Engagement Fund ;)

Tuesday, 16 July 2013

Ramadhan: Woman of the House

Bersiaran pada 9 Ramadhan. Blog-blog lain dah meriah tepek gambar makanan menu berbuka mahupun sahur. Blog mak-mak pulak meriah dengan cerita anak-anak yang baru belajar nak puasa. Seronok baca dan mengenangkan kisah aku waktu mula nak belajar puasa jugak. Petang tadi waktu nak solat asar, Kak Dayan bertanya menu-menu untuk berbuka yang dah dimasak sepanjang lapan hari puasa ni. Kagum aku dengar menu mantan bos yang pelbagai tu. Bila tang aku yang menjawab, baik punya menu aku bagi;"Saya jangan ditanya, banyak ke bazar je." Hehehe...

Tahun ni berbeza berbanding tahun lepas sebab Nenek duduk sekali dengan kitorang jadinya kena fikir apa yang Nenek boleh makan dan tak boleh makan. Bila dah jadi woman of the house ni, baru tahu yang sebenarnya berfikir menu untuk berbuka adalah memenatkan. Kalau dulu, boleh je masak lauk dan nasi terus untuk berbuka sebab Abah memang nak makan nasi waktu buka. Tapi sekarang Abah lebih suka makan kuih atau makanan yang tak terlalu berat waktu berbuka; nasi lepas siap solat semua baru makan. Kelam-kabut juga kalau fikir nak masak kuih, nak masak lauk lagi.

Itu baru bab menu, tak masuk bab mengemas lagi. Ini satu lagi benda yang tak berkenan. Memang bab-bab  mengemas ni aku kureng sikit melainkan sendiri punya sepah. Ini boleh bikin aku jadi Hulk jugak ni sebabnya yang membuat sepah ramai tapi yang mengemas sorang. Stresss hoi! Bila dah stress, aku pun mula la buat pandai je tengok keserabutan depan mata sampai taufan rajin membadai. Hari ni terlebih tenaga jadi aku pun gigih masak lauk untuk buka walaupun serabut tengok dapur yang tak surut-surut barang merata. Layankan aje. Mula-mula nak buat roti lapis daging sekali tapi sebab singgah pasar dulu beli sayur dengan ikan untuk stok, sampai rumah pun dah lambat. Jadi aku beli je kuih muih untuk juadah buka dan lauk masak sendiri. Maka terhidanglah tiga jenis lauk;

Ikan tongkol bakar + air asam
Tumis petola
Tempe goreng

Ringkas dan sahih semua orang makan. Satu lagi yangbuat aku malas masakberia adalah kadang-kadang macam tak luak je lauk yang dimasak tu. Dah, satu hal aku nak layankan hati yang sentap sebab orang tak maka . Hahaha... jadi kalau nak makan yang pelik-pelik sikit, beli je, lagi puas hati. Gambar bawah ni adalah hidangan hari ni. Cantik betul mangkuk-mangkuk tu kan? Ko ada? Hahaha.... Lepas masak terus masukkan dalam mangkuk besi tu sebab senang kalau nak panaskan karang, tak payah nak salin mangkuk lain. Nasi pun masak guna mangkuk cenggini sebab orang dalam rumah ni dah tak kuat makan jadinya masak nasi pun tak guna periuk elektrik sebab periuk sedia ada adalah besar. Sekian saja cerita juadah berbuka untuk kali ini.

No comments: