Engagement Fund ;)

Friday, 31 August 2012

Nak Nasi Jugak

Tiap kali Ramadhan, memang akan ada sesi berbuka di restoran. Kalau kata nak buka di luar, bukan dekat restoran berdekatan. Terus ke Bangi nun atau ke Shah Alam atau ke Klang. Sambil menyelam, sambil minum air katanya. Alang-alang dah keluar, cari sekali apa yang patut. Sesi pertama, kami ke Bangi. Memandangkan bertolak dari rumah sudah agak lewat, maka sampai di lokasi untuk berbuka juga ngam-ngam nak azan. Kali ni, Restoran D'Limau Nipis menjadi pilihan. Abah tetap juga nak berbuka dengan nasi. Alhamdulillah, masih ada tempat kosong walaupun hanya meja tambahan dan lauk-pauk juga masih banyak pilihan. Kami duduk di ruang tambahan yang merupakan meja-meja yang diletakkan di bahagian tempat meletak kereta berhadapan restoran dimana sebuah kanopi didirikan di situ. Bukan duduk bawah kanopi, tapi hanya berbumbungkan langit. Kanopi tu untuk lauk-pauk. Tapi lebih seronok sebab nyaman menghirup udara luar.
 Meja kami

 Ikan pari bakar - sedap + besar

 Sotong bakar- sedap + segar + besar

 Pinggan aku - nasi separuh + kailan ikan masin + keli goreng berlada + kacang botor + budu = Terbaikkk!

Air d'limau nipis istimewa yang memang seddaaaapp....

Kalau kami ke Bangi pada hari biasa pun, memang kadang-kadang akan singgah makan di sini sebabnya ada banyak pilihan lauk selain harganya yang berpatutan. 

Sesi kedua adalah beberapa hari sebelum raya. Kali ni kami ke Klang pula. Kononnya nak cari baju melayu tapi tak beli pun sebab Abah tak nak baju baru. Yang ini pun keluar rumah agak lewat juga jadinya tak ada kedai yang available lagi. Semua dah penuh. Maka kami hanya berbuka dengan roti dan air kosong dulu kemudian solat maghrib. Selepas tu, barulah cari makanan berat. Destinasi yang awalnya tak mahu dituju jadi pilihan akhirnya. Kalau ke situ, memang kami kan ke Rasamas sebab itu adalah restoran makanan segera yang ada nasi dan logo halalnya tidak meragukan.
 Teh susu tak asli bersama biskut mentega (tak asli sebab guna yang segera punya)
 Makanan mereka - set Ramadhan untuk 2 orang + nasi lemak
 Spaghetti masam - aku buat sendiri lagi sedap..hehehe
Combo plate - ada drummet, wedges, nugget dan hash brown

Disebabkan Abah nak air panas, maka aku minum air warna merah jambu yang termasuk dalam set nasi Abah dan Abah order air teh susu tak asli tu. Hehehe... Tapi air pink tu memang sedap. Selalunya memang aku tak akan pesan spaghetti kalau makan di luar sebabnya selalu aku rasa harga yang dikenakan tak berbaloi dengan apa yang dihidangkan. Cuma kali ni entah kenapa aku gatal nak makan spaghetti pulak. Ambik ko! Masam kuah dia. Terkulat-kulat aku kunyah nak habiskan. Hahaha... Dua kali ini saja kami berbuka di luar. Selebihnya beli di param. Kali ni memang aku sangat sangat sangat malas nak masak. Tak tau kenapa tapi memang tak ada seruan nak masak. Kalau masak pun boleh kira dengan jari tangan je. Itu pun masakan yang mudah. Nasiblah ada orang jual makanan untuk berbuka. Kalau tak, makan roti je la. Hehehe..

She's Married...

 Debaran sebelum diijabkabul

Tanggal 22 Ogos 2012 menyimpan sejarah berharga seorang sahabat. 
Dia adalah antara sahabat yang paling rapat di Hamidiah dulu. 
Dia seorang sahabat yang sentiasa sabar dan jarang marah.
Kami pernah belajar di kelas yang sama malah duduk bersebelahan. 
Kami juga pernah tinggal di dorm yang sama dan berjiran katil.
Kami turut sama-sama bergelar Pengawas Koperasi.
Kami juga kadang-kadang melakukan 'kerja gila' bersama.
Dia juga yang banyak membantuku memahami dalam subjek Matematik.
Dia kerap mengunjungi rumahku biarpun jarak rumahnya agak jauh.
Malah, dia juga sanggup hadir ke salah satu program kelolaanku sewaktu di universiti dulu biarpun perjalanan yang harus ditempuh memenatkan.
Kini dia sudah sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki.
Maka, berkuranglah sudah geng merayap kami.
Sekalung tahniah buat Maznee Binti Abdul Aziz dan suami atas pernikahan kalian.
Semoga cinta yang dibina atas dasar taqwa ini mendapat restu Ilahi.
Ku doakan rumahtangga kalian sentiasa disinari kebahagiaan dan dinaungi rahmat Allah.

Selamat menyulam cinta, hingga ke syurga...
Candid shot *picture that I like the most*

Nota: Waktu aku bersalaman mengucapkan tahniah kepada Man juga waktu kami berpamitan, setitik pun air mata tidak mengalir biarpun terasa sungguh sebak. Waktu aku menaip entri ini, sudah bertitik-titik air mata mengalir. Oh, begini rasanya bila sahabat yang rapat melangkah pergi ke alam baru.

Thursday, 30 August 2012

Shakshouka

Kembali bersiaran di hari Khamis. Bila masuk kerja terus duduk dan hadap kertas merah jambu, pukul 12.00 aku dah tak fokus. Jadi, rehat kejap sambil tulis entri tertunggak ni. Kali ini nak berkongsi satu resepi dari Timur Tengah yang wajib tersenarai dalam menu di restoran-restoran nasi arab yang tumbuh bagai cendawan sekarang ni iaitu shakshouka. Bila tengok dalam menu, takut nak order sebab tak tahu dia letak apa melainkan ada penerangan di bawah nama masakan tu. Dalam bulan puasa tempoh hari, ternampak resepi ni di rumah Kak Ayu. Terus terseru semangat nak membuatnya. Masa nilah aku nak rasmikan mangkuk Borcam segi empat yang baru rembat tu. Hehehe... Memandangkan banyak bahan dah ada, aku cuma perlu cari beberapa bahan yang tak cukup je lagi. Mari kita lihat resepinya....

Shakshouka
Sumber: Kak Ayu
Selepas dibakar

Sebelum diletakkan telur

Bahan-bahan:

500g minced beef - aku guna 400gm = satu paket daging kisar Ramly
3 sudu besar cili kisar - aku kurangkan kepada 2 1/2 sudu
3 sudu besar bawang putih kisar*
2 sudu besar halia kisar* (*aku campurkan kedua-duanya, kisar, dan dapat 4 sudu)
4 sudu besar serbuk kari daging - guna 3 sudu je
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 cawan sayur campur
1 tin tomato puree saiz sederhana
4 sudu besar sos tomato
1/2 - 1 sudu besar gula
1 - 2 cawan air
garam dan serbuk perasa

topping
2 biji bawang besar dadu - guna sebiji je
2 biji tomato potong dadu - guna sebiji jugak
sedikit daun ketumbar - tak letak
1 - 2 lada merah hiris halus
1 - 2 lada hijau hiris halus
6 biji telur - guna 4 biji je


cara memasak
1. campurkan daging + bawang putih kisar + halia kisar + serbuk kari dan perap selama 20 minit.
2. tumiskan bawang besar hingga layu dan masukkan cili kisar. tumis hingga pecah minyak.
3. masukkan perapan daging dan gaul rata. masukkan 1- 2 cawan air.
4. bila dah 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campur dan tomato.
5. kacau rata dan masukkan garam, gula secukup rasa.
6. reneh sebentar dan matikan api. hidangan ini tak boleh terlalu cair atau terlalu kering

cara hidangan
1. masukkan daging ke dalam loyang/mangkuk tahan bakar dan ratakan.
2. taburkan topping atas daging.
3. buatkan lubang untuk telur dan bakar dengan suhu 180 c selama 15 minit atau hingga telur hampir masak.
4. boleh makan dengan roti

Terima kasih pada Kak Ayu kerana berkongsi resepi di blognya. Sebiji-biji aku taip balik dari blog beliau. Hehehe... Selama ni asyik masak masakan Western je, kali ni masak masakan Eastern pulak. Rasanya memang berbeza sebab dia berempah dan pedas. Tang pedas tu aku suka. Kalau resepi asal, dia letak segala mak nenek rempah dan gunakan kacang. Ini mengikut apa yang aku jumpa di kebanyakan web masakan dan juga melalui pembacaan di Wikipedia. Resepi ni mungkin dah ubahsuai ikut tekak Melayu kot. Hiks... Memang sedaplah dimakan bersama roti. Macam aku, aku bakar kejap roti tu bagi dia macam rasa rangup. Boleh buat lagi lain kali. Ini untuk 4 orang makan pun banyak. Tak dapat habis dalam satu masa. Lebihnya, aku masuk dalam peti dan esoknya buat kebab pulak. Sumbat inti, selit cheddar cheese sekeping, taburkan bawang besar yang dihiris dan carikkan kepingan keju atas bawang  tadi. Bakar dalam 10 minit pada suhu 170 celcius.


Friday, 24 August 2012

Minggu Terakhir Sebelum Cuti Raya

Macam biasa, dah cukup peraman baru aku nak keluar cerita. Hahaha.... Sebelum mula bercuti untuk hari raya, banyak juga aktiviti yang berlaku di pejabat. Kelas ku pula hanya berjaya berjalan seperti biasa untuk semester 1 iaitu pada hari Selasa. Kelas bagi semester 2 tidak dapat dilaksanakan kerana para pelajar diberi pelepasan kelas sempena aktiviti untuk hari kemerdekaan. Pertama kali aku tak ralat bila diberitahu tiada kelas sebabnya mood nak mengajar ada sikit lari. Hehehe... Patut la minggu sebelumnya aku beria-ia bagi 'ucapan raya' sebelum kelas berakhir sampai mereka tanya samada minggu depan ada kelas ke tidak. Rupanya memang tak ada kelas.

Hari Isnin petang, aku memenuhi undangan berbuka pelajar-pelajar semester 1 dan 2 bengkel Rangkaian di Morib. Awal-awal lagi mereka dah khabarkan tentang majlis tersebut dan memandangkan aku pun sentiasa lapang dan dekat, layan aje. Hehehe.. Hari Selasa pulak ada aktiviti memasak bubur lambuk tapi tak terlibat. Jadi cuma kaut sebungkus bubur waktu nak balik petangnya. Pagi Rabu 15 Ogos tu, ada aktiviti mengecat bendera sempena sambutan bulan kemerdekaan mengikut bengkel masing-masing. Tak pergi tengok pun sebab malas nak berjalan ke belakang. Pada sebelah petangnya pulak, ada perhimpunan bulanan pelajar dan pengajar dan diikuti pula Salam Ukhuwwah Aidilfitri diantara pelajar dan pengajar. Penat senyum dan fikir nak cakap apa. Sudahnya aku ulang dialog yang sama untuk setiap orang yang bersalaman. Hehehe...

Hari Khamis, pejabat dah mula sunyi sebab dah ramai yang mula bercuti. Waktu ni la Tuan Pengarah tanya soalan kat Tuan Tanah dan setiap orang yang tinggal dalam pejabat tu;
TP: Cikgu balik raya di mana tahun ni?
TT: Saya beraya di sini je, K****** D****.
TP: Memang asal sini ke?
TT: Ha'ah, mak dan ayah asal sini. Jadi beraya di sini saja.
TP: Tak seronok lah, tak merasa suasana balik kampung.
TT: Senyum aje....

Kemudian, ada acara memasang bendera dan kain rentang yang telah siap dicat. Rezeki mereka agaknya sebab hujan sepanjang hari tu melainkan waktu mereka pasang bendera. Memandangkan aku keluar dah agak lambat, tak sempat nak tengok kain rentang hasil pelajar-pelajar Rangkaian dan Pengaturcaraan. Jangan kata aku pilih bulu ambik gambar pelajar lelaki je pulak bila tengok gambar-gambar ni. Hahaha... Dah memang pelajar-pelajar lelaki yang ada, nak buat camana? Kalau suruh sekali budak perempuan tolong gantung bendera ni, alamat ada yang termasuk longkang kang gara-gara tak lepas melangkah longkang besar kerana berbaju kurung.
 Bengkel Multimedia

 CADD Senibina

 CADD Mekanikal

 Pelajar dari bengkel Pengaturcaraan

 Dari bengkel CADD Senibina

 Dari bengkel Rangkaian

 Dari bengkel Rangkaian lagi

Menjalar bendera Malaysia dari hujung ke hujung

Pada sebelah petang, aku pulun buat Rekod Kedatangan semester 1 dan Rekod Pengajaran. Selalunya awal-awal lagi aku dah siapkan tapi memandangkan ada saja pelajar baru yang mendaftar hampir setiap hari dan mesin pencetak asyik meragam je, aku pun tunggu la semua pelajar habis mendaftar dan waktu yang tak perlu nak berebut dengan orang lain. Printer tu ada 2 je dan nak dikongsi dengan lebih 20 orang yang ada dalam pejabat. Naya je kang kalau orang tiba-tiba print guna kertas hijau aku.
Siap!!! Hijau pekat untuk Semester 1 dan hijau fluorescent untuk Semester 2

Hari Jumaat, tinggal beberapa orang je dalam pejabat tu dan masing-masing buat hal sendiri je. Yang pasti, tak adalah fokus pada kerja sebab mood nak buat kerja tu memang dah tak ada. Hehehe...

Thursday, 23 August 2012

Syawal 1433 H

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Saat ini, sudah pun masuk ke 6 Syawal. Niat di hati, mahu berpuasa 6 namun masih belum dimulakan lagi. Raya tahun ini sama juga seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya. Tidak semeriah waktu Arwah Mak masih lagi ada. Persediaan pun biasa-biasa saja. Baju raya pun mujur juga ada. Itu pun bila hantar ke Kak Wan (tukang jahit baju-baju ku), beliau tanya; "Ini untuk baju raya ke?" Tak perasan pun waktu tu dah nak tiba semula bulan Syawal. Daripada baju basahan (untuk ke pejabat) menjadi baju raya. Mungkin juga kerana usia dah meningkat maka tak berapa nak kisah pun pasal pakaian raya. Ada, ada la. Tak ada, pakai saja baju-baju yang ada. Juadah raya pula, aku hanya menyediakan rendang daging dan mentaram. Tak buat sambal kacang sebab lebihan sambal kacang dari punjungan jiran-jiran pun banyak berbaki. Kuih raya pun cuma buat sejenis saja. Selebihnya tunjuk-tunjuk sudah. Alhamdulillah tahun ini berjaya sediakan duit raya untuk anak-anak saudara dan sepupu-sepapat. Rezeki yang ada, kita kongsikan bersama. Secara keseluruhannya, hari raya kami biasa-biasa saja.

Dikesempatan ini, Tuan Tanah ingin memohon ampun dan maaf buat semua pengujung Atas Nama Cinta samada yang mengenali diri ini di alam nyata mahupun hanya mengenali di alam maya melalui penulisan Tuan Tanah yang sekadar catatan kehidupan seorang hamba Allah. Maafkan andai ada tersalah kata, tersilap taip mahupun terusik hati dengan gurauan yang mungkin tidak kena. Semoga Syawal kali ini dimanfaatkan sebaiknya dan diisi dengan perkara-perkara yang mendatangkan pahala. Selamat menyambut Aidilfitri buat semua. 

Sebelum berangkat ke rumah Nenek 

Keluarga kecilku bersama Nenek

Thursday, 16 August 2012

Tat Nanas


Tat nanas ke tat nenas ek eja dia? Sedari, tolong semak dalam Kamus Dewan saya. Lupa nak ambik haritu. Hehehe... Macam tahun sudah juga, aku tempah aje kuih raya di pejabat. Orang tu keluar senarai lain, orang ni tunjuk kuih lain. Tapi aku tempah kat Kak Dayah je sebab beliau ada bawa sampel untuk dirasa. Tempah almond london satu, tat nenas satu, kapit cornflakes dua. Yang tempah dua tu sebab dia adalah sedap dan jarang ditemui. Harga pun kira murah. Dekat Na pun tempah juga tat nenas. Lepas tu tempah juga kek kukus buah dan tat nenas daripada Kak Azie. Maka secara tiba-tiba aku dah ada 4 bekas tat nenas. Erk? Siapa nak makan banyak-banyak ni? Balang kuih ada 12, karang aku isi 4 balang dengan tat nenas, dan yang lain isi kuih yang ada dan kerepek. Harus kena kutuk dengan tetamu sebab tarik balang ni, tat nenas. Balang depan tu, tat nenas. Lepas tu yang balang hujung tu pun tat nenas jugak? Hahaha...

Tapi tat nenas yang dibeli daripada Kak Azie adalah sangat sedap! Dohnya tak hancur dan intinya tak masam juga tak terlalu manis. Memang dah lama nak tempah dari beliau tapi asyik tak jadi je. Bila nak beli kek kukus tu, tempahlah sekali. Sesiapa nak tempah, boleh pergi ke blog beliau.

Tat nenas yang cair di mulut, tidak di tangan.

Kuih lain yang wajib ada tiap tahun adalah rempeyek. Macam biasa aku tempah pada Wak Jiah - kawan Arwah Mak. Memang dari dulu Arwah Mak tempah pada dia dan bila makcik-makcik aku mintak tolong belikan pun, tempah pada dia juga. Lepas tu mereka juga kirim kerepek. Kerepek ni memang kena ke kilang dia. Tapi lambat sikit je, ko memang tak dapat dah kerepek yang ko nak. Nak dapat semua kerepek yang ditempah, memang kena pergi semua kilang yang ada kat sini dan kampung sebelah. Orang pulak sentiasa ramai sampai kena beratur panjang. Sambil-sambil beli kerepek untuk orang, aku pun beli untuk rumah juga dan tiba-tiba dah banyak jenis kerepek pulak. Hehehe...

Untuk biskut buatan sendiri, mungkin akan buat biskut yang mudah dan tidak perlu diterap. Hanya buat biskut yang perlu dikepal dan ditekan dengan garfu untuk beri kesan dramatik pada rupanya. Hehehe... Kalau buat biskut jenis ni, mungkin boleh buat tiga jenis sekaligus berbanding biskut yang perlu diterap. Ini kemungkinan saja. Kalau kemungkinan ini tak jadi, mari terjah mana-mana kedai yang masih ada jual kuih raya untuk beli kuih tunjuk. Kihkihkih...

Dah Nak Raya?


Sudah gaharu, 
cendana pula,
sudah tahu,
bertanya pula.

Kalau ikut perkiraan tarikh, lagi tiga hari saja lagi nak raya. Sepanjang aku menyambut hari raya sejak Mak pergi, raya kali ni yang aku rasa paling sengal sekali. Kenapa?
1. Rumah satu hapak pun tak kemas lagi. Arwah mak memang terbaik kerana tahu apa yang nak dibuat.
2. Baju raya pun aku sendiri punya je yang dah ada. Orang lain tak ada lagi. Cadang nak belikan baju sehelai seorang untuk lelaki-lelaki dalam hidupku ini. Ehem, dapat bonus kan? Tapi sampai sekarang bonus tak masuk lagi.
3. Kuih raya tak buat lagi. Orang lain dah siap berbalang-balang, aku baru nak pergi beli mentega.
4. Tak rancang pun nak masak apa untuk juadah raya. Bila Abah tanya nak beli apa, baru terhegeh-hegeh fikir. Balik-balik rendang daging, balik-balik kuah lodeh, balik-balik sambal kacang. Macam bosan. Nak buat rendang kerang macam tahun lepas, dibantah oleh Abang aku. Serik la tu kena kopek kerang tahun lepas. Hahaha...

Macam tak nak raya je gayanya. Ok, hari ni kena masuk gear 4 terus. Mana yang boleh dibuat secara sambilan, kena buat. Macam kemas rumah, sikit-sikit lama-lama bersih la kan? Mana yang boleh disisih, kena sisih. Baru boleh susun dan sapu. Macam yang ini, memang tak boleh sisihkan dulu. Tunggu tuan punya plastik datang ambik. Ini pun dah diambil suku oleh penempahnya hari Ahad sudah.


Wednesday, 15 August 2012

Kenapa Tak Boleh Shopping Sendirian

Selepas acara berbuka bersama teman-teman serumah, kami ke Plaza Shah Alam untuk bersolat maghrib. Usai solat, kami berborak seketika dan barulah kami berpisah untuk ke tempat tujuan masing-masing. Memandangkan aku masih belum berkesempatan untuk meninjau tempat-tempat yang disyaki ada menjual barang-barang untuk kegunaan sempena Aidilfitri, maka aku dan Kak Chik pun pusinglah satu Shah Alam. Tak adalah pusing sangat pun sebab masa terhad.

Mula-mula ke SACC Mall. Perjalanan nak ke sana memang mencabar sebab sesak yang amat! Sebabnya banyak kereta 'tersadai' di bahu jalan tapi ajaib bila tempat letak kereta adalah lengang. Ingatkan mereka letak kereta di luar sebab parking dah penuh, rupanya kedekut nak bayar RM 2 untuk parking.  Hehehe.. Di sini aku cuma beli kerongsang yang sudah lama mahu dibeli tapi tak terbeli-beli. Harganya agak mahal tapi tutup sebelah mata je la sebab ia memang cantik dan bersinar dan daripada Korea. Kemudian konon-konon nak cari beg tapi harganya melebihi bajet dan tak ada beg "Wooww!" di mata ni. Kalau ada yang "wooww!" , aku rasa memang hulur je kad untuk bayar walaupun harganya "erkk...". Hahaha... Di sini Kak Chik dapat sepasang sandal. Memang patut pun beliau beli sandal tu. Ada keperluan dan paling penting ada potongan harga dan cantik. Lepas tu, baru check out dari situ. Itu pun sebab semua kedai dah tutup.

Kemudian, kami ke Tesco pulak. Nak cari baju untuk esok hari gara-gara perancangan saat akhir yang dibuat dimana aku memutuskan untuk bermalam di rumah Kak Chik. Tesco jelah yang bukak sampai larut malam. Disebabkan tak merancang, maka inilah jadinya. Beli keperluan dari hujung rambut ke hujung kaki untuk satu hari dan satu malam. Dah macam gaya nak lari dari rumah aje beli baju tengah-tengah malam. Hahaha... Sempat juga beli sepasang baju kurung yang harganya jatuh ke RM 45 sepasang. Murah tu weh! Rembat la, apa lagi. Boleh juga pakai ke pejabat.

Keesokan harinya, lepas sahur tak tidur balik sebab mata tak terasa nak tidur walaupun malamnya hanya tidur tiga jam sahaja dan kepala rasa macam ting tong. Dalam pukul 8 lebih dah keluar rumah sebab konon-konon nak sambung shopping. Mula-mula penuhkan tangki minyak Mrs. Kanc. Lepas tu terus ke rumah Ain untuk ambik duit tukaran untuk duit raya. Terima kasih banyak-banyak Ain kerana membantu. Pagi lagi dah terjah rumah orang sampai Ain cakap; "Ni keluar pagi-pagi ni mesti nak shopping kan?" Aik, macam mana tahu ni? Hehehe...

Tempat pertama dituju adalah PKNS. Sebab masih pagi dan kedai-kedai pun banyak yang belum buka, maka tempat parking pun masih banyak dan orang pun belum ramai. Sementara tunggu kedai bukak, kami ke kedai buku Marwilis; kedai buku kesukaan suatu ketika dulu. Beli buku teks dulu-dulu memang kat sini la. Walaupun buku rembatan pesta buku tempoh hari belum habis baca, aku terbeli juga sebuah buku di sini. Dah bayar, baru kami menuju ke bahagian dalam. Hajat hati nak cari jubah. Maka pusinglah kami satu kompleks tu mencari jubah yang "Wooww!" untuk dibeli. Malangnya tiada. Cuma beli sehelai tudung untuk dipakai di rumah saja.

Destinasi kedua adalah Anggerik Mall kerana sebelum ni meriah juga barang jualan di situ. Di sini pun tak ramai orang juga. Pusing dan pusing, belek dan belek, keluar semula. Ada yang berkenan tapi harganya macam mahal. Perjalanan diteruskan ke AEON Bukit Raja untuk membeli beg. Kat sini memang dah ramai. Bila tengok mak ayah yang shopping sambil kelek anak-anak kecik, aku kagum. Kalau akulah nak shopping macam tu, kirim salam saja. Mana nak tengok anak, mana nak pilih barang. Tapi tak tahulah kalau skill tu muncul lepas ada anak nanti. Ini kalau Kak Chik baca ni, nanti dia cakap; "Sibuk cakap pasal anak, bakal suaminya pun tak muncul lagi." Kahkahkah... Ok, melalut sudah. Dalam AEON ni terserempak dengan Asy, salah seorang ahli meja kami semalam. Sebab mata aku dah tertancap pada satu beg di atas rak, maka aku memang tak perasan beliau sampailah kena jerit; "Hoi perempuan!" Eh, kami ke? Ingatkan orang tu tegur orang belakang. Merasalah aku kena libas dengan beg plastik berisi kasut gara-gara tak perasankan beliau. Hehehe...

Pusing beberapa kali juga sebelum bulat tekad untuk beli beg tu. Memandangkan harganya dalam bajet, maka aku pun terus panggil pembantu jualan untuk beg jenama tu. Bila dikhabarkan ada diskaun, lagilah gumbira. Terus angkat dan bayar dan disuruh ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk tuntut sampul duit raya percuma. Yeayy! Lepas bayar, naik atas pulak untuk tuntut sampul percuma dan nak cari acuan untuk muffin dan tengok-tengok balang kuih raya. Tengok-tengok dengan niat nak beli. Bila ada orang teman membeli dan teman untuk bertekak, maka aku kena sediakan alasan yang kukuh kenapa nak beli benda tu walaupun kat rumah ada lagi dan kena beli ikut keperluan. Maka, tahun ini kerepek-kerepek akan dihidangkan dalam balang kuih baru yang sedondon dengan balang lama. Hasil daripada belian beg tadi, dapatlah 4 paket sampul duit raya percuma. Alhamdulillah...

Itulah dia perjalanan yang panjang dan memenatkan. Penat berjalan dan penat tak cukup tidur. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Hiks...

*entri syok sendiri yang tak bergambar*

Ahli Meja

Ini, ahli meja terlebih kerusi yang muncul pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Teman-teman Serumah Lama Secara Tiba-tiba. Panjang nama majlis aku ni. Hahaha.... Kenapa terlebih kerusi? Sebab ada lagi 2 orang ahli yang tak dapat hadir. Ini pun kalau tak adik manis yang duduk tu tak dapat datang. Tapi tak tau kuasa mistik mana yang menyebabkan beliau setuju untuk datang. Hehehe... Jangan marah ye Faien. Mula-mula aku ajak Kak Chik je sebab beliau memang selalu boleh aje dan memang tiap tahun pun kami akan berbuka bersama. Bila beliau tanya siapa lagi yang ikut, terus semangat nak seru orang lain tu berkobar-kobar. Jadi dengan pantas dan hati yang kurang yakin, aku SMS semua orang untuk menjemput ke majlis berbuka puasa kecil-kecilan dan mencari tempat makan yang selesa dan sesuai dan mudah untuk dicari. Alhamdulillah yang dirancang saat akhir itu menjadi. Terima kasih kerana hadir ye Sedari dan adik-adik... Tahun depan boleh buat lagi ni. Kerana masa pun agak suntuk, maka tak dapatlah kami berbual lama. Apa pun, terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa.

Sunday, 5 August 2012

Sempat Baca Ke?

Sebulan sudah berlalu dan baru hari ini aku nak taip apa yang berlaku hari ini, sebulan yang lalu. Kisahnya, lepas cuti diluluskan, pagi Khamis tu datang pejabat juga kejap sebab ada hal sikit tak selesai berkenaan pendaftaran pelajar baru dan juga dah janji nak ambik barang dari stor. Pung..pang..pung..pang, baru aku gerak ke Shah Alam. Disebabkan gaji pun dah masuk, maka lagilah kuat 'dos ubat' yang aku cari untuk ketenteraman hati dan perasaan aku yang hilang tu. Salah satu ubat untuk kembali tenang adalah membeli-belah. Kadang-kadang dengan hanya window shopping pun boleh membantu. Ini cara aku la. Lain orang lain caranya. Mula-mula aku singgah AEON Bukit Tinggi dulu. Terbelanja juga duit di sini. Syok betullah merayap waktu orang kerja ni sebab lengang.

Dah sudah tu baru aku ke Shah Alam. Parking di SACC Mall dan berjalan kaki ke SACC yang terletak bersebelahan. Di pesta buku pun syok juga sebab tak ramai orang. Dek kerana aku memang dah senaraikan buku-buku yang nak dibeli, maka aku dah tahu mana nak tuju dan tahu apa yang perlu dibelek. Sasaran aku nak beli dalam 5 buah buku sahaja. Tetapi pabila duit dalam dompet masih berkeping-keping dan ditambah nafsu tamak haloba, maka lebih 10 buah buku aku angkut. Itu pun duit dalam dompet masih berlebih. Mengenangkan aku seorang diri dan tangan pun terasa lenguh dek kerana mengangkut buku yang berat, aku cepat-cepat melangkah keluar dari ruang pameran. Takut terbeli lagi buku-buku lain yang menarik perhatian. Hehehe... Inilah dia hasil balas dendam aku tempoh hari...

Hasil keseluruhan tangkapan

 Asalnya hanya mencari buku Hadith 40 tu tapi tertarik juga dengan Muhammad Al-Fatih 1453. Maka angkutlah kedua-duanya...

 Ini hasil dari PTS. Selepas setahun mencari Art of War, baru jumpa...

Karya-karya Faisal Tehrani...

Novel-novel santai daripada penulis-penulis kesukaan. Cuma baru pertama kali beli karya Melur Jelita...

Bila orang tengok kesemua hasil tangkapan ni, ada yang tanya; "Boleh habis ke baca semua tu?" Erk... macam mustahil ke aku nak habiskan? Hahaha... InshaAllah boleh habis. Aku kata ini stok untuk setahun. Tapi tengok la nanti kot-kot terbeli lagi buku bila ke kedai buku. Masa kalau tak diperuntukkan, memang tak ada. Jadi aku berazam nak luangkan masa setiap hari untuk baca sikit demi sikit. Kena sempatkan juga. Biar lambat, tapi baca. Kalau novel je aku tak boleh kompromi. Bila dah mula baca, nak cepat habis je sebab nak tahu kesudahan dia. Hehehe.. Setakat ni baru habis baca dua novel; Sharifah Abu Salem dan Melur Jelita.

Lepas sakit tangan angkat semua buku di atas, aku ronda SACC Mall pulak. Habis semua tingkat aku jelajah. Dah penat jalan, baru masuk Nando's untuk makan tengah hari yang ketika itu dah hampir jam 6 petang. Memang tak makan berat lepas sarapan pada paginya. Jadi aku pun order jelah apa yang aku terasa nak makan. Seronok makan kat Nando's ni sebab dia punya pelayan bagus dan suasana kedainya adalah menenangkan.
 Dah lupa dah aku order apa tapi dalam mangkuk tu aku ingat; Grilled Veges. Kenapa boleh ingat? Sebab terkulat-kulat aku telan walaupun tak berapa kena dengan tekak. Rugi kalau tak makan. Mahal woo!

"Wipes away everything but your smile"
Kek hari jadi; caramel cheesecake

Itulah dia peristiwa yang berlaku pada tarikh ini, sebulan lalu. Sedih sungguh berseorangan pada hari ulangtahun kelahiran. Kerana itu, aku telah berada di Nando's selama hampir satu jam hanya untuk menghabiskan dua jenis makanan di atas. Masa bersendirian paling lama. Makan sambil berfikir.

Percayalah, aku memang memerlukan...

...beg tangan baru. Sebab? Rupanya sudah nazak walaupun keadaannya masih kukuh. Tak silap, aku beli beg tu akhir tahun 2010 dan terus saja dilenjan setiap hari. Suka beg tu sebab dia besar dan rekaannya ringkas tapi nampak elegan. Eceh, dah boleh la nak jadi pengkritik fesyen kononnya tu. Hehehe...  Memang berbaloi-baloi lah orang kata aku beli beg tu. Segala mak nenek benda aku sumbat dalam tu. Sumbat telekung pun muat. Disebalik rupanya yang nampak mahal, harganya sebenarnya adalah agak murah sebab ada potongan waktu tu. Menjadi seorang aku, bila nak beli barang memang sedaya upaya cari yang berkualiti, berjenama TETAPI MURAH. Susah juga nak cari sebenarnya benda dengan kriteria yang disebutkan. Tapi kena rajin belek dan fikir 8 kali sebelum bayar.

