Engagement Fund ;)

Thursday, 5 December 2013

Jiwa Kacau Ke?

Lepas kerja tadi, laju-laju punch out sebab nak pergi Jusco sempena hari kad J. Sebelum ni memang tak pernah langsung. Bila ada duitnya, masa tak ada. Bila ada masa lapang, duitnya pulak tak mengizinkan. Kali ni aku peruntukkan duit, maka bergegaslah ke sana dengan hanya satu tujuan.

Sebenarnya, dah tengok-tengok dah benda tu 2 minggu lepas dekat cawangan yang lagi satu. Siap pegang dan cuba sangkut lagi! Tapi waktu tu kenapa entah, tak sampai seru nak beli. Lepas tu dah balik rumah dok terbayang benda tu sampai tahap pejam mata pun imej beliau boleh muncul. Dahsyat tak? Hahaha... Memang dah sampai masa untuk tukar pun sebab yang sedia ada ni dah uzur benar nampaknya; tunggu masa nak lerai je.

Sampai Jusco terus terjah kawasan dia. Sebab dah simpan dalam hati nak yang tu jugak, yang lain aku tak berkenan walaupun diskaun dia lagi banyak. Tapi, rekaan yang aku nak tu tak ada! Ohhhhh, hampa dan kecewa... Siap tanya adik tu lagi, kot-kot ada yang lain. Tanya banyak kali kot sebab cara adik tu menjawab teragak-agak. Sebelum ni memang yang jaga tu pernah cakap, satu rekaan hanya ada satu untuk setiap cawangan. Entah betul, entah tipu, aku tak tahu la kan.

Tak boleh terima hakikat jugak lagi tu beliau dah tak ada, doklah depan rak tu tenung kawan-kawan dia yang lain. Ada satu tu, adik beradik dia jugak tapi besar gabak macam kalau nak sumbat laptop aku yang lebar tu pun muat. Dah belek-belek, lepas tu fikir yang benda ni nak guna hari-hari. Pergi kerja bawak dia, pergi jalan pun sama jugak. Kalau beli yang itu, tak praktikal. Pusing tengok jenama lain pun tak berkenan. Nak-nak orang ramai gila, lagilah malas nak layan.

Akhirnya,  merayap tanpa tujuan dan hampir terbeli sesuatu yang tak berapa patut dibeli sebelum ke satu tempat lain. Dah lama jugalah mengintip tempat tu untuk dapatkan produk dia dengan harga yang sedikit murah berbanding harga asal. Masuk situ, nampak tulisan LAST DAY-50%. Tergugat ni. Pusing kawasan tu sambil memunggah sampai banyak kali. Terdengar pulak jurujual tu kata ahli kad J dapat tambahan 10% diskaun. Uish, terus punggah dengan lebih semangat.

Terpegang pulak satu yang rekaannya agak menambat hati. Saiz dia pun dah ngam soi; tak kecik, tak besar sangat. Lama gila aku belek sampai akhirnya paksa diri untuk beli. Boleh cenggitu? Hahaha... Stress punya pasal. Apapun, masih dalam lingkungan bajet untuk benda yang asal maka tidaklah ralat sangat. Lagipun dah lama teringin nak pakai barang jenama tu.

Dah beli, mengadu kat Kak Chik pulak dilema kurang berkenan tu sampai beliau tanya, jiwa kacau ke aku sampai membelasah membeli? Entah ek? Macam ye kot. Stress dengan budak-budak nak periksa tapi kerja kursus ada yang tak lengkap. Panggil suruh selesaikan pun diorang buat pandai je, lepas tu cikgu diorang yang stress. Apakah? Tambah lagi, keadaan bilik yang sedang dijajah oleh anai-anai, menambah stress juga. Habis bersepah satu rumah gara-gara anai-anai tu. Haisshhh.... Nah, teka benda yang aku beli.

No comments: