Engagement Fund ;)

Tuesday, 22 October 2013

Belum Cuba, Belum Tahu

Isnin petang, Kak P panggil aku ke mejanya waktu nak ke tandas sebab kena lalu depan meja beliau kalau nak ke tandas. Singgah la kejap. Lepas tu dia cakap; "Farah, nak order lasagna untuk jamuan lepas meeting boleh? Untuk 15 orang makan." Okey, aku tengok dia, dia tengok aku. Hahaha... Was-was nak setuju sebab tak pernah lagi menjual; sebelum ni buat untuk makan-makan je. "Erm, bolehlah kot." Teragak-agak lagi tu menjawabnya. Dah setuju tu, aku tak boleh nak letak harga sebab dah laaaaaaaammma sangat tak buat lasagna jadi tak dapat nak agak kosnya berapa. Maka aku pun buatlah survey harga pasaran terkini dengan bantuan Pakcik Google.
Disebabkan kat kawasan kampung ni payah benor nak cari aluminium foil bersaiz pujaan hati, maka aku cakap tempahan adalah hanya saiz besar. Itu je yang senang nak jumpa. Bila beliau setuju nak tempah dua bekas bersaiz 10×12 inci dengan harga yang aku tetapkan, aku pun setuju untuk bertanggungjawab membuat tempahan tersebut. Sebab dah laaaaaaaammma tak buat lasagna, maka aku harus bereksperimen sebagai persiapan diri. Waktu beli barang petang tadi, terkejut tahap gaban bila tengok harga daging kisar. Cepatnya naik harga? Tanjat tau!
Lepas maghrib baru mula masak dengan merujuk resepi lama yang ada dalam blog ni; boleh tekan label resepi antarabangsa untuk resepi. Menjadilah hasilnya cuma aku lupa letak garam dalam sos putih. Hahaha.... Nasib baik keju tu agak masin, jadi kira dialah penyelamat. Yang bahan eksperimen ni cuma guna kepingan keju cheddar je sebab tak beli lagi keju mozarella. Mudah-mudahan perancangan esok berjaya dan hasilnya sempurna. Amiiinnn...

No comments: