Engagement Fund ;)

Sunday, 31 March 2013

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Sebenarnya dah lama nak kongsi tentang ini tapi sebelum ni tak berjumpa dengan teks ejaan yang betul. Jadi entri ini diperam dulu hinggalah baru-baru ni salah seorang sahabat di FB berkongsi tentang ini, beserta gambar ejaan perbandingan. Maka, lebih mudah nak terangkan.

Pertama kali tahu tentang ini adalah ketika berada di tingkatan empat. Ilmu yang melekat sampai sekarang ini diperoleh sewaktu di kelas bahasa Arab yang untuk aku, tak sah kalau tak mengantuk. Serius, asal kelas bahasa Arab je mesti ngantuk tahap tak boleh nak tongkat mata. Tak tau kenapa. Hehehe...Satu hari tu, tiba-tiba ustaz Akram terangkan pasal doa ni siap dengan ejaan dan huraian lengkap lagi. Alhamdulillah,  sampai sekarang aku ingat tentang doa yang satu ini.

Buat para imam, berhati-hati apabila membacakan doa kerana bimbang kita hanya mendoakan diri kita tanpa mendoakan makmum di belakang. Yang dah tahu, sebagai peringatan. Yang belum tahu, sebagai pembetulan. Semoga doa kita diterima, amiiinn...

Cerita Penghujung Mac


Sebelum bulan Mac habis, meh taip sikit apa benda yang dah berlaku sampai membuatkan aku rajin update blog berbanding dua bulan sebelum ni. Well, sometimes people work best under pressure and I admit that. Lagi sibuk, lagi stress, lagi nak menaip. Kebelakangan ni rutin harian dah berubah dan memang agak memenatkan. hari Isnin, lepas kerja ada kelas tuisyen dari jam 6.30 petang sampai 8.00 malam. Hari Selasa dan Khamis ada aerobik dari 5.15 sampai 6.30. Kadang-kadang pukul 6.45 baru habis. Agak-agak sempat tak layan Korea? Tengok pada keadaan. Kalau sempat, layan satu episod, kalau penat tahap gaban, memang ingat bantal je. Selalunya kalau layan pun pada hari yang balik secara normal. Tapi entri minggu ni semuanya auto publish sebab dah peram lama sangat cerita tu, takut reput pulak dalam draf. Hahaha...

Minggu ni dimulakan dengan peristiwa panik dimana sewaktu mahu pulang pada petang Isnin, tiba-tiba kunci kereta meragam. Ah, sudah! Sebab pada asalnya aku picit maka kalau buka secara manual memang sahih dia menjerit. Nak minta tolong orang lain pun, semua dah balik sebab aku keluar agak lewat. Dalam pada cuak, cuba telefon rumah tapi tak berjawab. Talian hayat terakhir, telefon Abang Faiz mintak tolong dia ambik. Tapi sampai pukul 7 baru aku tinggalkan pejabat sebab Abang Faiz habis kerja pukul 6. Sempatlah menanda tugasan budak-budak sem 1 walaupun jiwa kacau. Maka, pergilah aku mengajar tuisyen dengan otak bercelaru. Mujurlah semuanya dalam kawalan. Hari Selasa pulak, mula balik sesi aerobik lepas berehat minggu lepas sebab dewan besar ditutup untuk beri laluan kepada program institut. Pancit weh bila senam lepas berehat seketika. Pulak tu pengajar tu kenalkan step baru yang agak ekstrim, semput dibuatnya.

Hari Rabu hari yang agak stress. Sebabnya baru terhegeh-hegeh nak siapkan laporan audit. Salahkan diri sendiri. Hahaha... Sebenarnya dah siap taip dan edit gambar-gambar semua. Cuma bila masukkan dalam format laporan yang diberi, habis lari semua. Menambahlah stress. Lepas tu ada pulak orang buat lawak tak diterima akal waktu tengah stress, mintak maaf banyak-banyak kerana mempamerkan reaksi sebegitu. Gosip-gosip ni tak main eh! Sebab tu aku diam tak berkutik bila orang buat gosip; malas nak layan. Bukak mulut kang, semua orang sakit hati kan, maka duduk sajalah diam-diam kat tempat sendiri.

Lepas tu patutnya kelas pada hari tersebut diambil alih oleh Kak Dayah, maka aku pun dah set dalam otak; "Yiiiihaaa, tak ada kelas dengan sem 1 IT!" Sekalinya Kak Dayah kena uruskan OJT maka kenalah masuk kelas macam biasa. Haih, bila tak bersedia mental, maka stress lagi sekali. Walaupun bahan-bahan mengajar semua dah ada, persediaan diri sendiri pun penting juga.

Hari Khamis, kelas dengan sem 2 CAD. Tapi pagi tu dapat khabar budak CAD Seni ada lawatan pulak. Jadi cuma tinggal budak CAD Meka nampaknya. Dah la budak CAD Meka sikit, memang tak meriah la. Tapi sebab ada masalah bas, mereka pulang awal dan sempat la masuk kelas aku pukul 2 tu. Sekalinya, hujan lebat pulak. Aku dah dapat bayangkan cuma ada beberapa orang je dalam kelas tu. Sekalinya memang betul pun. Yang lain semua syahid dekat bilik masing-masing. Stress lagi! Macam mana nak masuk topik baru ni? Jadi aku cuma suruh diorang buat impromptu speech dan selebihnya sesi borak-borak. Sakit la nak pulun habiskan silibus lepas ni. Adeh...

Macam-macam soalan diorang tanya termasuklah; "Miss, bila nak kahwin?" Muahahaha... Terlepas ketawa kejap. Aku jawab; "Bila dapat kad jemputan nanti, waktu tu la saya kahwin." Lagi soalan sengal; "Miss, kenapa bawak Kancil je? Kenapa tak beli Honda ke, Vios ke?" Amboih, tak agak-agak kome bagi kereta mahal suh aku beli ye? Diorang ingat beli kereta ni macam beli Galaxy Note 2 kot? Ataupun beli kereta ni setakat bayar duit muka 10% dari harga kereta dan ansuran bulan-bulan? Tidak sekali-kali. Kena fikir bajet untuk servis dan insurans sekali. Jawapan aku adalah; "Saya malas nak tambah hutang." Pendek dan padat. Hahaha... Ada fikir jugak tapi tak puas lagi simpan duit. Kang kalau beli kereta, tak boleh nak berjimba selalu sebab kena peruntukkan gaji untuk bayar ansuran. Tak bersedia ke arah itu lagi. Hehehe...

Akhir kata, mari tengok sama-sama nota peringatan untuk diri sendiri. Jumpa nota ni di FB salah seorang sepupu dan tertarik nak simpan. Semoga bermanfaat.


Wednesday, 27 March 2013

WW #12 Bila Dah Lapar...

Situasi 1
Creme Brulee Cheese

+

 Vietnamese Beef Noodle Soup

=

Waregen...




Situasi 2

Golden Chicken Wrap - pedas tapi berminyak

Tuesday, 26 March 2013

Kerana Sate

Sambil menyelam sambil minum air kekdahnya maka lepas saja menziarahi makcik di Gombak, halakan kereta menuju ke Shah Alam sebab di situlah tempat terdekat untuk menikmati sate Kajang Hj. Samuri. Itupun sebab dah salah masuk susur ke lebuhraya dari Gombak. Kalau ikut KESAS, boleh singgah di R&R je sebab kat situ pun ada cawangan sate Kajang Hj. Samuri juga. Kebetulan baru dapat elaun tuisyen jadi nak juga belanja keluarga kan. Kalau tak kang, habis buat beli entah apa-apa. Hehehe.. Sebelum dapat makan sate, satu insiden yang boleh dikategorikan sebagai tak sepatutnya berlaku, telah berlaku akibat jiwa kacau si pemandu. Masa tu memang fikir macam-macam dalam otak sampaikan buat kesilapan bodoh yang merugikan iaitu salah scan kad TnG waktu nak keluar dari PLUS. Choi! Rugi hampir 50 hengget gara-gara scan kad yang salah. Mula-mula susah juga nak terima hakikat bahawa duit itu lesap begitu saja tapi akhirnya aku redha. Mungkin sebelum ni, aku berniat untuk beri duit dengan nilai yang sama pada pihak lain tapi tak terbuat, maka dengan cara ini duit itu dibelanjakan. Pasrah... Lepas ni sila letak satu saja kad TnG dalam kereta.

Usai solat asar, terus menuju ke PKNS untuk makan sate. Konsepnya tetap sama macam konsep di Kajang. Mula-mula, cari meja dan ingat nombor meja sendiri. Lepas tu, salah seorang pergilah beratur untuk pesan makanan dan minuman. Menunya tak begitu pelbagai disebabkan hanya fokus pada sate. Tapi ada beberapa menu sampingan lain macam nasi goreng dalam 4 ke 5 jenis juga dan hidangan mee dalam 2 ke 3 jenis. Sate pulak macam-macam ada; ayam, daging, ikan, perut, rusa, arnab dan beberapa lagi. Sebab tamak, maka aku pesan lebih daripada yang Abah suruh; untuk makan pun pesan lebih, untuk bungkus pun pesan lebih sebab kot-kot teringin nak makan lagi bila tengok Abang An makan. Nasib baik habis. Hehehe...

 Rupa hidangan sebelum dijamah

Sate ayam + sate ikan, set nasi impit besar, sambal merah, kuah kacang pucat

Waktu pesan makanan di kaunter dan bayar harganya, kita akan dapat sekali kuah kacang dan mangkuk untuk cicah. Nasi impit dan timun pulak pakej lain; kalau nak makan kena pesan. Macam sesetengah kedai sate biasa, timun dan nasi impit termasuk dalam pakej tapi yang ini tak ye. Minuman dan sate nanti dia yang hantarkan. Sama juga kalau pesan nasi atau mee, pelayan dia yang akan hantar. Kuah kacang dan sambal tu memang dia asing. Sebagai orang dewasa yang tahan pedas, silalah campurkan sambal ke dalam kuah kacang tu. Barulah sedap nak makan.

Selepas... licin semuanya!

Jadi Bidan Terjun Untuk Sepupu

Cerita ni pun dah cukup peram. Tarikh kejadian adalah pada 10 Februari yang lalu. Dua majlis yang digabungkan menjadi satu iaitu majlis aqiqah pada sebelah tengah hari dan majlis pertunangan pada sebelah petang. Pada hari yang sama juga, salah seorang teman jenayah bernikah. Maka, hanya doa ku kirimkan dari kejauhan. Kami tiba di tempat kejadian agak lewat. Tapi tak adalah lewat sangat sebab majlis pun baru je mula cuma tak dapat nak masuk dalam rumah sebab ahli kumpulan marhaban dah ambik tempat. Maka aku duduk saja di bahagian luar sambil ikut bermarhaban mana yang tau. Selesai marhaban, haruslah bersantap pula. Lepas bersantap, bersantai kejap sementara menanti waktu zuhur. Usai solat zuhur, barulah kelam kabut siapkan watak utama untuk majlis seterusnya.

Sebahagian daripada makeup yang digunakan

Asalnya, Along nak minta Angah yang solekkan tapi sebab Angah pun kejap-kejap keluar untuk uruskan benda untuk majlis seterusnya atau melayan kerenah anak, maka akhirnya sepupuku yang glemer dengan panggilan Rini mengambil alih dengan aku sekali menyibuk. Sebab aku ni tak berani sangat kalau buat kat muka orang, maka Rini yang banyak ambil bahagian. Habis semua koleksi makeup keluar dari beg tangan masing-masing.Waktu tu makeup pouch aku sihat walafiat lagi jadi dengan beliau sekali digunakan. Macam lawak pun ada sebab bercampur-campur makeup yang digunakan. Hahaha.. Foundation guna Angah punya, bedak pulak guna watak utama punya. Karang blusher guna aku punya, eye liner guna Rini punya. Memang lawak sungguh. Apapun sesi makeup amatur oleh sepupu-sepupu serta adik watak utama, membuahkan hasil yang mengagumkan! Berkat kerajinan Rini berguru dengan video dari internet. Hehehe... Lepas ni kalau ada majlis yang memerlukan menepek makeup, panggil je sepupu-sepupu sendiri. Jimat pun jimat. Hahaha...

Sentuhan terakhir

Kami

 Hantaran dari kedua belah pihak

Sesi lepak-lepak bersama keluarga selepas majlis selesai

Sewaktu majlis berlangsung, kami duduk je dalam bilik dengan orang yang nak bertunang sebab ruang depan dah penuh dengan keluarga belah lelaki. Dah tak terkira dah ini majlis bertunang ke berapa yang aku hadiri tapi boleh dikatakan perbincangannya mudah dan tak adalah nak formal sangat. Apapun, tahniah buat Along yang sudah pun selamat menjadi tunangan orang. Majlis besarnya nanti jangan lupa jemput rewang. Kalau tak I datang jadi VVIP je pada hari kejadian. Hehehehe...


Monday, 25 March 2013

Sendiri Lagi

Ini majlis salah seorang teman rapat waktu di Hamidiah dulu yang juga merupakan ketua platun untuk pasukan kawad kaki. Eh, tiba-tiba rasa rindu gila nak berkawad walaupun lepas habis je pertandingan kawad, kulit masing-masing hangus. Kenangan manis betul waktu masuk pertandingan kawad ni. Berlatih setiap kali ada masa lapang, berebut dataran dengan pasukan lain untuk latih kawad, dan juga kena 'kejar' dengan pasukan kawad pelajar putera. Kurang asam betul! Tapi itulah yang buat zaman sekolah lebih menarik; ada sesuatu untuk dikenang.

Kali ini aku pergi seorang dari rumah. Dah sampai jalan masuk rumah beliau, baru jumpa Na, Pnut dan Pana. Waktu dalam perjalanan, konvoi tiga kereta dan diorang suruh aku duduk depan sekali. Jadi penunjuk jalan katanya padahal aku pun tak tahu lokasi sebenar rumah Ain. Hahaha... Pasrah je sambil jeling-jeling peta kat kad jemputan di tempat duduk sebelah. Kebetulan ada juga dua ke tiga rumah yang juga mengadakan kenduri, maka sedikit keliru disitu. Dekat jalan masuk, tak nampak pun signage majlis Ain. Jadi bila melepasi satu tempat kenduri, aku macam was-was itu ke tempatnya. Sebab tak pasti, maka aku jalan lagi ke depan dan nampak papan tanda perniagaan dengan nama ayah Ain.

Walaupun separuh yakin dan separuh tak, tapi aku berhenti jugak. Sampai di pintu masuk, masing-masing pun tak pasti juga samada ini rumahnya atau bukan. Sampai dah duduk untuk makan pun masih lagi was-was sebab tak nampak sesiapa pun yang dikenali waktu di khemah. Tapi memang betul pun tu rumahnya sebab Pana ke, Pnut dah nampak Ain dekat dalam. Fuh, nasib baik. Kalau tak, malu sampai kena nyorok bawah meja sebab salah rumah. Hahaha..
Kami dengan pengantin

Tahniah buat Ain dan suami. Selamat bercinta sampai ke syurga dan semoga rumahtangga sentiasa dirahmati.

Sunday, 24 March 2013

Tak Nak Kasi Aku Merajuk

Ini kejadian bulan lepas dimana teman jenayah yang juga teman sesekolah dan seasrama tiba-tiba mesej ajak ngeteh pada hari bekerja. Aku yang tengah kelam-kabut nak masak untuk Abah dan Nenek, berbelah bagi nak setuju mulanya sebab waktu mesej sampai, Abah tak ada kat rumah. Jadi belum minta kebenaran lagi. Tapi dalam hati nak juga keluar sebabnya satu, beliau ajak ke SR maka bolehlah makan sepotong kek yang memang sebulan sekali je makan; dua, sebelah SR kan ada Al-Ikhsan jadi ingatnya nak cari kasut untuk aerobik sekali. Semangat nak bersukan kekdahnya. Hahaha...

Lepas kelam kabut masak dan dapat kebenaran dari Abah, terus siap-siap nak keluar. Tiba-tiba tak jadi ke SR pulak, bosan katanya asyik lepak tempat sama. "SAHA jom!" kata beliau. Aku layan je sebab kat SAHA pun best juga dari segi menu yang pelbagai dan tempat makan yang santai. Jadi, kami terus aje jumpa di sana sebab beliau dari tempat kerja. Nasib baik sampai sama-sama kalau tak lama pulak nak menunggu. Boleh tahan ramai orang yang datang makan. Maka lepas duduk sekejap, pelayan datang bagi menu. Khusyuk benar menelaah menu sebab tak tahu nak makan apa. Maka inilah dia menu yang kami hadap malam tu.

Caesar Salad - Mine

Fried Kuey Teow - Aten's

SAHA Corn Chip - sedap kuasa 8!

 Kek-dah-lupa-nama...tapi dia berasaskan keju, berperasa pudina dan tapaknya adalah coklat

Keratan rentas..

Tengah makan, macam biasalah borak-borak dan aku pun tanya, "Kenapa tiba-tiba ajak ngeteh waktu hari kerja?" Beliau gelak dulu sebelum jawab, "Sebabnya, hari Ahad ni aku tak dapat pergi kenduri Ain." Cet! Patut la pun. Ni kira nak rasuah aku la supaya tak merajuk sebab teman jenayah tak ada. Hahaha... "Ko kalau merajuk dahlah susah nak pujuk." Beliau menambah lagi. Aku tak kisah pun pergi seorang sebab aku kan main belasah je. Apa pun, terima kasih sebab belanja kek tu eh walaupun ko kata tak sedap according to your taste bud. But for me who eats anything and everything, it tasted just nice. Hehehe...

Gembira Tak? Gembira Tak?

Selepas sekian lama bersabar dengan prestasi PC pejabat, akhirnya terkeluar juga keluhan secara pukal tempoh hari apabila beliau beroperasi dengan sangat sangat sangat lembab! Sungguh menguji kesabaran apabila nak gerakkan tetikus pun ambil masa 30 saat baru kursor tu bergerak. Itu belum kira kau nak klik pada pautan yang nak digunakan. Contohnya macam nak buka email. Berminit-minit kau tunggu Google Chrome tu nak muncul lepas kau tekan. Mau tak hangin?Udah la masa tu nak cepat email dokumen ke pihak luar. Sudahnya aku tumpang PC orang lain. Sekali klik, tak sampai 5 saat dah muncul. Secara kebetulan, orang yang dipertanggungjawabkan menjaga PC-PC atau lebih dikenali sebagai system admin ada di tempat kejadian. Terus la cuba nasib mengadu dengan dikukuhkan lagi aduan oleh orang-orang dari pulau lain. Tak sampai 2 minit, beliau terus godek-godek PC tua yang menguji kesabaranku itu. Eh, ini bukan diskriminasi tua atau muda semata-mata tahu. Kalau PC tua tapi boleh bekerja dengan efisyen, aku pun takde hal punya.

Mula-mula beliau defrag dulu. Maklum la, hanya system admin je ada kuasa nak defrag PC yang ada tu. Lepas tu update antivirus kot-kot PC tu lembab sebab banyak virus kan. Dari pagi sampai petang juga proses tu. Sebenarnya sampai keesokan harinya pun tak siap-siap lagi. Bila semua dah up to date, beliau temui punca sebenar mengapa PC tua itu lembab. Rupanya RAM dalam tu hanya 256MB! Patut la pun. Beliau nak janji bagi PC baru, memang tidak la kan. Cuma beliau boleh janji nak upgrade RAM kalau terjumpa saki-baki RAM yang tak digunakan di bengkel. Agak lama juga tak ada tindakan susulan hinggalah hari Selasa sudah beliau muncul dengan membawa kotak. Yeay, dapat RAM baru! Sebagai seorang yang buta komponen komputer, aku serahkan bulat-bulat pada beliau untuk selesaikan apa yang patut. Hahaha... Tapi dah tau dah rupa RAM tu macam mana. Rupanya RAM ni dibahagi dua ek? Baru tahu... Maksudnya kalau 256, ada dua RAM yang setiap satunya 128. Kalau 512, makanya ada dua RAM yang tiap satunya 256. 
Ini rupa RAM untuk yang buta komponen PC macam yours truly..hehehe

Bila dah siap pasang semua, beliau panggil suruh tengok prestasi komputer laju ke tak. Untuk log in, memang ambik masa sikit tapi aku rasa macam dah laju sikit dari biasa. Kalau tak tu, nak log in pun lama. Jadi, beliau suruh cuba buat kerja dulu gunakan PC yang telah dinaiktaraf RAM nya. Oh, terima kasihlah banyak-banyak kerana kelajuannnya dah bertambah. Nak bukak dokumen kejap je; klik sekali terus muncul. Kalau tak tu, hhhmmmmmpphhh... Bila dah agak lama aku godek-godek, beliau datang kat tempat aku tanya macam mana prestasi PC tu. Dengan gembiranya aku jawab; "Okey, laju sikit dan tak adalah berjanggut nak tunggu kursor tu bergerak." Beliau gelak je dengar komen aku sebab beliau pun tahu tahap kelembaban PC tu. Kemudian beliau tanya, "Gembira tak?Gembira tak?" Maunya tidak? Tak perlulah nak menumpang belas kasihan PC orang lain kalau ada kerja penting lepas ni. CPU aku tu dah lama dah, sejak tempat ni bukak lagi. Itu yang tak ternaik taraf tu. Naik taraf RAM pun jadilah asalkan boleh menaip dengan cepat, nak cari bahan kat internet pun laju dan boleh print dengan segera tanpa perlu menanti dengan lama.

