Engagement Fund ;)

Friday, 4 October 2013

Tak Reti

Alhamdulillah, sakit yang tidak diketahui punca yang bermula pagi tadi beransur pulih. Aku memang jarang sangat sakit terutama demam. Biasanya sakit kepala ringan-ringan je. Migrain pun dah jarang kena. Cuma pagi tadi tak tahu kenapa, sejuk sampai menggigil satu badan terutama tangan tapi badan macam panas. Sampai dah tak boleh nak pegang pen sebab terlampau sejuk. Nak elak sejuk, aku pergi pusat sumber dan duduk dalam bilik perbincangan. Itu je tempat yang tak ada air-cond. Siap berbalut pashmina pun sejuk menggigil lagi tapi dah boleh pegang pen; bolehlah nak tanda tugasan budak-budak ni walaupun mata berpinar. Sakit kepala pun ye jugak. Itu pun lagi banyak menung tahan sejuk daripada menanda. Dah ingat nak pergi klinik je tadi tapi mengenangkan kena cucuk duit kalau nak ke klinik, malas pulak. Jadi bertahan je sampai pukul 12, terus masuk surau dan baring dengan berbungkus. Sejukkk...

Dalam 1.30, terjaga. Kepala dah ringan sikit dan panas badan pun dah surut. Bangun pergi tandas, basuh kepala dan terus wudhuk untuk zuhur. Alhamdulillah,  reda sikit walaupun kepala masih berdenyut. Sapu minyak angin sikit, barulah solat. Tengok jam, sempat lagi nak makan. Jadi keluar juga cari sup ayam panas + nasi putih dengan milo panas. Macam tak mampu nak habiskan tapi sayang pulak membazir. Jadi, aku 'kira' juga nasi tu sampai lah habis. Istilah kira nasi ni dapat waktu kat asrama dulu; orang yang makan paling lambat akan dikata 'mengira nasi', bukan makan nasi. Sampai ofis, semua orang tanya dah ok ke? Aik, rasanya aku cuma bagi tahu Kak R je aku tak berapa nak sihat, tup tup ramai pulak yang tahu. Pelik! Aku dah la tak reti nak mengadu kat orang kalau sakit. Selagi boleh tanggung sendiri, tanggunglah sendiri. Tapi kalau orang lain nak mengadu sakit kat aku, takpe. Aku boleh layan. Nak suruh masak bubur ke, carikan ubat ke, takde masalah. The pelik side of me. Hehehe...

No comments: