Engagement Fund ;)

Saturday, 30 June 2012

84**

Waktu pulang dari pejabat hari Jumaat lepas, dari kejauhan aku nampak sebuah kereta asing yang diparkir di bawah pokok kekabu di halaman rumah. Dah siapa pulak yang datang senja-senja ni? Bila saja membelok ke rumah, baru nampak jelas rupa kereta tersebut.Prevé  noks! Kereta yang aku angan-angan nak beli. Angan-angan je dulu sebab belum jadi keperluan lagi, hanya keinginan semata-mata. Mrs. Kancil masih sedia berkhidmat. Hehehe...

Pertama kali aku nampak Prevé adalah waktu aku di Port Dickson untuk menggubal soalan peperiksaan akhir April lalu. Pertama kali nampak, terus kagum sebab rekaan dia nampak kemas, comel dan cantik. Sanggup aku kejar Prevé yang digunakan untuk pandu uji itu semata-mata nak tengok dari dekat. Hahaha... Bila nampak ada Prevé sebijik dekat laman rumah sendiri, terus aku berhentikan kejap kereta di sebelahnya sebelum masuk ke garaj untuk melihat dengan lebih dekat dan masih meneka kereta siapakah itu. Kemudian bila tengok nombor pendaftaran, aku macam dah boleh agak. Siapa lagi yang guna 84** dekat rumah ni melainkan Abang Faiz. Ha, memang dia punya la ni. Tempah nombor pendaftaran sama dengan motor dia.

Merasalah naik kereta baru malam tu ke Flaming Steamboat sebab Tuan Kereta nak belanja kami makan stimbot. Merasa jugaklah aku dibukakan pintu dari luar sebab pintu tu telah disetkan dengan child lock dan Tuan Kereta tak jumpa lagi cara nak unlock. Hahaha... Semalam petang, merasalah aku pandu Prevé buat pertama kali. Pertama kali pandu kereta besar dengan transmisi automatik, memang takut-takut je aku pandu. Bawak pun perlahan je walaupun kereta tu ada 7 kelajuan dan berenjin turbo (kata tuan kereta). Dah lama tak bawak kereta auto, lagilah aku banyak membebel dalam tu. Ditambah dengan fungsinya yang jauh lebih canggih dari Mrs. Kancil yang aku bawak hari-hari, lagilah aku berhati-hati. Belum biasa bawak, memang la macam tu. Nanti dah biasa, okeylah tu. Hehehe...

Dedikasi Kah?




Hari ini adalah 30 haribulan 6 tahun 2012 dan merupakan hari terakhir aku terikat dengan kontrak. Setahu aku, gaji hanya dibayar hingga semalam tapi bila bos bagi tahu bahawa kalau aku datang bekerja hari ini juga dibayar gaji, maka aku macam pelik kejap sebab kalau hari cuti hujung minggu memang patutnya tak dikira. Kemudian dalam Perhimpunan Bulanan Staf pada petang semalam, bila bos besar pun maklum bahawa hari ini boleh lagi datang kerja, maka aku pun iyekan jelah. Hehehe...

Mula-mula ingat malas nak datang kerja hari ni sebab kerja aku pun semua dah siap kecuali ada sikit tambahan nak buat pada markah pelajar-pelajar semester 2. Nak ubah sikit-sikit sebab di saat akhir ada pelajar yang diputuskan untuk berhenti atau tangguh pengajian disebabkan kes-kes terpencil. Rancangnya nak siapkan petang semalam tapi bila perhimpunan pun habis dah pukul 6 dan ditambah dengan masa yang diambil untuk makan jamuan, masuk pejabat balik dah 6.30. Bila tengok semua orang dah balik, aku pun cuak juga nak duduk pejabat sorang-sorang petang-petang begitu dan mood nak kerja pun sudah terbang melayang. Bos aku pun kata baik aku datang kerja hari ini je siapkan mana-mana yang patut. Dapat juga duit.

Maka, gigihlah aku bangun awal pagi ni untuk bekerja seperti biasa. Antara duit dengan waktu rehat, aku akan pilih waktu rehat. Hehehe... Bila kerja yang tak lengkap lagi ni memerlukan aku untuk menggunakan internet pejabat bagi memindahkan markah-markah peperiksaan akhir pelajar ke dalam Public Storage, baiklah aku datang kerja. Apa ada hal pun kalau datang kerja sorang-sorang kan? Maka, pejabat ini aku yang punya... Hahahaha...



Kenapa Rumah Aku Je?


Kejadian ni berlaku dah lama dah. Hujung bulan April kalau tak silap. Disebabkan tak menyempatkan masa memuat naik gambar, maka tak keluarlah entri ni sewaktu kejadian masih lagi panas.

Sekitar waktu tu, memang agak kerap juga bekalan elektrik terputus. Maksudnya dalam sebulan tu mesti ada kejadian bekalan elektrik terputus. Itu dikira kerap sebab biasanya susahlah TNB nak saja-saja putuskan bekalan elektrik. Jadi pada suatu pagi, ketika sedang enak diulit mimpi aku tiba-tiba terjaga dek kerana gigitan nyamuk yang melampau. Disebabkan rasa gatal yang luar biasa akibat gigitan nyamuk, aku pun celik mata. Eh, kenapa gulap-gulita ni? Dan terasa panas sikit. Dalam keadaan mamai, aku bangun dari pembaringan untuk berfikir secara rasional.

Lepas beberapa saat termangu, aku yakin bahawa bekalan elektrik terputus sebab biasanya memang lampu diruang tengah akan dibiarkan menyala sepanjang malam. Dulu-dulu waktu arwah nenek masih ada, arwah mak akan pasang pelita dan letak di ruang tengah. Kalau tak ada langsung sumber cahaya, memang satu rumah gelap-gelita. Waktu kecik-kecik dulu kalau elektrik terputus memang macam-macam bayangan 'hantu' muncul dalam kepala sampai takut nak bergerak. Nak masuk bilik air pun tak berani sebab takut ada 'sesuatu' keluar dari kolah. Hahaha...

Eh, melalut sudah. Ok, sambung. Jadi aku bangun dan ke dapur untuk pasang ubat nyamuk tradisional sebab ubat nyamuk elektrik tak berfungsi. Tak tahu ubat nyamuk tradisional macam mana? Ala, ubat nyamuk yang melingkar macam ular tu le.

Bila sampai dapur, terus cari ubat nyamuk tradisional yang aku letak bawah meja sebab senang nak capai untuk dinyalakan sebelum memasak pada petang hari. Memang rezeki aku la sebab tinggal satu lingkaran tu je. Sejak arwah mak cat semula rumah ni dulu, terus ubat nyamuk ni 'diharamkan' sebab asapnya itu menyebabkan siling rumah bertukar menjadi warna hitam. Waktu tengah nyalakan ubat nyamuk, aku pelik sebab ada simbahan cahaya lampu dari rumah Wak Dawin, jiran sebelah rumah. Mula-mula macam tak terfikir lagi tapi bila dah sampai dalam bilik, baru aku terfikir kenapa rumah Wak Dawin menyala lampunya?

Sesudah ku letakkan ubat nyamuk dalam bilik, terus aku ke dapur semula untuk pastikan bahawa aku memang nampak simbahan cahaya dari rumah sebelah. Dannnn..... MEMANG SAH rumah Wak Dawin ada elektrik. Lepas tu aku terus ke ruang tamu dan selak langsir yang menutupi sliding door untuk mengintai ke rumah jiran-jiran lain. Ha, rumah Wak Sur ada elektrik. Rumah Cik Rop pun terang. Rumah Cikgu Baha pun ada elektrik, tapi kenapa rumah aku je tak ada elektrik? Terus aku pergi tengok suis utama dengan ditemani Pokcik Arba untuk menyuluh pada suis utama tu. Bila ditengok, dah betullah suis tu 'ON'. Tapi aku tak puas hati. Godek-godek juga suis tu dengan harapan suis tu yang salah, bukan salah mata aku yang melihat. Kehkehkeh... Bila tak ada apa-apa berlaku, aku terus masuk bilik dan SMS Abang Faiz disebelah menuduh bahawa beliaulah penyebab elektrik tak ada. Sebabnya? Ini dia;

Nampak, bertindih-tindih plug. Dah sambung, nak sambung lagi padahal soket lain masih kosong. Kenapa aku tuduh beliau? Sebab pernah sekali lampu berkelip-kelip seperti bekalan elektrik mahu terputus bila beliau menghidupkan suis di salah satu soket yang disambung-sambung itu. Pagi-pagi buta macam ni, malas nak bercakap. SMS je senang. Dapat je SMS aku, aku dengar beliau bangun untuk buat apa yang aku dah buat tadi. Lama-lama bergolek atas katil, panas la pulak. Nak baiki mana yang patut, tak tahu. Waktu tu baru pukul 4 pagi. Subuh pun belum lagi. Akhirnya aku tertidur semula.

Esok paginya, Abah kata wayar elektrik utama yang menjadi punca kenapa rumah aku je yang tak ada elektrik tercabut. Sampai tertanggal dari dinding rumah kau! Jadi laporan kerosakan pun dibuat. Sampai pukul 8 lebih pun juruteknik dari TNB tak muncul, aku terpaksa batalkan tuisyen. Habis tu, takkan nak belajar dalam kepanasan kan? Dekat pukul 9 macam tu, ada lori kecil TNB bergerak perlahan lalu depan rumah. Aku dengan yakinnya lambaikan tangan menandakan bahawa memang rumah inilah yang dicarinya. Beliau datang berseorangan saja dan melihat-lihat kerosakan yang berlaku. Tinjau punya tinjau, bincang punya bincang, beliau kata kena panggil 'lori besar' untuk baiki kerosakan tu.


Maka beliau pun balik. Menantilah aku dalam kepanasan di ruang tamu. Lambat sungguh lori besar ni nak sampai. Tunggu punya tunggu, lori besar yang biasanya digunakan TNB untuk kerja-kerja memasang tiang elektrik bergerak dengan perlahan di depan rumah. Dia macam terlajak sikit ke depan sebab tak pasti rumah inilah yang dia patut berhenti. Kali ni aku dalam rumah, tak dapat nak lambai. Tak lama lepas tu lori tu undur balik dan tanya pada Abah yang baru keluar.


Teruslah mereka masuk ke halaman rumah. Tapi tak dapat nak masuk sampai tempat kejadian sebab ada dahan-dahan pokok kekabu yang menghalang. Kali ni ada tiga orang juruteknik. Bila ditengok keadaan wayar tu, terus mereka mulakan kerja. Waktu tu dah dekat tengah hari dan cuaca dah panas. Ha, siapa suruh tak nak datang awal pagi tadi? Hehehe... Lama juga mereka baiki kerosakan tu dan akhirnya, bekalan elektrik kembali ada. Alhamdulillah, boleh masak.

Terima kasihlah TNB kerana datang dan baiki kerosakan di rumah saya. Perkhidmatan pun bagus sebab operator TNB ada telefon beberapa kali untuk pastikan kerosakan dah dibaiki dan yang paling penting PERCUMA sebab kerosakan tu berlaku di luar rumah iaitu masih lagi dibawah kuasa TNB.

Thursday, 28 June 2012

Oh, terharu!

Alhamdulillah, selesai sudah tugas 'besar' terakhir untuk minggu ini. Rasanya aku ni tetap dan berpencen untuk bekerja di bawah Jawatankuasa Cenderahati dan Sambutan sebabnya apa-apa acara yang diadakan di pejabat, semedang nama aku duduk dalam JK ni. Kadang-kadang cenderahati dan buku program atau jemputan, sambutan dan media. Tapi berkisar dalam bidang yang sama. Duduk dalam jemputan pun, kena uruskan juga cenderahati untuk pada jemputan. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Jadi untuk acara kali ni, nama JK aku adalah jemputan cenderahati dan media. Maka berkampunglah aku di dewan utama untuk pertandingan akhir JTM Robot Challenge dan majlis penutupnya. Sebahagian AJK akan menyambut di pintu hadapan dan sebahagian lagi tunggu di pentas untuk uruskan hadiah.

Habis je acara dan selesai saja iring semua tetamu jemputan ke tempat makan, kami pun serbu tempat makan juga. Lapar wei! Tapi sebelum makan aku masuk pejabat dulu ambik kunci kereta sebab nak tukar kasut. Sakit kaki pulak pakai kasut sarung lama-lama. Waktu sampai kat meja, aku nampak ini atas meja aku;

Sebab dah lapar tahap gaban, maka lepas ambik kunci aku terus keluar tanpa mengusik sedikit pun kertas tisu VIP ni sebab ingatkan ada orang terletak tisu ni atas meja aku. Maklumlah, meja aku dekat dengan bilik bos besar, kot-kot ada yang berhenti borak kat meja tu dan lupa terletak tisu ni ke kan. Lepas tukar kasut terus pergi penuhkan pinggan dengan nasi dan lauk-pauk yang disediakan. Minggu ni memang makan sesedap rasa sebab makanan adalah ditaja. Hehehe... Bila sibuk penuhkan pinggan, lupa terus pasal kertas tisu Vip tadi sampailah seseorang tegur aku waktu nak ambik minuman. "Farah, ada surprise atas meja tau." Aku blurr kejap. Lalu beliau menyambung bila tengok aku blurr; "Ala, yang ada kertas tisu tu." Semerta teringat kat kertas tisu VIP tu. "Owh, akak ke yang letak kertas tisu tu? Ingatkan ada orang terletak kat situ." "Ha'ah, akak yang letak. Nanti tengok la ye." Dalam keadaan terkejut dan terharu, aku berkata; "Saya tak sempat usik pun lagi. Terima kasih kak. Terharu ni." Lalu aku pun mula makan dengan rasa tak sabar nak tahu ada apa di sebalik tisu itu. Hehehe...

Serius rasa terharu sebab aku tak mintak dan tak pesan pun untuk simpankan makanan yang berlebih yang disediakan untuk 'Welcoming Drinks' tetamu VIP walaupun menunya adalah sedap-sedap belaka. Tak patut la kan nak suruh simpankan padahal aku bukan AJK Jamuan atau bertugas untuk menyambut tetamu di pintu hadapan yang mana akan jemput tetamu-tetamu VIP untuk ke meja jamuan. Cuma dengar aje cerita dari orang yang sempat makan. Siap makan, baru masuk pejabat balik dan kali ni aku angkat kertas tisu tu. Rupanya, ada sebiji kek cawan yang dikatakan sedap tapi manis lebihan daripada Welcoming Drinks tetamu VIP bawah kertas tisu tu. Ini dia kek cawan tu...
Saiz sebesar tapak tangan dan rasanya memang sedap tapi manis. Hehehe... Kenapa manis? Sebab kek tu sendiri dah manis lepas tu ada inti pulak dalam dia dan ditambah topping lagi. Terlebih manis jadinya. Apapun, aku telan aje sebab konsep aku; makanan percuma memang tak pernah tak sedap. Hahaha... Terima kasih banyak-banyak Kak Pija kerana memberi kek ini kepada saya.

Tuesday, 26 June 2012

Tak Baca Arahan

Selepas selesai menanda kertas jawapan untuk pelajar-pelajar semester 2, aku rasa lepas ni kena buat satu kelas khas yang dinamakan 'Steps on Answering Exam Questions'. Waktu buat ulangkaji tempoh hari, aku pasti yang aku dah terangkan dengan jelas, terang dan nyata macam mana nak jawab soalan dan apa yang perlu mereka buat sewaktu dalam dewan periksa.

Pertama sekali, mereka tak baca arahan. Dah terang lagi bersuluh dekat arahan tu suruh ceraikan kesemua helaian bahagian B dan sisipkan bersama kertas jawapan objektif, tetap juga ada yang tak ikut arahan. Dah kata jawab empat soalan daripada enam yang diberikan, ada juga yang cuma jawab tiga soalan dan ada juga yang terlebih rajin jawab semua.

Kedua, mereka hantar kertas soalan tanpa jawapan lengkap. Maksudnya, ada bahagian yang rongak! Sudah dipesan, jangan tinggal kosong. Tak tahu pun belasah je jawab sebab manalah tahu yang belasah tu betul kan. Aku siap bagi petua lagi kalau tak tahu sangat, pergi tengok balik soalan bahagian A dan salin balik aje soalan atau pilihan jawapan yang ada perkataan klu pada soalan yang mahu dijawab. Ada juga soalan yang mempunyai dua bahagian, A dan B tidak dijawab kedua-duanya. Hanya jawab satu bahagian yang senang. Hamboih? Senang hidup? Main pilih-pilih pulak ye?

Ketiga, mereka salah eja. Kalau bahagian jawapan yang memerlukan mereka fikir ejaan sendiri, boleh diterima pakai lagi. Ini jawapan dah terang-terang diberikan dan hanya perlu salin balik aje. Pppuuunnnn, ada yang salah eja! Acane? Cuma kali ni aku tak tegas macam sebelum-sebelum ni sebab kalau tegas karang ramai pulak yang gagal. Nak tak nak, kenalah bermurah hati dengan apa yang mereka beri dan redha dengan hakikat.

Dalam pada nak ikut arahan, jangan la pulak lurus tak bengkok-bengkok macam kartun kat atas ni

Hari ni nak sambung lengkapkan SPC untuk semester 2 dan tanda kertas semester 1 pulak. Semalam tak dapat nak masukkan peratus kehadiran. Sasaran hari ini nak siapkan menanda semua kertas jawapan dan masukkan markah. Yang dah siap tanda dan dah siap hantar SPC, duduk diam-diam ok. Memang la tak terlawan dengan yang dah siap tanda tu sebab mereka cuma pegang 2 atau 3 kelas saja. Aku ni pegang 10 kelas okeh. Bak kata orang kampung, slowly but certainly. Hehehehe...

Monday, 25 June 2012

3 Hari 3 Malam

Ini adalah cerita sibuk minggu sudah. Memang betul-betul sibuk sampai tak masak seminggu. Hahaha... Kisahnya, lepas saja balik dari makan tengahari Isnin lalu, Encik Amir tiba-tiba tanya samada aku boleh buat hamper atau tidak. Kerja-kerja macam ni memang aku biasa buat dari dulu lagi cuma dah agak lama tak berkecimpung dalam bidang pembungkusan hamper ni. Kalau aku sanggup, beliau akan bagi duitnya serta merta untuk membuat dua puluh empat hamper yang akan digunakan untuk hari Rabu malam. Fikir dan fikir, maka dalam keadaan teragak-agak beserta galakan daripada Kak Rin, aku terima juga kerja tersebut. Lalu beliau menyerahkan duit berjumlah RM600 untuk dua puluh hamper cabutan bertuah dan empat hamper khas untuk pemenang pada malam tersebut. Sebaik saja menerima amanah tersebut, terasa sangat cuak. Mampukah aku menyediakan dua puluh empat hamper tersebut dalam masa 3 hari?

Maka talian hayat dihidupkan. Habis semua orang aku SMS untuk tanya pendapat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang idea. Jasa anda sangat dihargai. Bila dah ramai yang bagi idea, maka banyaklah bendanya. Sorang nak Mamee, sorang nak Chipsmore, sorang nak Toblerone, dan sorang nak ada benda selain makanan; untuk kenang-kenangan kata beliau. Maka semua pendapat itu aku pertimbangkan. Bila tanya pada Kak Rin, beliau cuma cakap bagi benda yang kita akan makan. Maksudnya, janganlah nak berkira sangat hamper tu nampak besar tapi makanan dalam tu entah apa-apa. Baik, berita faham! Hehehe...

Cadangnya nak balik tepat jam 5 tapi disebabkan pergi melawat tapak 5S dan membuat apa yang patut di situ, jam 6 juga aku keluar dari pagar pejabat. Tempat tujuan adalah kedai borong berdekatan restoran Sayang Manis. Macam-macam benda ada dalam tu cuma harganya adalah tetap. Belasah la labu! Mula-mula sekali aku tawaf satu kedai sampai tiga kali untuk melihat apa yang sesuai dibeli. Sedang tawaf tu, aku teringat kepada 'Menteri Kewangan' i Rakan yang pernah berkata sesuatu sewaktu kami membeli barang untuk hamper satu ketika dulu; "Kak, kalau nak beli barang tu, jangan bajet sangat. Nanti orang yang dapat hamper ni tak seronok pulak sebab isinya tak meriah. Duit ada banyak lagi ni." Hehehe... Maka aku pun pening kepala untuk pilih yang terbaik tapi masih dalam bajet. Sebab nak bajet, maka banyak kali aku tanya harga pada tauke kedai tu. Masaalahnya, tauke tu mesti cadangkan aku ambik benda sama dengan jenama lain yang aku tak pernah nampak yang pastinya berharga jauh lebih murah. Orang dah cadang, dengar je la kan. Nak ambik atau tak, itu keputusan aku sebab aku yang akan bayar nanti. Hahaha... 
Siap pakai seat-belt lagi Pepsi ni..hehehe..
Lepas satu jam, maka selesailah barang untuk hamper cabutan bertuah. Penuh satu kereta dengan barang-barang tu. Terus balik sebab waktu tu pun dah pukul 7. Disebabkan aku tak sempat singgah pasar untuk beli lauk dan tak larat nak masak, maka malamnya aku ajak semua orang makan di luar. Sebelum makan, singgah Eng Hup dulu untuk beli pembalut hamper dan satu barang bukan makanan untuk diletakkan dalam hamper tu. Balik dari makan malam pun dah pukul 9.30. Mula-mula macam malas nak mula balut tapi akhirnya aku balut juga 10 buah hamper selepas selesai menonton NCIS. Itu pun pukul 2 pagi baru aku tidur. Nasib baik minggu peperiksaan jadi tak perlu buat persediaan untuk kelas. 
Isi hamper yang siap dilekat dengan selotip dan bersedia untuk dibalut

Esoknya, lepas balik kerja sambung lagi cari barang untuk empat hamper yang akan diberikan kepada pemenang Anugerah Pakaian Tercantik pada malam tersebut. Kali ni agak mencabar sikit sebab aku bukan saja mencari barang makanan tetapi juga 'barang simbolik' untuk pakaian tercantik. Cadangan asal adalah brooch untuk perempuan dan butang baju melayu untuk lelaki tapi aku berfikir-fikir bahawa bukan hanya kaum Melayu yang ada pada malam tersebut. Jadi, aku putuskan untuk membeli tali leher untuk lelaki dan pashmina bagi perempuan; lebih universal. Disebabkan aku tak reti nak buat keputusan untuk pemilihan warna dan corak, maka sekali lagi talian hayat disambung. Terima kasih sekali lagi buat Kak Chik kerana membantu dalam pemilihan untuk kedua-dua barang tersebut. Bila dah dapat dua barang tersebut, maka sekali lagi pening kepala nak beli barang makanan untuk hamper bagi pemenang kategori pakaian tercantik. Kali ni aku beli di Megah aje sebab tak sempat dah nak pergi tempat lain. Cuma pilihan tak berapa nak banyak. Tapi boleh la..
Ini rupa 'tempat kerja' aku selama tiga hari

Barang simbolik untuk 'Anugerah Pakaian Tercantik'; tali leher dan pashmina

Malamnya, lepas mandi dan solat isyak, baru aku mula balut hamper. Mula-mula selesaikan baki hamper cabutan bertuah dan kemudian baru aku mula untuk hamper pemenang kategori. Aku cuma sempat siapkan kotak untuk diisi dengan barang yang menjadi simbolik 'Kategori Pakaian Tercantik' sebab lepas tu aku tertidur. Macam pelik juga kenapa aku penat lain macam hari ni. Lepas tu baru teringat yang aku jaga periksa petangnya jadi banyak berjalan dan menyebabkan penatnya lebih sikit. Hehehe... Nak tak nak, aku kena balik awal petang Rabu untuk siapkan empat lagi hamper dan membeli lagi pembalut yang tak cukup. Sebagai panduan untuk masa-masa akan datang, hamper kecil memerlukan pembalut dengan panjang 1 meter manakala yang besar pula memerlukan pembalut dengan panjang 2 meter.

 Hasil 'kerastangan' pertama

Riben yang siap sedia untuk diletakkan pada hamper

Waktu di pejabat, aku terfikir untuk buat sendiri riben untuk diletakkan pada hamper-hamper yang telah siap sebab ada beberapa gulung riben dalam simpanan. Mula-mula aku buat 4 riben kembang berwarna hijau. Lepas siap 4 riben tu, rasa macam tak sanggup je nak buat kembang-kembang lagi 20. Tapi akhirnya aku buat juga dua puluh riben kembang yang prosesnya mudah sikit daripada empat riben kembang tadi. Lenguh tangan ni buat riben tu bagi kembang. Mula-mula macam nak putus asa je tapi akhirnya berjaya juga siapkan semua riben. Kali ni, tepat pukul 5 aku keluar pejabat. Misi membalut hamper perlu diteruskan. Jadi balik rumah terus mula kerja. Siap balut empat hamper tu pada jam 7 petang. Aku ada lagi satu jam untuk buat sentuhan terakhir pada semua hamper tu. Dalam masa satu jam itulah aku lekatkan riben. Itupun tak sempat nak potong ekor dia kasi nampak cantik. Tag pun tak sempat tampal. Dalam pukul 8.30 aku gerak ke I*P dengan bantuan Abah untuk bawa kesemua hamper. Kancil tak muat ok nak letak semua hamper tu. Terima kasih Abah....

 Siap untuk dibawa ke tempat kejadian

Hasil terakhir selepas siap ditampal dengan tag untuk menambah seri..hehehe..

Sampai-sampai je aku terus cari tenaga kerahan untuk angkut semua hamper masuk dewan. Kebetulan terserempak dengan salah seorang pelajar ku maka aku pun berpesan untuk mencari sepuluh orang untuk angkut hamper. Terima kasih banyak-banyak kepada yang membantu. Lepas semua hamper diangkut, aku terus ke belakang pentas untuk buat sentuhan terakhir iaitu menampal tag. Tak cantik pulak kan kalau tak ada tag. Siap aje tampal tag, maka berakhirlah tugas aku. Phewww! 3 hari 3 malam aku mengerjakan hamper-hamper tu. Alhamdulillah sempat disiapkan. Jadi lepas ni kalau nak tempah hamper, boleh hubungi saya ye. Saya sedia menyediakannya mengikut kehendak anda. Hiks...

Berjaya!

Alhamdulillah, pejabat saya berjaya mendapatkan persijilan amalan 5S daripada MPC selepas diaudit pada hari Khamis lalu. Mungkin kerana tiada masaalah pada pra-audit yang lalu, maka kali ini pengaudit tidak memeriksa kawasan dengan terlalu teliti. Beliau hanya pergi ke tempat-tempat kritikal seperti bilik fail, stor dan bengkel yang melibatkan penggunaan mesin. Fuuhh! Lega...

Sudut 5S di zon saya

Aku bukan tonggak utama bagi kejayaan ini tapi ada juga menyumbang sedikit. Alhamdulillah, lepas bersama-sama stress satu pejabat, usaha kami berbaloi. Kepada yang baru nak mula untuk 5S ni, janganlah takut dengan entri stress aku yang ini. 5S ni memang memerlukan banyak masa dan tenaga untuk dilaksanakan. Rajin pun kena lebih sikit tapi tak mustahil ia boleh dilakukan. Stress memang akan ada sebab mana nak buat 5S, mana nak buat kerja hakiki lagi. Yang buat aku stress gila-gila tempoh hari tu sebab tiba-tiba semua benda nak kena selesai dalam satu masa dan benda yang selalu tak ada tiba-tiba datang menjelma. Memang nak bagi aku hangin la kan. Itu yang keluar entri merapu tu. Hehehe... Apa pun, tahniah kepada semua warga pejabat atas kejayaan ini. Semoga amalan ini berterusan dan menjadi sebahagian daripada rutin hidup.

Nota: Pejabat dah dapat persijilan maka rumah pun kenalah buat 5S juga. Hehehe..

Sunday, 24 June 2012

Cepat Sangat

Ahad minggu sudah aku berjaya juga memenuhi undangan majlis perkahwinan seorang sahabat di Unisel dulu walaupun aku sampai waktu ala-ala nak kena basuh periuk. Memang rancang nak datang awal tapi tak dapat jugak atas sebab-sebab yang tak dapat nak elak. Sampai sana pun dah pukul 3.30 dan dah tak ramai orang. Sempat la juga jumpa Ustaz Saedal dan beberapa kenalan waktu di Unisel dulu.

Hanya ada gambar ini sebagai tanda aku datang ke majlis perkahwinan Shah

Apapun, tahniah kepada pasangan mempelai walapun jauh di sudut hati ada perasaan terkilan kerana sebab-sebab yang tak dapat disebutkan di sini. Oh, dia bukan pakwe lama saya. Sila jangan buat spekulasi di sini ye! Hehehe... Salah satu perasaan terkilan yang muncul adalah sebab tak dapat jumpa pengantin sebab mereka dah keluar untuk penggambaran di luar. Haih, cepat sangat la korang ni keluar untuk bergambar. Tak patut betul! Patutnya kena tunggu sampai majlis habis. Sekali lagi, tahniah kepada pengantin dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menjalani hidup baru di alam baru.

Tak Lupa Sebenarnya

Selagi masih tak berapa nak rajin memuat naik gambar-gambar dari Pokcik Arba ke laptop untuk entri dalam draf yang makin hari makin bertambah, baik aku buat dulu entri yang tak memerlukan gambar dari kamera sendiri. Hehehe... Tahun 2012 sudah sampai di pertengahan dan bulan Jun sudah hampir ke penghujung. Jadi entri ini khas ditujukan kepada penerima-penerima ucapan selamat yang sangat lewat ini seperti yang tersenarai di bawah;


Jun
14 Jun - Shah, orang yang memperkenalkan i Rakan padaku
13 Jun - Nani, sahabat di Hamidiah
           - Hani, sahabat di Hamidiah (Tak sabar tunggu awak balik for good ^_^)
14 Jun - Maznee Man, sahabat Hamidiah yang penuh dengan kejutan
16 Jun - Izie, teman sebilik sewaktu di Tahun Asas
19 Jun - Dyaz, teman gosip dulu, kini dan selamanya... (Selamat memulakan latihan mengajar Ustazah. Anda boleh!)
22 Jun - Aida, sahabat zaman kanak-kanak yang bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi

Mei
5 Mei - Ain Nadia, sahabat Hamidiah yang juga akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi
15 Mei - Bazliah, sahabat Hamidiah
16 Mei - Cik Iti, makcikku yang ada di sisi mak ketika
              menghembuskan nafas terakhir


April
3 April - Abang Faiz, abang sulungku
           - Ifdal, adik yang sudah lama tidak diketahui khabar beritanya
25 April - Umie, sahabat rapat yang kejap ada kejap takde
30 April - Ain Nuar, sahabat Hamidiah yang bakal menjadi guru matematik..
              - Najib, sahabat i Rakan


Mac
14 Mac - Abang Farhan, abang keduaku
30 Mac - Na, sahabat Hamidiah juga teman bergosip


Februari
5 Februari - Abah tersayang
11 Februari -Kak Chik, sahabat yang berkongsi suka duka juga teman buang tebiat
28 Februari - Fendi, sahabat i Rakan


Januari
14 Januari - Abang Garang, sahabat i Rakan yang garang tapi handsome (kata beliau..)
20 Januari - Rahmah, sahabat i Rakan
26 Januari - Nabila, sahabat Hamidiah
27 Januari - Radin, sahabat Hamidiah yang ceria dan periang(Tak sabar tunggu awak balik for good juga..^_^)
                - Mada, sahabat Hamidiah yang sporting


Selamat Ulangtahun Kelahiran buat kalian semua. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dilimpahi rezeki yang berkat. 


Pengakuan berani dan jujur aku adalah sebenarnya aku tak lupa pun hari lahir mereka ni sebab dah letak dalam kalendar N6085 siap-siap. Jadi tepat jam 12.00 malam penggera akan berbunyi mengingatkan aku tentang hari lahir mereka. Tapi, aku selalu berazam nak jadi orang terakhir hantar ucapan selamat yang mana akhirnya aku pun selamatlah terlupa. Bila ingat, dah masuk hari baru dan segan nak hantar ucapan dah. Hehehe... Jadinya, mari jadi glamour kejap dengan tersenarainya nama kalian dalam Atas Nama Cinta. Hiks...

Thursday, 21 June 2012

Keperluan atau Kehendak?


Bulan ini aku terasa macam sangat memboros. Salahkan diri sendiri, tak salahkan orang lain. Pantang nampak benda cantik dan ada potongan harga, terus la tak tentu arah. Hahaha... Gaji masuk je, terus tak ingat dunia. Macam biasa, bila gaji masuk peruntukkan sedikit untuk Abah dulu. Sebahagiannya untuk bayar semula PTPTN dan pindahkan ke akaun simpanan dan selebihnya untuk belanja harian. Kalau aku tinggal dalam akaun gaji, memang habis macam tu je la.

Memandangkan dah memboros membeli kehendak diri sendiri, maka hingga gaji seterusnya aku kena disiplin. Kalau jalan-jalan, dan ternampak benda yang memikat mata dan hati, akal perlu berfikir dengan waras dan mengalahkan hujah-hujah nafsu yang jahat itu. Contohnya;

Eh, labuh la tudung ni. Corak dia universal, tak payah nak gosok dan boleh terus pakai. (belek, belek, dan belek sampai lapan kali)
Kejap! Tudung ni memang sesuai untuk dipakai dengan segera dan menyenangkan hidup dan labuh menutupi dada. Tapi kalau tak beli, kau keluar rumah masih lagi bertudung kan? Tudung yang dipakai tu pun mesti tak keronyok kan? TEEETTTT!

Pergh, set pinggan mangkuk ni unik la pulak! Ada corak bunga-bunga lagi. Tak macam yang ada kat dapur sekarang, kosong tidak bercorak. Sompek-sompek lagi. (kelebek kotak set pinggan mangkuk. Lepas tu tengok satu-satu set yang dipamerkan di atas rak sampai 20 minit) Kejap! Pinggan ni memang cantik dan menarik. Tapi kalau tak beli, kau masih makan nasi dalam pinggan kan? Tak sampai tahap kena cari daun pisang untuk letak makanan kan? TEEETTTT!

Haiyo, Samsung Galaxy W ni macam turun harga kan? Ciri-ciri dia lagi atas sikit dari Pokcik Arba. Kamera pun ada depan belakang dan boleh zoom. Eh, saiz dia pun lagi lebar dari Pokcik Arba. Senang nak taip SMS ni. (tenung lama-lama iklan Samsung Galaxy W sampai tembus dan berkira-kira wang yang bakal diperuntukkan untuk membelinya) Kejap! Galaxy W ni memang ada ciri-ciri lagi bagus dari Pokcik Arba. Harga pun masih boleh dipertimbangkan. Tapi kalau tak beli, kau masih boleh buat panggilan dan hantar SMS kan? Masih boleh berFacebook dan periksa email tanpa buka laptopkan? Boleh lagi nak tonton video Youtube sambil berjalan kan? TTEEEEETTTT!

Inilah antara delima dan konflik yang muncul dalam diri bila nampak benda yang menarik. Kalau nak, sedaya upaya pun aku akan berusaha untuk sediakan bajet bagi memenuhi kehendak itu. Tapi, bila berfikir secara waras, semua itu hanyalah kehendak semata-mata dan bukan keperluan. Aku masih lagi boleh hidup selesa tanpa benda-benda tu. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud; “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki dan tambahkan rasa bersyukur dengan menghargai dan berkongsi rezeki yang Allah bagi.

Sunday, 17 June 2012

Pesta Buku...


Saat yang ditunggu hampir tiba. Sebab tak dapat pergi pesta buku antarabangsa tempoh hari, maka yang ini aku akan usahakan untuk pergi juga. Tahun lepas sampai sanggup ambik cuti semata-mata nak ke pesta buku ni. Tahun ni tak payah cuti sebab aku memang dalam tempoh cuti. Tertanya-tanya juga bila acara tahunan ni berlangsung sebab biasanya iklan akan keluar dalam tempoh macam sekarang ni la. Bila ternampak macam banner pesta buku dekat tempat iklan di lampu isyarat depan Onking, terus aku Google Pesta Buku Selangor 2012. Yelah, nak toleh lama-lama dekat banner tu kang, ada yang kena langgar pulak. Jadi, tarikhnya dah dipastikan. Sekarang tinggal nak tanya Kak Chik bila beliau lapang untuk ke pesta buku ni. Biarpun tak banyak membeli, tapi rasa macam tak lengkap hidup kalau tak ke pesta buku ni tiap tahun. Eceh...hehehe..

Saturday, 16 June 2012

20 Minit Saja

Keluar dari Alamanda Sabtu sudah, matahari dah menyorok dan bulan pun sudah menampakkan diri. Aten kata nak cuba lalu Lebuhraya SKVE waktu nak pergi tadi. Tapi disebabkan kami lewat dari jadual asal, maka kami ikut je jalan biasa. Waktu balik, tiba-tiba ternampak papan tanda Lebuhraya SKVE. Teruslah Aten kata nak cuba lalu lebuhraya tu.

Disebabkan malam dan baru pertama kali, tergagau juga kami mencari papan tanda menunjukkan arah ke susur masuk SKVE. Mujurlah jumpa juga dengan bantuan papan tanda yang tak berapa nak lengkap dan juga logik akal Teman Jenayah ku. Hehehe...
Beria-ia Aten kata masih dalam tempoh percubaan waktu lalu plaza tol pertama tu. Tapi kalau percubaan, rasanya lalu je tanpa perlu ambil tiket transit. Tapi kami diberikan kad di plaza tol pertama. Kad ye, bukan tiket transit. Rupa kad tu macam ni;

Sepanjang jalan tu gelap gulita okey! Cuak juga kami berdua ni kot-kot ada 'beruang' melintas.  Hahaha... Dah la gelap, kereta pun tak banyak lagi. Lepas tu dok tertanya-tanya lebuhraya ni 'potong' ikut mana sebab sepanjang jalan asyik nampak 'Saujana Impian' je. Berteka-tekilah kami sepanjang jalan sambil Aten berkata; "Lain kali nak lalu jalan baru kena lalu waktu siang, barulah nampak keadaan sekeliling." Dah betullah ko cakap tu Ten. Lain kali okey. Hehehe... Sebab nak buat eksperimen jarak dan masa, maka kami kira masa bertolak dan tengok meter kereta.

Selepas 20 minit, kami jumpa susur keluar ke Telok Panglima Garang dan nampak plaza tol. Rupanya tempoh percubaan dah habis dan macam biasa, dah masuk lebuhraya kenalah bayar tol kan. Tol dari Putrajaya ke Telok Panglima Garang adalah RM 1.90. Jumlah masa diperlukan untuk sampai pada kelajuan sekitar 80 km/j - 90 km/j adalah kurang lebih 20 minit dan jaraknya adalah kurang lebih 20 km. Kan Ten? Lupa sudah... Hehehe.. Had laju di Lebuhraya ini adalah 90 km/j sahaja. Kalau nakkan kelancaran perjalanan tanpa perlu menempuhi lampu isyarat dan berselisih dengan lori-lori besar yang memenuhi jalan, bolehlah lalu Lebuhraya SKVE ni.

Friday, 15 June 2012

Exam Fever

The final exam for session 1/2012 has started so I would like to wish all my students all the best in your final exam
Do work hard and smart to get better marks for the exam as your carry marks are not that satisfying. 
Just bear in mind that you don't only need luck to get flying colours result. 
Study smart and READ THE INSTRUCTIONS carefully before answering the questions. 

Source: Here

Though you don't need only luck to success, I still want to say... 




....GOOD LUCK!






For further thought..
Source: Here

Seorang


Hari Ahad, bangun pagi-pagi sebab ada tuisyen. Gosok baju yang agak formal sikit sebab lepas tu nak pergi kenduri kahwin Kak Akmal, ustazah di tempat aku praktikal dulu. Lepas habis kelas, perut adalah sangat lapar sebab tak sempat makan pagi tu. Jadi singgah beli lauk dan makan dulu sebelum balik rumah untuk balut hadiah.

Gerak dari rumah pun dah pukul 12 lebih sebab basuh cadar dulu. Mesin yang tolong basuh tapi kena juga tunggu untuk sidai. Balut hadiah lagi. Lewatlah jadinya. Dah lama tak memandu ke tempat jauh sendirian, aku adalah menjadi sangat mengantuk. Nasib baik ada Clorets, bolehlah makan untuk kurangkan sikit mengantuk tu. Sampai rumah Kak Akmal dalam pukul 2 lebih. Senang je nak cari rumah beliau sebab perumahan tu terletak di tepi jalan besar dan jalan tu pun tempat laluan rutin suatu masa dulu.

Memang aku pergi sorang-sorang pun sebab tak tahu nak ajak siapa. Mira tak dapat dihubungi dan tak nak kacau orang lain. Dengan dipenuhi perasaan segan, aku pun berjalan ke deretan khemah yang dihias dengan kain berwarna biru laut dan merah jambu. Sorang pun soranglah janji aku sampai dan penuhi jemputan. Datang-datang je terus masuk dalam dulu jumpa Kak Akmal. Ulang kali Kak Akmal tanya; "Paien sorang je ke ni?" (beliau panggil aku Paien dari dulu lagi) "Iye kak, saya seorang je." Kalau dah kahwin, bertemanlah saya dengan encik suami (kata aku dalam hati). Kehkehkeh... Salam dan salam, bagi hadiah dan bergambar. Rupanya majlisnya dah awal-awal tadi. Jadi tak dapat nak bergambar sekali dengan suami Kak Akmal sebab beliau dah ke surau untuk solat zuhur. Lepas tu baru aku makan. Ada penanggah yang sendukkan nasi dan waktu beratur tu, depan aku semua lelaki. Lelaki biasalah makan banyak dan bila sampai giliran aku, penanggah tu pun sendukkan nasi berkuantiti sama macam orang di depan aku. Erk! Nak suruh kurangkan, belakang aku ada lagi orang beratur dan beliau pun dah siap-siap nak senduk nasi untuk orang belakang. Belasah ajelah. Lauk sedap sebab masakan jawa. Lama jugalah aku habiskan nasi yang penuh sepinggan tu. Lagi pun tunggu Kak Akmal solat sebelum bersalam untuk balik.
Eh, bajuku sama tema pulak dengan pengantin..hehehe..

Lepas minta diri, terus aku menghalakan kereta ke Aeon Bukit Tinggi. Tak puas hati dengan sandal yang dibeli semalam, maka nak beli sandal baru yang lebih sesuai. Waktu pergi lalu Lebuhraya Selat Utara sebab malas nak tempuh kesesakan di Bandar Klang tapi waktu balik ikut Bukit Raja sebab kedekut nak bayar tol bernilai RM2.70. Hahaha... Cadangnya nak jalan-jalan dalam Aeon ni satu jam je tapi menjadi seorang aku, satu jam adalah bersamaan dengan dua jam. Mula-mula cari sandal dulu. Nak beli sandal di sini adalah seronok dan mudah sebab ada banyak pilihan dan harganya pun taklah terlalu mahal. Pilih, pilih dan pilih. Dapatlah sepasang yang selesa dan ringkas. Lepas tu pergi kaunter Clinique sebab nak tukar maskara AVON aku tu dengan maskara dia secara percuma. Pakai beberapa kali je pun maskara tu sebab mata aku jadi gatal. Sensitif kot dengan maskara AVON. Baru cadang-cadang nak beli Clinique punya tapi bila dia buat promosi macam ni, haruslah aku tak lepaskan peluang. Hehehe...

Lepas tu naik tingkat atas untuk ke Popular. Tapi melencong dulu kejap ke bahagian pinggan mangkuk Jusco. Pertama kali kot aku jejak kaki kat bahagian ni di Bukit Tinggi. Pergh, macam-macam ada! Lama gila aku pusing-pusing kat bahagian pinggan mangkuk ni. Ingat nak beli set pinggan mangkuk baru. Tapi semuanya macam tak sesuai je. Kalau boleh tak nak beli yang ada set cawan tapi yang tak ada set cawan semuanya untuk pasangan baru kahwin; ada set pinggan untuk dua orang. Ada juga yang untuk empat orang tapi coraknya tak cantik. Akhirnya, aku terbeli mangkuk Borcam empat segi sama berukuran 22 cm. Beli sebab teruja jumpa mangkuk jenama Borcam dekat Jusco. Nak beli Pyrex, tak mampu. Borcam pun bolehlah. Hahaha... Hampeh betul. Nasib baik ada diskaun 10%. Tak adalah rasa bersalah sangat.
Nak tahu barang tu ada diskaun ke tak, tengok pelekat hijau tu. Kalau ada pelekat tu maknanya ada diskaun la tu tak kisah warna apa pun. 

Dah bayar, baru pergi ke Popular. Berharap untuk beli Sunan Musafir tapi tak ada pulak. Laku betul Sunan Musafir ni sampai susah sangat nak cari walaupun dah sebulan lebih buku tu terbit. Pun begitu, banyak juga aku borong. Stok untuk sebulan katanya. Cait... Masalah betul. Pantang pergi kedai buku, mesti nak beli macam-macam. Walaupun tak ada duit tunai dalam tangan, sejak pakai Visa debit ni seronok je aku hulur kad kat kaunter. Hulur kad sebab aku tahu dalam akaun ada duit. Kalau tak, tak adalah jugak kan. Kehkehkeh... Inilah dia stok untuk sebulan aku;
Sebulan katanya. Tapi novel tu sekali hadap je. Hahaha...

Disebabkan inilah aku perlu beringat-ingat dengan keadaan kewangan yang ada sekarang. Padan muka!

Terkilan...

Sabtu sudah, rancangnya nak tengok 'Si Seputih Salji dan Si Pemburu' sebab dari saat terlihat iklannya waktu menonton 'Cermin oh Cermin' bulan lalu, sudah pasang niat. Aku kalau cerita-cerita dongeng macam ni memang tak boleh kompromi. Nak jugak tengok! Cerita lain tak apa. Hehehe... Maka, dengan tak bijaknya aku ajak Aten ke Alamanda sebab memikirkan tempat itu dekat dengan kawasan kami bermastautin suatu masa dulu maka mungkin ada lagi orang lain yang boleh datang berjimba bersama kami. Sebelum ni memang aku beli tiket siap-siap tapi GSC ni kedekut pulak tak bagi bayar guna Visa debit. Ciss! Dengan pasrah kami menuju ke Alamanda. Sebelum tu singgah di KTM UKM dulu ambik seorang lagi teman jenayah yang agak lama tidak ditemui.

Sampai je Alamanda terus menuju kaunter tiket. Seperti yang aku jangka, tiada tempat duduk kosong langsung untuk tayangan jam 1.45 dan juga 4.30 petang. Terkilan betul... Lain kali tak nak datang GSC Alamanda dah. Kerana terkilan, kami pun melayan rasa terkilan dengan makan. Mula-mula beli Famous Amos sebab bau dia menggoda betul. Tambah-tambah perut tengah lapar, mahal pun mahal lah. Tapi biskut coklat cip yang aku buat lagi sedap sebab Famous Amos punya biskut manis tahap gaban. Hohoho... Lepas tu pergi makan berat pulak. Aten ajak makan kat Johnny's. Aku ikut je.

 Ustazah-to-be yang 'rock'..

Tuan Tanah dan Teman Jenayah

 Nasi goreng pedas kena-tipu-dengan-ilustrasi-menu

 Bihun tomyam

 Nasi ayam kena-tipu-dengan-ilustrasi-gambar

Tempat makan

Lepas makan, merayap ajelah dalam Alamanda sambil buang tebiat. Aktiviti paling banyak yang kami buat adalah MAKAN. Alhamdulillah, langsai juga 'hutang' yang tertunggak berbulan lamanya. Sebab dah niat dan janji nak bagi, kena tunaikan juga dan selagi belum terlaksana, rasa tak sedap hati.

 Tuan Tanah dan Orang yang 'dirai'

 Mereka

 Minuman kami

Makanan kami

Selepas..

Sampai malam juga kami bertendang di Alamanda tu walaupun aku tak berapa berkenan dengan Alamanda. Lagi suka 'ukur' Aeon Bukit Tinggi. Terima kasih kawan-kawan sebab temankan saya mencari kasut walaupun tak jumpa yang berkenan di hati. Aku yang nak cari sandal, kamu orang yang beria-ia mencuba kasut-kasut yang terpamer. Apa kes? Hahaha... Akhirnya beli jugalah sepasang sandal walaupun aku macam tak berkenan sangat dengan sandal tu. Nak pakai untuk pergi kerja je pun menggantikan sandal yang dah nazak ni.

Bila dah sampai rumah, aku tengok balik macam tak sesuai la pulak nak dipakai pergi pejabat sebab nampak macam 'rumit' je rekaan sandal tu. Erm... Maka esoknya muncul pula cerita sandal baru. Hehehe...

Apa pun, terima kasihlah kepada teman jenayah terbaik yang berjaya membuat aku percaya benda yang tak benar tu selama setengah tahun hinggalah aku sendiri merasa benda 'letup-letup' yang beliau katakan tu. Apa benda yang letup-letup tu? Ha, tengok gambar bawah ni


Hahahahahampeh! Semoga dapat berjumpa lagi kawan-kawan. Akhir sekali, cubaan menangkap gambar kami berempat yang lagi banyak gagal daripada berjaya.

 Percubaan kedua - aku dan Dyaz jadi 'bingkai'..hahaha

Percubaan kelapan- Semua orang muncul dalam gambar..yeay!

Wednesday, 6 June 2012

Cakap Baik-baik Sikit Ha..

Anda pembaca terpilih? Dapatkan kata laluan daripada Tuan Tanah [^_~]