Sebelum ni tak gaduh sangat PC tu lembab ke hape sebab sebelum ni aku buat semuanya kat laptop. Boleh print terus dari laptop dan boleh access public storage dari laptop juga dengan bantuan wireless. Bila network untuk printer buat hal dan laptop tak boleh nak connect dengan printer, aku tak kisah lagi sebab boleh je pindahkan dokumen ke public storage dan access saja public storage di PC untuk print dokumen. Tapi bila semua wireless jadi useless, hape pun tak boleh! Semua benda kena tumpu pada PC pejabat semata-mata sebab PC tu bersambung dengan kabel. Itu yang bila dia lembab tahap gaban aku jadi tak sabar. Lepas ni tak ada masalah nak buat semua benda kat PC. Walaupun tak secanggih PC orang lain, tapi aku bersyukur sebab dia boleh digunakan untuk kerja yang sepatutnya. Terima kasih banyak-banyak kerana memudahkan apa yang sulit.

Thursday, 21 March 2013

Lepas 2 Tahun

Ini kejadian dua minggu sudah. Sebenarnya dah lama teringin nak puding tiga lapis ni tapi kemalasan menguasai diri. Kalau buat untuk makan sendiri kat rumah, memang sahih aku seorang je yang kena telan sebab orang-orang kat rumah ni tak berapa nak layan benda-benda manis. Dulu kalau buat pun sebab ada permintaan dari orang-orang di sekeliling. Jadinya, sebab bahan-bahan yang dibeli pun dah nak sampai tarikh mati, maka aku paksa juga diri ni buat puding walaupun terpaksa keluar cari susu cair gara-gara terlupa stok yang patutnya untuk puding ni dah digunakan. Maka, siaplah dua bekas puding tiga lapis ni. Satu bekas besar untuk bawa ke pejabat, satu lagi bekas kecil untuk santapan di rumah.


Maka, sampai pejabat pagi-pagi simpan dulu dalam peti sejuk di pantri. Tengah hari, sebaik saja tamat mesyuarat aku pun siap-siap la hidang. Ingatkan tak laku, rupanya tak cukup. Takpe-takpe, nanti kalau rajin aku buat lagi ye. Macam yang ini, kena tunggu dua tahun untuk kumpul rajin tu. Punyalah dahsyat. Hiks..

Wednesday, 20 March 2013

She's Madam Now, No More Miss!

Sebelum terlupa jalan cerita, baik cepat-cepat tulis. Ini pulak kejadian dua bulan lepas. Punyalah tak rajin nak menggodek gambar, sampai sekarang baru keluar cerita ni. Kawan baik saya waktu di universiti telah selamat bergelar Puan kepada Encik Suami yang juga kawan sekelas waktu di tahun asas. Macam mana boleh rapat eh dengan Mimynn? Oh, dah ingat dah. Waktu tu Hari Fakulti semasa minggu orentasi. Rasanya macam aku yang tegur dulu kot, nak cari kawan kekdahnya kat tempat baru. Lepas tu, kawan biasa-biasa je. Bila dapat tahu beliau berjiran di hostel, mula pergi kelas sama-sama, pergi makan sama-sama dan gosip pun sama-sama. Hahaha...

Aku ni tak berapa nak pandai sangat maka beliaulah antara orang yang banyak tolong dalam pelajaran. Thank you for everything, Mimynn. Allhamdulillah you are married now. Kisah cinta diorang ni, panjang ceritanya. Suka, duka, lawak, semua ada. Apa kisahnya? R.A.H.S.I.A. Hehehe... Waktu akad nikah, Mimynn jemput juga datang walaupun aku macam teragak-agak nak datang ke tak sebab petangnya ada tuisyen, takut tak sempat. Tapi kerana aku kan suuuukkkaaaa datang majlis-majlis macam ni, maka gigih juga memandu dari Banting ke Shah Alam. Macam biasa, ambik Kak Chik dulu baru ke tempat kejadian. Majlisnya di Intekma dan hanya kenalan rapat saja yang dijemput untuk akad nikah. Sebagai seorang yang penuh dengan emosi, dua kali air mata mengalir. Sekali waktu akad selesai dilafazkan, lagi sekali waktu bersalaman dengan beliau. Untuk majlisnya, aku datang seorang dan agak lewat sebab ada kenduri tempat lain dulu. Sempatlah jumpa kawan-kawan lain waktu di universiti dulu.
 Hantarans.. Above: from Mimynn; below; from Hafiz

The bride and groom; us

 Pengantins and I; Ain, Qis (bridesmaid) and I

The doorgift - delicious brownies

Minggu depannya, tempat lelaki pulak. Disebabkan tak sempat nak beli hadiah waktu majlis di pihak perempuan, maka aku bawa hadiah waktu kenduri di belah lelaki. Majlis kali ini diadakan di Dewan Kastam Kelana Jaya. Konon-konon dah pernah sampai situ, maka yakin je kali ni tak sesat. Pergi tanpa tengok peta langsung! Sekali tu hambik ko, sesat barat! Orang lain dah balik, kami baru sampai. Hahaha... Tapi best juga sebab boleh borak lama-lama dengan pengantin. Pergi sesat, balik pun sesat. Inilah padahnya kalau terlebih yakin.
The pengantins; us

Makanan untuk kedua-dua majlis adalah sedap! Kat majlis Mynn tak makan banyak sebab segan sebab sampai lambat dan sorang-sorang pulak tu. Buah tangan dari majlis Mynn adalah brownies yang super duper sedap! Kesian tak, itulah pertama kali aku makan brownies. Ish..ish..ish..

Kat majlis Hafiz, semua makanan yang ada aku ambik termasuk putu piring hijau yang sedap dan juga pencucui mulut lain yang ada. Buat Mimynn dan Hafiz, semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Selamat bercinta sampai ke syurga. Ada gosip baru, boleh WhatsApp okeh! Hehehe...

Jangan Serik!

Hari ni beransur okey selepas kesedihan melanda gara-gara kecuaian diri sendiri. Bila aku fikir balik, macam hebat sangat pulak isi makeup pouch yang hilang tu padahal hampir semua benda dalam tu dah nyawa-nyawa ikan. Lip balm yang satu, kena korek dengan jari kalau nak pakai manakala yang satu lagi tu dah berusia 3 tahun tapi tak habis-habis. Lipstick je yang kira baru beli. Blusher pun dah 3 tahun usianya dan yang lain-lain pun begitu juga, kiranya memang dah lama la beli. Cuma eyeshadow tu dah lama beli tapi baru pakai sekali sebab malas nak calit guna berus dia yang terasing. Untuk seminggu ni, aku pakai bedak baby tu je la pergi kerja; cuma untuk kekalkan kelembapan bibir, aku lari kejap beli lipstick collagen yang ikut warna darah lepas habis kelas Isnin lepas. Duduk dalam air-cond, tak calit apa-apa yang lembap pada bibir kalu, memang boleh luka dibuatnya.

Esok, bermulalah program tahunan yang mana aku telah dilantik menjadi AJK 'tetap-dan-berpencen' sejak program ini bermula pada tahun 2011 lagi. Cuma kali ni sambutan kurang meriah sebab banyak sekolah jemputan tak dapat penuhi jemputan kerana terlalu banyak program bertindih. Aku pun naik segan asyik telefon sekolah yang sama sampai berkali-kali. Patutnya maklum balas perlu difakskan pada hari Khamis lepas. Jadi kalau ikut logik, mulai hari Khamis tu dah bolehlah risik khabar samada hadir atau tidak. Maka, gigihlah aku telefon sekolah yang berkenaan dan jawapan standard yang diperoleh; "Pengetua belum minitkan lagi surat tu." Selagi sekolah-sekolah berkaitan tak bagi maklum balas, selagi tu aku telefon. Hahaha... Bukan apa, kalau nak hantar pelajar sekali sebagai tetamu, kena susun jadual ambil dan hantar bas ke sekolah-sekolah berkenaan. Akhirnya, hanya beberapa sekolah saja yang mampu memenuhi jemputan. Kitorang pun faham, sebelum cuti sekolah ni memang sibuk. Ada yang periksa, ada yang sukan, ada yang buat program, dan paling penting, keputusan SPM keluar esok juga. Mau tak sibuk? Cikgu-cikgu yang aku telefon tu siap cakap lagi; "Jangan serik ye nak hantar jemputan program apa-apa lagi lepas ni." Kurang sikit rasa segan dek kerana telefon banyak kali semata-mata nak dapatkan maklum balas. Hehehe...

Esok kena pakai cantik-cantik sebab nak sambut tetamu dekat pintu masuk utama dewan. Berkampung la aku depan pintu tu macam tahun sudah juga.

Monday, 18 March 2013

Hilang Pulak Dah

Benda ini yang buat aku stress dari pagi tadi. Nasib baik juga pagi tadi dah lewat kalau tak memang aku dah punggah semua barang sambil menitik air mata. My makeup pouch has gone missing! Huwwaaaa.... Lepas ni sila beli beg tangan besar yang boleh berfungsi serupa poket Doraemon. Sob...sob...sob... Kisahnya, semalam pergi kenduri Na tak bawa beg yang biasa pakai, tukar beg kecik sikit konon nak sama dengan kasut. Maka makeup pouch pun duduk dalam beg telekung. Jadi waktu nak solat zuhur pun bawa la keluar pouch tu untuk bersihkan makeup sebelum wudhuk dan tepek bedak sikit lepas solat. Kebarangkalian besarnya, pouch itu tertinggal di surau Carefour tu. Hadoi la... Apasal la aku tak perasan dari semalam lagi? Padahal semalam petang sampai rumah je terus keluarkan telekung dan isinya dari beg dan simpan beg telekung di tempat asal. Kalau masuk dalam beg tangan, perasan la juga sebab berat beg akan berbeza bila pouch tu tak ada. Terkilan sungguh la hai. Mula-mula sedapkan hati tanya kat Aten kot-kot terjatuh dalam kereta dia, sekalinya tak ada! Aku siap macam nak pergi lari kejap kat Carefour tu waktu tengah hari tadi tapi mujurlah tak buat kerja sengal tu. Semata-mata kan?

Pagi tadi masuk pejabat muka macam orang sakit; bedak tak pakai, lip balm pun tak ada. Masalahnya, memang semua benda dalam tu. Compact powder, blusher, dua jenis eye shadow, mascara, lip liner, eye liner, dua jenis lip balm, lipstick, botol kecil minyak wangi. Memang mati kutu dibuatnya memikirkan nak kena beli balik semua benda tu. Dahlah semua benda tu tak ada kat Banting ni walaupun sebenarnya ada. Kena tunggu la hujung minggu ni. Kalau beli sekali harung, mau kempis jugalah dompet yang tak berapa nak kembung tu. Ishhh...nak lupakan pun tak boleh lagi. Nasib baik juga pouch, kalau bag yang macam mak andam tu, memang sahih aku berkejar ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan. Haih...

Sunday, 17 March 2013

Bulat Tak Datang Bergolek...

Alhamdulillah, dalam minggu ini rezeki masuk melimpah ruah. Maka dengan ini, rutin hidupku berubah lagi dimana setiap hari Isnin aku hanya akan tiba di rumah apabila bintang bersinar terang di langit. Mulanya seperti mahu menolak tawaran yang diberikan tapi memikirkan bukan senang mahu dapat peluang sebegini, maka aku setuju saja. Bolehlah buat tambah-tambah duit tabung daripada tak ada peningkatan.

Kemudian pada hari Khamis, satu sampul coklat tiba di rumah dengan setem RM 1 dan sampulnya agak berat. Macam pelik pun ada tiba-tiba dapat sampul surat yang luar biasa. Surat peminatkah? Bila dibuka, nah! Muncul satu benda unik dari bumi kangaru. Apakah? Taraaaa....

Encik Koala

Sebelum ni cuba nasib tinggal jejak di blog kak FairyLily untuk mendapat cenderahati dari beliau dan tak sangka la pulak dapat. Alhamdulillah, boleh buat koleksi kat 'muzium' walaupun koala tu patutnya kena lekat dekat peti sejuk. Tapi disebabkan tak rajin nak bagi makan jaga, maka kasi simpan dalam kotak dulu. Dah beli peti sejuk baru kang baru lekat. Hehehe... Terima kasih banyak-banyak kak :)

Lepas tu, ada masuk satu pertandingan anjuran salah satu butik online di FB. Caranya amatlah mudah iaitu cuma kongsikan gambar promosi milik butik tersebut di Wall sendiri dan tunggu keputusan diumumkan. Bila masuk pertandingan macam tu, harapan aku terbahagi kepada dua; separuh nak menang, separuh lagi pasrah. Hahaha... Alhamdulillah, namaku terpilih untuk terima baucer pembelian mana-mana dress, jubah atau baju kurung di situ. Sebelum ni pun dah pernah berurusan dengan butik tersebut sebanyak tiga kali maka dah selesa dengan cara jual beli dan juga layanan pihak penjual. Maka, bertambah sepasang lagi baju raya nanti. Errr, puasa dah habis ganti ke sibuk-sibuk nak buat baju raya ni? Bertanya Tuan Tanah kepada dirinya sendiri.....

Monday, 11 March 2013

Raja Dua Hati

Macam dah lama ek tak buat review drama Korea? Ada juga beberapa drama yang dah selamat ditonton tapi macam tak ada hati pulak nak review. Drama yang ni baru sudah tonton hujung minggu lepas. Lepas gian kekdahnya sebab dah lama tak layan drama Korea. DVD pun dah lama beli jadi takut juga nak tangguh-tangguh tengok sebab kalau ada masalah kat DVD boleh bagi tahu pada penjual untuk tukar yang baru. Ok, drama ni boleh jatuh dalam kategori best sebab kombinasi lawak, sengal, perang-perang, pergolakan politik dan romantik. Tapi kalau untuk budak-budak tonton, kena ada pengawasan ibu bapa sebabnya ada sesetengah perkara yang tak sesuai untuk budak-budak. Bagi memendekkan karangan, kependekan akan digunakan.

Kisahnya, adalah pasal hero yang merupakan adik kepada Raja KS yang perangai macam hampeh. Ikut sukati dia je nak buat apa dan tak kisah dengan apa yang patutnya dia kena buat. Jadi untuk ubah perangai hero, abang dia hantar dia untuk sertai WOC sebaik saja dia tamat latihan askar. Sebab dia ni suka hidup bebas dan ikut suka hati, maka dia bantah sekeras-kerasnya dengan keputusan abang dia. Tapi dia terpaksa juga pergi akhirnya demi nak jaga nama baik abang dia dan paling penting tak nak kena buang daripada keluarga diraja. Apa yang best adalah hubungan adik-beradik antara dorang adalah sangat rapat dan mesra walaupun ada gaduh-gaduh jugak.

Untuk WOC, diorang bergabung dengan KU dengan tujuan untuk baikpulih hubungan antara KU dan KS. Waktu latihan diorang kena kongsi bilik dengan wakil dari KU. Sebab si hero ni banyak cekadak, dia tak nak kongsi bilik dengan salah seorang wakil KU yang asalnya jadi roommate dia. Dia mintak bilik sendiri sebab dia kan kerabat diraja tapi akhirnya kena kongsi bilik jugak tapi dengan heroin pulak. Waktu nilah perangai senget dia menjadi-jadi. Satu lagi perangai dia adalah dia tak serius dan suka ambik mudah sesuatu perkara. Sepanjang diorang jalani latihan, macam-macam benda terjadi. Lawak ada, cemas pun ada.

Dalam pada tu, abang dia rancang nak jodohkan dia dengan heroin yang merupakan anak kepada salah seorang pimpinan tertinggi KU dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara KU dan KS dan untuk elakkan kuasa-kuasa besar terus campur tangan dalam hal  politik dua negara ni. Heroin ni macam dah ada hati dengan hero sebab hero pernah tolong dia atasi kekecewaan waktu dia patah hati sebab orang yang dia suka dah ada orang lain. Hero ni pun macam suka jugak dengan heroin tapi dia tak perasan lagi. Waktu abang dia cakap dia kena tunang dengan heroin, dia macam jeles dengan heroin bila nampak dia macam mesra dengan kapten pasukan KS.
Ni waktu hero jeles sebab heroin bukan main gelak-gelak lagi dengan kapten pasukan dia

Dipendekkan cerita, dua-dua tak setuju dengan pertunangan ni sebab diorang dari dua negara berbeza dan mak hero pun tak setuju sebab heroin ni askar. Pasukan khas lagi. Akhirnya, dek kerana hero hormatkan abang dia, dia bagi tahu dia suka kat heroin dan nak proceed dengan pertunangan ni cumanya dia ada rancangan 'jahat' iaitu nak batalkan pertunangan ni dan cakap heroin yang tak setuju. Waktu ni memang lawak sebab hero rancang nak reject heroin tapi alih-alih heroin reject dia dulu. Sebab dia tak boleh terima, maka dia balas dendam secara halus.

Walaupun dia kata tak suka dekat heroin, tapi lama-lama dia jatuh cinta jugak dengan heroin. Waktu diorang dalam persediaan untuk bertunang secara rasmi, abang hero kena bunuh dengan pengerusi kelab M yang nakkan takhta dan macam-macam benda berlaku lepas tu. Yang tak bestnya hero tuduh sekali heroin terlibat dalam pembunuhan abang dia dan perkara tu menyebabkan heroin stress sampai dia balik semula ke KU. Bila hero dah tahu kebenaran, dia ke KU untuk pujuk heroin tapi sebab masih sakit hati, dia jual mahal. Waktu hero buat lawatan ke KU, dia hampir nak kena culik dengan pengerusi kelab M tapi akhirnya heroin dengan dua lagi ahli dari KU yang sama-sama berlatih untuk  WOC tolong selamatkan hero. Waktu ni baru hubungan dia ok balik. Macam mana heroin terbuka hati nak makan pujukan hero? Kena tengok sendiri. Hehehe...
Ini dia orang kuat hero yang mati di saat akhir

Lepas dari tu, diorang terus buat persediaan untuk bertunang secara rasmi dan mak hero pun dah dapat terima heroin. Sebab budaya heroin ni berbeza, dia kena belajar macam-macam disamping buat persediaan untuk WOC. Sepanjang tempoh diorang bertunang memang macam-macam hal berlaku disebabkan rancangan jahat musuh dia. Siap kena culik, lepas tu jadi tebusan musuh. Yang buat konflik dia jadi rumit, hal-hal yang berlaku ni melibatkan hubungan antara Korea dengan kuasa-kuasa besar lain. Memang rumit betul nak selesaikan sampai hero kena hantar orang kanan dia untuk tumpaskan musuh. Walaupun berjaya tangkap musuh dia, tapi orang kanan dia mati pulak. Oh, masa ni rasa macam tak puas hati kenapa beliau mati sebabnya dia ni macam penambah perasa bagi drama ni best. Hensem pun hensem. Hehehe.. Apapun, pengakhiran dia mesti baik-baik dan gembira belaka. Diorang pun jadi kahwin akhirnya.
Ni waktu diorang bertunang, macam nak kahwin pun ye jugak aku tengok

Permulaan cerita, memang banyak benda lawak. Yang paling sengal sekali, boleh pulak penulis skrip drama ni selitkan dialog Secret Garden. Mentang-mentang heroin SG adalah pelakon yang sama, dia bantai letak dialog SG dalam ni. Banyak juga adegan serius dalam drama ni lagi-lagi bila melibatkan pergolakan dan salah faham antara dua negara siap nak berperang dah dua negara ni dek kerana musuh dia dok laga-laga KU dengan KS ditambah dengan campur tangan sekutu diorang. Peminat drama Korea, boleh cuba tengok drama yang ada 20 episod ni. Agak bercinta juga nak habiskan tapi tak rasa bosan tengok sebab jalan cerita dia tak lembap. Mula-mula baca tajuk, tak faham kenapa mesti 'Raja Dua Hati'? Tapi bila dah habis tengok, aku faham. Walaupun negara Korea terpecah dua, raja ni tetap sayang dua-dua bahagian dan cuba nak satukan dua-dua negara ni sampai sanggup korbankan nyawa sendiri semata-mata nak elak daripada perang tercetus.

Saturday, 9 March 2013

Cakap Sorang-sorang

Dalam pertengahan minggu lepas, bos aku dan seorang lagi bos dari bengkel yang serius berbincang tiba-tiba memanggilku yang sedang menulis rancangan mengajar. Bos kata; "Farah, jadi MC untuk perhimpunan bulanan minggu depan boleh? Bulan ni giliran bengkel P dan unit kita jadi tuan rumah." Aku yang tengah fokus kat benda lain terkejut manusia sikit. Jadi MC? Aku? "Haaa?" Reaksi pertama aku. Cuak la tu kena cakap kat depan khalayak ramai padahal dalam kelas pung pang pung pang mengajar pasal pengucapan awam. Hahaha... "Boleh tak?" Bos aku kena ulang tanya lagi sekali. "Boleh la ye cikgu." Bos bengkel P pulak cakap. "Hurrmmmmmm... Boleh la kot." Jawapan daripada orang yang separuh yakin dan separuh tak yakin. "Okey, cantik! Teks pengacara dengan tentatif nanti Kak Jij bagi." Separuh pasrah dan separuh cuak dalam hati. Alangkan bercakap dalam majlis perhimpunan sesama kakitangan saja pun ayat bertabur, inikan pulak nak cakap depan pelajar dan kakitangan sekali. Tak pernah ok! Tapi, sampai bila pulak nak kata tak boleh? Kena juga cabar diri untuk buat sesuatu yang baru, baru tahu kemampuan diri kita setakat mana.

Lepas bagi persetujuan, aku tak fikir pasal tu dah. Jumaat kang baru fikir sebab kelas sampai hari Khamis, kena fokus pada kelas dulu. Maka hari Jumaat tu baru aku tengok teks dan tentatif. Paginya tolong Kak Ros uruskan baucer buku percuma untuk budak-budak yang layak. Seronok juga main koyak-koyak baucar dari bukunya dan masukkan dalam sampul. Hehehe... Dah siap yang tu baru fokus betul-betul dekat teks. Memandangkan teks yang aku dapat tu cuma teks untuk acara biasa, maka aku sendiri perlu karang teks mengikut tentatif yang diberikan. Waktu aku jadi MC ni la banyak pulak acaranya. Perasmian itu, penyampaian anugerah ini, penyampaian watikah pelantikan la bagai, memang banyak la acaranya. Takkan la nak bodoh-bodoh jemput orang ke depan bagi anugerah je. Mesti la nak bagi sikit maklumat pasal acara yang diselitkan.

Dipendekkan cerita, pagi Isnin aku datang pejabat dengan semangat berkobar-kobar walaupun perasaan cuak dah muncul dari hari Jumaat lagi. Sampai pejabat, terus masuk bilik bos besar nak bagi penerangan tentatif. Waktu bila beliau kena berucap, waktu bila beliau kena berdiri untuk sampaikan sijil dan siapa yang akan iring beliau. Gitulah. Nasib baik beliau tak banyak tanya maka lega sikit. Kemudian, terus menapak ke dewan besar untuk pastikan apa yang patut. Nak kena cuba mikrofon dulu kot-kot sampai masa kang dia buat hal, naya dibuatnya. Lepas tu nak buang gementar lagi. Macam-macam nak kena buat. Hehehe...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kesilapan berlaku waktu penyampaian anugerah gara-gara aku terlupa nak senaraikan nama orang tu dalam senarai yang baru. Tips-tips yang boleh dikongsikan untuk yang pertama kali jadi MC bagi majlis besar;

1. Buat senarai semak siapa yang akan bagi ucapan waktu majlis. Pastikan dengan orang-orang berkenaan bahawa mereka akan tampil pada hari kejadian.

2. Datang awal sebelum majlis untuk cuba mikrofon dan tempat pengacara majlis.

3. Sebelum majlis mula, pandang penonton dari hujung kiri ke hujung kanan, dari depan ke belakang. Salah satu cara nak buang cuak adalah berinteraksi dengan penonton melalui pandangan mata. Kalau cuak jugak, jangan pandang mata tapi pandang kat dahi.

4. Jangan terlalu gelabah. Bak kata Mantan Presiden saya dulu, bersedia untuk tidak bersedia. Mungkin di saat akhir ada perubahan dari segi nama atau acara. Cuma ikut saja apa yang perlu diubah dan tak perlu fikir rumit-rumit.

5. Buat pandai je waktu berdiri kat podium. Abaikan pandangan mata sinis dari segelintir penonton.

6. Ketawa sebelum mula dan tarik nafas dalam-dalam. Cara ini sedikit sebanyak mengurangkan cuak.

Rasanya itu je kot. Kalau ada lagi tips lain nanti kemudian la ye aku taip. Secara keseluruhannya, aku puas hati dengan pencapaian pada hari tersebut. Berbaloi la aku cakap sorang-sorang dalam kereta sebab berlatih. Kahkahkah...

Friday, 8 March 2013

Minggu Yang Sibuk


Lepas jadi MC hari Isnin lepas, terus fokus pada kelas yang memang biasa diadakan. Kertas tugasan pelajar yang makin meninggi dalam tray 'Masuk' pun kena bagi perhatian juga. Buat soalan senang, nak menanda tu yang bercinta. Selain itu, kena juga fokus pada memo yang sampai bertalu-talu. Mula-mula memo lantikan auditor 5S, lepas tu memo mesyuarat auditor, lepas tu dapat pulak peringatan untuk masukkan markah dalam sistem, lepas tu ketua zon suruh gantikan tempat beliau untuk mesyuarat pelaksana 5S, lepas tu dapat memo lantikan AJK untuk program tahunan institut, dan yang terakhir, dapat arahan dari bos untuk masuk dalam seminar untuk kakitangan pengurusan profesional.

Nampak gaya, matlamat nak tanda kertas tugasan dan masukkan markah dalam sistem minggu depan ada sikit lari. Konon-konon budak-budak cuti dapat la rilek sikit tapi nan hado. Sebabnya program tahunan tu akan berlangsung kurang daripada dua minggu maka bila duduk dibawah jawatankuasa yang memainkan peranan besar untuk hebahan program, kena bergerak pantas untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Maknanya, sahabat baik aku minggu depan adalah telefon warna biru yang tak berapa nak dengar suara pemanggil tu. Bagus juga diberi tugas ini sebab dapat latih kemahiran berkomunikasi dengan orang luar. Dua benda kena jaga bila berurusan dengan orang luar; nama sendiri dan nama institut. Bila buat kerja tak semenggah, orang akan kenal siapa kita kerana mereka tahu mereka berurusan dengan siapa dan mereka juga akan beri tanggapan buruk pada institut. Tak pasal-pasal, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Mesyuarat auditor pulak adalah pada petang Khamis dimana waktunya bertindih dengan kelas. Maka aku cakap awal-awal pada S/U untuk masuk lewat sebab ada kelas. Ingatkan nak lepas budak awal tapi tak dapat juga sebab nak habiskan topik sebelum diorang cuti. Rasanya lepas ni nak datang ikut waktu yang ditetapkan sebab aku jadi blur apa nak kena buat dek kerana tak dengar dari awal. Maka kenalah berguru secara peribadi dengan orang-orang yang lebih berpengalaman. Ingatkan senang nak bagi markah kat orang ni, rupanya susah juga ye? Walaupun dah ada panduan dan perincian tugas, kena juga ikut pertimbangan sendiri waktu menilai. Kalau skema sangat nanti orang stress, kalau tak kisah sangat, nanti tak adil pulak. Kena pandai-pandailah asalkan tugas yang diberi dilaksanakan.

Pagi tadi, mesyuarat pelaksana pulak. Lepas tu, balik dari rehat tengah hari, bos kata kena masuk sekali dalam ceramah yang diadakan khas untuk gred 41 ke atas. Ingatkan tak kena masuk, seronok je berjimba beramai-ramai waktu rehat tanpa buat persediaan. Hehehe... Mujur bos besar yang jadi penceramahnya dan isi ceramah pun tidaklah terlalu berat. Sebaliknya, bagus untuk mengingatkan tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Waktu azan asar berkumandang, tiba-tiba teringat aku ada buat janji dengan budak semester 2 untuk bagi nota. Memang tak ingat langsung. Maka cepat-cepat selesaikan apa yang patut sementara program rehat sekejap. Habis tepat-tepat jam 5 dan ada jamuan pulak.

Bila orang dah sediakan makanan, kena makan sebab nanti membazir. Lepas makan, siapkan kerja surat-menyurat untuk program yang akan berlangsung kurang daripada dua minggu tu. 6.30 jugak baru keluar pejabat. Walaupun penat dan kelam-kabut sikit, terubat sikit rasa serba salah dekat dua orang tu sebab batalkan rancangan saat akhir. Mungkin, inilah hikmahnya mereka macam tak bersungguh bagi respon waktu aku ajak bertemu Isnin lalu. Apa pun, minta maaf sebab tiba-tiba cakap begini dan tiba-tiba juga kata tak jadi. Rumusan untuk minggu ini; bila kita diberi sesuatu amanah, bermakna orang percaya pada kita dan mereka tahu kita mampu untuk laksanakannya. Biarpun terdetik dalam hati tugas itu berat, cubalah laksanakan dengan keazaman dan keyakinan. InshaAllah urusan kita dipermudahkan.

Nota: Selamat bertabah untuk Doktor-doktor muda yang kadang-kadang mengeluh penat itu. Hai Hani *lambai tangan*, hai Zimah *lambai tangan lagi*. Kalau rasa tak berdaya, kami ada di Tingkap Ajaib untuk membuat anda lega sedikit. Hehehe...

Sunday, 3 March 2013

Rutin Baru

Assalamualaikum blog dan kawan-kawan yang sudi singgah sini walaupun blog dah mula berhabuk. Rasanya sejak mula kerja balik blog ni macam terabai sikit. Sebabnya? Macam tak dapat nak sesuaikan diri lagi dengan perubahan jadual. Kalau dulu-dulu, kelas hanya dua hari dalam seminggu samada Selasa dan Rabu atau Rabu dan Khamis. Selebihnya cuma buat kerja-kerja pejabat jadi tak letih sangat. Sekarang kelas tiga hari, Selasa sampai Khamis. Jadi kena korbankan salah satu; kerja atau blog. Maka, WAJIBLAH utamakan yang utama, tak gitu? Satu lagi kenapa blog terabai adalah kemalasan tahap gaban nak edit gambar-gambar penyedap cerita. Itu yang bila terasa nak menaip sesuatu, cepat-cepat perasaan itu pergi sebab malas nak edit gambar. Hehehe...

Mulai minggu lepas, rutin harian bertambah padat. Sebabnya kelas aerobik yang dicanang-canang sejak tahun lepas akhirnya menjadi nyata. Minggu lepas adalah sesi taaruf atau percubaan. Maka pada petang Rabu, habis saja azan berkumandang, masing-masing serbu surau kecil untuk solat asar sebelum bersiap dengan pakaian sukan untuk beraerobik berjemaah. Semangat berkobar-kobar sampai ada yang beli baju baru! Macam mana dapat tahu? Sebab dekat baju dan seluar masih ada tag harga. Hahaha... Syabas, semangat ini yang kita cari.

Mulanya penyertaan dibuka untuk pelajar sekali tapi pada hari pertama kejadian adalah giliran outing untuk pelajar perempuan maka hanya ada staf saja. Oh, kelas ini hanya untuk wanita sahaja jadi tak kisah nak tergolek atau terlentang sekali pun. Hehehe... Jadi, tidaklah malu nak melompat mahupun membelasah langkah aerobik yang diajar sebab otak masih belum dapat cerna sepenuhnya langkah-langkah yang dibuat. Sebab dah lama tak senam dan badan pun makin berat, baru warming-up dah semput; mengah macam dah panjat gunung. Hahaha... Macam-macam lagu mereka gunakan dan pelbagai langkah yang diajar. Sebab baru pertama kali, maka ramailah yang membelasah sesetengah langkah yang diajar sebab rumit. Pengajar tu tak kisah dan cakap; "Kalau tak boleh ikut, cuba aje buat mana yang mampu janji bergerak. Lama-lama nanti boleh punya." Gitulah kata-kata semangat dari beliau. Sebabnya, aerobik ni melibatkan pergerakan kaki dan tangan secara serentak untuk memaksimumkan kesan kepada seluruh otot-otot badan. Bila gerak kaki je, pejam mata pun boleh buat. Tapi bila kena gerakkan dua-dua, mulalah nak langgar orang sebelah sebab langkahnya dah lari. Kahkahkah...

Kalau bersenam, macam biasa wajib ada tiga langkah; warming-up, aerobic, cooling down. Kena buat semuanya atau badan akan sakit-sakit. Di penghujung kelas, pengajar ada bagi sedikit kata-kata semangat dan teguran. Teguran difokuskan pada kasut sebab ramai yang tak pakai kasut yang sesuai termasuk Tuan Tanah. Kasut sesuai untuk aerobik adalah running shoes. Kalau pergi kedai kasut, memang ada macam-macam jenis untuk kasut sukan sahaja; ada running, outdoor, badminton, dan lain-lain. Salah pakai kasut, beri kesan pada otot untuk jangka masa panjang.

Kelas seterusnya adalah hari Jumaat. Bila tahu je hari Jumaat ada kelas, dah angan-angan nak beli kasut baru. Memang dah lama rancang nak beli sepasang kasut untuk running tapi dok fikir tak ada keperluan mendesak. Bila dah ada sebab kukuh, baru la semangat. Sebab tak sempat nak pergi kedai, maka tengah hari Jumaat baru serbu Bata. Bata sudah asalkan kasutnya sesuai. Ingatkan aku sorang sibuk nak beli kasut rupanya ramai yang beli kasut baru jugak dan di kedai yang sama. Masuk dewan je petang Jumaat tu, aku terus perhati kat kasut orang yang beli di kedai sama tapi lain cawangan. Takut tersama. Hahahaha... Nasib baik tak sama. Kalau tak, boria pulak! Hari Jumaat dah pandai sikit berbanding sebelum tu. Dah bolehlah ikut langkah-langkah yang ditunjukkan.
Orang lain sibuk nak balik rumah cepat aku sibuk ambik gambar kasut baru..hahaha

Kelas akan berlangsung setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Nasib baik hari-hari tersebut ada pasar malam. Agak-agak penat dan tak larat nak masak, tapau je makanan kat pasar. Yelah, kelas dari pukul 5.30 sampai 6.30. Kelam-kabut juga kalau nak masak. Walaupun lepas beraerobik ni badan penat dan cepat je mata layu, tapi bila bangun pagi keesokan harinya badan terasa ringan dan segar. Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Eh?