Engagement Fund ;)

Monday, 15 July 2013

Ramadhan: Datang & Pergi


Assalamualaikum blog kesayangan yang ditinggal sepi. Masih adakah yang sudi menjenguk? Pejam celik pejam celik, hari ni dah pun 6 Ramadhan. Sepi bukan bermakna tiada cerita tapi mood untuk berkarya terbang melayang entah ke mana. Perkongsian cerita yang mengusik hati tatkala Ramadhan 1434 menjengah. Sehari sebelumya aku dikejutkan dengan pemergian salah seorang senior di Hamidiah dulu. Aku memanglah tak rapat tapi kenal rapat juga dengan beliau sebab beliau agak rapat dengan Abang sulungku. Dah kata satu batch, satu universiti, satu kampung, satu tempat kerja, mau tak rapat?  Kisahnya, aku mula kenal dengan isteri beliau yang merupakan pemilik tempat tuisyen yang aku mengajar setiap Isnin baru-baru ni. Nak kata rapat, tidaklah tapi kenal mesra juga sementelah Kak Ijan ni pun kawan seuniversiti abang aku.Ada jugalah borak-borak bila bertembung di tempat tuisyen tu.

Beberapa hari sebelum tu aku terserempak dengan Kak Ijan di kedai makan; aku tengah sarapan bila tiba-tiba dia datang menegur. Terkejut juga bila ada yang menegur di tempat awam begitu. Waktu tu dia cakap suaminya berada di hospital dengan kemungkinan denggi. Aku ingat tak teruk sangat tapi rupanya kritikal berdasarkan apa yang terpapar di FB suaminya. Balik kerja petang Selasa, Abah cakap Nawi meninggal. Memang sangat terkejut! Aku baru je berSMS dengan Kak Ijan hari Ahad 7 Julai tu sebab dia tanyakan nombor akaun untuk bayar elaun tuisyen, tak sangka dua hari lepas tu terima berita mengejutkan. Bila dengar tu, terbayang-bayang karakter Kak Ijan yang ramah dan sentiasa senyum. Waktu dia tegur aku kat kedai makan tu pun muka ceria je macam tak ada apa-apa yang berlaku. Semoga Kak Ijan tabah menghadapi dugaan yang Allah beri. Al-fatihah untuk arwah Mohd Asnawi semoga rohnya tenang di sana.

Nota galaksi: Hanya yang pernah merasai sebuah kehilangan tahu bagaimana perasaan kehilangan yang tersayang.

No comments: