Engagement Fund ;)

Tuesday, 10 December 2013

Roti Cicah Kari

Setiap sem, waktu paling bosan adalah waktu menanti peperiksaan subjek umum berlangsung. Sebab? Dah tak ada kerja nak buat. Semua dah selesai. Rekod pengajaran, rekod kehadiran, dan markah kerja kursus dah siap isi. Makanya, hanya tunggu peperiksaan selesai dan masa untuk menanda kertas. Yang ini boleh bikin pening sebab macam-macam rupa bentuk jawapan yang muncul kang. Kali ni tak tahulah bagaimana rupanya. Tunggu dan lihatlah saja.

Sementara tak ada kerja, mari kemaskini gambar-gambar dalam laptop ni. Dah lama sangat-sangat tak pindahkan gambar dari telefon ke laptop, sekali pindahkan, sampai melimpah ruah. Ambik ko!Lepas tu pening nak bahagikan ikut susunan. Ingat nak edit gambar untuk entri tertunggak blog, sekalinya mata juling sebab tak tahu nak mula dari mana. Nah tengok gambar makanan ni dulu.

Roti cicah kari daging korban dan teh o strawberi Agromas. Waktu ni Wak yang menukang rumah nak datang bincang pasal bayaran jadi Abah suruhlah buat air. Habis tu, nak hidang air kosong je? Tak seronok pulak. Kerepek dan biskut-biskut kebetulan tak ada stok. Tetiba ternampak sebuku roti yang baru dibeli dan terjeling kari daging dalam periuk atas dapur. Tinggggg! Mentol menyala atas kepala. Tanya Abah, okey ke hidang roti cicah kari ni? Bila Abah kata okey je, terus je kelentung kelentang siapkan hidangan.

Roti tu Abah suruh potong jadi bite size, senang nak makan. Baik, saya yang menurut perintah. Lepas tu aku bakar kejap untuk jadikan tekstur dia rangup sikit supaya bila makan tak rasa muak. Dah bakar, susun la bagi cantik sikit. Letak sekali piring kecil sorang satu untuk makan. Siap!

No comments: