Engagement Fund ;)

Tuesday, 26 March 2013

Jadi Bidan Terjun Untuk Sepupu

Cerita ni pun dah cukup peram. Tarikh kejadian adalah pada 10 Februari yang lalu. Dua majlis yang digabungkan menjadi satu iaitu majlis aqiqah pada sebelah tengah hari dan majlis pertunangan pada sebelah petang. Pada hari yang sama juga, salah seorang teman jenayah bernikah. Maka, hanya doa ku kirimkan dari kejauhan. Kami tiba di tempat kejadian agak lewat. Tapi tak adalah lewat sangat sebab majlis pun baru je mula cuma tak dapat nak masuk dalam rumah sebab ahli kumpulan marhaban dah ambik tempat. Maka aku duduk saja di bahagian luar sambil ikut bermarhaban mana yang tau. Selesai marhaban, haruslah bersantap pula. Lepas bersantap, bersantai kejap sementara menanti waktu zuhur. Usai solat zuhur, barulah kelam kabut siapkan watak utama untuk majlis seterusnya.

Sebahagian daripada makeup yang digunakan

Asalnya, Along nak minta Angah yang solekkan tapi sebab Angah pun kejap-kejap keluar untuk uruskan benda untuk majlis seterusnya atau melayan kerenah anak, maka akhirnya sepupuku yang glemer dengan panggilan Rini mengambil alih dengan aku sekali menyibuk. Sebab aku ni tak berani sangat kalau buat kat muka orang, maka Rini yang banyak ambil bahagian. Habis semua koleksi makeup keluar dari beg tangan masing-masing.Waktu tu makeup pouch aku sihat walafiat lagi jadi dengan beliau sekali digunakan. Macam lawak pun ada sebab bercampur-campur makeup yang digunakan. Hahaha.. Foundation guna Angah punya, bedak pulak guna watak utama punya. Karang blusher guna aku punya, eye liner guna Rini punya. Memang lawak sungguh. Apapun sesi makeup amatur oleh sepupu-sepupu serta adik watak utama, membuahkan hasil yang mengagumkan! Berkat kerajinan Rini berguru dengan video dari internet. Hehehe... Lepas ni kalau ada majlis yang memerlukan menepek makeup, panggil je sepupu-sepupu sendiri. Jimat pun jimat. Hahaha...

Sentuhan terakhir

Kami

 Hantaran dari kedua belah pihak

Sesi lepak-lepak bersama keluarga selepas majlis selesai

Sewaktu majlis berlangsung, kami duduk je dalam bilik dengan orang yang nak bertunang sebab ruang depan dah penuh dengan keluarga belah lelaki. Dah tak terkira dah ini majlis bertunang ke berapa yang aku hadiri tapi boleh dikatakan perbincangannya mudah dan tak adalah nak formal sangat. Apapun, tahniah buat Along yang sudah pun selamat menjadi tunangan orang. Majlis besarnya nanti jangan lupa jemput rewang. Kalau tak I datang jadi VVIP je pada hari kejadian. Hehehehe...


No comments: