Engagement Fund ;)

Sunday, 31 March 2013

Cerita Penghujung Mac


Sebelum bulan Mac habis, meh taip sikit apa benda yang dah berlaku sampai membuatkan aku rajin update blog berbanding dua bulan sebelum ni. Well, sometimes people work best under pressure and I admit that. Lagi sibuk, lagi stress, lagi nak menaip. Kebelakangan ni rutin harian dah berubah dan memang agak memenatkan. hari Isnin, lepas kerja ada kelas tuisyen dari jam 6.30 petang sampai 8.00 malam. Hari Selasa dan Khamis ada aerobik dari 5.15 sampai 6.30. Kadang-kadang pukul 6.45 baru habis. Agak-agak sempat tak layan Korea? Tengok pada keadaan. Kalau sempat, layan satu episod, kalau penat tahap gaban, memang ingat bantal je. Selalunya kalau layan pun pada hari yang balik secara normal. Tapi entri minggu ni semuanya auto publish sebab dah peram lama sangat cerita tu, takut reput pulak dalam draf. Hahaha...

Minggu ni dimulakan dengan peristiwa panik dimana sewaktu mahu pulang pada petang Isnin, tiba-tiba kunci kereta meragam. Ah, sudah! Sebab pada asalnya aku picit maka kalau buka secara manual memang sahih dia menjerit. Nak minta tolong orang lain pun, semua dah balik sebab aku keluar agak lewat. Dalam pada cuak, cuba telefon rumah tapi tak berjawab. Talian hayat terakhir, telefon Abang Faiz mintak tolong dia ambik. Tapi sampai pukul 7 baru aku tinggalkan pejabat sebab Abang Faiz habis kerja pukul 6. Sempatlah menanda tugasan budak-budak sem 1 walaupun jiwa kacau. Maka, pergilah aku mengajar tuisyen dengan otak bercelaru. Mujurlah semuanya dalam kawalan. Hari Selasa pulak, mula balik sesi aerobik lepas berehat minggu lepas sebab dewan besar ditutup untuk beri laluan kepada program institut. Pancit weh bila senam lepas berehat seketika. Pulak tu pengajar tu kenalkan step baru yang agak ekstrim, semput dibuatnya.

Hari Rabu hari yang agak stress. Sebabnya baru terhegeh-hegeh nak siapkan laporan audit. Salahkan diri sendiri. Hahaha... Sebenarnya dah siap taip dan edit gambar-gambar semua. Cuma bila masukkan dalam format laporan yang diberi, habis lari semua. Menambahlah stress. Lepas tu ada pulak orang buat lawak tak diterima akal waktu tengah stress, mintak maaf banyak-banyak kerana mempamerkan reaksi sebegitu. Gosip-gosip ni tak main eh! Sebab tu aku diam tak berkutik bila orang buat gosip; malas nak layan. Bukak mulut kang, semua orang sakit hati kan, maka duduk sajalah diam-diam kat tempat sendiri.

Lepas tu patutnya kelas pada hari tersebut diambil alih oleh Kak Dayah, maka aku pun dah set dalam otak; "Yiiiihaaa, tak ada kelas dengan sem 1 IT!" Sekalinya Kak Dayah kena uruskan OJT maka kenalah masuk kelas macam biasa. Haih, bila tak bersedia mental, maka stress lagi sekali. Walaupun bahan-bahan mengajar semua dah ada, persediaan diri sendiri pun penting juga.

Hari Khamis, kelas dengan sem 2 CAD. Tapi pagi tu dapat khabar budak CAD Seni ada lawatan pulak. Jadi cuma tinggal budak CAD Meka nampaknya. Dah la budak CAD Meka sikit, memang tak meriah la. Tapi sebab ada masalah bas, mereka pulang awal dan sempat la masuk kelas aku pukul 2 tu. Sekalinya, hujan lebat pulak. Aku dah dapat bayangkan cuma ada beberapa orang je dalam kelas tu. Sekalinya memang betul pun. Yang lain semua syahid dekat bilik masing-masing. Stress lagi! Macam mana nak masuk topik baru ni? Jadi aku cuma suruh diorang buat impromptu speech dan selebihnya sesi borak-borak. Sakit la nak pulun habiskan silibus lepas ni. Adeh...

Macam-macam soalan diorang tanya termasuklah; "Miss, bila nak kahwin?" Muahahaha... Terlepas ketawa kejap. Aku jawab; "Bila dapat kad jemputan nanti, waktu tu la saya kahwin." Lagi soalan sengal; "Miss, kenapa bawak Kancil je? Kenapa tak beli Honda ke, Vios ke?" Amboih, tak agak-agak kome bagi kereta mahal suh aku beli ye? Diorang ingat beli kereta ni macam beli Galaxy Note 2 kot? Ataupun beli kereta ni setakat bayar duit muka 10% dari harga kereta dan ansuran bulan-bulan? Tidak sekali-kali. Kena fikir bajet untuk servis dan insurans sekali. Jawapan aku adalah; "Saya malas nak tambah hutang." Pendek dan padat. Hahaha... Ada fikir jugak tapi tak puas lagi simpan duit. Kang kalau beli kereta, tak boleh nak berjimba selalu sebab kena peruntukkan gaji untuk bayar ansuran. Tak bersedia ke arah itu lagi. Hehehe...

Akhir kata, mari tengok sama-sama nota peringatan untuk diri sendiri. Jumpa nota ni di FB salah seorang sepupu dan tertarik nak simpan. Semoga bermanfaat.


No comments: