Engagement Fund ;)

Monday, 29 April 2013

Tak Perlu Terkejar-kejar Lagi


Sejak tertengok drama Korea yang tak dialih bahasa di NTV 7, terus hidup aku hari Isnin jadi kelam kabut dan terkejar-kejar. Habis tuisyen, terus solat maghrib dulu kat tempat tuisyen. Lepas tu terus pecut ke rumah tanpa boleh singgah mana-mana pun sebab cerita mula pukul 8.30. Memang takde la aku nak singgah tapau lauk kat pasar malam macam selalu.

Mada kata, pelakon drama tu semua orang lama. Eh, ada aku kesah? Yang penting jalan cerita comel dan kelakar. Hero orang lama pun, muka hensem jugak apa? Lagi hensem daripada hero muda yang banyak muka jambu. Kalau jambu sangat pun tak sedap mata memandang. Hahaha...

Sekarang tak perlu terkejar-kejar lagi sebab dah selamat beli DVD dia daripada pembekal tetap. Itu pun terpaksa tunggu lebih daripada seminggu baru dapat sebab akak tu pergi kursus pulak. Cerita dia memang serius comel dan kelakar. Memang tak rugi la tengok. Tapi untuk budak-budak macam tak sesuai sebab ada jugalah babak-babak senget yang orang besar je faham. Lagi satu aku suka sebab ada banyak dialog yang membuatkan aku bermonolog dalam hati; "Ye, betul tu! Logik..logik"


Hero dia yang kedua dari kiri tu. Pertama kali tengok dia berlakon. Yang hujung belah kiri dengan hujung belah kanan tu dah pernah jumpa sebelum ni. Yang kiri tu jadi watak jahat dalam Green Rose manakala yang hujung kanan watak jahat dalam A Man Called God. Nasib baik dalam ni diorang baik dan kelakar, maka layankan aje. Yang sebelah hero tu pun tak pernah jumpa sebelum ni. Jalan cerita okeylah dan trademark drama ni aku rasa macam kasut kot. Hero bagi kasut kat heroin dan heroin pun bagi kasut kat hero. Hero kata, "Bila hati dah terbuka untuk terima cintaku, maka pakailah kasut tersebut dan datang padaku." Gituuu... Lepas tu heroin tiru balik cara hero.

Sekarang ni tengah layan Faith pulak. Lee Min Ho yang berlakon dengan heroin Sad Love Story, Kim Hee Sun tak silap nama dia. Macam tengok Naruto pun ada jugak walaupun aku tak pernah tahu pun jalan cerita sebenar Naruto. Hahaha... Kalau Naruto lambang dia matahari, tapi Jeokwaldae guna bulan sabit. Siap ada kuasa petir lagi; serius macam tengok Naruto tapi versi Korea dan heronya hensem banyak serta berambut hitam. Naruto punya rambut blonde kan? Hehehe...

Walaupun jalan cerita dia macam lembap, tapi sebab penulis skrip dia suka wujudkan adegan ingin tahu dipengakhiran setiap episod, aku layankan aje. Lagipun cerita yang berlatar masa dulukala memang lazat berkrim cuma kali ni bukan zaman Joseon tapi zaman Goryeo; zaman batu sikit daripada Joseon. Yang tak tahan tu, banyak sangat gunting dalam lipatan dan geng-geng jahat ni tak ada kerja lain asyik la bunuh orang.

Heroin pun lawak sikit dan happy go lucky dalam cerita ni, tak macam dalam Sad Love Story yang serius dan sedih aje mukanya. Aku pun tak faham macam mana aku boleh tahan tengok Sad Love Story tu sampai habis dulu. Sebab ada Kwon Sang Woo kot? Hiks... Kalau aku tau akhirnya Kwon Sang Woo mati dalam cerita tu, tak kuasa nak tengok tau! Nasib baik lagu-lagu dia best. Eh, dah berapa drama aku selit ni? Banyak sangat tengok cerita korea, senget dibuatnya. Dapat pakwe korea tak jugak. Hahaha..

Tuesday, 16 April 2013

Buatku Tersenyum

Penat tapi 'terbukak' laptop pulak jadi merajinkan diri mencatat barang seperenggan dua. Semalam petang sebelum ke kelas tuisyen aku singgah KFC gara-gara terpengaruh iklan ayam pedas bersalut dia tu. Tak adalah pedas mana pun tapi okeylah. Cuma dia salut tu sikit sangat, lekat celah gigi je kekdahnya. Sedang mahu duduk untuk menikmati makanan, satu mesej masuk di WhatsApp. Datangnya dari sahabat yang kini sibuk dengan tugas baru di HKL. Ajak minum katanya, maka ku suruhlah beliau datang ke KFC sekarang. Ingatkan cuti ke hape, rupanya baru nak gerak keluar dari hospital. Memang tak sempat la gamaknya. Beliau tanya, "Makan dengan siapa?" Aku dengan jujurnya menjawab; "Makan sendiri je, nak terus ke tempat tuisyen lepas ni." Sekali tu dia balas, "Sazoh makan sorang nak kena ngorat!" Muahahaha... Tergelak tanpa suara kejap dekat situ. Hah, ngoratlah sangat! Dah kau senyum sorang-sorang depan telefon, ingat ada ke orang nak ngorat? Hahahaha... Sabor jelah Hani ni. Eh, kalau ada kawan nak teman makan, aku setuju je. Masalahnya tak ada! Daripada kelaparan, baiklah aku makan je dekat sudut tersorok tu sorang-sorang.

Pagi ni lepas habis kelas, nampak ada mesej masuk kat WhatsApp. Bila baca, memang rasa nak melompat keriangan sebab memang terlalu gembira! Macam tau-tau je aku tengah meroyan nak ke tempat tu. Memang sah hati kita saling bertaut sebab semalam petang baru je bincang-bincang dengan salah seorang teman jenayah untuk ke tempat jauh tu. Tup tup pagi ni ada orang ajak pergi situ pulak. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga rancangan ini menjadi. Kadang-kadang, kena pergi tempat jauh dulu barulah jalan untuk ke tempat dekat dipermudahkan.

Asyiklah teringat saranan teman jenayah sepanjang hari sampaikan tersenyum sorang-sorang kecuali waktu aerobik. Terus tak fikir apa dah, menghayati gerakan kekdahnya. Hehehe... Minggu lepas aerobik dengan perut yang penuh berisi semangkuk mi kari. Sebab pukul 4 tu ada jamuan dan tengah hari tak makan, aku pun lupa pukul 5.30 kang ada aerobik. Dah nak habis makan baru teringat; semputlah melompat dengan perut penuh berisi. Nasib baik tak sampai muntah. Hehehe... Jadi petang tadi beringat untuk tak makan berat dua jam sebelum aerobik. Makan roti je lepas habis kelas petang. Hari ni buat body weight training. Apa itu body weight training? Boleh baca di sini. Gerakan dia tak banyak macam aerobik biasa tapi menggunakan otot-otot secara maksimum. Walaupun tak banyak bergerak macam biasa, peluh tetap menjejes dengan rancak malah lagi banyak kot.
Semua langkah yang ada kat tu kitorang buat petang tadi. Ditambah dengan sedikit kick boxing. Fuh, memang terbaiklah! Habis je sesi cooling down, kaki pun macam tak larat je nak jalan sebab banyak gunakan otot peha. Sampai terketar-ketar dibuatnya; buat cha cha pun macam tak sudi je sebab kaki lenguh.  Kalau tak tu, memang cemerlang tang lenggoknya. Hehehe.. Bahagian badan lain tak terasa sakit lagi ni, tengok esok macam mana sebab kadang-kadang lenguh-lenguh bahagian atas badan datang sehari selepas iaitu waktu bangun pagi keesokan paginya. Ini baru buat gerakan asas, minggu depan cikgu kata nak buat gerakan ni sambil pegang dumbbell, lagi mencabar nampaknya.

Monday, 15 April 2013

Tak Tenang

Minggu ni kena selesaikan semuanya walau apa pun terjadi;

1. Baharui lesen memandu
2. Tukar IC baru

Selagi tak selesai, selagi tu aku rasa serba tak kena. Asyik fikir dua benda tu aje dan tak senang nak buat kerja lain. Pasal lesen memandu, memang aku tak ingat langsung bila tarikh luput yang sebenar tapi dalam bulan 4. Minggu lepas waktu blog walking, ternampak seorang blogger ni buat entri pasal renew driving license, terus cepat-cepat punggah dompet untuk tengok tarikh mati lesen. Kalau tak, nan hado aku nak bawak keluar lesen tu dari tempat beliau berdiam. Hahaha... Sistem baru sekarang ni, tarikh mati lesen adalah sama dengan tarikh lahir. Sebab lesen aku ni dibaharui lima tahun lepas, maka belum ikut sistem tu lagi. Bila jenguk laman web JPJ nak dapatkan prosedur baharui lesen, tak ada la pulok. Maka kena tengok di blog orang lain melalui Pakcik Google. Bayaran untuk setahun adalah RM 30 tapi kalau kita renew sebelum tarikh lahir kita, kena tambah caj katanya. Aku pun tak pasti macam mana prosedur sebenar. Kena pergi sendiri baru tahu. Yang penting, sila sediakan wang tunai secukupnya.

Satu perkara lagi adalah menukar IC kanak-kanak ke IC remaja dewasa. Dulu pernah la ambik tahu, bila dah sweet eighteen kena tukar IC baru tapi lepas tu dengar orang kata takpe, tak payah tukar, terus buat pandai je guna IC kanak-kanak sampai sekarang. Hehehe... Sebab JPJ dengan JPN bertentangan je premisnya, maka tergerak nak tukar IC baru sekali waktu renew lesen nanti. Maka, melawatlah saya ke laman web JPN untuk tengok prosedur tukar. JPN bagus sebab dia bagi penerangan secara terperinci. Sekali ku tengok, tergezut dibuatnya! Sebab? IC kanak-kanak wajib ditukar sebaik saja berumur 18 tahun atau kena denda. Tempoh masa adalah hingga berumur 25 tahun. Fuh, ada sikit lega di situ. Mungkin aku tak kena denda kot sebab umur belum genap lagi. Lagi sekali, silalah sediakan duit lebih kot-kot kena denda karang, tak adalah buang masa cucuk duit bagai. Semoga tak kena denda nanti, aminnn...

Sunday, 14 April 2013

Bila Bersendirian dan Perut Lapar...

Harus ku isi juga perut yang lapar tu lagi-lagi bila jarak tempat bertendang dan rumah agak jauh. Makan sorang-sorang memang tak seronok dan ada sikit rasa segan. Tapi memang taklah sepanjang masa nak berteman kan? Orang lain pun ada benda lain nak buat daripada teman aku layan perangai senget mengukur shopping mall. Kalau bersendirian, memang aku elak tempat tumpuan ramai. Mamak memang tidak sekali sebab majoriti pelanggannya adalah lelaki dan mereka ni macam tak pernah nampak orang perempuan masuk makan di kedai mamak gamaknya. Pengalaman waktu menapau roti canai di mamak suatu ketika dulu.  Hehehe...

Memandangkan Jusco Bukit Tinggi tu ada baaaaaanyaaakkk pilihan tempat makan, maka aku pilih restoran yang kebarangkalian nak jumpa orang dikenali adalah sangat rendah dan kedudukannya sedikit tersorok.

Disebabkan kali terakhir perut disuakan makanan adalah pada jam 2 petang iaitu sebelum kelas tuisyen bermula, maka pada jam 7.40 malam perut dah berkeriuk dan tekak dah haus. Masuk je terus pilih tempat yang strategik dan telaah buku menu. Pertama kali datang sini maka tak tahu nak makan apa. Macam-macam ada! Akhirnya aku pun pilih satu menu dari bahagian pasta. Nama saintifik dah lupa tapi aku rasa macam aglio olio. Selalu memang tak gemar pesan menu pasta tapi sebab tengok kat gambar, bukan main meriah lagi dia punya makanan laut, maka aku pun tergugat.

Minuman pulak cappucino dengan warm water. Menghilangkan dahaga kekdahnya lepas berjalan dari hujung ke hujung. Sambil tunggu pasta sampai, boleh online guna wi-fi Vivo. Masyuk je online sebab capaian internet dia laju! Makanan nak sampai agak lama, aku rasa lebih dari setengah jam kot. Tak tahu sebab orang ramai atau sebab memang masa menunggu dia lama. Dah bosan online, aku jawab borang kaji selidik yang dia kepilkan dekat resit. Jawab mana yang boleh je dulu sebab belum rasa makanan dia lagi nak bagi tau sedap ke tak sedap kan. Akhirnya, sampailah juga pasta yang menggugat selera tu.

 Cappucino

Aglio Olio

Komen lepas makan? Harganya berpatutan dengan rasa dan kuantiti makanan. Perencah untuk pasta banyak tahap gaban; terasa la bawang putihnya dan pedas cilinya. Menepati piawaian pedas diri sendiri tanpa perlu minta cili potong. Lepas tu segala neka makanan laut yang dia senaraikan dalam menu pun berlambak. Udangnya besar-besar dan segar-segar belaka. Memang kekenyangan dan muak lepas makan tu dek kerana terlalu banyak makanan laut. Semuanya okey cuma masa menunggu je agak lama bagi aku. Status halal? Jangan risau, restoran ini ada halal dari Jakim dan premisnya diiktiraf bersih dengan gred A oleh MPK.

Selepas

Walaupun dipenghujung waktu makan aku rasa tak tertelan dah pasta tu tapi paksa juga licinkan sebab memikirkan harganya yang mahal dan pembaziran akan berlaku. Licin dalam terpaksa! Keluar je dari  Vivo terus ke kiosk jual makanan dekat Jusco untuk beli sesuatu untuk hilangkan muak. Hehehe...

Bila Datang Perangai Senget


Semenjak segalanya dihujung jari, memang sokmo terbeli barang online. Tambahan pula bila datang perangai senget, pantang betul nampak barang yang berkenan dihati, terus email si penjual untuk urusan jual beli. Baru-baru ni, ada menang baucer pembelian jubah dekat satu kedai online ni maka nak gunalah kononnya baucer tu. Boleh je pilih corak sedia ada tapi tak nak kalah, nak tambah itu, nak tambah ini sampailah harganya mencanak. Tapi sebab aku dah berpegang dengan konsep 'kalau dah suka tu belilah walau mahal pun, kang tak tidur malam pulak', maka pejam mata je hantar order. Hahaha...

Lepas tu semenjak jadi pembaca tetap blog Kak Di, aku adalah tertarik dengan produk Ephyra yang beliau promosi. Harganya memang agak mahal tapi bila baca testimoni yang ada dalam blog beliau, macam terpengaruh. Sebelum ni terpengaruh tapi tak sampai seru. Bila ada promosi dan harganya jadi murah sikit tempoh hari, tak fikir lapan kali dah, terus saja aku isi borang pesanan. Bukan sebab promosi harga jadi murah je aku beli tu, sebab paling utama adalah aku memang tengah cari makanan tambahan untuk kesihatan. Paling penting, cara pengambilannya tak leceh macam makanan tambahan lain yang pernah dicadangkan oleh kawan-kawan sebelum ni. Dan lagi satu, ia diktiraf halal oleh Jakim. Testimoni nanti aku buat entri lain eh sebab baru lagi, tunggu lama sikit dan nampak kesannya baru syok nak cerita.

Kemudian terjebak beli barang dekat Groupon. Pertama beli barang dari situ, maka cuba yang murah dulu. Takut kalau barang tak sampai ke hape, tidaklah terkilan sangat. Sebelum ni pernah beli baucer makan dan terbukti ianya sah laku. Itupun bukan aku yang guna, aku hadiahkan kat Aten atas faktor tak sempat nak ke tempat kejadian. Barang akan dihantar akhir bulan ni maka kena tunggu dan lihat. Dekat situ, dia ada kata boleh tuntut jaminan, tapi aku tak pasti nak isi borang tu bila; sebaik saja pembelian dibuat, atau sebaik saja tempoh penghantaran barang bermula? Ada sesiapa tahu?

Perangai senget yang agak kronik dan sukar ditangani adalah bila ke pusat beli-belah tak bawa duit, hanya berbekalkan kad debit. Syoklah ambik itu, ambik ini dan kemudian hulur kad waktu nak bayar. Lepas tu kena tandatangan resit, konon-konon orang kayalah kan, sign resit kad kredit. Sekali bila semak baki duit dalam akaun, terkedu! Hahaha... Salahkan diri sendiri.
Source; here

Walaupun banyak benda boleh dibeli melalui internet, kadang-kadang rindu juga nak berjalan sambil menghayati barang-barang yang dipamerkan nak-nak bila ada diskaun. Sorang pun, sorang lah. Tak ada hal punya.

Friday, 12 April 2013

Eh, Menang Pulak?


Isnin dua minggu sudah, keputusan audit 5S diumumkan waktu perhimpunan bulanan. Ada beberapa kategori yang dianugerahkan sijil; buat pembakar semangat kekdahnya. Antaranya zon terbaik bagi kategori bengkel, zon terbaik bagi bukan bengkel, dan prestasi melonjak. Tiba-tiba zon yang diaudit oleh aku diumumkan sebagai pemenang untuk prestasi melonjak.

Eh, menang pulak? Aku rasa macam audit main-main je haritu. Maklum la, pertama kali audit. Lepas tu waktu mesyuarat AJK Audit aku datang dah separuh jalan dek kerana ada kelas. Memang terpinga-pinga aku dalam mesyuarat tu sebab pengerusi dah habis bentang skop tugas. Pengajarannya, sila datang awal untuk mengetahui skop tugas dengan lebih terperinci. Maka, waktu meronda bengkel untuk tujuan audit, tak tahu mana yang betul dan mana yang tak betul. Sekali pandang, macam semuanya bersih dan ikut kriteria yang ditetapkan. Dua kali pandang, macam semuanya serba tak kena dan tak mencapai tahap yang dikehendaki. Acane tu?

Takpelah, dah rezeki diorang. Lepas ni kena tengok betul-betul penambahbaikan yang diorang buat lepas audit pertama tempoh hari. Nak suruh mereka berubah secara drastik pun payah juga sebab bengkel tu baru je wujud semester ni. Jadi masih banyak lagi benda nak kena buat.

Siang tadi ada mesyuarat kaizen. Patutnya ketua zon yang kena masuk tapi disebabkan ketua zon ada kursus seminggu, maka aku la yang kena ganti sebab sebelum perpindahan besar-besaran, kami duduk berhadapan maka bila beliau dapat memo kena pergi kursus, terus zaaassss kat aku; "Farah, ganti saya dalam mesyuarat nanti." Bukan setakat ganti tunjuk muka, siap kena buat pembentangan dan buat slide. Hoih, lemah lutut dibuatnya sebab bos besar pun masuk sekali. Nak letak apa dalam slide pun aku tak tahu walaupun dah brainstorm dalam mesyuarat zon sampailah semalam pagi, baru idea mencurah-curah.

Maksud Kaizen

Sebelum mesyuarat ada pulak disediakan makanan. Nasi lemak ayam goreng berempah lagi! Pun begitu, aku sedar diri supaya tak makan banyak sebab sahih akan mengah bila bercakap. Hehehe... Alhamdulillah, semuanya lancar kecuali ada beberapa perkara yang terlupa nak dicakapkan waktu bentang gara-gara cuak. Hiks...

Wednesday, 3 April 2013

Nasib Baik Tak Demam

Assalamualaikum...bulan baru, minggu baru, entri baru. Semalam tak larat nak hadap blog jadi bila larat, mari lepas gian nak menaip. Sesi aerobik pertama untuk bulan April bermula semalam. Kali ni ada benda baru dimana kami menggunakan dumbbell semasa aerobik. Disebabkan tak sempat keluar cari dumbbell, maka aku guna botol air mineral yang 500ml tu je. Cikgu kata kalau tak ada, guna yang tu maka beramai-ramai la cari botol air. Masanya memang cantik sangat sebab minggu lepas aku baru je buang dua botol air mineral kosong gara-gara audit 5S. Jadi sebaik saja kelas tamat, menyinggah la aku di kiosk untuk beli dua botol air mineral.

Macam biasa, sesi dimulakan dengan pemanasan badan. Lepas dari tu barulah mula sesi guna dumbbell. Ingatkan senang-senang je angkat macam tu, sekalinya teknik kena betul-betul atau otot akan tercedera. Sebelum mula, Cikgu siap cakap; "Kaedah dumbbell ni agak berat. Kalau orang yang tak tahan, boleh demam dibuatnya." Uisshhh, seram mendengarnya! Jadi aku buat ikut apa yang Cikgu ajar sambil cuak dalam hati takut salah teknik dan tercedera. Kikikiki...

Perbezaan aerobik biasa dengan aerobik menggunakan dumbbell adalah kepenatan lebih terasa dan kadar perpeluhan juga meningkat. Baru separuh jalan, peluh dah menjejes tahap gaban. Lepas tu tak bawa tuala kecil untuk lap peluh, elok sangat la tu. Nasib baik ada tisu maka kesat dengan tisu ajelah. Walaupun lebih penat dari biasa, tapi rasa lebih gembira sebab dah dapat kuasai step untuk lagu bara bara; tak tahu tajuk lagu tu tapi ada sebut bara bara. Hehehe... Step untuk lagu tu agak susah dan memang selalu aku belasah je bila tiba bahagian yang rumit tu. Tapi semalam neuron-neuron otak dah bercantum dengan jayanya maka dapatlah aku ikut semua step. Yiiihaaa! Ahaks... Kalau tak, tunggu lagu cha cha jelah untuk menunjukkan prestasi cemerlang sebab step untuk cha cha amatlah senang. Hehehe...

Jadi balik semalam memang penat tapi bolehlah kalau nak masak cuma mood tak-kuasa-nak-masak tu datang maka menapaulah saja. Badan pun ok je, tak adalah sakit-sakit. Ingatkan dah tak ada apa-apa, sekalinya malam tadi tak boleh tidur kau! Habis sakit satu badan. Pagi tadi bangun tidur mata macam panda; ada sikit bengkak sebab tak cukup tidur. Tapi setakat sakit badan jelah, tak sampai demam. Nasib baiklah tak demam kalau tak mau MC kot hari ni. Cikgu cakap kalau sakit badan jangan urut nanti lagi cedera. Cuma buat regangan je untuk legakan sikit sakit-sakit tu.

Hijau tak ada, biru pun boleh

Lepas ni dah boleh guna dumbbell sebab dah kirim dekat Kak Dayah. Memang gigih betullah Kak Dayah pergi beli dumbbell malam tadi. Bukan beli sepasang atau dua pasang je, tapi sampai enam pasang! Tersenget-senget angkut 12 kg dumbbell ke kereta. Hehehe... Terima kasih ye Kak sebab tolong belikan.