Engagement Fund ;)

Monday, 16 July 2012

Bihun Dawai



Masak bihun ni dah lama. Sebab musabab bihun ini dimasak adalah kerana tak puas hati makan bihun yang disediakan oleh pihak kafe sempena menjadi AJK Robot Challenge tempoh hari. Kurang perencah dan bihunnya agak keras. Menjadi seorang aku, walaupun tak berapa sempurna cara masakannya, tidaklah aku nak kutuk lebih-lebih. Cukup sekadar cakap; "Bihunnya tak berapa sedap." Syukurlah sebab masih diberikan rezeki walaupun tak sempurna. Dapat makan dan percuma pula tu. 


Dari dulu lagi aku tak berapa kisah bab makan ni. Apa yang orang hidang, makan saja. Kalau tak sedap atau tak kena pada selera, jamahlah sikit dan tak perlulah nak komen lebih-lebih sangat. Bimbang nanti kufur pada nikmat pula. Agaknya dah biasa makan makanan asrama yang sederhana dan kadang-kadang tak sempurna. Kalau diingat semula, menu di asrama dulu sudah diatur dan akan ditukar setiap hari. Bihun goreng termasuk dalam menu yang disediakan sebagai santapan untuk sarapan atau minum malam. Ada masa, bihun goreng yang dimasak adalah sangat sedap hinggakan kami tak segan untuk tambah lagi. Itu pun kalau tak ramai orang turun makan la. Kalau ramai, tak tambah sebab nanti tak cukup. Kadang-kadang, bihunnya masin. Yang paling haru bila bihunnya seperti tak masak langsung; masih keras macam dawai! Bila bihun itu yang dihidangkan, kami pasrah saja. Kadang-kadang kami telan barang dua ke tiga suap untuk alas perut. Kadang-kadang memang tak tertelan langsung sebab tak rasa bihun goreng. Keras, perencahnya belum sebati dan berbau hanyir dek kerana fishball dan fishcake yang digunakan sebagai perencah belum cukup masak.

Itulah pengalaman sepanjang lima tahun tinggal di asrama. Terlalu banyak kenangan yang tercipta dan kami tak jemu-jemu mengenangnya kembali bila bertemu. Biarpun diulang cerita, tetap tak pernah jemu. Dengan pengalaman-pengalaman seperti itulah yang menjadikan aku lebih berdikari dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Berebut-rebut...


Alhamdulillah, sudah masuk minggu kedua bulan Julai dan hanya tinggal empat hari untuk bertemu ramadhan. Minggu ini juga minggu kedua aku bekerja semula. Kalau diikutkan, untuk kali ini sebenarnya tak ada senggang pun untuk memperbaharui kontrak. Kiranya habis 30 Jun, 2 Julai tu terus lapor diri. Tapi sebab surat sampai lambat, maka aku hanya lapor diri pada 4 Julai.

Masuk kerja je terus sibuk cetak SPC dan sediakan borang-borang untuk pendaftaran pelajar baru memandangkan kali ni aku duduk dalam AJK Pendaftaran. Alhamdulillah, belajar benda baru kali ni. Kalau tak asyik cenderahati atau jemputan. Hehehe... Hari ni pendaftaran pelajar lama dan kelas masih belum bermula minggu ini. Biasanya minggu pertama memang tak ada kelas sebab nak buat persediaan di bengkel dan sebagainya. Kalau ikut aku, memang nak buat kelas je tapi kita ikut la apa yang dah ditetapkan. Takwim semester ni dah siap, tugasan yang nak diberi pun dah siap.

Esok dan Rabu kena pergi kursus sebab dah tak ada orang nak pergi. Masing-masing pun ada kursus lain yang sudah dirancang dari awal. Itu tak termasuk program-program luar dan dalam yang berjalan sepanjang minggu ni. Semua berebut-rebut nak buat program minggu ni. Nak kejar sebelum puasa kot. Apa-apa pun, saya yang menurut perintah aje. Sebelum aku kembali mengabaikan blog kesayangan ni, Tuan Tanah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua peminat setia pembaca blog picisan ini dan juga kepada anda yang termasuk ke blog ini secara tidak sengaja. Mari ambil peluang untuk menambah pahala dan memperbanyakkan ibadah dan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT, inshaAllah..

Sumber gambar seperti yang tertera

Monday, 9 July 2012

What A Pen Can Do To Your Life?

I saw this on one of my lecturer's FB page this morning and I think it's something worth to share. Lets see what a pen can do to your life...

Hahaha... That's why I always keep a pen in my handbag. We never know when we'll need it. Chill peeps!

Sunday, 8 July 2012

5th July 2012

It's been a while since my last post here. I have so much to tell and share but the mood for writing just doesn't show up. I'm not feeling well plus my emotion is still in unstable condition. Something came up and I never know it will affect me this much. Disebalik rasa hati yang lara, I got an unexpected news on Tuesday, 3rd July whereby a call came from my boss telling that my contract has been renewed. Alhamdulillah... So I came for work on Wednesday and apply for a holiday on Thursday since I've planned to soothe my unpleasant feeling on my birthday from the beginning. Ada pernah dibuat orang tak baru masuk kerja dah mintak cuti? Hahaha... Segan tu, segan juga waktu nak minta pengesahan daripada bos tapi tak ada syarat yang mengatakan aku tak boleh mohon cuti biarpun baru mula bekerja. Alhamdulillah cuti diluluskan. Jadi 5 Julai 2012 adalah diraikan dengan bercuti dan membuat apa yang aku rasa boleh mengembalikan semangat yang hilang.

I didn't hope something extraordinary happen for my birthday this year and I didn't even expect that I'll receive wishes from my friends since the forgetful me just always forget to send birthday wishes on their birthday. Hehehe... Thank you very much to those who have sent your warm wishes on my birthday. Your thoughts are very much appreciated.

I'm now officially 24 and I must start thinking about my life seriously as someone said; A year older makes a person wiser. I guess, I should start by following the 7 Steps to Happiness. 

*I think, this is the most pathetic birthday ever. No cake. No celebration. No present. Nobody by my side on that day. Just me myself wandering around comforted my unpleasant heart and feelings.

Wednesday, 4 July 2012

Unstable Emotion

Published with Blogger-droid v2.0.4