Engagement Fund ;)

Friday, 8 November 2013

Malu bertanya, rugiiiiii....

Kisahnya, dah mula dari bulan lepas lagi. Kalau aku bertindak awal, lagilah untung. Tapi sebab aku ni kan lambat bertindak, maka untunglah jugak. Tapi keuntungan yang berbeza. Kata kuncinya: TAJAAN. Sebenarnya kalau buat program boleh je minta tajaan daripada mana-mana syarikat gergasi macam syarikat "sungguh enak dimakan begitu saja !" ataupun syarikat "minum Milo anda jadi sihat dan kuat!". Cuma kena tahu cara. Dulu waktu kat U pernah buat tapi macam tak boleh belah je sebab mintak seciput; rugi sebab dia tak berapa nak layan! Nak mintak, kena mintak banyak-banyak. Seratus ke, seribu ke, barulah pegawai tu semangat sikit nak uruskan. Bukan tajaan duit tau, tapi tajaan produk.

Itu cerita zaman dulukala, maka dokumen pun dah bertukar jadi 'artifak halimunan' gara-gara virus yang menyerang laptop. Gggrrrrr! Cuba minta pada S/U saya yang berdedikasi tu tapi sampai ke sudah tak dapat salinan dokumen surat-menyurat yang diperlukan. Hai awak tu *sambil lambai tangan belah kiri*;) Lepas tu aku pun terus lupa nak uruskan sampailah ada orang tanya pasal roti waktu nak solat zuhur tempoh hari. Pap, tepuk dahi! Lupaaaaaa.... Lepas tu cuba la kira-kira harga untuk sekian sekian jumlah roti yang dimahukan. Oh, kalau jumlahnya sebegitu, bisa diatur! Semangat aku keluar masuk laman web dia nak tanya pasal harga - kalau beli banyak, dapat kurang tak? - dan juga cara nak membeli - penghantaran dan pembayaran.

Kerana daku bersuara emas, maka hanyalah email 'berkajang-kajang' ku layangkan; macam orang angau je bila asyik tengok mailbox nak tengok kot ada email balasan. Nan hado sampai sudah! Akhirnya, dengan kekuatan yang bersisa, aku terus je isi borang pesanan di laman web mereka. Situasi yang sama berulang dan sampai sudah nan hado email pengesahan. Kumpul lagi kekuatan dimana aku terus je telefon nombor yang ada pada plastik roti tu. Aku dari dulu memang alergik bila kena berurusan melalui telefon ni sebab kadang-kadang bila cuak, habis hilang ayat yang disusun untuk diluahkan tu. Mula-mula telefon, aku cakap nak tanya pasal tempahan tapi dia sambung ke bahagian lain. Bahagian apa tu? Bahagian nak mintak sponsor! Eh, waktu tak nak ni la dapat kan? Alang-alang dah bercakap dengan pegawai bahagian tu, terus aku tanya prosedur nak mintak tajaan.

Senang je kot! Cara dia bercakap tu pun macam; "Kalau ko hantar permohonan, confirm kitorang bagi tau!" Gituuuu.... Mula-mula tulis surat permohonan. Macam biasalah kan, kena terangkan tujuan dan bagi tau sikit program apa dan tujukan pada Bahagian Pemasaran. Lepas tu email pada email yang dia bagi, terus pada pegawai yang menguruskan. Email tak bolehlah nak tayang kat sini, kalau nak, meh PM Tuan Tanah ye. Lepas tu, tunggu la dua minggu untuk dia proses permohonan. Baiklah mintak dua bulan atau sebulan sebelum nak guna supaya tak terkejar-kejar. Senang je rupanya. Okey, lepas ni ada program apa? Meh kita cuba. Hehehe...

Lepas bercakap pasal tajaan, aku tanya pasal tempahan yang aku buat melalui laman web. Dia bagi satu nombor lain dan nama PIC untuk langkah seterusnya. Jenuhlah aku telefon tak berangkat. Akhirnya, aku telefon lagi tapi tak bagi tau nak cakap dengan siapa; cuma cakap nak tanya pasal tempahan je. Terus dapat! Beriya aku cakap aku dah buat pesanan tapi tak dapat maklum balas, terus dia kata kena periksa dulu dalam database. Lama jugak tunggu, nasib baik beliau kedengaran ramah dan tak sombong. Sekali dia kata, tak masuk dalam data dia. Apakah? Nasib dia cakap boleh je buat pesanan sekarang. Sebelum pesan, tanya dulu boleh dapat diskaun ke tak? Beliau tak jawab terang-terangan sebaliknya tanya berapa aku nak? Ermmmm, 200?

Beliau: Oh, diskaun hanya untuk pesanan minimum 300.
Saya: Ok, saya nak 300. Kalau 300 berapa jumlahnya? (Hahaha... Tamak! Dia tolong darabkan dan yang penting tak lebih bajet.)
Beliau: Ok, nak guna bila ye?
Saya: Rabu depan, 13 haribulan.
Beliau: Kalau hari Rabu, kita ada perasa coklat dan strawberi. Jadi, nak yang mana? Semua satu perasa atau nak campur?
Saya: Erm...errrr...ermm... Bagi semua coklat lah! Eh, taknak. 200 coklat 100 strawberi. (Susah tau nak buat pilihan, nasib baik dia tak marah. Hahaha...)
Beliau: Okey, boleh bagi nama penuh, nombor telefon dan alamat untuk penghantaran?
Saya: bla..bla..bla..(bagi alamat la wei!)

Dah siap order semua, tanya balik lagi butiran order tu sebab kang kalau tak sampai kang, haru jadinya. Nasib baik aku double check sebab beliau boleh tersasul cakap aku order untuk 15 haribulan. Omo, siapa nak bawak  ke Kelantan nun kalau order tu sampai pada 15 haribulan? Rombongan gerak 13 haribulan malam. Terus aku bagi tau dia sampai dua kali nak guna roti tu 13 haribulan dan tanya betul ke dia hantar sampai institut? Hahaha... Cuak punya pasal! Apa pun, terima kasih pegawai yang layan saya ambik pesanan roti tu tadi ye, jangan lupa hantar roti saya 13 haribulan. Hehehe.... Oh, bayaran boleh dibuat waktu penghantaran sampai. Sekian, dah penat menaip. Harap dapat membantu. Harap juga lori "sungguh enak dimakan begitu saja!" muncul di bangunan pentadbiran Rabu depan, 13 haribulan.  C.U.A.K

No comments: