Engagement Fund ;)

Wednesday, 21 November 2012

WW #9: Biarpun mini...

...tetap rasa bersalah bila habiskan sebungkus sekaligus.

Monday, 19 November 2012

Retak Seribu

Kejadian ini berlaku pada hari Isnin, 12112012. Cantik tarikh tu tapi kejadian ini yang kurang cantik. Macam biasa, aku keluar rumah untuk ke pejabat pada waktu tetap; tak boleh lebih dari jam 7.50 pagi atau punch card akan merah.

Memandu macam biasa dan jalan pun tak banyak kereta. Dah mula cuti sekolah agaknya dan minggu ni pun ada 2 cuti umum terkepit di tengah minggu jadi mungkin ramai yang ambik cuti. Biasanya cuma aku seorang je yang memandu atas jalan tu sebelum keluar ke Jalan Sempadan tapi pada hari tersebut, ada satu Toyota Camry baru yang duduk di depan dan memandu dengan amat perlahan. Pergh, menahan sabar ke dengan kelajuan beliau! Sampai dah keluar ke jalan besar pun beliau masih perlahan. Patutnya boleh bawa 80 km/j kat jalan tu tapi meter hanya tunjuk 60 km/j. Choiii! Kalau nak bersiar-siar, tolonglah lalu jalan lain.

Memandangkan dia perlahan, aku pun perlahan je la ikut belakang dia. Nak potong malas sebab dah nak sampai simpang masuk ke pejabat. Tapi, beberapa meter sebelum masuk simpang, kedengaran satu letupan kecil dan dalam masa yang sama, cermin hadapan Mrs. Kanc menjadi retak seribu. Omo! Terkejut aku dibuatnya. Jadi panik tiba-tiba dan tiba-tiba juga teringat cerita seorang kawan yang pernah mengalami kejadian seperti ini. Mujurlah waktu tu kereta tak laju dan dah nak sampai pejabat. Dalam masa yang sama aku panik dan tercengang kejap tu, sempat aku toleh jalan sebelah - arah bertentangan - untuk tengok samada ada kereta atau tidak dan juga cermin pandang belakang untuk memastikan bahawa ada kereta berselisih dengan aku waktu cermin tu retak. Kot-kot la kan waktu kereta lalu ada batu melantun ke cermin aku. Tapi jalan sebelah memang lengang gila dan tak ada kereta. Aku memang tak dengar bunyi batu kena cermin pun sebelum tu cuma terus dengar letupan kecil tu.

Apa yang aku buat adalah memperlahankan kelajuan kereta dan membelok ke simpang untuk ke pejabat dengan perlahan dan pasrah. Pasrah sebab tak berapa nampak depan dan takut cermin dia berderai. Sejurus selepas 'letupan' tu, cermin tak terus berderai; cuma dia retak habis dan masih lagi bercantum. Waktu masuk ke kawasan pejabat, pakcik-pakcik Jaga yang biasanya senyum dengan aku waktu aku angkat tangan pun pakat buat muka pelik tengok cermin depan aku. Aku macam biasa la senyum dan angkat tangan; takkan la aku nak buat muka pelik macam diorang jugak kan? Padahal dalam hati dah cuak tahap gaban dan ada sikit menggeletar sepanjang memandu tu. Lepas aje punch card, terus telefon rumah bagi tahu Abah. Kena telefon cepat sebab kalau lambat Abah dah ke kebun. Terangkan kat Abah dan Abah datang ke pejabat untuk tangok keadaan.

 Dari pandangan pemandu

Dari pandangan luar

Akhirnya Abah kata Abah akan uruskan. Cuma sebab ini kali pertama, tak tahu nak hantar ke kedai mana. Abah kata nak cuba tanya di Pusat Servis Perodua dan aku pun cuba telefon Perodua. Tapi tak berangkat la pulak. Jadi Abah kata nak pergi tanya dulu dan Abah ke sana dengan Proton, Kancil tinggal dulu. Nasib baik dekat Perodua tu boleh buat. Alang-alang dah ke situ, servis sekali Mrs. Kanc. Ganti cermin Mrs. Kanc dalam RM 278 dan jumlah semua sekali termasuk servis adalah RM 600++. Maka kenalah hulurkan sikit kos baik pulih Mrs. Kanc ke Abah sebab walaupun Mrs. Kanc bukan hak milik aku, tapi aku yang pakai kereta tu hari-hari. Maka lagi sekali, tiadalah sesi Secret Recipe hingga bulan depan. Hiks... Itu pun kena sedia duit lagi untuk tukar gear plate yang dah haus tu. Memang sekarang ni bila memandu agak susah nak tukar gear dari 1 ke 2; selalu mesti sangkut. Itu yang aku tak berapa berani nak memandu Mrs. Kanc jauh-jauh. Dia dah siap-siap bagi anggaran kos untuk tukar benda alah tu iaitu kurang beberapa ringgit untuk jadi RM 1000. Hohohoho...

Sunday, 18 November 2012

Siapa Yang Konvo Ni?

Berlatar belakangkan pemandangan Putrajaya sambil menyandang beg tangan dan beg telekung

Hari terakhir bertugas tempoh hari, masing-masing sibuk terjah kedai bunga. Walaupun hari-hari lalu depan kedai bunga tu, semua orang tunggu hari terakhir sebab nak harga murah. Tiap kali lalu, mesti kitorang mintak diskaun sampai orang yang jual tu dah malas nak layan. Hakhakhak... Tapi petang tu memang kaw-kaw punya murah dia bagi sampai aku pun beli dua jambak bunga. Satu adalah sejambak besar ros merah yang mereka panggil wedding bouquet dan satu lagi sejambak kecil bunga daisi. Kedua-dua jambak ni hanya berharga RM 35 sahaja. Mana nak dapat? Tak dapat kat mana-mana kedai bunga kecuali kat gerai-bunga-dihari-terakhir-konvokesyen. Tak boleh tahan la tengok bunga ros yang menawan tu, mesti nak beli walaupun bukannya boleh dimakan pun. Diorang kata ada 25 kuntum tapi aku kira cuma ada 22 ke 23 kuntum je. Ah, tak kisahlah yang penting dapat beli jambak ros idaman hati dengan harga yang murah iaitu 25 hengget sahaja. Mengalahkan orang yang konvo pulak angkut balik sampai dua jambak bunga. Hehehe...

Saturday, 17 November 2012

Kain Sulam Berpasang-pasang

Sejak bekerja ni kan, pantang betul bila ada duit di tangan. Itu nak, ini nak, camano? Jadi kena beringat sebelum diingatkan. Sebelum ni dok la berangan nak beli kain sulam pasang yang dari Bukit Tinggi, Indonesia tu. Sulamnya cantik-cantik dan ada banyak jenis. Selalu dok tengok kain tu di blog yang menjual kain tu tapi tengok harga macam mahal gila. Orang yang pernah pergi ke sana dan beli sendiri pun kata diorang naikkan harga kaw-kaw punya. Nak pergi sendiri, entah bila la kan. Nak kirim pada orang yang dikenali, macam segan sebab tak betul-betul rapat. Jadi berangan je la dulu.

Sudahnya, tak beli pun sampailah hari Isnin lepas bos aku bawa beberapa pasang kain sulam yang dikirim pada seorang kenalan yang ke Bandung baru-baru ni. Alamak, godaan besar ni! Selepas 'diseru', berduyun-duyun orang masuk ke pejabat bos aku dan pilih kain; aku pun sekali. Hahaha... Dengan harga yang dikira berpatutan dan jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan di pasaran, aku rembat dua pasang terus. Ambik ko! Tamak haloba betul padahal dekat rumah tu ada lagi kain yang belum dibuat baju. Konsep yang digunapakai adalah; 'beli sekarang, buat baju esok-esok pun tak apa' dan 'orang lain ada, aku pun nak jugak'. Hahaha...

Bila dah rembat dua pasang kain ni, kain sulam yang aku tempah di kedai online pun siap selepas berkurun menanti. Jadi nak kena jelaskan juga baki bayaran kain tu. Lepas tu, dapat SMS dari seseorang pada suatu petang yang berbunyi; 'Sazoh, ko nak kirim pe aritu kat Bandung?' Aku pun 'terkujat' kejap bila baca mesej tu. Bila masa pulak aku menempah ni? Lepas tu baru teringat yang aku dengan Aten ada cakap nak kirim kain sulam pasang kalau Na ke Bandung. Aku pun dah terlupa dan tak jangka pulak Na ingat. Bila aku tanya balik bila nak ke Bandungnya, terus dia kata 'dah ada kat LCCT ni..' Erk? Tak sempat nak fikir apa-apa. Memikirkan orang dah offer walaupun dah rembat dua pasang kain bulan ni, aku terus cakap; '...nak kain sulam pasang corak paling latest...' Tak agak-agak aku pesan tu. Hahaha... Apa pun, terima kasih ye Na sebab sudi nak ambik kiriman. Tapi aku pun tak harap sangat sebab mungkin dia pun banyak nak beli. Cuma kalau ada, ada la. Kalau tak ada, bukan rezeki la tu.

Gambar yang dihantar dari kejauhan

Tapi malam semalam aku saja je hantar mesej kat Na melalui FB cakap pasal kain tu. Sekali tu, dia dah beli sepasang untuk aku. Waahh, teruja ni! Hehehe... Siap hantar gambar lagi tunjuk rupa kain tu. Lepas ni kalau kata tak ada baju nak pakai ke pejabat atau nak pakai untuk berjalan, harus kena katok lapan kali. Hiks...

Friday, 16 November 2012

Cubaan Kali Kedua

Kalau nak menang sesuatu, tak boleh putus asa dan kena berkorban sikit. Oleh itu, wajiblah mencuba dan terus mencuba hingga berjaya, bak kata Kak Ana Suzana. Kali ni nak cuba lagi sekali dapatkan hadiah dari Perth, tajaan Kak Umi. Hehehe... Rajin betul Kak Umi ni buat Giveaway. Mudah-mudahan murah rezeki Kak Umi kerana sering memberi kepada orang lain. Lagi banyak kita beri, lagi banyak kita dapat balik kan sebenarnya? Rezeki Allah nak bagi tu kita tak boleh nak jangka dalam bentuk apa. Cuma yang penting, niatkan pemberian itu ikhlas dan inshaAllah ada ganjaran dari Nya. Tazkirah ringkas di hari Jumaat.

Hadiah kali ini adalah Si Merah Menyala yang memikat pandangan mata. Apakah ia? Taraaaa....

Gambar dari blog Kak Umi

Apron beb! Cantik coraknya, ada periuk belanga gitu. Sesuai la kan dengan suasana di dapur sebab selalunya kalau nak masak baru orang pakai apron kan? Bagi aku, memang wajib pakai apron bila memasak sebab kalau ada percikan minyak ke atau apa-apa percikan dari bahan yang dimasak, tak kena pada baju. Kena kat apron, senang aku nak basuh. Tak payah nak fikir kena asing baju ni lain, baju tu lain sebelum masuk ke mesin basuh. Semoga apron ini menjadi milikku... Amiinnn...

Pernah Tak?

Pernah tak korang rasa kosong, tak tahu nak buat apa-apa? Minggu ni aku ada perasaan tu dua kali. Bila dah lama tak masuk kelas, macam ni la jadinya. Minggu lepas bertugas luar, minggu ni cuti berderet-deret, minggu depan baru kembali ke asal. Bila tengok file tray yang penuh dengan tugasan budak dan kabinet yang bersusun-susun dengan tugasan budak jugak, terus tak tahu nak buat apa. Buat 'pandai' boleh? Hehehe...

Semua tugasan dah bertanda dan markahnya dah masuk sistem pun tapi tak boleh nak pulangkan balik sebab ada yang kena buat semula dek kerana markah tak capai piawai. Kalau pulangkan balik, alamat kang ada yang copy and paste je. Waktu mula-mula dulu aku tak tahu yang mereka kena buat semula tugasan atau ujian yang mereka gagal; selamba je aku masukkan markah dalam sistem terus. Sekali tu bos aku cakap kena ulang dan ulang sampai mereka lulus. Eh? Macam tu pulak? Jadi pelik juga sebab waktu aku belajar dulu mana ada sistem macam ni kan? Kalau kau buat tugasan tu main-main atau tak ulangkaji betul-betul sebelum ujian, sila pasrah dengan markah yang pensyarah bagi. Tapi kat sini, bukan begitu. Kau buat macam tu, kau kena dengar 'taklimat ringkas' dari senior-senior yang ada kat sini berulangkali. Hahaha... Mereka kata, kat sini berlainan daripada kita kat U dulu. Jadi, kita ikut je la.

Masalah sekarang adalah, waktu peperiksaan diawalkan seminggu. Habis tunggang langgang jadual belajar yang aku buat. Kena pulun untuk bagi silibus habis dan peruntukkan sedikit masa untuk ulangkaji. Mujurlah fail-fail mereka aku dah semak sebelum ni. Nasib baik juga aku semak sebab ada latihan yang aku tak kutip dan tanda sendiri, cuma buat dan bincang dalam kelas tapi mereka tak tanda dan letak jawapan yang betul pada mana-mana tempat yang salah. Agak-agak nak muntah juga la hadap fail-fail mereka yang ada 'macam-macam' isi tu. Alhamdulillah selepas memaksa diri untuk rajin menyemak, selesai juga tugas tersebut akhirnya. Hari ini memang kena paksa diri untuk kemaskini status setiap pelajar dan sediakan rancangan mengajar untuk minggu depan. Kalau kat sekolah, memang kena hantar buku rekod mengajar untuk disemak setiap minggu. Tapi kat sini tak perlu pun, cuma aku buat untuk kemudahan sendiri selain dah terbiasa buat. Sekian saja entri tanpa gambar yang dikarang pada waktu rehat di hari Jumaat.

Wednesday, 14 November 2012

Permulaan Baru Di Setiap Pengakhiran

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun Hijrah, 1433. InshaAllah lepas maghrib nanti sudah bertukar ke tahun baru. Jadi, hari ini kena bersiap awal untuk bacaan doa akhir dan awal tahun.

Sumber dari sini

So, what's your new year's resolution? As for mine, I always refresh what I've listed before and I should 'upgrade' my target and what I hope I can achieve every year. The most important thing to be done is to have a clear and specific aim then I must have organised plan to achieve what I dream of. Something to ponder;
"Dream is just a dream. A goal is a dream with a plan and a deadline" 
-Harvey MacKay-
Salam Ma'al Hijrah to all my readers.

Malas Nak Tanya


Menjadi seorang aku yang orang kata pendiam tapi sebenarnya tak ni, tak boleh nak buat slot WW saja di hari Rabu ni. Nak juga lepas gian membebel kat sini. Hahaha... Ampun... Kalau tak mau baca sila tekan tanda 'X' di bahagian atas belah kanan atau klik saja blog-blog lain di tepi kanan ni.

Hari ini sudah pun 14 November dan gaji ku masih lagi belum masuk. Erk, orang gomen dah dua kali masuk gaji aku jugak yang tak masuk-masuk gajinya. Camano tuh? Mungkin kerana aku ni 'istimewa' kot, tu yang lain dari yang lain. Apa nak buat? Sabar jelah walaupun geram tak tertahan-tahan. Ini pertama kali kot gaji masuk lambat gila. Sebelum pernah juga lambat tapi tak adalah lambat macam ni. Nak bising-bising pun tak dapat apa-apa jadi duduklah diam-diam sambil menahan geram. Pasrah ajelah.

Ada lagi sorang staf sama 'istimewa' macam aku dan dia rajin juga bertanya pasal gaji kami ni dan kadang-kadang tanya kat aku dah masuk ke belum? Aku pun malas nak tanya banyak kali jadi tunggu jelah. Cuma kesian juga kat staf tu sebab beliau dah berkeluarga jadi mungkin ada nak guna duit. Macam aku ni, tak fikir sangat la sebab sara diri sendiri je. Tapi senget jugalah otak bila tak ada duit ni. Nak beli itu tak boleh, nak beli ini tak boleh. Hutang-piutang yang patutnya dah selesai awal bulan pun jadi tertangguh.

Namun begitu, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bekerja dan menerima gaji. Target nak kumpul duit pergi Bandung pun masih tak sampai lagi. Kena usaha lagi gigih nampaknya ni.

Source: Here

Macam betul je perumpamaa gambar ni? Hahaha... Tapi tak adalah sampai merempat nak tunggu next payday kan? Cuma perasaan duit berkepuk dalam akaun waktu gaji masuk dan duit dalam akaun beberapa hari sebelum gaji masuk tu macam perumpamaan kat atas ni la. Kalau nak membeli-belah pun, tak adalah tiap minggu. Ingat kerja cop duit ke nak melabur duit hari-hari? Sekadar memperuntukkan sedikit bajet dari gaji yang diterima untuk sesi membeli-belah tiap bulan, tak salah kot.

WW #8: Penuh Pinggan


 Minum petang

Makan tengahari

Sebahagian daripada makanan yang aku hadap sepanjang 3 hari, minggu lepas; dihidangkan oleh Felda D'Saji.

Monday, 12 November 2012

Kehilangan...

Petang Jumaat lalu, aku menerima panggilan telefon daripada kakak sepupuku. Panggilan yang membawa khabar duka. Seorang lagi Makcikku pergi menemui Sang Pencipta sekitar jam 3 petang di Hospital Selayang. Terkedu aku seketika; tak terlintas di fikiran mahu buat apa dengan khabar berita tersebut. Mungkin kerana sebelum ini pernah merasai kehilangan orang-orang terdekat membuatkan aku seperti tiada perasaan lagi atas kehilangan kali ini. Al-fatihah buat Wak ku, Miskiah Binti Hj Kasmuri yang pergi buat selamanya pada tanggal 9 November 2012 bersamaan 24 Zulhijjah 1433H. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan tenang di sana.


Friday, 9 November 2012

Umpama Memesan Makanan di Restoran Makanan Segera

Assalamualaikum... kembali bersiaran di hari Jumaat, 9 November 2012. Hari kedua berada di pejabat untuk minggu ini kerana tiga hari sebelumnya berkampung di PICC untuk bertugas di hari konvokesyen. Oh, celoteh kali ini panjang sedepa jadi kalau tak sangguoPertama kali dilantik menjadi AJK dan pertama kali mendapat pengalaman mahal yang orang atasan pun tak sanggup nak terima. Kenapa aku kata tak sanggup? Baru kena tengking sekali dengan ibu bapa, dah menghilangkan diri. Tapi tak semua. Ada juga segelintir yang sama-sama turun padang. Macam biasa, bila mengendalikan program atau majlis, selalunya hanya AJK akan tahu masalah dan kekangan yang dihadapi walaupun tetamu yang bertaraf VVIP memuji majlis berjalan lancar dan sangat cantik. Hakikatnya? Kamilah yang 'menelan' semua benda pahit dan jelik itu.

Tugas bermula hari Isnin, untuk rehearsal. Mengikut pemerhatianku, sedari awal lagi tiada perancangan rapi dan skop tugas yang terperinci. Ikut logiknya, sebelum mula bertugas, setiap petugas akan diberi taklimat mengenai aturcara sepanjang majlis, tempoh masa perjalanan majlis dan paling penting adalah skop tugas masing-masing. Tapi yang ini nan hado! Terkebil-kebil kami menurut arahan orang atasan yang sentiasa berubah-ubah. Mula-mula kena duduk atas pentas. Dah berdiri kat situ, dia kata kena tolong bahagian sijil kat belakang pentas. Lepas tu tiba-tiba kena duduk tepi pentas. Apa cerita ni? Bila nak mula rehearsal kali ketiga, kami tak payah duduk pentas pulak. Eh? Tiba-tiba kena jaga tangga pulak. Okeylah, kami yang menurut perintah.

Dah tukar tempat bertugas, kami dibawa melihat tempat kerja baru kami tu. Hanya sekadar melihat tanpa diberitahu apa yang perlu dibuat secara terperinci. Maka pada hari kejadian, seawal 7.30 pagi kami dah terpacak di situ. Kami tidak menghadapi sebarang masalah kritikal pada sidang 1 cuma ada jugalah orang-orang yang terlepas naik pada waktu yang tak sepatutnya. Inilah masalah bila ada lebih dari satu pintu masuk dan tidak diterangkan skop tugas secara terperinci. Kami disuruh memeriksa pas masuk ibu bapa ke dewan sebelum acara bermula, tak cakap pulak kena kawal tangga sambil berdiri jadi Mak Jaga sampai habis acara. Jadi bila majlis dah mula, kami pun beransur untuk merehatkan kaki. Gila lenguh berdiri dari 7.30 pagi sampai 10.30 pagi! Kau kira berapa jam kami berdiri tanpa duduk barang sesaat pun? Mak Jaga pun ada kerusi dekat sebelah tau! Sebelum beredar, kami pun terhegeh-hegeh cari penghalang nak tutup laluan supaya orang yang faham bahasa tu tahulah bahawa 'MAJLIS TELAH BERMULA, ANDA DILARANG MASUK'.

Sebelum mula tugas pada sidang 2, orang atasan dan orang belah atas bising bertanya kenapa ada budak-budak kecik terlepas masuk. Dah tu, apa fungsi orang yang jaga pintu masuk utama ke dewan? Kadang-kadang dekat bawah, ibu bapa berpusu-pusu nak naik sampaikan kami pun tak sempat tahan dan ada juga degil tahap dewa nak masuk juga. Takkan kau nak bertekak sampai tinggi suara tak bagi lepas kan? Tak faham bahasa, tak guna cakap. Itulah gunanya ada dua kali pemeriksaan. Tapi hari pertama tak ada masalah sangat. Hari kedua yang paling mencabar dan menyakitkan hati.

Macam biasa, pukul 7.30 dah terpacak depan tangga. Sidang pagi masih terkawal dan kami tak tertekan sangat sebab salah seorang daripada orang atasan berada dengan kami. Apa-apa hal senang nak rujuk. Beliau bersama kami sehingga habis tempoh kami bertugas. Bagus...bagus... Macam inilah yang kita nak. Kemudian, tiba masa sidang petang iaitu sidang terakhir. Waktu inilah kami kena maki, kena marah, bertekak semua ada. Biar apa pun yang kami kena, kami tetap tak boleh berkasar sebab kami berurusan dengan 'pelanggan' jabatan dan perlu melayan mereka dengan layanan yang paling paling paling terbaik. Pelanggan kan sentiasa betul walaupun sebenarnya bukannya betul pun. Semua yang jaga tangga tu dapat tempias hangin 'pelanggan' yang buat-buat tak paham bahasa dan tak tahu peraturan. Peraturan paling asas untuk hadir ke majlis konvokesyen;

  1. Hanya tetamu dengan Pas Masuk dibenarkan masuk.
  2. Hanya 2 orang dibenarkan masuk ke dewan.
  3. Kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk.
  4. Pakaian adalah kemas dan rasmi serta tidak mencolok mata.

Tapi, tetamu yang tak ada pas pun kami terpaksa bagi masuk sebab pemberian pas tak diselaraskan; ada yang dapat satu pas aje, ada yang tak dapat pas masuk langsung tapi cuma dapat pas kereta. Ada yang bawak kaum kerabat sampai 8 orang dan semua nak masuk pulak padahal dalam surat dah bagi tahu hanya 2 orang je boleh masuk. Ada yang bawak anak-anak kecik dan nak angkut masuk sekali dengan alasan tak ada orang jaga. Ada yang selamba pakai jeans, t-shirt tak berkolar dan selipar jepun pun selamba badak je lepas. Cuba fikir, kolej/universiti/institut mana yang bagi benda-benda tak logik ni terlepas? Yang masuk sekali sampai 8 orang tu boleh lagilah sebab orang atasan kata tempat banyak kosong, kami hanya menurut perintah. Untung la kan konvo kat PICC, dewan besar dan berhawa dingin sepenuhnya. Mana-mana yang tak boleh masuk dalam dewan, memang ada disediakan skrin dan tempat duduk. Semua TV yang ada kat bahagian bawah tu pun siarkan sesi konvo. Boleh je duduk dengan selesa sebab tempatnya bersih dan berhawa dingin sepenuhnya. Kau konvo kat dewan universiti, merasalah mandi peluh bawah kanopi sementara nak tunggu sidang habis.

Bila nak tukar syif, rakan setugas boleh buat lawak pulak dengan kami yang dah panas mendidih kena marah dan maki ni. Boleh dia umpamakan makian yang diterima dengan pesanan makanan di McD? Lawak, lawak... Dia kata;
Beliau: Sabar kak, sabar. Saya pun merasa juga tadi.
Petugas 1: Nak sabar macam mana lagi? Diorang ni tak paham-paham bahasa. Akak dulu pun konvo jugak, tapi tak adalah sampai nak maki orang macam ni.
Beliau: Saya pun kena tadi. Triple Cheese Burger lagi kak. Nasib baik dia 'pesan' a la carte. Kalau dia 'pesan' value meal, lagi teruk agaknya.
Petugas 2: Awak kena Triple Cheese, akak kena Mega Mac. Kawal je la muka tunjuk kita kebal dengan makian dia.
Beliau: Takpe, akak semua pergi solat dulu.
Petugas 1: Hish, angin dibuatnya! Ada yang siap guna 'tiket kerja' pulak nak masuk.
Beliau: Dah kak, dah. Pergi solat dulu, ambik wudhuk redakan marah tu.

Nasib baik orang-orang yang tak paham bahasa ni muncul di Sidang akhir. Kalau muncul di sidang-sidang yang awal, gamaknya semua orang pakat mogok tak nak datang bertugas. Dah la pelanggan begitu, orang yang bagi arahan pulak begini. Siap kata kami tak buat kerja lagi. Cakap baik-baik sikit eh, kitorang ni terpacak kat situ 3 jam tak berehat langsung tahu! Kamu orang sedap-sedap je duduk kat kerusi empuk di atas. Wargghhhhh.... Sabar jelah. Terima kasih jugalah kepada tetamu-tetamu lain yang memahami peraturan dan menghadiahkan senyuman kepada kami ni. Sesungguhnya, kemesraan anda mengubat sedikit hati kami yang lara ini.