lagi kepada pelanggan yang pertama kali jejak kaki ke Subway. Barulah nampak mesra dan yakin pelanggan nak pesan makanan. Ye dok?

Buang Tebiat


Sabtu sudah, tanpa perancangan awal aku SMS Kak Chik mengatakan mahu menghantar loyang yang dibeli bulan lalu. Asalnya, aku hanya mahu ke Klang untuk membeli beberapa barang yang sudah habis di AVON Bukit Tinggi. Inilah payahnya bila dah mula memboikot sesuatu. Kena pergi jauh untuk dapatkan sesuatu. Usai kelas tuisyen, aku terus bersiap untuk ke pejabat. Mahu menyiapkan sedikit kerja berkaitan 5S. Kerana kelas mula lewat, maka habis pun lewat. Jadi aku gerak ke pejabat pun dah tengah hari. Tak sempat nak masuk dalam pejabat, dapat MMS dari bos menunjukkan kerja yang mahu aku buat sudah siap dibuat. Jadi, aku hanya siapkan papan kenyataan. Dah siap semua, terus gerak ke Shah Alam.

Sepanjang perjalanan perut berkeriuk menahan lapar. Nasib baik Kak Chik pun tak makan lagi jadi bolehlah aku ajak beliau makan bersama. Hehehe... Mula-mula pergi AVON dulu. Lama juga di situ sebab aku baru mendaftar keahlian. Kemudian baru rancang nak makan dimana. Berada di Seksyen 7, tak perlu risau tentang ketiadaan tempat untuk mengisi perut tapi perlu rusuh memikirkan restoran mana yang mahu dikunjungi. Banyak sangat kedai makan! Akhirnya Kak Chik bersuara; "Pergi Subway jom." Macam kagum kejap sebab selalu kalau pergi tempat pelik ni aku yang ajak. Tiba-tiba pada hari tersebut Kak Chik yang ajak? Hahaha... Aku yang hanya tolak batu dan kayu ni setuju saja. Pengalaman makan di Subway buat pertama kali akan diabadikan dientri lain sebab panjang sangat nak cerita. Hiks..

Habis makan, masing-masing macam tak berapa nak kenyang lagi. Aku macam terasa nak makan Tutti Fruitti. Tapi Kak Chik dah serik. Maka Kak Chik cadangkan kami makan aiskrim di tepi tasik. Hah, cantik la tu! Dah lama tak buat aktiviti buang tebiat ni. Dulu kami buang tebiat makan aiskrim tepi tasik ni di Unisel. Malam-malam lepas balik usrah, pergi Pusat Pelajar beli aiskrim bekas besar punya. Tamak kan, kenalah ambik bekas besar. Lepas tu baru lepak kat bangku tepi tasik. Makan aiskrim sambil tengok bintang dan berkongsi cerita. Oh, rindunya saat itu! Disebabkan niat nak buang tebiat tu ada sedikit terpesong, maka kami terpaksa berjalan jauh untuk mencari aiskrim. Lama jugalah kami berada di sini sebelum pulang.
Ini memang betul-betul tepi tasik.

Dalam kereta, masing-masing terasa lapar balik sebab tadi cuma makan sandwich. Jadi, sebelum naik rumah Kak Chik, singgah makan dulu di salah sebuah restoran berdekatan. Kali ni memang kena makan nasi. Nama restoran dia adalah Lawang Sari. Kedainya adalah cantik dan sangat bersih. Makanan pun banyak dan sedap. Sesuailah dengan harganya.
 Nasi goreng cili padi

 Nasi goreng ayam kunyit

Tom yam campur

Lepas makan, naik rumah Kak Chik kejap baru aku bertolak pulang. Macam biasa, kalau tak beli apa-apa bila keluar memang tak sah. Jadi, aku menggatalkan diri singgah di Jusco Bukit Tinggi. Dari dulu nak jadi ahli J-Card tapi tak kesampaian. Maka pada hari tersebut, aku menggagahkan diri ke kaunter khidmat pelanggan dan bertanya prosedur yang perlu dibuat. Isi borang, dengar penerangan kejap, bayar yuran untuk 3 tahun terus, pilih beg, dapat kad keahlian yang mempunyai nama sendiri dan siap! Ek eleh, senang je rupanya. Kalau taulah senang macam ni, awal-awal lagi aku jadi ahli.

Dah dapat kad, mulalah aku menjelajah. Bahagian pertama aku pergi adalah bahagian kasut. Cadangnya nak cari sandal. Tapi masalahnya mata ni asyik berkenan dengan kasut formal. Bertambah parah bila diskaun dia bagi bukan main banyak lagi untuk ahli J-Card. 3 kali jugaklah aku tawaf kat bahagian kasut tu. Tapi akhirnya tak beli pun sebab niat nak beli sandal bukan kasut formal. Tak nampak sandal yang melekat di hati. Terus pergi dari situ cepat-cepat. Lepas tu pergi ke bahagian baju. Ingat nak cari blazer yang labuh. Sebelum ni ada nampak blazer labuh yang menutupi punggung dan tidak mengikut potongan badan sangat. Macam biasa, bila berniat mahu membeli sesuatu, sesuatu itu mesti tak ada. Jadi terus jalan laju-laju pergi ke Speedy.

Bila berseorangan, memang aku jalan laju dan tak toleh kiri kanan macam kena kejar penjahat. Hahaha... Tiba-tiba aku dengar; "Assalamualaikum ustazah!" Tapi aku buat dono je, tak pandang pun sebab takkanlah orang tu tegur aku. Lepas tu dengar lagi; "Ustazah. Sombong ye sekarang." Ah, ni tak ada orang lain mesti aku la ni. Terus aku berhenti kejap dan tengok orang yang tegur tu. Memang sah la dia tegur aku sebab dia sorang je yang panggil aku ustazah kat Unisel dulu. Bertegur sapa kejap baru aku teruskan perjalanan. Jadi hasilnya rembatan tak terancang pada hari tersebut adalah;
-2 DVD Korea (beli satu percuma satu)
-2 pewangi dari Lovely Lace
-Sebuah novel
-Satu set cadar

Bahaya betullah bila pergi ke pusat beli-belah waktu ada duit ni. Walaupun tak ada duit tunai, tapi sejak aku tukar kad ATM kepada kad debit Visa, terus aku hulur je kad tu kat kaunter. Dush..dush..dush..!

Friday, 18 May 2012

"Selamat Hari Guru, Cikgu B."

Rabu, 16 Mei 2012 merupakan sambutan hari guru di Malaysia. Hari tersebut juga merupakan hari subjek umum untuk Semester 2. Walaupun hari guru, tiada cuti umum sempena hari guru di Malaysia ye. Kelas berjalan seperti biasa. Mula-mula ada kelas dengan pelajar-pelajar Pengaturcaraan dan Multimedia. Masuk kelas, ada ucapan selamat hari guru di papan putih dan ada beberapa orang pelajar mengucapkan selamat hari guru. Oh, terharu kejap. Ehehehe..
Sebelum kena padam, ambik gambar dulu. Tak berapa nampak. Kena tutup lampu patutnya, baru nampak.


Untuk kelas sesi petang, macam biasa aku yang kena tunggu diorang datang. Bila lepas waktu rehat, semedang datang kelas lambat. Sesi petang kelas dengan pelajar-pelajar Rangkaian dan Cadd pulak. Kali ni, pelajar-pelajar dari Rangkaian datang awal dan sebaik saja mengambil tempat masing-masing, salah seorang dari mereka pun mengucapkan; "Selamat Hari Guru Miss. Eh, tak. Selamat Hari Guru Cikgu B." Kemudian beliau gelak-gelak. Sejak awal, memang dia seorang yang kadang-kadang panggil aku dengan panggilan Cikgu B. Sebabnya? Ini....
Jadual pembelajaran yang dikeluarkan pada awal semester dulu. Waktu tu, belum tahu lagi siapa gurunya. Maka diletakkan saja Cikgu B pada jadual tersebut. 

Dan sementara menanti yang lain-lain tiba, beberapa dari mereka berkata; "Miss cantik la hari ni." Aku sekadar mengucapkan terima kasih. Tak adalah yang luar biasa pun cuma aku pakai skirt labuh, blaus dan pashmina; bukan baju kurung atau jubah seperti kebiasaannya. Baju tu memang aku dah agak lama tak pakai sebab haritu tak muat. Sekarang dah kurus sikit, jadi dah muat balik. Hehehe... Baju tu pun dah lama, beli waktu di universiti lagi. Lepas tu, ada lagi beberapa orang nyanyi-nyanyi lagu Yuna dan ada yang cakap; "Miss macam Yuna hari ni." Pulak dah? Hahaha... Sebab aku pakai pashmina la tu jadi nampak macam gaya bertudung Yuna. Selepas menanti selama 20 minit, barulah kelas tu jadi 3/4 penuh. Barulah boleh mula mengajar. Yang ajaibnya, mereka sangat-sangatlah berkelakuan baik sepanjang kelas berjalan. Senyap sunyi sepanjang masa. Kalau tak, harapan la. Kalaulah setiap kali kelas macam tu, kan bagus?

Terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh kalian. Semoga segala ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Aku selalu rasa macam tak percaya yang sekarang dah bergelar 'guru'. Macam masih rasa tak layak nak jadi seorang guru. Biarpun begitu, ia tetap amanah dan tanggungjawab yang diberikan dan perlu digalas sebaik mungkin. Tahun ini juga merupakan tahun ketiga aku meraikan hari guru. Alhamdulillah, diberi peluang untuk merasai pengalaman ini.

Buat guru-guru yang pernah hadir dalam perjalanan ku menuntut ilmu, terima kasih tak terhingga. Guru teristimewa tentulah kedua ibu-bapaku; Mispul Bin Laiman dan Partijah Binti Kasmuri. Kalian bukan saja mengajarku ilmu dunia, malah ilmu akhirat juga. Tidak ketinggalan, guru-guru di TAKIS Kuala Langat, SKKD, SMK Telok Datok, SMKA Maahad Hamidiah, Institut Harapan, Sekolah Memandu Banting, serta pensyarah-pensyarah di UNISEL. Juga kepada guru yang mengajarku secara tidak langsung; naqibah-naqibah usrah serta kakak-kakak senior di Hamidiah yang banyak membimbingku dalam pelbagai aspek kehidupan. Ketahuilah bahawa ilmu yang kalian berikan adalah sangat berharga dan berguna buat diriku. Semoga kalian mendapat rahmat dan berkat atas segala usaha yang telah dicurahkan. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian.


*Dengar khabar dari pihak Pengurusan Pelajar, hari Rabu depan ada majlis Sambutan Hari Guru dan Sukaneka. SUKANEKA? Kenapalah MPP sesi ni terlebih rajin nak buat sukaneka bagai? Apa pun, layankan ajelah. Yang tak layannya, sambutan tu adalah pada hari Rabu iaitu hari subjek umum. Memang sahlah kelas aku hangus! Nampak gaya, kita memang kena buat kelas tambahan ni anak-anak murid. Adehh...

Wednesday, 9 May 2012

Dalam Kenangan

Mei dah hampir suku bulan, tapi baru ada satu entri je untuk bulan ni.Tiba-tiba malas nak menulis. Cerita ada banyak. Cerita bergambar pun banyak. Ilmu baru pun ada. Disebabkan malas nak sunting gambar, maka malaslah nak menulis. Boleh gitu? Boleh saja, kita buat dia kan? Hehehe... Seperti dimaklumi, aku memang dah lama bercita-cita nak tukar rupa Atas Nama Cinta ni. Masaalahnya, terlalu banyak pilihan corak dan rekaan untuk dijadikan rupa baru blog ni yang membuatkan aku rambang mata. Akhirnya bila salah seorang daripada pelajarku memberi khabar berita bahawa beliau secara tidak sengaja menjumpai blog ini, maka kenalah aku tukar rupa. Biar dia tak ingat rupa blog aku yang lama. Bahaya ni. Sebelum tu, nak letak juga rupa Atas Nama Cinta yang paling lama bertahan.



Tak silap, aku mula tukar rupa Atas Nama Cinta menjadi seperti di atas pada tahun 2009. Tak silap akulah. Disebabkan rupa baru ini melibatkan kod, maka aku telah memaksa Abang Faiz untuk membantu dalam proses penukaran. Selepas tiga tahun menghadap rupa yang sama, cemuih la pulak. Maka hari ini aku menabahkan hati, menggigihkan diri menukar rupa beliau kepada rupa baru. Jadi, mari bertukaaarrrr!

Tuesday, 1 May 2012

Pokcik Arba


Walaupun telefon orang lain lebih canggih dan pintar, aku tetap jugak nak gebang pasal Pokcik Arba yang dah berusia empat bulan lebih ni. Kenapa aku beli Pokcik Arba? Sebab N6085 buat hal sungguh-sungguh waktu tu. Tak boleh nak on langsung dan ada beberapa bahagian yang tak berfungsi. Maka aku pun angkatlah Pokcik Arba. Pengaruh besar aku dalam membeli Pokcik Arba adalah drama Korea Secret Garden. Drama itu memang sangat mempengaruhi aku beli telefon pintar ni sebabnya sangat-sangat tertarik dengan fungsinya yang boleh hantar SMS dengan hanya merakam suara dimana itu adalah sangat menakjubkan! Maafkan kejakunan saya. Kehkehkeh... Malangnya dia tidak mampu merakam patah-patah perkataan Melayu. Kenalah cakap menggunakan bahasa Inggeris. Tapi selalu dia tak dapat nak kesan dengan betul apa yang aku cakap walhal aku sebut betul-betul ok! Geram je...

Mula-mula nak beli Galaxy Y atau Galaxy Mini. Maklumlah, bajet tak berapa nak banyak. Tiba-tiba waktu pergi tanya tu ada tawaran menarik untuk Galaxy Ace. Tapi aku tak beli terus sebab tak bawak duit. Aku beli beberapa hari kemudian dimana waktu aku beli tu tawaran dah habis cuma harganya tak lari jauh. Aku beli dengan harga kurang daripada RM850 dan dapat;

  • Set telefon GT-S5830 (Travel charger, cable, handsfree, white and black back cover)
  • Memory card (upgrade to 8GB)
  • Screen Protector
  • Installed Papago
  • Leather Case


Mula-mula memang aku tak tahu langsung macam mana nak guna. Macam mana nak install game, macam mana nak set ringtone dan boleh kata banyak bendalah tak tahu. Agak lama juga belajar nak gunakan Pokcik Arba secara maksimum memandangkan ini kali pertama menggunakan telefon keluaran Pakcik Sam dan kali pertama juga menjakun dengan telefon berskrin sentuh. Apa yang aku suka dengan Pokcik Arba ini adalah:
Kamera
5MP
Ada setting scene macam kamera kompak
Ada setting exposure dan ISO
Tapi tak boleh zoom. 

Radio dan Pemain muzik
Bunyi melalui handsfree adalah kuat
Boleh set masa radio untuk automatik off (hebat!)
Tapi tak boleh simpan banyak stesen dalam satu masa. 
Isyarat penerimaan radio tidak sebagus N6085

Eh, macam tak tahu pulak nak huraikan setiap fungsi dia. Tapi memang best Pokcik Arba ni sebab boleh layari internet menggunakan Wi-Fi. Boleh install macam-macam aplikasi seperti kamus, waktu solat, Al-Quran dan lampu suluh. Paling mudah bila nak masak benda pelik dan memerlukan rujukan resepi, tak perlu nak on laptop. Cuma angkut saja Pokcik Arba ke dapur dan tengok resepi daripada internet. Nada dering dia pun bunyi kuat. Cuma untuk nada SMS, tak boleh guna lagu kesukaan. Cuma guna alert tone yang dia bagi. Ini aku tak berapa berkenan sebab kalau kat tempat bising, tak perasan ada mesej masuk.

Satu peristiwa mengharukan, dek kerana tuan dia ni terlebih bijak, maka dia pun cuba sambungkan woofer kepada Pokcik Arba. Memang boleh keluar bunyi pada woofer. Taaapppiiiiiiiii.... lepas tu tak keluar bunyi kat speaker telefon. Kalau buat loudspeaker atau sambungkan handsfree barulah keluar suara. Hambek ko! Malas sangat nak angkut woofer dengan laptop ke kelas tu kenapa? Sob..sob..sob.. Terus ku hantar semula ke kedai tempat aku beli untuk dibaiki. Mujurlah masih ada jaminan. Maka, percuma saja kos baikpulih. Jadi lepas ni tak perlulah kot nak jadi terlebih pintar. Hehehe...Yang peliknya, lepas aje aku beli Pokcik Arba ni, terus N6085 elok. Benda yang selama ni tak berfungsi pun terus berfungsi. Ait? Main-main kau ya!