Engagement Fund ;)

Sunday, 1 September 2013

Chik's Wedding

Ini cerita bulan Jun tempoh hari. Punyalah malas nak menaip sebab kena guna Note je kalau nak kemaskini blog. Laptop aku tak tau kenapa, sejak digunakan untuk pendaftaran pelajar baru haritu, terus dia tak boleh connect wireless. Memang choii sangat! Rasanya macam kena hantar klinik je tu tapi tak sempat buat 5S lagi. Gambar-gambar yang ada dalam tu pun tak backup lagi.

Sebab dah nak masuk 3 bulan cerita ni berlalu, aku pun dah lupa-lupa dah. Hari tersebut aku tak ada tuisyen jadi memang melompat bintang la sebab boleh merayap dengan crime companion. Mula-mula Aten ambik aku, pastu ambik Syafaf, pastu ambik Na dan Zimah kat rumah Na. Macam biasa, asal datang rumah Na je mesti dia bagi makanan. Dah macam datang rumah sedara pulak. Aku dengan Aten pun apa lagi kan? Layannn... hahaha... Dari Shah Alam, aku yang pandu. Eh, rasanya aku yang pandu sampai balik hari tu. Layankan aje, alangkan kereta manual pun panjang langkahnya, apatah lagi kereta auto. Tapi rasa macam berangan je waktu memandu haritu sebab hampir-hampir nak kena langgar beberapa kali. Tapi bukan salah aku ok, salah  mereka yang tiba-tiba saja tukar lorong tak bagi tahu. Stresss hoi!

Kali ni ada dua orang doktor dalam kereta jadi ada masanya aku, Aten dan Na dengar jelah diorang borak guna istilah doktor. Mula-mula singgah kenduri senior Zimah kat UPM. Bagi Zimah jejak kasihan kejap dengan senior-senior dan kawan-kawan dia waktu kat Mesir, baru gerak ke majlis Chik. Sampai-sampai je geng tingkap tengah beratur nak ambik gambar jadi kami pun ikutlah beratur nak bergambar sekali kekdahnya. Disebabkan kedua mempelai adalah dari sekolah yang sama, maka jumpalah ramai kawan sekolah, putera dan puteri. Sesi bergambar ni lama gila. Mula-mula dengan pengantin. Lepas tu pengantin tak ada, dengan pelamin pulak. Lepas tu lawat meja ke meja pulak. Mengalahkan pengantin! Kahkahkahkah...

Geng tingkap balik, baru kami makan. Lama juga lepak sini sebelum beransur ke rumah Man nak lawat Baby Afham. Man pun datang juga kenduri Chik walaupun masih dalam pantang. Ikutkan dah jumpa, tak payah pergi rumah pun tak apa kan? Sebab dah janji dari awal, kami singgah juga. Terima kasih Man dan suami atas layanan yang diberikan. Susah-susah je buat air milo untuk kami. Hehehe... Sempat la merasa pegang baby walaupun aku memang tak ada skill langsung nak pegang baby. Hehehe... Borak-borak, minum-minum, dan buat Afham menangis, barulah mintak diri untuk pulang. Singgah solat kejap di plaza tol mana entah, dah lupa. Lepas tu hantar Zimah ke hospital sebab dia kerja malam. Seronok gila dapat hantar Zimah ke hospital sebab aku dah lama sangat-sangat tak jejak ke HTAR ni. Poyo je kan? Masuk kawasan hospital pun nak seronok. Hahaha... Lepas tu terus hantar Na dan Syafaf balik dan kami pun balik juga. Kalau Zimah tak kena kerja, mau sampai malam jugak kami merayap tu. Hehehe.. Rasa macam ada lagi benda yang berlaku pada hari tersebut tapi dah tak ingat. Akhir kata, selamat menempuh hidup baru buat Chik sebagai isteri dan buat Man sebagai ummi. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu.

Sesi ambik berkat dengan pengantin dan pelaminnya...hahaha...Gambar akhir tu adalah doktor-doktor serta bakal doktor bergosip

Cubaan memenuhkan buku tetamu dengan ucapan dan corak abstrak..Kekecohan menulis dan menampal kad pada hadiah

Di majlis senior Zimah

Sesi tulis kad untuk hadiah Baby Afham serta cubaan memangku Baby Afham...hehehe

Kenangan dengan Chik dan ada dua orang mak buyung dalam ni

Nota Galaksi : Gambar-gambar tak ikut turutan sebab tak tahu nak buat macam mana untuk dia berbaris cantik. Yang penting entri ni ada gambar. Tak gitu?

1 comment:

nisachik said...

hehe..thanks sazoh & geng sbb dtg wed chik..:)