Engagement Fund ;)

Thursday, 20 June 2013

Markah Penuh

Assalamualaikum blog. Fuh..fuh..fuh.. tiup sikit bagi habuk hilang. Hehehe...Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan akhir untuk sem ni. Bukan lagi lega aku rasa, lagi serabut ada bila tengok kertas periksa bertimbun. Kali ni macam ajaib sikit sebab tak berdebar sangat macam sem-sem yang lepas. Poyo eh? Anak murid yang nak ambik periksa cikgu dia yang berdebar dan cuak terlebih. Hahaha... Bila tengok soalan, lega sebab apa yang diulangkaji dalam kelas semuanya keluar dan soalan pun tak berapa susah. Yang hampehnya, beria aku ajar diorang cara nak hantar kertas periksa alih-alih dia lupa nak buat garis putus-putus untuk memudahkan proses menceraikan bahagian B daripada buku soalan untuk dihantar bersama borang OMR. Memang choiii sangat. Terpaksa la kutip sekali dengan soalan bahagian A. Tak pasal-pasal jadi berat sampul berisi kertas jawapan tu.

Waktu nak jaga periksa tu, tiba-tiba dikhabarkan bahawa kena ada lebih daripada seorang pengajar di tempat kejadian. Mulalah aku cuak kan sebab subjek ni aku sorang je cikgunya dan nak minta tolong orang lain pun tak dapat sebab  ramai yang tak ada dan yang ada pun ada kerja diorang sendiri. Maka aku pasrah je pergi dewan sorang-sorang. Sebelum ni pun okey je aku jaga sorang-sorang. Tak ada hal punya cuma penat sikit la sebab sebesar-besar dewan tu aku sorang yang meronda. Nasib baik untuk sesi petang ada orang tolong. Terima kasih banyak mantan bos! Jasa anda amat saya hargai.

Habis je periksa, laju-laju jalan masuk pejabat dengan kertas-kertas jawapan yang tebal dan berat tu. Laju bukan sebab tak sabar nak tanda, tapi tak sabar nak duduk dekat kerusi yang selesa. Ahahaha... Sampai je pejabat, laju-laju kemas kabinet untuk sumbat masuk semua sampul surat berisi kertas dengan status SULIT tu. Tak lalu nak hadap. Semak dah kabinet aku dengan fail-fail dan khazanah lain. Cadangnya harini nak mula menanda tapi pagi-pagi tadi dah kena panggil buat kerja lain. Esok jelah gamaknya baru aku hadap. Bukan boleh terus tanda pun. Mula-mula kena baca soalan dengan teliti, lepas tu semak skema jawapan dan pastikan semua jawapan yang diberikan betul sebab selalunya mestiada satu atau dua soalan yang salah. Lepas tu kena tebuk borang OMR. Dah sudah tu barulah boleh mula menanda. Harini, asal terserempak dengan budak-budak sem 1 atau sem 2, semua dok cakap "Miss, markah penuh tau!" Ewah, aku nak selak pun tak sempat lagi macam manalah nak bagi markah? Apa pun, semuanya kena selesai sebelum 2 Julai.

Nota Galaksi: Gambar tanpa keterangan sebab guna gajet baru untuk lepas gian taip entri. Hehehe...

Friday, 14 June 2013

Baru Nak Insaf

Isnin sudah peperiksaan akhir sem sesi 1/2013 telah pun bermula. Jadinya, minggu lepas adalah kelas terakhir sebelum peperiksaan. Tak ada belajar apa pun cuma buat ulangkaji sikit-sikit berdasarkan soalan-soalan peperiksaan lepas. Sambil tu macam ada jugalah selit sesi borak-borak terutama dengan budak Sem 2. Masalahnya, diorang ni selalu terlebih gula kalau bab borak-borak; ada je benda yang diorang nak cakap. Layankan ajelah sebab sem depan dah tak jumpa diorang lagi. Sob..sob..sob.. Setiap sem mesti rasa sedih sebab nak berpisah dengan diorang ni. Nak-nak kalau diorang ni jenis yang mesra alam dan elok perangai.

Waktu di kelas CAD, sebelum habis kelas aku pun tutuplah kelas dengan sedikit ucapan perpisahan dan ucapan selamat maju jaya. Cewah! Lepas tu ada seorang budak ni tiba-tiba menyampuk; "Miss, saya tau saya banyak buat salah dengan Miss tapi doakan saya ye untuk exam nanti." Tiba-tiba rasa nak jadi jahat kejap. "Awak tu dahlah banyak main dalam kelas saya. Ingat saya nak restu?" Aku cakap sambil gelak-gelak, maknanya tak serius la tu. Lepas tu ada sorang lagi menyampuk; "Saya pun minta maaf jugak Miss." Eloklah tu, crime partner duduk sebelah-sebelah dalam kelas dan selalu hilang fokus sebab tak dia yang ajak borak, dia pulak yang cuit kawan tu ajak borak. Akhirnya aku maafkan juga dan halalkan semua ilmu yang diberikan. Semoga mereka dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Aiskrim sedondon dengan warna baju pada hari tersebut

Habis kelas, kenalah balik semula ke pejabat. Sampai separuh jalan, budak berdua yang bermuka cuak sebab aku kata tak nak bagi restu tadi tu tunggu dekat kaki lima dan tahan aku. "Miss, minta maaf banyak-banyak sebab banyak buat salah dengan Miss." Budak A membuka bicara. "Saya pun sama Miss, minta maaf banyak-banyak." Budak B pulak sambung bicara. "Miss, ni kitorang belikan Miss aiskrim sebagai tanda kami ikhlas nak mintak maaf. Tengok ni Miss, siap beli Solero lagi semata-mata nak sama warna dengan baju Miss." Macam tu pulak? Sebab aku pakai baju warna hijau, kena beli aiskrim warna hijau jugak? Eh, bukan sesi bermaafan dah habis dalam kelas tadi ke? Macam nak gelak ada, macam nak mengalir air mata terharu pun ada jugak. Hahaha... Mula-mula macam tak tau nak terima ke tak tapi tengok muka mereka bersungguh-sungguh, terima ajelah. Kang kecik hati pulak kan cikgu tak sudi terima pemberian. Aku macam hairan pulak bila masa diorang keluar dari kelas dan ke kiosk untuk beli aiskrim? Rasanya waktu aku keluar kelas, semua masih ada dalam tu. Hai la, macam-macam ragam. Dah nak habis sem barulah nak insaf ye.

Wednesday, 5 June 2013

Apa Yang Buat Aku Stress?

Semenjak dua menjak ni macam segan pulak nak mengarut banyak-banyak dalam blog, itu yang entri tak sampai sepuluh pun untuk dua bulan kebelakangan ni. Hari ni nak merapu jugak dalam ni sebab rasa macam serabut je otak ni. Aten kata nak gemuk jangan gemuk sorang-sorang. Jadi nak serabut, jangan serabut sorang-sorang, ajak orang lain sekali serabut. Hahaha... Akhir-akhir semester ni macam biasa dah mula sibuk dengan segala mak nenek peperiksaan. Markah-markah tugasan dan ujian semua kena masuk dalam sistem kalau tak nak dapat memo hantar surat tunjuk sebab. Masalahnya ada juga lagi budak yang tak hantar tugasan dan tak datang buat kuiz. Walaupun awal-awal sem sebelum kelas mula aku dah bentang peraturan kelas dimana salah satu peraturannya adalah, 'Sekiranya tidak menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan, markah 0 akan terus diberikan.', nan hado diorang nak kesah. Akhirnya, cikgu diorang ni jugak yang stress tengok angka 0 dekat kotak markah tu. Haiiii laaaa.... Kena ulang semester kalu, siapa yang nak kena hadap? Akuuu jugak... Sabar je la. Kehadiran untuk sepanjang semester pun dah selamat isi dalam sistem. Tinggal nak serahkan buku rekod pada ketua unit dan cetak segala tugasan dan skema jawapan untuk disimpan dalam bank soalan. Itu baru hal kerja.

Ini hal berjimba pulak. Macam biasa, sebelum berjimba, mesti ada sesi stress. Sebenarnya aku macam tak nak fikir sangat buat masa sekarang sebab Ketua Rombongan tengah nak periksa; nanti ganggu konsentrasi dia pulak. Alih-alih, ada je beliau muncul kat FB dan Wasap. Maka layankan ajelah. Perbincangan dah bertambah serius nampaknya dimana pihak ejen dah hantar final quotation untuk bayaran deposit. Haritu perbincangan macam terhenti kejap sebab jadual penerbangan tak keluar lagi. Masalahnya, selagi tak beli tiket kapal terbang, rasa macam tak senang hati pulak. Nak lagi tambah stress, hari-hari aku keluar masuk laman web MAS jenguk tiket sambil berfikir, bilalah nak beli tiket ni? Bilalah MAS nak buat promosi untuk tiket penerbangan antarabangsa ni? Ahli rombongan pun tak cukup lagi seorang ni. Apa-apa pun kena tanya keputusan dan pendapat ahli rombongan yang lain. Rasanya kena susun ikut keutamaan dan kepentingan. Selesaikan deposit, cukupkan ahli rombongan, dan beli tiket kapal terbang. Lepas tu barulah boleh rasa lega dan beli Galaxy Note 8.0. Ehhhh? Cerita ceriti tentang perancangan untuk bercuti akan dinukilkan di sini kemudian bila sudah 80% pasti, InshaAllah...