Engagement Fund ;)

Friday, 28 September 2012

Sate Kajang

Kejadian ini berlaku pada 21.08.2012 yang lalu. Macam biasa, lagi lama peram, lagi sedap. Hahaha... Okey, disebabkan bersemangat nak rewang rumah Man, maka aku bertolak sehari sebelum majlis dan bermalam di Kajang. Orang lain masih riang ria raya di kampung halaman tapi aku dengan Mada sibuk nak tidur hotel. Bukan apa, bimbang ramai saudara mara Man bermalam di rumah beliau jadi untuk tidak menyusahkan kami bermalam saja di hotel paling dekat dengan rumah Man. Eh, cerita hotel entri lain. Ini nak cerita pasal apa kami makan pada malam tersebut.

Usai solat maghrib, kami pun keluar dari hotel mencari tempat untuk isi perut. Gelagat kami tak ubah seperti pelancong dari Brisbane yang mencari tempat makan tumpuan ramai. Siap Google dulu tempat makan tu; pelancong katanya. Padahal dari Banting je kot! Kahkahkah... Setelah menelefon menanyakan buka atau tidak, kami bergegas ke situ. Ke mana? Ke sini...
Gambar yang diambil sebelum balik (tebalkan muka ambik gambar kat sini walaupun rasanya orang-orang yang tengah makan kat dalam semuanya tengok kami..hahaha)

Kami telefon dulu sebab waktu lalu petangnya nampak bertutup aje. Jadi nak pastikan dulu sementelah masih banyak kedai makan belum beroperasi kerana cuti raya. Sampai aje, kami jadi sangat jakun; jakun tengok hiasan kedai yang unik dan pelanggannya yang ramai. Maklumlah sepanjang 5 tahun bermastautin di Kajang kami tak pernah jejak pun kedai sate utama dan menjadi tumpuan di Kajang ni. Selalu kalau nak makan sate pergi ke Restoran Yus je; lebih dekat dengan sekolah dan mudah.

Papan tanda di kaunter pesanan

Konsep di sini adalah layan diri. Bagi yang baru nak datang pertama kali, ini cara nak buat pesanan.

  1. Cari meja idaman hati dulu dan ingat nombor meja anda.
  2. Kemudian pergi ke kaunter pesanan - macam korang nak beli KFC; kena beratur
  3. Tengok menu dan pesan
  4. Bayar harga makanan yang dipesan
  5. Kembali ke meja bersama kuah sate dan tunggu pesanan yang lain sampai
Inilah apa yang kami pesan;

Kuah kacang dan sambalnya
# Kuah kacang tu tak pedas dan pucat
# Kalau nak pedas dan cun, kena gaul dengan sambal yang sedap tu

Teh O Suam + Nasi Goreng Cili Padi
# Teh O tu dia dah siap bancuh sebab aku mintak tak ada gula dia kata tak boleh, kena ada gula jugak. Erk?
# Nasi goreng dia macam kurang perisa. Kami syak dia masak banyak-banyak lepas tu kalau orang pesan dia senduk dan buh dalam pinggan 

 Sate Ayam
#Besar dan padat; 70 sen secucuk

Watak utama; Sate + Pasangannya

Disebabkan ini restoran Sate Kajang, maka watak utama yang diberi perhatian adalah sate. Watak sampingan sekadar boleh tahan saja. Tapi watak utama dia memang sedap!
+ Satenya besar dan tak ada lelemak tepu
+ Dagingnya lembut dan kurang minyak
+ Timun tak pakej dengan sate; kena bayar asing. Begitu juga dengan nasi impit
+ Kaunter ada lebih dari satu (tak ingat berapa) jadi tak perlu beratur dengan lama
+ Servisnya agak cepat walaupun pelanggan ramai

Kesimpulannya, kena pergi lagi sebab macam tak puas je makan hari tu. Hehehehe....

Wednesday, 26 September 2012

WW #7 : Sayang Nak Makan

Cantik dan comel dan mungkin juga mahal

Tuesday, 25 September 2012

Hadiah Mahal Dari Perth


Sementara menanti kelas bermula jam 2 nanti, aku habiskan masa rehat dengan mengunjungi blog-blog yang memang selalu menjadi tempat persinggahan. Salah satunya adalah blog Umiyumi yang kini sedang bermastautin di Perth. Dah lama sebenarnya nampak iklan giveaway yang beliau buat tapi tak tergerak nak klik. Hari ni tergerak pulak nak klik. Sebelum ni selalu lupa nak ambik bahagian dalam giveaway yang beliau buat dengan alasan; 'Oh, tarikh tutup masih jauh. Kita minum duluuu!' Ha, lepas tu terus terlupa dan tak sempat masuk. Hehehe...
Ini dia hadiah mahal dari Perth tu

Hadiah kali ni memang mahal; kuali Tefal lagi! Sungguh best kalau dapat lebih-lebih lagi secara percuma. Mudah-mudahan ada rezeki aku nak dapat kuali Tefal ni. Amiiinnnn... Kepada yang berkeinginan dan berharap untuk dapat kuali Tefal percuma, masih ada masa lagi sebab hari ni hari terakhir. Mari ramai-ramai ke blog beliau dengan cara klik saja tajuk di atas. Mari sama-sama doakan agar Tuan Tanah ni dapat kuali Tefal idaman hati. Terima kasih..

Monday, 24 September 2012

Entah Apa Yang Disibukkan


Tajuk entri, bajet macam sibuk yang amat. Tapi, tak tahu apa yang disibukkan sampai tak sempat jumpa Farah sebelum beliau kembali semula ke Mesir. Macam dahsyat benar bunyinya padahal rumah kami hanya 10 minit perjalanan. Beliau balik bercuti di Malaysia bermula sebelum puasa haritu kalau tak silap. Terjumpa beliau sekali je waktu kat Banting. Itu pun berselisih tengah jalan, dalam kereta. Sekadar bertegur sapa begitulah. Mulut dok kata nak pergi rumah Abang Mad, tapi kaki tak gerak. Macam mana nak sampai? Waktu dapat tahu beliau balik bercuti dengan lama, terasa macam; 'Oh, lama. Sempat jumpa banyak kali ni.' Nan hado! Hinggalah Abah kata penerbangan beliau adalah pada 21 September iaitu Jumaat lalu. Tahu beliau akan terbang pada tarikh tu tapi tak perasan tiba-tiba dah sampai masa. Ingatkan sempat ziarah sebelum terbang, tapi waktu penerbangan adalah jam 10.00 pagi. Memang tak sempat la. Pukul 7.00 dah kena daftar masuk. Itu pun mereka sekeluarga bermalam di hotel untuk mengelakkan kelam-kabut. Tak dapek la nak jumpa. Sob...sob...sob...biasanya penerbangan malam atau petang, kali ni pagi pulak. Aiseh... Lepas ni tak tahu lagi bila boleh jumpa.

Siapakah beliau dalam ini cerita? Beliau adalah salah seorang anak saudaraku yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang pergigian. Teman gaduh dan teman bermain waktu kanak-kanak dulu. Beza umur pun tak jauh mana dan beliau pun tak panggil aku 'Makcik' walaupun tahu pangkat aku patutnya makcik. Ada apa pada pangkat kalau panggilan sekarang menunjukkan kemudaan aku kan? Kehkehkeh...

Sunday, 23 September 2012

Sayangnya...



Hujung minggu ni rasanya hujung minggu yang malas sebab duduk melepek di rumah saja. Mula-mula ingatkan ada kelas pagi tadi sebab kalau ikut jadual, minggu ni giliran kelas aku. Semalam petang dapat SMS bagi tahu kelas tak ada. Apa lagi, berdondang sayang la kat rumah pulun menghabiskan DVD drama Hong Kong yang beli 1 dapat lagi satu percuma. Belinya dah agak lama iaitu waktu jumpa Kak Chik tempoh hari. Terlalu depan Speedy lepas tu tersinggah kedai tu dan tiba-tiba ternampak promosi yang dia tengah buat. Ternampak ada tajuk cerita yang memang aku nak beli dan akhirnya terbeli juga. Banyak betul 'ter' nya? Kalau nak beli, beli ajelah kan tak payah nak kata 'ter'. Hahaha...

Cerita Cina ni memang dah jadi salah satu rancangan yang akan ditonton sejak dari kecil lagi. Maklumlah, dulu mana ada drama Korea lag; Astro pun tak ada. Jadi apa yang ditayang kat TV semuanya ditonton termasuklah drama Cina ni. Walaupun beli dengan harga yang agak murah, nak juga barang tu sempurna. Waktu beli dia kata jaminan adalah sebulan.  Mula-mula aku tonton cerita yang pertama. Cerita ni;

Cerita ni tengah tayang kat 8TV sekarang tapi waktunya adalah dari jam 7 hingga 8 malam. Ada benda lain yang lebih penting untuk dibuat pada waktu tu. Sebab dah tertengok beberapa episod, rasa best la pulak cerita. Kalau latar masanya adalah zaman dulukala, memang ceritanya menarik. Ditambah pulak cerita ni kelakar. Tu yang beli buat koleksi. Sayangnya, DVD terakhir ada sedikit cacat dimana episod paling akhir tak dapat ditonton. Jadi, kena pergi kedai la tukar.

Cerita kedua adalah cerita ni;

Baru mula tengok episod 1 hari Ahad lepas. Bila teringat dia kata jaminan sebulan, aku tak la pulun tengok. Tapi bila tertengok resit, dia tulis kat situ 'MEDIA SOLD ARE GUARANTEED FOR 2 WEEKS'. Cuak terus sebab tempoh 2 minggu dah nak habis iaitu Jumaat sudah. Aku nak ngadap DVD tiap masa, memang tak la kan. Ingat aku tak ada kerja ke? Nak tak nak, aku kena pasang DVD ni untuk uji elok atau tak waktu bekerja. Pasang aje ok, tak tengok pun! Kiranya, kalau ada masalah, beliau akan terhenti sendiri maka aku taulah DVD tu bermasalah. Sambil buat kerja, aku biar DVD terpasang dengan suara paling minimum. Nak bagi dia bisu takut ada masalah bunyi pulak. Nasib baik aku uji sebab DVD yang akhir tu pun ada masalah juga; tak boleh main langsung. Maka lepas waktu pejabat hari Jumaat lalu, bergegas aku ke tempat mereka dibeli untuk tukar kepada yang baru.

Bagi tahu masalah, tunjuk resit dan bawa keluar DVD. Mereka pun cuba dan setuju ganti yang baru. Sebelum aku angkut bawa balik, aku suruh dia cuba dulu. Mujur kedua-duanya elok. Sementara tunggu siap diuji, aku tanya jaminan sebenar untuk DVD yang dibeli. Sekali dia kata; " Untuk boxset jaminan kami adalah sebulan. 2 minggu tu untuk CD lagu dan movie biasa" La, awat tak habaq awai-awai? Tapi nasib jugalah aku pergi tukar hari Jumaat haritu sebab DVD terakhir untuk Beyond The Realm of Conscience tu tak muncul gambar langsung. Satu kerja pulak aku nak kena pergi tukar balik. Aku syak dia tersalah masukkan DVD yang rosak kat dalam kotak DVD aku. Nasib baik beli kat Klang, kalau aku beli kat Speedy Melaka ke, tak ke haru?

Saturday, 22 September 2012

S untuk Savvy (Episod 1)

Seperti yang dimaklumi, setiap jabatan kerajaan telah mula mengamalkan budaya 5S secara serius dan konsisten. Malah, pelaksanaan 5S yang dijalankan akan diaudit untuk dipastikan bahawa pelaksanaan itu betul-betul menepati garis panduan yang ditetapkan. Bila 5S dilaksanakan, banyak perkara berubah menjadi bertambah baik. Mula-mula tempat yang besar dan luas itu akan dibahagikan kepada beberapa zon supaya senang nak melaksanakan dan memantau 5S ni. Macam di tempat aku, dibahagikan kepada 13 zon dan setiap zon dinamakan dengan nama-nama kereta tempatan. Setiap zon akan ada ketua dan penolong serta anak-anak buah. Bilangan ahli bergantung kepada keluasan zon. Macam zon aku ahlinya 5 orang dan ada bantuan daripada pelajar angkat yang diberikan oleh bengkel seramai 6 orang. Slot 5S adalah pada setiap hari Jumaat petang. Tunggang terbalik la buat mana yang patut. Mula-mula je kita rasa berat dan susah nak buat sebab banyak yang perlu diselesaikan. Bila dah selesai bahagian susah, tinggal nak pantau dan kekalkan saja keadaan yang ada. Entri tentang 5S ni mungkin ada beberapa siri sebab macam banyak je nak cerita. Hehehe...
Slogan 5S ILPKLS, 'rukun' 5S beserta logo 5S kami

Oh ye, slogan yang oren tu adalah slogan kami. Lain tempat, lain slogannya. Logo tu pun hak cipta untuk institut kami juga. Konsep 5S ni bukan saja cantik dan kemas tetapi yang paling penting adalah bersih dan selamat. Perkara pertama adalah membersihkan secara besar-besaran zon masing-masing. Zon Savvy adalah di kafeteria dan bergotong-royonglah kami membersihkan kafe daripada segala kekotoran azali mahupun baru. Peringkat permulaan adalah kami mengadakan mesyuarat bersama pihak kafe memandangkan zon kami diuruskan oleh orang luar iaitu kontraktor yang dipilih, bukan diuruskan oleh pihak pengurusan. Penerangan perlu diberi supaya mereka faham konsep 5S dan cara melaksanakannya. Gambar waktu mesyuarat tak jumpa jadi tak boleh tepek.

Pekerja kafe membersihkan papan kenyataan yang dah uzur

Bersihkan sawang di syiling ruang makan

Sapu sawang di bahagian belakang

Kerusi yang menjadi 'tandas' burung perlu dicuci

Seterusnya, siapkan label untuk tempat yang perlu dilabel

Ini pelan untuk suis - memudahkan pengguna supaya tak perlu tekan semua suis yang ada untuk menghidupkan satu kipas

Fasa pertama yang kami lakukan tentulah 'Sisih' dimana kami perlu sisihkan segala kekotoran yang ada dan benda-benda yang dah tak diperlukan. Memandangkan kami baru bermula, maka memang setiap kali perjumpaan buat pembersihan sebelum proses memastikan persekitaran selamat berlaku. Sebelum kami tampal menampal ni, dinding itu dicat terlebih dahulu kerana catnya dah buruk.

Proses penampalan logo 5S dan hiasannya

Proses penampalan nama zon

Siap! Dari jauh orang dah tahu kafe tu zon apa...

Kepimpinan Melalui Tauladan

Tergerak nak tulis tentang ini selepas menyaksikan 2 peristiwa menyakitkan mata dan hati petang tadi. Lepas waktu kerja, aku terus menghala ke Klang untuk selesaikan satu urusan. Ketika berhenti di lampu merah hadapan Esso Bukit Tinggi, pemandu kereta hadapan dengan selamba melontarkan segenggam sampah dari tingkap pemandu. Aku memang pantang betul bila orang buang sampah merata-rata ni. Terus tangan ni terasa nak tekan hon. Bukan sekali ok dia campak sampah, dua kali. Ye, dua kali. Aku nak turun kutip pun, tak boleh sebab tengah jalan. Jadi untuk mengurangkan rasa marah, aku istighfar banyak-banyak. Nasiblah kan kat Malaysia ni orang yang pakai kereta besar-besar ni otaknya kecik. Bukan hari ni je kejadian ni berlaku depan mata, dah selalu sangat terjadi.

Kemudian bila sampai di tempat tujuan, ternampak seorang bapa sedang makan aiskrim sambil berjalan. Waktu sekolah dulu, kami selalu diingatkan oleh para cikgu untuk bersopan semasa makan. Bukan cikgu je yang cakap, Mak dan Abah pun selalu pesan. Kalau nak sopan, kenalah makan dengan beradab iaitu duduk disatu tempat. Bukanlah haram pun makan berjalan ni tapi daripada apa yang aku baca di sini, ia adalah makruh. Makruh itu menghampiri haram tahu! Waktu budak dulu pun ada aku makan berjalan juga hinggalah ada satu peristiwa yang membuatkan aku terkesan dan sampai sekarang sangat sangat malu bila mahu makan sambil berjalan. Ketika dalam lawatan ke Perak di tingkatan dua, kami singgah di pasar malam dan membeli makanan untuk makan malam. Umur 14 tahun, kira masih kanak-kanak Ribena lagi. Dah beli makanan, kami pun makan sambil jalan. Tiba-tiba, salah seorang ahli rombongan berbisik; "Korang, ada makcik ni tegur kita tak sopan sebab makan sambil berjalan. Makcik tu cakap, tak manis makan sambil berjalan. Lagi-lagi kita yang bertudung labuh." Oh, makcik yang kami tak kenal langsung menegur kami! Serius, waktu ahli rombongan tu sampaikan teguran makcik ni aku rasa macam selepat kena. Dah la budak sekolah agama, adab asas pun tak tahu lagi? Memang patut la kena selepat! Terima kasih banyak-banyak atas teguran makcik kerana sampai sekarang saya ingat perkara tu dan telah mengubah saya menjadi lebih baik.

Rupanya kereta si bapa ni diparkir bersebelahan. Tak lama kemudian datang anak-anak dan isterinya yang juga melakukan perkara sama. Waktu aku nak keluar dari kereta, si ibu dan anak perempuan baru nak masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba si ibu menjerit sambil mengambil aiskrim dari tangan si anak dengan agak kasar; "Mari umi bukak bungkusan. Nanti bersepah dalam kereta." Kurang lebih begitu dialognya dengan nada tinggi. Si anak yang masih kecil dan kurang mengerti terus menangis bila aiskrimnya diambil dengan kasar. Aku yang dengar dan tengok ni pun terkejut, apatah lagi budak tu. Lepas tu, dengan selamba badaknya, si ibu koyak kertas pembalut aiskrim dan campak ke bawah. Lagi sekali aku WHAT THE FUN??? Macam tak bersalah langsung buang sampah cenggitu je. Oh, bersepah dalam kereta tak boleh sebab itu harta kau? Buat sepah di tempat awam boleh pulak sebab kau tak payah fikir nak kemas ke apa kan? Ggrrrrrrr.... Iman aku masih tak cukup kuat lagi untuk tegur secara terang jadi aku cuma berdoa dalam hati agar sikapnya berubah.
Sumber gambar dari sini

Melihatkan dua peristiwa ini, aku terfikir bahawa orang yang sepatutnya dididik dengan nilai murni adalah orang dewasa khususnya ibu bapa. Kenapa? Kanak-kanak ni lebih cenderung meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka berbanding mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa. Bahaya kan? Tauladan salah secara tak sedar yang mengakibatkan anak-anak mengikut. Rasulullah juga SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti perangai Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Jika dibaca dan dikupas hadis pendek ini, banyak yang perlu ibu bapa lakukan untuk mengubah diri sendiri sebelum menjadi yang terbaik buat anak-anak. Aku memang belum kahwin dan tak ada anak lagi tapi apa yang dizahirkan berdasarkan pengalaman dan didikan dari Arwah Mak dan Abah. Cerita ini ditulis bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi sebagai kesedaran pada kita. Semoga bermanfaat.

Friday, 21 September 2012

Mana Kuah Dhal Aku?

Cerita ni berlaku dah lama dah cuma terlupa nak selit kat sini. Agak-agak lawak juga sebab bila teringat balik aku senyum sorang-sorang. Hehehe... Pada satu petang Sabtu, aku ke satu kedai mamak di Banting  untuk tapau roti canai sebab teringin nak makan sebelum mula berpuasa dan untuk juadah berbuka puasa ganti juga. Gigih aku memandu di petang hari untuk beli roti canai idaman hati ni. Kerana berseorangan dan kedai yang aku pergi tu adalah mamak, maka segan aku nak makan kat situ sebab majoritinya lelaki dalam kedai tu. Kalau restoran lain boleh lagi aku lepak sorang-sorang. Macam biasa, sementara menanti roti canai siap, aku duduk di salah satu meja sambil membaca RD yang sentiasa ada dalam beg tangan.

Tengah syok baca RD tiba-tiba seorang pekerja dia datang dan bertanya; "Mau kuah apa? Kari atau dhal?" Bila orang bagi pilihan, aku pun mula la teragak-agak. Akhirnya aku jawab; " Erm...kalau nak dua-dua boleh? Kari sikit, dhal sikit." Beliau cuma angguk dan terus berlalu untuk membungkus kuah pilihan aku. Disebabkan tempat aku duduk tu betul-betul berhadapan dengan tempat bungkus roti canai, aku nampak la dia bungkus dua jenis kuah tu. Lepas bayar, terus ke kereta dan letak bungkusan roti canai di tempat duduk penumpang. Bukan roti canai je ada atas tu, segala macam barang yang aku beli pada hari kejadian berlonggok sekali kat situ. Sebab waktu pun dah hampir nak maghrib, maka aku zasss balik rumah.

Sampai rumah, angkut semua harta yang berlonggok atas kerusi penumpang dan terus ke dapur. Bila nak tuang kuah, aku tak nampak bungkusan kuah dhal; cuma ada kuah kari je. Terus termengata dalam hati; 'Aih, mana kuah dhal aku? Mamak ni tadi beria tanya aku nak kuah apa, tiba-tiba dia bagi satu jenis kuah je?' Sampai sudah aku ingat dia lupa masukkan bungkusan dhal dalam plastik roti canai aku hinggalah ke pagi Isnin. Waktu nak bawa keluar beg tangan, aku tertengok bahagian tepi kerusi penumpang dan nampak ini;


Terus aku gelak sorang-sorang dalam kereta. Hahaha... Diri sendiri cuai, pergi tuduh Encik Mamak tu lupa nak bagi kuah dhal pulak. Tak pasal-pasal bertambah dosa aku. Tak jelas? Mari kasi dekat sikit...


Iye, kuah dhal aku la tu. Mungkin dia terkeluar dari plastik waktu aku tengah memandu dan terus terselit kat tepi tu. Aku pulak tak jangka beliau akan jatuh sampai bawah jadi tak adalah nak kelebek celah kerusi. Nasib baik plastiknya tak pecah; beliau cuma jatuh dan duduk diam di situ. kalau plastik tu pecah dan isinya tumpah, nangis aku nak cuci. Memandangkan usianya dah dua hari berkuap dalam kereta, aku terus buang aje. Bukan rezeki manusia...

Tunjuk Sebab

Assalamualaikum... Setelah menyepi selama hampir seminggu, baru hari ini dapat menaip semula. Sibuk katanya. Bila kelas bermula hari Selasa, memang sibuk di awal minggu. Tambahan pula Isnin lalu adalah cuti umum jadi naik dari cuti terus kena ke kelas. Mujurlah sem ni tak ada kelas jam 8 yang biasanya membuatkan aku kelam-kabut di pagi hari. Nama je rumah dekat tapi lambat jugak. Lambat tu tak adalah sampai punch card merah cuma selalu tepat pada masa. Kalau tak nak kelam-kabut kena keluar rumah dalam pukul 7.40 ke 7.45 pagi. Paling koman pun kena keluar pukul 7.50 dan bajet boleh sampai tepat pada waktu. Itu pun kadang-kadang buat cuak juga bila dari kejauhan nampak excavator lalu di jalan besar. Pergh, kalau itu berlaku memang aku jerit kuat-kuat dalam kereta. Nak lagi haru bila nampak berderet-deret kereta belakang excavator tu. Siapa suruh lambat? Hehehe...

Minggu ni masuk kelas semester 1 macam biasa dan tiada masalah berlaku. Semester 1 kali ni best sebab kebanyakannya hensem bersemangat nak belajar dimana mereka banyak bertanya dan bekerjasama. Macam inilah seronok sebab taklah aku sorang-sorang cakap. Kemudian pada hari Rabu, kelas dengan semester 2. Memandangkan minggu sudah aku tak dapat masuk ke kumpulan yang menggabungkan pelajar dari kursus Cadd Senibina, Multimedia dan Pengaturcaraan, maka aku ambil alih kelas Encik Wan yang kebetulan bercuti. Jadi kelas berterusan dari jam 10 hingga 1 tengah hari. Disebabkan kelas panjang dan silibus semester 2 banyak teori, maka aku kena fikir aktiviti untuk mengelakkan mereka mengantuk. Aku gunakan salah satu aktiviti yang pensyarah ku buat dulu cuma perlu olah sedikit memandangkan tahap mereka tak sama dengan kami. Seronok bila tengok mereka bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberi dalam keadaan yang gembira. Hilang sikitlah mengantuknya tu.

Satu perkara pelik yang sering terjadi adalah, acapkali aku kehilangan kata-kata bila masuk mengajar kumpulan yang menggabungkan pelajar dari kursus Rangkaian dan Cadd Mekanikal di Bilik Seminar pada sebelah petangnya. Aku rasa sebab kelas tu besar sangat sampai tak terkata dibuatnya padahal ajar benda yang sama dengan kelas yang sesi pagi. Jadi walaupun ajar benda yang sama, aku kena buat lebih persediaan untuk kelas sesi petang ni. Dek kerana mengajar selama tiga slot, malamnya terus pengsan awal. Penat beb!

Hari Khamis baru ada kesempatan menanda tugasan yang bertimbun-timbun. Sejak ambil alih mengajar semua kelas, dah kurang masa lapang. Ada masa lapang je kena isi dengan kerja samada menanda tugasan, membuat soalan tugasan, mahupun menyiapkan rancangan mengajar dan nota untuk kelas seterusnya. Disebabkan semester ni ada beberapa pelajar yang kena ulang semester, maka aku tak boleh guna balik soalan-soalan semester sudah. Tapi kadang-kadang kalau tak ada mood langsung nak buat benda-benda kat atas tu, aku buat 'pandai' je kat workstation tu. Hahaha... Jadi dah selamat aku masukkan semua markah tugasan yang dah selesai ke dalam sistem cuma yang buat terbantut adalah ada sesetengah bengkel yang masih tak buat lagi maklumat modul. Terpaksa markah-markah tu duduk diam dulu dalam lappy.Ingatkan nak terus masukkan dalam Public Storage sebab takut lupa. Kang tak pasal-pasal aku dapat surat tunjuk sebab.
rupa tray yang tertera label MASUK sebelum kerja selesai

Cakap pasal surat tunjuk sebab, aku pernah dapat satu. Waktu tu aku baru ambil alih semua kelas yang ada dan markah-markah tugasan kelas yang aku ambil alih tak diberikan. Bila cari pun tak jumpa. Jadi terpaksalah aku agihkan tugasan baru kepada mereka untuk cukupkan kuota 4 tugasan. Untuk kelas-kelas yang aku pegang pulak, ada markah yang tak sempat nak masukkan dalam sistem lagi sebab memang kelam-kabut uruskan benda yang baru; cuma ada markah untuk dua tugasan dalam sistem. Bila ditanya pada unit yang memantau, katanya sekurang-kurangnya dah isi markah untuk 2 tugasan jadi aku pun tak adalah kelam kabut kemaskini markah.Tup tup, tengah hari tu dapat surat tunjuk sebab. Aku pun macam, WHAT THE FUN??? Tadi cakap lain, lepas tu buat lain. Pertama kali tu dapat surat tunjuk sebab yang perlu ditulis dan dihantar sendiri kepada bos besar iaitu Pengarah. Mau tak ketar? Walaupun aku rasa macam berlaku ketidakadilan di situ, aku gigih juga tulis surat tu dan gigil-gigil serah kepada Pengarah biarpun aku ada sebab kukuh atas apa yang terjadi. Ramai juga orang lain yang kena macam aku dan ramai juga yang tak puas hati tapi cuma aku je yang hantar surat tu sebelum waktu yang ditetapkan. Hasilnya? Popular kejap nama aku sebab bos besar bawa masuk surat aku dalam mesyuarat pada sebelah petangnya dan yang melegakan adalah, kemaafan diberi atas sebab-sebab yang aku senaraikan. Kata mereka yang ada dalam mesyuarat tu, bos siap baca lagi apa aku tulis. Malu..malu.. Rasa macam ayat tunggang terbalik dan berulang-ulang disebabkan cuak terlampau. Hehehe..

Perasaan waktu dapat surat tu? Takut, rasa nak menangis, marah, geram dan kecewa. Apapun, itu pengalaman dan pengajaran buat aku juga. Semua benda ada kali pertama kan? Jadi itulah kali pertama aku dapat surat tunjuk sebab. Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa tu adalah;

  1. Rancang dan tetapkan waktu untuk beri tugasan pada pelajar - dah rancang kena laksanakan dengan disiplin yang tinggi; tak boleh ada penangguhan langsung.
  2. Sentiasa kemaskini markah yang ada dan JANGAN LUPA masukkan markah terkini dalam sistem - poyo-poyo isi markah dalam SPC lepas tu tak letak dalam Public Storage pun tak guna jugak!
  3. Jangan percaya sangat pada perkara yang tiada hitam putih - bila-bila pun kita boleh kena balik sebab tak ada bukti kukuh.
  4. Bersedia untuk tidak bersedia - sentiasa sediakan rancangan sokongan untuk kebaikan diri sendiri.
Waktu mula-mula dapat surat tu tak ada hati nak kongsi dengan orang lain selain orang yang tahu cerita sebenar tapi sekarang aku ada kekuatan nak tulis kat sini untuk peringatan buat diri sendiri dan mungkin buat orang lain juga. 

Saturday, 15 September 2012

Bekal

Suatu masa dulu pernah aku berborak dengan Kak Chik tentang bekal. Aku tanya beliau, kenapa kat Malaysia budak-budak tak wajib bawa bekal ke sekolah? Lepas tu aku dah lupa apa jawapan beliau. Hehehe... Waktu sekolah dulu, aku sangat suka kalau arwah mak masak sarapan sebab aku boleh bawa bekal. Kadang-kadang mak akan goreng pisang, keledek, keladi atau ubi kayu. Kadang-kadang rebus ubi dan gaul bersama ikan bilis goreng dan bawang goreng. Pernah juga ubi rebus tu digaul dengan gula merah. Pisang dan ubi biasanya hasil dari kebun sendiri. Selain tu, roti telur antara menu yang kadangkala mengisi bekal ku. Dulu aku suka roti salut telur yang digoreng dan dilipat dua; kiranya bahagian tengah roti telur tu separa masak. Menu yang jarang adalah macam nasi goreng, bihun goreng mahupun mee goreng. Mak kata tak sempat nak masak hebat-hebat pagi-pagi. Mana nak buat sarapan, mana nak urus arwah nenek lagi. Tapi memang aku sangat gembira bila dapat bawa bekal hasil air tangan mak. Biarpun ringkas, sedap aje rasanya.
cempedak goreng

Bila masuk sekolah menengah, nan hado la nak bawa bekal hasil air tangan mak sebab duduk asrama. Cuma bila dah mula bekerja ni, Abah pula sediakan sarapan setiap hari. Nak sarapan kat rumah memang tak sempat sebab aku kan bangun 'awal'. Jadi aku akan bawa ke pejabat dan makan bersama-sama geng makan.Sem lepas bila ada kelas pukul 8, memang tak sempat nak ke kafe. Jadi aku akan makan bekal yang Abah masak bersama semug kopi Radix di pantri. Kalau tak ada hal penting yang nak diuruskan, memang Abah akan masak dan memang hari-hari aku akan bawa bekal ke pejabat.

ubi goreng + kopi Radix

Friday, 14 September 2012

Chillax!

Sesuatu yang aku akan buat sekali-sekala adalah lepak di Secret Recipe berseorangan. Bila ada perkara yang membuat aku runsing atau nak beri ganjaran pada diri sendiri atas sesuatu kerja yang berjaya disiapkan pada tempohnya, ke SR la aku. Kadang-kadang memang saja datang. Suasana SR cawangan Banting paling menyenangkan setakat ini. Pencahayaannya yang suram, muzik yang mendendangkan lagu-lagu malar segar dan tidak terlalu kuat, keadaan yang tidak terlalu sesak dan layanan yang bagus. SR lain bukan layanan tak bagus cuma suasananya aje yang tak berapa menyenangkan.

3 benda yang aku buat kalau ke situ berseorangan;

  1. Makan kek keju
  2. Minum kopi
  3. Baca Reader's Digest
Oreo cheesecake

Memang menenangkan. Nak-nak dalam suasana sejuk dan tak ramai orang, banyak mukasurat aku boleh baca. Walaupun Reader's Digest tu sentiasa ada dalam beg tangan, tak selalu ada masa nak baca. Dah beli, kena tunaikan hak dia untuk dibaca. Masa inilah aku buat dan merupakan salah satu terapi juga untuk diri sendiri. Kenapa kek keju dan bukan kek lain? Sebab kek keju perlu dinikmati sedikit demi sedikit agar nikmatnya lebih terasa dan tidak mendatangkan rasa muak. Seterusnya, hirup apa-apa kopi sewaktu menikmatinya. Perghhh, bakal suami lalu kat belakang pun mesti tak perasan punya! Hahaha.. Kopi tu tak kisah la kopi apa asalkan adik beradik kopi. Black ke, cappucino ke, latte ke, semua ok je. Tak percaya? Cuba sendiri.

Bunga Kembang Sejambak

Ketika sedang bekerja, adakalanya mata akan terasa mengantuk lebih-lebih lagi apabila hari sudah beransur petang dan kerja yang dilakukan memerlukan fokus macam menanda tugasan pelajar. Kalau mengantuk, aku akan ke berjalan-jalan ke bahagian penyambut tetamu atau beralih duduk ke sofa disitu sebentar. Minggu sudah ketika sedang duduk-duduk di sofa, Daus menyuarakan kerunsingannya terhadap persiapan perkahwinannya. Bukanlah masalah besar pun cuma beliau risaukan mas kahwin yang mahu diberikan kepada bakal isterinya; masih belum disediakan lagi. Duitnya dah ada tapi tak tahu mahu buat bentuk apa. Mengikut permintaan pihak perempuan, mas kahwinnya mahu digubah menjadi bunga. Mengikut pihak lelaki pula, pening kepala memikirkan siapa yang mahu gubah menjadi bunga. Kalau aku pun aku nak mas kahwin aku nanti berupa cantik. Hehehe...

Aku dengan Kak Dayan yang ada kat depan waktu tu terus rasa macam semangat nak tolong buatkan bunga. Memang dah lama teringin nak buatkan gubahan untuk orang jadi ambik peluang ni untuk bantu beliau sebab waktu Man kahwin hari tu hanya dapat tolong sehari sebelum majlis je; tak dapat sumbang apa-apa barang. Nak tunggu buat majlis sendiri entah bila kan.... Bersungguh-sungguh kami Google cari gambar gubahan duit mas kahwin. Ditambah dengan idea beberapa orang yang lalu lalang di situ, kami setuju nak buat bunga juga. Siap buat eksperimen lagi dengan dua jenis duit kertas; baru dan lama. Duit baru memang hampeh tak boleh nak gulung. Nak tak nak kena guna duit lama.

Balik rumah petang tu, sambung Google lagi cara-cara nak buat bunga dari duit. Tak susah pun sebenarnya cuma leceh sebab kita kena buat semuanya dari mula. Hasil carian Google, aku rujuk cara nak buat bunga di sini dan di sini. Sebab bakal isteri Daus dari Pahang maka nilai mas kahwin yang wajib hanya RM 22.50. Melihatkan jumlahnya yang kecil ini pun bikin kami runsing sebab takut jambak bunga tak merimbun. Hahaha... Ini pun jadi masalah, entah apa-apa. Selepas fikir dan fikir dan tanya pendapat orang lain, dapatlah idea macam mana nak buat jambak bunga tu. Petang Khamis, kami - aku, Kak Dayan dan Daus - keluar beli barang. Satu-satunya tempat yang aku tahu ada jual segala mak nenek barang untuk perkahwinan dari sekecil-kecil bendasing hinggalah ke selebar-lebar kain net adalah di kedai bunga berhadapan The Store. Walaupun orang kata harga barang di situ agak mahal, belasah je la. Bukan duit aku pun kan? Hahaha... Tapi waktu membeli tu berhemah juga. Takkan nak boros-boros sebab persiapan lain masih memerlukan banyak duit.

Ingatkan dapatlah beli barang yang mengikut citarasa pengantin setiap satunya tapi lelaki tetaplah lelaki. Bila tanya, beliau akan kata; "Saya tak kisah kak. Ikut je." Haish, ni yang kurang best ni. Satu benda je dia tetapkan iaitu tema gubahan; merah. Ikut warna tema majlis belah lelaki katanya iaitu hitam + merah. Akhirnya kami beli jugalah barang yang difikirkan perlu untuk menjayakan proses. Bila dah balik, baru teringat itu tak beli, ini pun terlupa nak beli. Jadi yang kurang tu aku tambah sendiri kemudian. Hari pertama, aku cuma mampu buat bunga duit. Itu pun makan masa semalaman untuk lima tangkai bunga yang berkelopak dan lima tangkai gulungan ringkas.

Proses selebihnya aku sambung pada hari Sabtu. Itu pun tak sempat siap. Sentuhan terakhir dibuat pada hari Selasa dengan menambah duit syiling pada jambangan dan membungkus jambangan tersebut. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Semuanya dibuat daripada mula dan merupakan buatan sendiri termasuk riben pada rangkuman tangkai. Boleh Google saja cara nak buat bow ribbon tu. Penat memang penat tapi kalau kita buat benda yang kita suka dengan rela hati, semua tu tak jadi masalah langsung. Seronok lagi ada.

Hasil terakhir

Kalau-kalau ada yang nak tahu bahan yang digunakan, aku kongsikan di sini;
20 keping duit RM 1
10 syiling 20 sen
1 syiling 50 sen
Dawai saiz 26 dan 18
Inti bunga
Daun saiz sederhana
Pelilit
Kertas crepe
Riben kain
Kain net
Bunga-bunga tambahan

Oh, aku guna dua saiz dawai sebab yang halus kita guna waktu nak cantum bunga manakala yang kasar kita guna untuk buat tangkai dia. Lagi kecil nombor dia lagi halus ketebalannya. Untuk bungkus jambank bunga pulak, mungkin boleh beli kertas khas untuk bungkus. Memang ada dan lebih banyak pilihan corak dan jenis lagi. Cuma sebab aku dah terbeli kertas crepe tu maka gunakan sajalah. Tak elok membazir. Cara gubah langkah demi langkah, boleh rujuk pada pautan yang aku bagi kat atas nun. Tak kuasa aku nak ambik gambar untuk setiap langkah. Kehkehkeh... 

Thursday, 13 September 2012

Awak Suka Saya Tak?

Setakat ni, ASST adalah novel tebal tahap Kamus Dewan yang aku berani beli. Koleksi novel aku selalunya tebal tahap novel je jadi bila nampak novel tebal-tebal ni jadi takut nak beli. Dapat tahu pasal novel ni pun dari blog Kak Azie. Baca punya baca ulasan beliau, macam tertarik nak baca. Jadi aku pun beranikan diri beli novel ni waktu ke Pesta Buku Selangor tempoh hari. Sebelum tu pun dah baca ringkasan di belakang novel berkali-kali cuma tak ada keberanian nak beli; takut tak seronok. Biarpun tebal, tapi tebal berisi. Bukannya tebal yang sekadar cerita berulang-ulang atau jalan cerita tak logik. Dari segi gaya bahasa, tidaklah menggunakan bahasa yang tahap tinggi; hanya guna bahasa yang kita pakai hari-hari. Santai dan ringkas. Namun begitu, tetap padat dengan ilmu yang disampaikan secara tak langsung. Fakta yang biasanya berat dan payah nak hadam diolah menggunakan bahasa yang ringkas dan santai. Apa yang lebih menyedapkan, kisah percintaan antara Hilman dan Intan ini terbatas iaitu mengikut tatacara selayaknya seorang Muslim.

Selain daripada itu, ada beberapa perkara yang diceritakan dengan sangat terperinci hinggakan kita boleh bayangkan depan mata. Kalau nak novel membuai yang sopan dan berkarisma, inilah dia. Minggu lalu waktu mahu membuat temujanji dengan Kak Chik untuk ambil tempahan karipap mini, beliau sempat pesan; "...nanti bawak novel khayalan awak tu deh..." Kalau beliau sampai cakap begitu, maksudnya memang tengah stress la tu sebab sejak mula bekerja ni Kak Chik dah tak baca novel khayalan. Tapi, bagi aku semua novel adalah khayalan cuma yang membezakan adalah tahap kejiwangannya yang nanti membuai rasa si pembaca. Aku memutuskan nak bagi Kak Chik baca ASST tapi bukan ASST aku sebab dah bertanda sana sini. Tak percaya? Tengok ni;


mana-mana frasa yang menarik dan dirasakan boleh memotivasikan diri atau fakta-fakta baru yang menambah ilmu, aku tandakan dengan penanda berpelekat ini. Memang dah jadi tabiat. Novel-novel lain pun ada tanda macam ni juga. Dalam perjalanan ke sana aku singgah di kedai buku dulu mencari ASST untuk Kak Chik. Buku ini aku hadiahkan kepada beliau, sekali dengan hadiah sebenar beliau yang diimpot dari Makasar, Indonesia. Belated birthday present. Mujurlah jumpa juga ASST ni selepas menjengah ke kedai buku ketiga aku pergi pada hari kejadian. Susah juga ya nak cari buku ni rupanya? Rezeki Kak Chik. Kesannya, beliau kerap menghantar SMS perkembangan terkini sepanjang beliau baca kisah Hilman dan Intan. Hehehe.... Ha, nak yang khayalan sangat, ambik neh!


Amacam Sedari? Berapa hari tak tidur lena? Hahaha...

Wednesday, 12 September 2012

Menganalisis Keperluan Latihan

Kursus dua setengah hari yang bermula Isnin lalu telah tamat pada jam 1.00 petang tadi. Walaupun aku hanya berpeluang masuk untuk satu setengah hari, banyak juga ilmu yang diperoleh. Ilmu yang mungkin berguna dan diperlukan di masa akan datang. Secara keseluruhannya, kursus ini mengajar kita bagaimana untuk menganalisis individu, prestasi dan kerja bagi menentukan sama ada seseorang itu perlu dihantar untuk berkursus ataupun mempunyai masalah yang perlu diambil berat. Dalam pada kepala masih 'senget', ada juga ilmu yang sangkut. Hehehe...

Kami diajar bagaimana nak ukur kepentingan individu dalam sesuatu tugas menggunakan skala-skala yang ditetapkan. Ada istilah-istilah mudah yang mewakili setiap pengiraan macam RCL, CCL, ITJ, Gap dan TP. Seronok juga main kira-kira ni. Cara penyampaian kursus pun menarik dan mudah difahami sebab selepas setiap slot penerangan akan ada amali dimana kami dibahagikan mengikut gred jawatan dan kaji masalah menggunakan apa yang telah diajar. Kemudian, kami dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing dan mencari penyelesaian bagi masalah yang timbul bersama-sama. Memang tak mengantuk! Bagi slot yang sempat aku masuk dari semalam hingga pagi ni, memang banyak kena kira. Tapi bila bekerja dalam kumpulan, lebih mudah sebab kalau sorang tiba-tiba blur, ada lagi talian hayat lain.

Salah seorang ahli kumpulan kami sedang membentangkan hasil kerja (beg LV ada kaitan dengan ini kursus sebab Tuannya yang sedang bentang tu..hehehe)

Paling rasa kagum adalah slot terakhir dimana kami diajar bagaimana nak buat proposal bagi memohon untuk melakukan TNA kepada kakitangan. Selepas selesai sesi kuliah, macam biasa kami perlu membuat amali iaitu membuat proposal untuk dihantar kepada bos. Proposal kami ringkas tapi padat dan hanya menggunakan dua helai kertas mahjong serta siap dalam tempoh 30 minit. Kagum weh! Buat proposal guna dua helai kertas mahjong. Hehehe.. Mana taknya, cuma tulis isi penting dan cabang bagi setiap isi diterangkan oleh pembentang. Kata nak jimat, kena la buat macam tu. Secara keseluruhannya, kursus ni adalah menarik dan tak membosankan. Boleh buat lagi lain kali.

Antara Perkara Makruh Dalam Solat



Biarpun sesuatu perkara itu sudah kita ketahui, kita masih tetap perlu membacanya berulang kali agar terpahat terus dalam ingatan. Bila saja aku menekan butang merah pada alat kawalan jauh televisyen beberapa minggu lalu, terus skrin tv memaparkan siaran rancangan di saluran TV Al-Hijrah. Terus aku duduk dan mengikuti siaran itu. Tajuk yang dibincangkan yang menarik perhatianku. Semerta ingatanku melayang ke satu majlis ilmu sepuluh tahun lalu. Usrah yang wajib kami hadiri setiap minggu diadakan di Bilik Belajar Tingkatan 5 tika itu dan topik yang kami bincangkan pada minggu adalah 'Perkara-perkara Makruh Dalam Solat'; sama seperti yang dibincangkan di TV Al-Hijrah itu. Naqibah kami meminta setiap seorang memberitahu perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika solat. Setiap idea yang dilontarkan akan diulas dan dikupas dengan lebih lanjut oleh naqibah kami. Mana yang salah, beliau akan betulkan. Rindunya mahu kembali ke saat itu.



Disebabkan aku ni kadang-kadang termasuk dalam golongan orang yang STM (Short Term Memory), maka daripada 7 perkara yang dibincangkan, aku hanya ingat 4 saja. Selebihnya nanti aku cari dan kongsi kemudian ye. Inilah dia 4 perkara yang makruh dilakukan ketika bersolat;

  1. Meliarkan mata - bermaksud ketika solat mata kita sibuk melilau melihat keadaan sekeliling. Bukan apa, bila mata dah melilau sudah tentu tahap kekhusyukan akan berkurang. Jadi seeloknya mata itu dihalakan ke tempat sujud.
  2. Banyak menggerakkan anggota kecil - anggota kecil yang sering jadi mangsa keadaan adalah jari. Tak batal solat kalau menggerakkan anggota kecil tapi ada syaratnya untuk menggerakkan anggota kecil tu. 
  3. Meludah - kadang-kadang kita bersolat selepas waktu makan dan kadang-kadang adalah bendasing yang terselit celah gigi atau bawah lidah. Nak telan, tak boleh tapi bila diludah dah jadi makruh. Bagaimana nak tangani? Mengikut kata ustaz yang aku tak ingat namanya itu, cuitkan bendasing tu pada hujung kain. Lepas solat baru fikir nak buat macam mana.
  4. Melabuhkan punggung - keadaan ini berlaku ketika duduk di antara dua sujud. Seperti yang dimaklumi, kaki kanan kita perlu ditegakkan manakala kaki kiri menampung punggung ketika duduk di antara dua sujud ni. Bila saja kita meletakkan punggung atas lantai dan bukan lagi ditampung oleh kaki, itu dah jadi makruh.

Seperkara yang perlu difahami, makruh ini bila dibuat tak berdosa dan bila ditinggal tak dapat pahala. Cuma perlu berhati-hati kerana apabila dilakukan berulang kali, bimbang ia menerbitkan hukum lain pula. Sekian dulu perkongsian ilmu untuk kali ini. InshaAllah akan disambung kemudian ye. Kalau ada mana-mana yang tak betul atau kurang jelas, bolehlah perbaiki di ruangan komen.

Belum Reda Rupanya

Sekali lagi tak boleh nak lelap mata. Tadi sebelum tidur dah reda sikit sakit dada tu tapi tiba-tiba terbangun sebab sakit yang amat. Terus risau. Dalam risau tu pun sempat aku buat Radix secawan dan makan karipap seketul. Hehehe... Selamat gosok baju untuk siang nanti juga sebelum kembali berbaring. Ada internet maka menebeng la aku mencari maklumat tentang sakit dada ni guna Pokcik Arba.

Pertama kali kena macam ni, tu yang risau. Tadi tak habis 'mengaji', sambung balik kejap ni. Jumpa satu arikel tentang pedih ulu hati di sini. Rupanya kalau baring akan lagi sakit. Patut la pun dah macam-macam gaya aku baring tetap juga sakit. Bila duduk, ada sikit kurang. Hai la, siapa suruh tak dengar cakap doktor? Hiks... Esok pagi sambung kursus setengah hari kemudian petang ada kelas. Semoga aku tabah menghadapi hari esok dengan keadaan tak cukup tidur. Kalau sampai esok tak reda juga nampaknya kena pergi klinik balik.


Nota: Dah lama rupanya aku tak menaip guna telefon-canggih-tak-canggih-juga aku ni. Hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 11 September 2012

Doktor Kata Tak Boleh Makan Nasi



Semalam bersamaan 10.9.2012, pertama kali aku cuti sakit sepanjang aku bekerja selama dua tahun. Pertama kali! Bukanlah selama ni tak sakit pun cuma sakit yang tak berapa nak teruk. Setakat migrain yang tahap ringan, aku berdaya lagi nak datang kerja dan masuk kelas. Cuma semalam memang tak larat sungguh-sungguh. Insiden bermula pada jam 2.00 pagi dimana aku terjaga kerana sakit perut yang amat. Terus bangun dan ke tandas. Waktu kepala dah berat dah. Tak lama kemudian, aku bangun lagi ke tandas juga. Kali ni muntah pulak. Habis segala neka makanan yang aku makan sepanjang hari Ahad tu keluar balik. Ok, lega sikit. Masuk bilik, baring, dan terlelap. Tak lama kemudian, terbangun lagi kerana sakit perut dan muntah lagi. Kejadian ni berulang-ulang sampailah subuh. Tak larat sangat. Ulang-alik masuk tandas dan kepala pun berat. Dalam pada keletihan dan mata tak boleh lelap, sempat lagi letak status di FB. Hehehe... Guna Pokcik Arba je, tak kuasa la pulak nak hidupkan lappy. Dah reda 'membuang', muntah pula tak reda-reda. Muntah sampai dah tak keluar benda; keluar cecair hijau yang pahit tu. Kali terakhir aku berkeadaan begini ketika di sekolah dulu; migrain tahap gaban. Jadi, aku ingatkan migrain la sebab simptom kurang lebih sama dan kepala memang berdenyut habis di sebelah bahagian.

Ikutkan hati nak aje aku ke klinik 24 jam subuh-subuh tu tapi aku sabarkan aje tunggu sampai siang. Jadi siangnya baru ke klinik dengan ditemani Abah. Periksa punya periksa, doktor kata aku salah makan. La, ye ke? Ingatkan migrain. Doktor pun bagilah tahu apa yang boleh dan tak boleh; "Dalam keadaan macam ni, you tak boleh makan nasi. Bubur nasi pun tak boleh sebab perut tak boleh nak hadam nasi. Roti atau nestum saja boleh makan. Minum pun tak boleh minuman bersusu. Soya boleh. Horlicks pun ok. Milo pulak milo o." Ambik ko, selori! Bila beliau kata tak boleh makan nasi, aku ok je untuk semalam. Semalam je. Sebab semalam pun memang tak ada selera nak makan. Minum air pun muntah balik, apatah lagi nak makan. Tapi aku makan juga roti sekeping dengan Koko Radix secawan sebab nak makan ubat. Sebab tak kerja, sepanjang hari la terlantar. Memang tak larat sungguh. Pokcik Arba dan Permataku memang aku off. Dari dulu lagi kalau aku sakit memang aku off telefon. Maafkan saya andai anda tak dapat hubungi saya semalam.


Pagi ni dah cergas sikit walaupun masih 'senget' lagi. Rasa lebih bertenaga berbanding semalam. Maka datanglah aku ke pejabat dengan semangatnya sebab ada kursus yang bermula semalam. Sepanjang dalam kursus tu, memang tak boleh nak tumpu perhatian sangat. Kepala masih rasa 'senget' lagi dan perut pun masih rasa sakit. Doktor kata tak boleh makan nasi untuk dua hari tapi sebab makanan hari ni ditaja, aku bantai juga nasi. Sarapan dengan nasi goreng dan makan tengah hari dengan nasi berlaukkan ayam. Hasilnya, seharian sakit dada. Mula-mula sakit sikit. Bila dah ke petang makin mencucuk. Sakit dada yang mungkin boleh ditafsir sebagai pedih ulu hati. Bila nak sendawa, rasa macam nak muntahkan segala isi perut. Ha, doktor dah cakap kan? Perut belum boleh nak hadam nasi.

Balik rumah petang tadi, rasa tak tahan dengan sakit mencucuk ni. Nak ke klinik kang kena ceramah dengan doktor kang. Lagi pun aku positif ini pedih ulu hati. Nak makan Gaviscon, dah malas nak keluar membeli. Akhirnya aku Google saja cara tradisional meredakan pedih ulu hati tu. Cara paling mudah; ambil 1 camca soda bikarbonat dan bancuh dengan segelas air. Bacalah bacaan yang selalu kita amalkan macam selawat dan ayat kursi. Kemudian minum. Kesannya tidaklah serta merta tapi alhamdulillah beransur kurang. Ubat itu hanya perantara, Allah jugalah yang Maha Penyembuh. Kalau ikut catatan di Atas Nama Cinta, memang sangat jarang ada entri tentang aku yang sakit sebab memang aku jarang jatuh sakit. Bila sekali jatuh sakit, berjela aku menaip. Hehehe...

Thursday, 6 September 2012

Kerepek Pisang

Sempena masih berada dalam bulan Syawal ni, entri aku akan ada juga kisah tentang raya. Samada pergi beraya, duit raya, mahupun kuih raya. Setiap kali nak raya, orang pun semua sibuk nak beli kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Salah satu makanan yang paling laris dalam kategori kerepek adalah kerepek pisang. Aku pun tak faham apa yang orang suka sangat dengan kerepek pisang ni. Merata tempat aku cari kerepek pisang dan hanya ada satu kilang je yang ada stok iaitu di Jaez Industries. Kilang kerepek lain memang tak nampak langsung. Aku ni utamakan tempahan orang je jadi dalam pada beli untuk orang tu, aku beli juga untuk sendiri. Dek kerana sangat susah nak cari kerepek pisang ni, sekali dah dapat terus kaut banyak-banyak masuk dalam troli. Bila nak bayar, juruwang tu siap tanya; "Ambik semua ye kerepek yang kat rak tu?" Cara dia tanya tu tak adalah macam tak bagi ambik ke apa tapi sambil senyum-senyum sebab troli kami memang penuh dengan kerepek pisang saja. Dia pun faham la kalau orang beli banyak sebab memang susah nak jumpa pun kan. Lepas tu dia tambah; "Baru sampai stok petang tadi. Tu yang banyak." Orang berbahasa, kita pun kena la beramah mesra. Maka kami pun gelak-gelak aje dan buat-buat terkejut atas kenyataan yang dikeluarkan. Hahahaha....
Tengok, penuh kan troli tu? Hehehe

Itulah kisahnya. Disaat akhir juga, Wak Jiah mengkhabarkan beliau dapat buatkan 2 kilo kerepek pisang. Waktu tempah peyek, aku memang tempah sekali kerepek pisang tapi beliau tak dapat nak jamin apa-apa sebab susah nak dapat pisang mentah. Aku pun tak adalah harap sangat. Bila dah dapat, alhamdulillah rezeki.

Kemudian, waktu beraya ke rumah Embah As tempoh hari, beliau bagi satu plastik besar kerepek pisang buatan sendiri. Waktu Embah As hulur tu, aku macam; 'Eh? Datang beraya pun dapat jajan?' Tapi dalam hati je la. Kat mulut aku ucap terima kasih. Hehehe.. Bila makan kerepek pisang Embah As, rasanya sebijik macam kerepek pisang yang arwah Mak buat. Arwah Mak memang rajin buat kerepek pisang dari dulu lagi. Sayang katanya pisang terbuang bila dah masak. Yelah, sekali masak ada dua ke tiga tandan; siapa yang nak makan banyak-banyak? Kalau buat kerepek, memang laku. Aku aje yang memang tak gemar buat kerepek sebab leceh prosesnya. Buat biskut atau kek lagi cepat.
Ini rupa kerepek pisang buatan Embah As

Sekarang ni kalau datang beraya rumah aku, kerepek-kerepek ajelah yang banyak lagi. Biskut-biskut semua dah saki-baki. Kalau rajin ingat nak buat biskut yang tak sempat dibuat tu.

Wednesday, 5 September 2012

Koleksi Dah Lengkap!

Alhamdulillah, selepas makan hati berulam jantung selama beberapa ketika, akhirnya dapat juga aku lengkapkan koleksi pengembaraan Laksamana Sunan. Waktu sibuk mencari tu, buku tersebut memang baru saja terbit di pasaran jadi faham-faham sendirilah kan. Beberapa kali juga aku keluar masuk kedai buku mencari Sunan Musafir hingga akhirnya aku temukan buku tersebut di Popular Aeon Bukit Raja. Walaupun ketika itu keadaan kewangan tidak berapa menggembirakan, aku tetap juga beli kerana bimbang kehabisan lagi. Ayat tak tahan... hahaha... Padahal lepas tu, senang aje nak cari sebab dah lama berada di pasaran. Konsep aku adalah; beli dulu baca kemudian. Memang sah konsep tu melekat sebab aku beli Sunan Musafir pada 17 Jun lalu dan kemudian dia duduk terperuk di rak novel hinggalah aku betul-betul lapang nak 'mengembara' pada 31 Ogos lalu. Bukan apa, siri Laksamana Sunan ni tak boleh nak baca kejap-kejap sebab perasaan ingin tahu tu begitu menebal hinggakan perlu dibaca sekaligus.

Rupa Sunan Musafir pada hari beliau dibeli

Koleksi lengkap pengembaraan Laksamana Sunan

Kisah dah tamat jadi lepas ni boleh sambung baca novel-novel yang dibeli menggunakan konsep di atas. Hehehe... Sesiapa nak baca, sila beli sendiri sebab aku memang kedekut nak bagi orang lain pinjam novel dan orang yang meminjam tak akan jaga novel yang dipinjam secermat tuan novel. Dah ada pengalaman, tu yang serik. Bagi dalam keadaan elok tapi bila pulang, dah lunyai. Jadi bila ada orang nak pinjam aku akan cakap; NEHI! Hiks...

Tuesday, 4 September 2012

Pelik Eh?

Kenapa pulak berderet-deret entri keluar hari ni? Pelik eh? Jangan pelik sangat lah. Hanya kerana aku tak keluar makan tengahari, maka adalah sedikit masa nak menaip. Setiap hari Selasa dan Rabu memang aku tak akan keluar makan sebab pukul 2 ada kelas lagi. Bila aku cakap kat orang lain, mesti mereka akan tanya balik; "Tak sempat ke?" Isunya di sini bukan tak sempat tapi aku kang yang tak larat. Kalau ada kelas memang tak boleh nak ambil heavy lunch sebab nanti kenyang dan termengah-mengah nak bercakap. Yelah, kalau ikut orang pergi makan, takkan aku nak tahan aje nafsu tengok orang lain makan nasi? Sebagai Melayu yang kena makan nasi tiap hari, memang aku akan 'ter'makan juga nanti. Langkah paling selamat, jangan ke mana-mana. Duduk aje dalam pejabat menantikan jam 2 petang tiba.

Jadi kalau hari ada kelas, aku akan bersarapan dengan agak banyak untuk tahan perut hingga ke petang. Tengahari sekadar makan biskut atau roti saja. Kalau ada pembentangan dimana tak memerlukan untuk aku bercakap, barulah boleh keluar makan. Tak apa kenyang pun sebab mereka yang akan bercakap. Hehehe... Satu lagi kepelikan adalah, aku tak boleh nak marah lama-lama sangat dengan budak-budak ni. Teringin juga nak marah macam pensyarah-pensyarahku marah dulu. Memang kecut perut habis! Azam tinggal azam je la. Segeram dan semarah macam mana pun, aku akan buat muka ketat sekejap aje. Bila dah mula sesi mengajar, dah boleh senyum atau gelak balik. Ada seorang kawan aku cakap, aku ni cepat marah tapi cepat sejuk. Ye ke?

Sebelum memulakan kelas, memang aku akan tanya tentang tugasan atau semak fail dan nota mereka. Yang buat aku marah tu sebab ada yang tak buat tugasan atau nota tak lengkap. Sem ni dah sekali aku marah tahap gaban. Ini memang tahap gaban sebab aku siap denda diorang. Tugasan dah bagi yang senang pun tak boleh nak siapkan. Bukannya bagi masa sehari, seminggu beb! Lepas tu buat muka tak bersalah. Memang nak bagi aku marahlah kan. Tapi marah takat tu je. Nak masam muka sampai habis kelas pun, macam tak berbaloi pulak. Yang sengal cuma segelintir, tapi kenapa pula orang lain pun nak kena tempias? Akhirnya, kemarahan pun reda. Tapi geram tetap tersisa.

Mufin Cip Coklat

Dalam bahasa lain, makanan ini dikenali sebagai Chocolate Chip Muffin. Hehehe. Resepi mudah ini ditemui di sini dengan bantuan Pakcik Google. Mudah, senang, tak leceh, cepat. Apa lagi nak cakap? Mari tengok resepinya...

Gambar sendiri tangkap guna Pokcik Arba!

Chocolate Chip Muffin
Source: Nigella Lawson (Food Network)


Ingredients
1 3/4 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
2 tablespoons best quality cocoa powder
3/4 cup superfine sugar
3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling
1 cup milk
1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil
1 egg
1 teaspoon pure vanilla extract

Directions
Special equipment: Muffin tin with paper muffin cases

Preheat the oven to 400 degrees F.

Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug. Mix the dry and wet ingredients together, remembering that a lumpy batter makes the best muffins. Spoon into the prepared muffin cases. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.

Resepinya aku salin dan tampal saja. Gambar aje sendiri punya. Kenapa aku kata resepi ni senang? Sebab utama adalah tak perlu guna mixer! Leceh tahu nak basuh whisk dia tu. Ada yang mudah, buat apa susah-susah kan? Hahaha... Ok, selamat mencuba ye.

Gara-gara Terlajak Cakap

Salam September. Entri pertama di bulan September merupakan juga cerita di bulan Ramadhan lalu. Bahana bertangguh cerita, macam nilah. Hehehe... Adat di sini - di Kanchong Darat - , kami akan mula bertukar-tukar juadah sesama jiran atau dalam bahasa Jawa mudahnya, monjong dalam bulan Ramadhan. Tak tahu bila ia bermula tapi benda baik, tak salah pun kalau diteruskan kan? Sejak mak tak ada, cuma akulah orang perempuan dalam rumah tu dan dah tentulah aku pun terbabit sama kena fikir nak letak apa dalam punjungan tu. Kalau nak masak sendiri, mampu. Cuma kena mula sikit demi sikit dan memang penat. Kelengkapan semua ada. Dari sekecil-kecil kuali hinggalah ke sebesar-besar kawah. Tinggal sanggup dengan tak aje nak masak tu. Penat tu memang penat tapi seronok la sebab memasak ni memang menyeronokkan. Tang kemas je yang melecehkan. Kehkehkeh...

Bincang punya bincang dengan semua orang, Abah putuskan untuk tempah saja nasi seperti tahun sudah dan aku dengan yakinnya kata nak buat kuih sebagai tambahan. Konon rajin la tu kan. Jadi, aku pun pergilah tempah nasi kukus ayam berempah, survey harga air kotak, dan fikir kuih apa nak buat. Cadangnya nak buat puding trifle. Tapi, kerana rancangan mengejut berbuka puasa dan shopping raya yang tiba-tiba muncul ditambah pula dengan waktu mengambil tempahan kek kukus yang berubah di saat akhir, aku tak jadi buat puding trifle. Tak susah nak buat puding tu, tapi renyah. Memang tak sempat.

Disebabkan dah terlajak cakap, kenalah fikir juga nak buat kuih apa. Kalau nak buat kek, memang boleh sangat tapi guna oven baru ni, aku tak yakin sebab eksperimen kek masih tak betul-betul menjadi setakat ni. Akhirnya aku putuskan nak buat mufin coklat chip yang sangat sangat sangat sangat mudah dan menjadi bila dibakar menggunakan oven baru yang tak berapa nak baru ni. Hehehe... Kalau aku ulang perkataan 'sangat' tu lebih dari sekali, maknanya memang mudah ok! Yang paling penting ia sedap

Balik dari Shah Alam, aku singgah beli bahan yang tak cukup dan plastik untuk bungkusan. Sebelum tu dah minta pendapat Kak Chik tentang bilangan mufin yang perlu diberikan. Balik rumah tanya pendapat Abah lagi. Memandangkan saiznya agak besar, maka setiap bungkusan akan dapat empat biji mufin. Cadang nak mula buat lepas asar tapi dek kerana keletihan dan tak cukup tidur, petang tu aku tidur dulu bagi hilang penat. Malamnya lepas isyak baru aku mula buat. Siap beli acuan mufin baru tu untuk mempercepatkan proses pembuatan. Hehehe...

Maka bersengkang matalah aku malam tu membuat kira-kira 150 biji mufin; 4 biji mufin x 30 bungkusan = 120 ditambah dengan mufin tambahan gara-gara ada satu adunan yang tak menjadi. Kepala dah berat, mata pun dah layu, tu yang salah. Adunan yang itu tak naik dengan gebu bila dibakar. Aku ingatkan salah adun, rupanya salah set oven. Patut kena guna api atas dan bawah tapi aku tak perasan aku matikan api atas. Patut la mendap aje mufin aku tu. Tak pasal-pasal! Resepi aku letak dalam entri lain.


Nota :
Monjong - perbuatan bertukar-tukar juadah
Punjungan - bungkusan yang berisi makanan