Tempoh hari, aku ternampak satu beg tangan yang didatangkan dengan dompet di sebuah blog. Saja tangan gatal pergi tekan pautan yang ada dalam blog utama beliau. Tup..tup.. ternampak beg tu yang ringkas saja rekaannya berwarna Tan. Lepas tenung sampai tembus, aku gatal pergi Google beg tu dan keluar lagi banyak warna dan salah satunya adalah warna hijau! Pergh....! Meleleh ayaq liyoq. Serius cantik.
Gambar hasil carian Google

Aku pun mula la risik tuan blog tu untuk tanya boleh tak dapatkan warna tu. Beliau kata boleh tapi harga tak macam yang dalam blog beliau sebab kena beli yang baru. Stok yang ada pada beliau hanya warna hitam dan putih. Hitam nampak biasa je dan putih kang kotor pulak. Fikir punya fikir, aku pun kata ok dan beliau pun bagi pautan laman web yang menjual beg tersebut untuk maklumat lanjut. Tengok punya tengok, sekali warna hijau tu dah habis la pulak. Sob...sob...sob... Tak ada rezeki. Sejak dari tu, hampir tiap hari aku singgah blog beliau untuk tengok stok beg baru dari US. Tetiba fikir; "Apa salahnya kalau beli beg jenama luar negara dengan harga sama atau lebih murah lagi daripada beg jenama negara sendiri kan?" Ah, kalau nak beli tu, beli aje kan tak payah fikir sampai macam tu. Hahaha... Biar alah membeli tapi menang memakai.

Masaalah utamanya, ada beberapa jenis beg yang aku kenan tapi dia tak ada zip. Cuma ada butang magnet. Sekarang ni aku fikir banyak kali juga sejak kejadian 'seluk dan curi' yang berlaku kepada salah seorang kawan di pejabat baru-baru ni dimana iPhone beliau yang menjadi mangsa seluk dan dicurinya! Menangis wei kalau aku. Akak tu tenang je aku tengok. Terus aku fikir logik dan tak logik untuk beli beg tak berzip. Memang senang je orang nak seluk dan curi. Jadi sampai sekarang aku tak beli lagi. Masih dalam pertimbangan. Nak beli kena bawa girlfriends, baru la pilihan tu ideal sebab sebelum angkat dan bawa untuk dibayar, boleh 'bertikam lidah' dulu kritik apa yang bagus, apa yang tak menarik dan apa yang cantik. Kalau pergi dengan Abang-abang aku kang, tak adanya nak 'bertikam lidah' mengkritik. Kalau mereka kata ok, ok la. Cantik, cantik la. Tak ada jawapan sokongan. Tak mencabar langsung. Hehehe... Oh, kalau ada sesiapa teringin nak beli barang-barang dari luar negara dengan harga yang bagi aku best, boleh cuba ke Sooyaree's Closet. Aku memang mengikut blog utama beliau di Mai Korner dan kebelakangan ni dah jadi pengunjung tetap di Sooyaree's Closet. Kikiki...

Thursday, 2 August 2012

Kenapa Tutup Blog?

Assalamualaikum... selepas kira-kira 15 hari aku tutup blog ini untuk umum, hari ini aku buka semula. Biarlah tak ada orang baca pun, sekurang-kurangnya yang tukang tulis nak baca dikemudian hari. Hehehe... Kenapa tutup? Sebab ada beberapa entri yang bagi aku agak berbahaya kerana boleh menarik perhatian dan aku perlu sembunyikan mereka daripada bacaan umum. Cuak la tu! Pada aku, entri tu adalah aku tulis perkataan-perkataan yang disyaki boleh menarik perhatian umum tapi bila tengok statistik, entri itu sudah dibaca sebanyak 36 kali dalam masa dua hari. Mau aku tak cuak? Hahaha... Kalau nak baca juga, sila minta kata laluan daripada Tukang Tulis. Ini blog utama aku yang mana aku rasa nak tulis semuanya di sini. Tapi kalau rasa-rasa entri itu sensitif melampau, aku tulis di blog lagi satu yang pembacanya terhad. Kalau nak membebel dalam bahasa ketiga, aku bebel di blog lain. Tapi kebelakangan ni dah pecah tradisi pulak bila ada beberapa entri ditulis dalam bahasa ketiga ku itu. Gitulah ceritanya orang tamak yang akhirnya perlu uruskan banyak benda. Hahaha..

Bila blog tutup, semangat nak menulis pun ikut tertutup sama. Hehehe.. Jadi bila dah dibuka kembali ni, harap-harap datang balik la 'semangat ku seru' itu. Sekian saja celoteh pendek selepas Atas Nama Cinta kembali berseri. Ececeh... Selamat berpuasa! ^_^

Cubaan Kali Pertama

Anda pembaca terpilih? Dapatkan kata laluan daripada Tuan Tanah..hehehehe...