Engagement Fund ;)

Sunday, 14 April 2013

Bila Datang Perangai Senget


Semenjak segalanya dihujung jari, memang sokmo terbeli barang online. Tambahan pula bila datang perangai senget, pantang betul nampak barang yang berkenan dihati, terus email si penjual untuk urusan jual beli. Baru-baru ni, ada menang baucer pembelian jubah dekat satu kedai online ni maka nak gunalah kononnya baucer tu. Boleh je pilih corak sedia ada tapi tak nak kalah, nak tambah itu, nak tambah ini sampailah harganya mencanak. Tapi sebab aku dah berpegang dengan konsep 'kalau dah suka tu belilah walau mahal pun, kang tak tidur malam pulak', maka pejam mata je hantar order. Hahaha...

Lepas tu semenjak jadi pembaca tetap blog Kak Di, aku adalah tertarik dengan produk Ephyra yang beliau promosi. Harganya memang agak mahal tapi bila baca testimoni yang ada dalam blog beliau, macam terpengaruh. Sebelum ni terpengaruh tapi tak sampai seru. Bila ada promosi dan harganya jadi murah sikit tempoh hari, tak fikir lapan kali dah, terus saja aku isi borang pesanan. Bukan sebab promosi harga jadi murah je aku beli tu, sebab paling utama adalah aku memang tengah cari makanan tambahan untuk kesihatan. Paling penting, cara pengambilannya tak leceh macam makanan tambahan lain yang pernah dicadangkan oleh kawan-kawan sebelum ni. Dan lagi satu, ia diktiraf halal oleh Jakim. Testimoni nanti aku buat entri lain eh sebab baru lagi, tunggu lama sikit dan nampak kesannya baru syok nak cerita.

Kemudian terjebak beli barang dekat Groupon. Pertama beli barang dari situ, maka cuba yang murah dulu. Takut kalau barang tak sampai ke hape, tidaklah terkilan sangat. Sebelum ni pernah beli baucer makan dan terbukti ianya sah laku. Itupun bukan aku yang guna, aku hadiahkan kat Aten atas faktor tak sempat nak ke tempat kejadian. Barang akan dihantar akhir bulan ni maka kena tunggu dan lihat. Dekat situ, dia ada kata boleh tuntut jaminan, tapi aku tak pasti nak isi borang tu bila; sebaik saja pembelian dibuat, atau sebaik saja tempoh penghantaran barang bermula? Ada sesiapa tahu?

Perangai senget yang agak kronik dan sukar ditangani adalah bila ke pusat beli-belah tak bawa duit, hanya berbekalkan kad debit. Syoklah ambik itu, ambik ini dan kemudian hulur kad waktu nak bayar. Lepas tu kena tandatangan resit, konon-konon orang kayalah kan, sign resit kad kredit. Sekali bila semak baki duit dalam akaun, terkedu! Hahaha... Salahkan diri sendiri.
Source; here

Walaupun banyak benda boleh dibeli melalui internet, kadang-kadang rindu juga nak berjalan sambil menghayati barang-barang yang dipamerkan nak-nak bila ada diskaun. Sorang pun, sorang lah. Tak ada hal punya.

No comments: