Engagement Fund ;)

Friday, 29 November 2013

Motif?

Minggu ni minggu ujian sedunia. Kejar masa di saat-saat akhir sebelum peperiksaan akhir menjelma. Sebelum-sebelum ni rajin aku tempah dewan kuliah utama untuk buat ujian. Disebabkan PIC DKU asyik lambat buka je sampai aku sendiri yang kena buka pintu, cari suis lampu, menggagau hidupkan air-cond, dan paling menyakitkan hati bila kena tunggu sampai masa jadi sia-sia, maka aku buat keputusan untuk guna aje ruang legar pusat sumber. Sahih tempat tu sentiasa terbuka.

Macam-macam ragam budak-budak ni bila buat ujian. Geram, tapi selalu tak jadi marah sebab diorang buat lawak pastu aku nak tergelak. Layankan aje. Yang paling menggeramkan bila aku dah bagi soalan bocor, siap bincang jawapan dalam kelas, pun tak boleh jawab juga soalan waktu ujian. Sabor je la. Ujian satu jam, tapi ada yang 20 minit dah siap. "Miss, I've finished. Can I hand in now?" Amboi, hantar cepat lepas tu nak buat apa? "No, you have to wait until 3.30. If you've finished, put your head on the table and sleep." Bukan boleh percaya budak-budak ni,  lepaskan awal kang merayap ke mana-mana kang.

Jenuh juga meronda nak tunggu sampai habis masa. Kalau ikutkan malas nak ronda sebab kang ada yang asyik nak tanya. Konon-konon tanya dalam bahasa melayu guna ayat belit-belit aku tak perasan la nak minta jawapan kan? Cikgu ko lagi peka tau! Nah ambik senyuman sebagai jawapan. Muehehehe... Ada sekali tu aku duduk dalam kalangan mereka dan tiba-tiba seorang budak ni cakap sambil bisik-bisik.

Dia: Miss, tau tak nama dia ni siapa? (Muka serius  sambil tunjuk budak perempuan depan dia)
Aku: (alamak, tak berapa nak ingat! Gelabah tengok kad matrik dia...hahaha) Kenapa?
Dia: Yang ni pulak? Miss ingat tak nama dia? (Dia tunjuk kat budak perempuan sebelah dia pulak)
Aku: (angkat kening je)
Dia: Ni nama dia Wani, yang ni Natasha, yang tu Munira. Miss ingat nama diorang ni lepas tu nanti tengok kertas jawapan diorang. Tengok sama tak jawapan diorang.
Aku: Ceh, ingatkan apa tadi. (Bangun dan sambung meronda)

Tanya banyak-banyak semata-mata sebab tu kan? Motip? Hahahaha.... Lawak, lawak. Kalau diikutkan, yang bertanya tadi tu yang paling banyak dapat klu untuk jawapan. Budak-budak perempuan tiga orang tu elok je aku tengok jawab soalan diam-diam. Adoi la, geli perut dibuatnya.

No comments: