Engagement Fund ;)

Monday, 18 November 2013

RTK #1: Rambang Mata

Alhamdulillah,  selamat sampai ke bumi Selangor kira-kira jam12.30 tengahari tadi. Hampir 12 jam perjalanan dari Kota Bharu nun. Bertolak pulang malam tadi kira-kira jam 1.00 pagi sebaik saja acara penutup tamat. Sekarang masih berada di pejabat menanti Abah menjemput untuk pulang. Mari isi masa lapang dengan mengemaskini blog. Akan ada beberapa siri untuk entri ini yang bertajuk Road to Kelantan. Eceh...

Sepanjang bermusafir di Kelantan selama 4 hari, antara perkara menarik untuk dicuba adalah makan, makan, dan makan. Kali ni cerita pasal makan dulu. Kali terakhir aku jejak kaki di sana adalah selepas PMR, sepuluh tahun lalu. Bentuk muka bumi apatah lagi jalanraya, memang aku tak ingat langsung. Yang aku ingat, sarapan pagi makan nasi pastu murah gile harga untuk sekali makan dengan kenangan makan keropok lekor berkeping-keping sementara menanti bas dibaiki sebab rosak di tengah jalan. Pagi Khamis, sebab sibuk dengan urusan daftar masuk dan sebagainya, memang tak sempat nak terjah kedai makan. Harapakan orang tapau je la. Pagi nasi berlauk ayam, tengahari nasi kukus ayam goreng, malam aku dah tak lalu nak telan nasi, maka pesan makanan selain nasi. Itu pun sampai rumah dah tengah malam dek kerana taklimat yang meleret-leret.

Memandangkan aku kena pantau budak bola tampar sebab pengurus diorang tak ada, maka pada hari pertama perlawanan memang sepanjang hari aku berada di tempat perlawanan dengan mereka. Bab makan, Kak Dahiyah yang uruskan untuk aku. Paginya, nasi kerabu, tengahari nasi berlauk pulak. Kali ni lauk ikan keli, yeayy! Muak dah makan ayam. Malamnya sempat keluar makan lepas jenguk budak-budak badminton. Cuba makan belut pulak walaupun dok fikir "eeewww!" sebab dia licin dan panjang. Hahaha... Rasa dia okeylah, macam ikan keli cuma lebih licin. Bolehlah telan...

Hari ketiga di sana, dah tak banyak acara jadi sempatlah ikut Kak Dahiyah beli sarapan sebelum ke perlawanan akhir bola tampar. Sampai je pasar tu, terus "Omo, omo! This is delicious, that must be tasty, those look yummy!" Gituuuu. Macam-macam makanan ada. Rasa nak makan semua. Tapi sebab pergi dengan orang dan atas urusan kerja, cuba satu dua jenis sudahlah. Nak pusing satu pasar tu pun tak sempat. Makanya, aku wajib pergi sana lagi, atas tujuan melancong. 

Bawah ni dua jenis kuih yang aku sempat cuba. Belah kiri tu nama dia kuih apong. Tanya kat salah seorang pelajar yang berasal dari Kelantan, dia tak tahu. Kak Chik jugak yang jadi kaunter pertanyaan. Terima kasih Sedari. Hehehe... Rasa dia macam apa ek? Tak tau nak cakap. Tapi tengah dia tu macam kastad ada, macam seri kaya pun ada. Sebelah dia tu namanya kuih apam. Tertarik nak cuba sebab dia masak kat situ jugak guna kuali-kuali kecil. Nampak begitu sedap bila tengok kegebuaan dia dan baunya yang semerbak bila dimasak. Jadi, mari kita cuba. Tekstur dia macam apam balik tapi lagi ringan dan rasa dia manis-manis buah dan ada sikit rasa pisang.

No comments: