Engagement Fund ;)

Monday, 29 April 2013

Tak Perlu Terkejar-kejar Lagi


Sejak tertengok drama Korea yang tak dialih bahasa di NTV 7, terus hidup aku hari Isnin jadi kelam kabut dan terkejar-kejar. Habis tuisyen, terus solat maghrib dulu kat tempat tuisyen. Lepas tu terus pecut ke rumah tanpa boleh singgah mana-mana pun sebab cerita mula pukul 8.30. Memang takde la aku nak singgah tapau lauk kat pasar malam macam selalu.

Mada kata, pelakon drama tu semua orang lama. Eh, ada aku kesah? Yang penting jalan cerita comel dan kelakar. Hero orang lama pun, muka hensem jugak apa? Lagi hensem daripada hero muda yang banyak muka jambu. Kalau jambu sangat pun tak sedap mata memandang. Hahaha...

Sekarang tak perlu terkejar-kejar lagi sebab dah selamat beli DVD dia daripada pembekal tetap. Itu pun terpaksa tunggu lebih daripada seminggu baru dapat sebab akak tu pergi kursus pulak. Cerita dia memang serius comel dan kelakar. Memang tak rugi la tengok. Tapi untuk budak-budak macam tak sesuai sebab ada jugalah babak-babak senget yang orang besar je faham. Lagi satu aku suka sebab ada banyak dialog yang membuatkan aku bermonolog dalam hati; "Ye, betul tu! Logik..logik"


Hero dia yang kedua dari kiri tu. Pertama kali tengok dia berlakon. Yang hujung belah kiri dengan hujung belah kanan tu dah pernah jumpa sebelum ni. Yang kiri tu jadi watak jahat dalam Green Rose manakala yang hujung kanan watak jahat dalam A Man Called God. Nasib baik dalam ni diorang baik dan kelakar, maka layankan aje. Yang sebelah hero tu pun tak pernah jumpa sebelum ni. Jalan cerita okeylah dan trademark drama ni aku rasa macam kasut kot. Hero bagi kasut kat heroin dan heroin pun bagi kasut kat hero. Hero kata, "Bila hati dah terbuka untuk terima cintaku, maka pakailah kasut tersebut dan datang padaku." Gituuu... Lepas tu heroin tiru balik cara hero.

Sekarang ni tengah layan Faith pulak. Lee Min Ho yang berlakon dengan heroin Sad Love Story, Kim Hee Sun tak silap nama dia. Macam tengok Naruto pun ada jugak walaupun aku tak pernah tahu pun jalan cerita sebenar Naruto. Hahaha... Kalau Naruto lambang dia matahari, tapi Jeokwaldae guna bulan sabit. Siap ada kuasa petir lagi; serius macam tengok Naruto tapi versi Korea dan heronya hensem banyak serta berambut hitam. Naruto punya rambut blonde kan? Hehehe...

Walaupun jalan cerita dia macam lembap, tapi sebab penulis skrip dia suka wujudkan adegan ingin tahu dipengakhiran setiap episod, aku layankan aje. Lagipun cerita yang berlatar masa dulukala memang lazat berkrim cuma kali ni bukan zaman Joseon tapi zaman Goryeo; zaman batu sikit daripada Joseon. Yang tak tahan tu, banyak sangat gunting dalam lipatan dan geng-geng jahat ni tak ada kerja lain asyik la bunuh orang.

Heroin pun lawak sikit dan happy go lucky dalam cerita ni, tak macam dalam Sad Love Story yang serius dan sedih aje mukanya. Aku pun tak faham macam mana aku boleh tahan tengok Sad Love Story tu sampai habis dulu. Sebab ada Kwon Sang Woo kot? Hiks... Kalau aku tau akhirnya Kwon Sang Woo mati dalam cerita tu, tak kuasa nak tengok tau! Nasib baik lagu-lagu dia best. Eh, dah berapa drama aku selit ni? Banyak sangat tengok cerita korea, senget dibuatnya. Dapat pakwe korea tak jugak. Hahaha..

No comments: