Engagement Fund ;)

Thursday, 20 June 2013

Markah Penuh

Assalamualaikum blog. Fuh..fuh..fuh.. tiup sikit bagi habuk hilang. Hehehe...Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan akhir untuk sem ni. Bukan lagi lega aku rasa, lagi serabut ada bila tengok kertas periksa bertimbun. Kali ni macam ajaib sikit sebab tak berdebar sangat macam sem-sem yang lepas. Poyo eh? Anak murid yang nak ambik periksa cikgu dia yang berdebar dan cuak terlebih. Hahaha... Bila tengok soalan, lega sebab apa yang diulangkaji dalam kelas semuanya keluar dan soalan pun tak berapa susah. Yang hampehnya, beria aku ajar diorang cara nak hantar kertas periksa alih-alih dia lupa nak buat garis putus-putus untuk memudahkan proses menceraikan bahagian B daripada buku soalan untuk dihantar bersama borang OMR. Memang choiii sangat. Terpaksa la kutip sekali dengan soalan bahagian A. Tak pasal-pasal jadi berat sampul berisi kertas jawapan tu.

Waktu nak jaga periksa tu, tiba-tiba dikhabarkan bahawa kena ada lebih daripada seorang pengajar di tempat kejadian. Mulalah aku cuak kan sebab subjek ni aku sorang je cikgunya dan nak minta tolong orang lain pun tak dapat sebab  ramai yang tak ada dan yang ada pun ada kerja diorang sendiri. Maka aku pasrah je pergi dewan sorang-sorang. Sebelum ni pun okey je aku jaga sorang-sorang. Tak ada hal punya cuma penat sikit la sebab sebesar-besar dewan tu aku sorang yang meronda. Nasib baik untuk sesi petang ada orang tolong. Terima kasih banyak mantan bos! Jasa anda amat saya hargai.

Habis je periksa, laju-laju jalan masuk pejabat dengan kertas-kertas jawapan yang tebal dan berat tu. Laju bukan sebab tak sabar nak tanda, tapi tak sabar nak duduk dekat kerusi yang selesa. Ahahaha... Sampai je pejabat, laju-laju kemas kabinet untuk sumbat masuk semua sampul surat berisi kertas dengan status SULIT tu. Tak lalu nak hadap. Semak dah kabinet aku dengan fail-fail dan khazanah lain. Cadangnya harini nak mula menanda tapi pagi-pagi tadi dah kena panggil buat kerja lain. Esok jelah gamaknya baru aku hadap. Bukan boleh terus tanda pun. Mula-mula kena baca soalan dengan teliti, lepas tu semak skema jawapan dan pastikan semua jawapan yang diberikan betul sebab selalunya mestiada satu atau dua soalan yang salah. Lepas tu kena tebuk borang OMR. Dah sudah tu barulah boleh mula menanda. Harini, asal terserempak dengan budak-budak sem 1 atau sem 2, semua dok cakap "Miss, markah penuh tau!" Ewah, aku nak selak pun tak sempat lagi macam manalah nak bagi markah? Apa pun, semuanya kena selesai sebelum 2 Julai.

Nota Galaksi: Gambar tanpa keterangan sebab guna gajet baru untuk lepas gian taip entri. Hehehe...

No comments: