Engagement Fund ;)

Tuesday, 30 July 2013

Tambah Setahun

Bermusim aku update blog sekarang ek? Selalu menaip kat rumah tapi bila modem rosak, nan hado la nak online di rumah. Internet Maxis pun macam siput bila kat rumah. Setakat nak kutip duit atau hidang makanan dalam Restaurant Story boleh la. 5 Julai lalu, genaplah bertambah lagi setahun usiaku. Sebagai seorang yang humble, tak kabo pada sesiapa pun di pejabat itu adalah hari lahirku. Tak harap pun ada orang ucap selamat sebab aku pun selalu terlupa nak ucap selamat pada hari lahir orang lain. Hahaha...

Tahun ni lebih baik dari tahun lepas sebab tahun lepas aku merayap sorang-sorang pada hari kejadian dek kerana kecewa yang teramat bila rancangan nak ke Pantai Timur dibatalkan. Walaupun dah ucap terima kasih, nak ucap terima kasih lagi sekali kepada kawan-kawan, kenalan, geng tingkap, teman jenayah serta kaum keluarga yang sudi menghantar ucapan selamat sempena ulangtahun kelahiran yang ke-15. Hehehe... 2 Peristiwa menarik pada hari kejadian;

Kira-kira 4 petang, terima satu panggilan dari salah seorang geng tingkap. Sebaik saja talian disambung, kedengaran lagu 'Selamat Hari Jadi' dinyanyikan oleh beliau. Oh, rasa nak menangis terharu. Habis nyanyi, beliau pun mula berdialog; "Zoh, jom keluar nak belanja makan" Lebih kurang begitulah bunyinya. Aku tengok jam kejap seraya berkata; "Hoih, orang tengah kerja la sekarang. Ko kat mana ni?" Baru pukul 4 ok waktu tu! Adoi la, hahaha... "Ala, ye ke? Erm, habis kerja pukul berapa? Takpe, orang tunggu." Selepas berfikir seketika, aku pun jawab; " Office hour la, pukul 5. Ko tak kerja ke?" Rupanya Hani baru habis kerja, dari hospital terus gerak balik sini. Sebenarnya risau aku balik lewat daripada waktu biasa sebab waktu tu kena buat persiapan untuk pendaftaran pelajar baru.

Tepat jam 5, aku kelam kabut kemas barang nak balik tapi kena tahan dengan Kak A sebab nak buat pemeriksaan terakhir bagi persiapan yang telah dibuat. Alahai...  pung pang pung pang, dekat pukul 6 jugak baru gerak keluar dari kawasan pejabat. Terus zasss ke lokasi yang dijanjikan. Sampai-sampai je nampak beliau tengah duduk dengan mata kuyu sambil baca buku. Rupanya dia tunggu aku dari pukul 4 tadi. Aiseh, dekat dua jam tunggu aku, sungguh rasa bersalah ok! Borak -borak sikit, terus order makan. Waktu pilih nak makan apa, Hani cakap " Sazoh,pick something expensive please." Sebenarnya perut kenyang jadi tak boleh nak sumbat makanan berat. Akhirnya cuma minum lemon tea dan makan chocolate mousse je. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk saya pada hari lahir saya, Dr. Hani.

Balik dating dengan Hani, singgah tapau lauk untuk rumah siap-siap sebab malamnya nak dating dengan Aten pulak. Hehehe... Mula-mula macam jadi tak jadi je rancangannya sebab Aten ada kerja nak siapkan lagi. Dah pasrah dah ni kalau tak jadi pun sekali tu dapat SMS kata dah gerak. Dalam pukul 8 lebih gak aku keluar dari rumah dan bila sampai, pusing sampai dua kali baru dapat parking. Nasib baik dapat parking kalau tak, kena pusing jugak banyak kali pun sampai dapat parking. Hehehe... Dah beberapa kali datang SR dengan Aten kata nak makan pai tapi sudahnya makan benda lain jugak, jadi waktu tu memang aku order benda lain yang jarang-jarang aku order bila makan kat kedai iaitu spaghetti. Daripada susah nak dapat parking, sampailah parking dah kosong tak ada kereta baru kitorang jumpa jalan keluar dari SR tu. Hahaha... Lepas tu takut nak pergi kat kereta sebab tempat parking agak jauh dan gelap. Kepada teman jenayah merangkap teman ngeteh, terima kasih sebab belanja saya sepotong kek yang bertulisan diatasnya. Ko mampu suruh orang tulis sesuatu atas kek yang dia nak bagi? Aku mampu. Kahkahkah... Okey cukuplah setakat ni dulu, penat aku fikir balik apa yang terjadi pada hari kejadian sebab dah lama sangat. Hehehe... Gambar-gambar di bawah adalah kenangan pada hari kejadian. Buat caption sendiri ye, tuan tanah malas nak susun cantik-cantik dan taip caption.

Nota Galaksi: Kepada yang kata nak bagi hadiah tapi tak tahu nak bagi apa, sejambak bunga ros segar, sebiji kek pelangi dengan hiasan aising yang comel dan juga telekung travel warna hijau pasti membuat saya terharu. Hahaha.... Mintak boleh, dapat belum tentu. Kan? Kan? Kan?

Tuesday, 16 July 2013

Ramadhan: Woman of the House

Bersiaran pada 9 Ramadhan. Blog-blog lain dah meriah tepek gambar makanan menu berbuka mahupun sahur. Blog mak-mak pulak meriah dengan cerita anak-anak yang baru belajar nak puasa. Seronok baca dan mengenangkan kisah aku waktu mula nak belajar puasa jugak. Petang tadi waktu nak solat asar, Kak Dayan bertanya menu-menu untuk berbuka yang dah dimasak sepanjang lapan hari puasa ni. Kagum aku dengar menu mantan bos yang pelbagai tu. Bila tang aku yang menjawab, baik punya menu aku bagi;"Saya jangan ditanya, banyak ke bazar je." Hehehe...

Tahun ni berbeza berbanding tahun lepas sebab Nenek duduk sekali dengan kitorang jadinya kena fikir apa yang Nenek boleh makan dan tak boleh makan. Bila dah jadi woman of the house ni, baru tahu yang sebenarnya berfikir menu untuk berbuka adalah memenatkan. Kalau dulu, boleh je masak lauk dan nasi terus untuk berbuka sebab Abah memang nak makan nasi waktu buka. Tapi sekarang Abah lebih suka makan kuih atau makanan yang tak terlalu berat waktu berbuka; nasi lepas siap solat semua baru makan. Kelam-kabut juga kalau fikir nak masak kuih, nak masak lauk lagi.

Itu baru bab menu, tak masuk bab mengemas lagi. Ini satu lagi benda yang tak berkenan. Memang bab-bab  mengemas ni aku kureng sikit melainkan sendiri punya sepah. Ini boleh bikin aku jadi Hulk jugak ni sebabnya yang membuat sepah ramai tapi yang mengemas sorang. Stresss hoi! Bila dah stress, aku pun mula la buat pandai je tengok keserabutan depan mata sampai taufan rajin membadai. Hari ni terlebih tenaga jadi aku pun gigih masak lauk untuk buka walaupun serabut tengok dapur yang tak surut-surut barang merata. Layankan aje. Mula-mula nak buat roti lapis daging sekali tapi sebab singgah pasar dulu beli sayur dengan ikan untuk stok, sampai rumah pun dah lambat. Jadi aku beli je kuih muih untuk juadah buka dan lauk masak sendiri. Maka terhidanglah tiga jenis lauk;

Ikan tongkol bakar + air asam
Tumis petola
Tempe goreng

Ringkas dan sahih semua orang makan. Satu lagi yangbuat aku malas masakberia adalah kadang-kadang macam tak luak je lauk yang dimasak tu. Dah, satu hal aku nak layankan hati yang sentap sebab orang tak maka . Hahaha... jadi kalau nak makan yang pelik-pelik sikit, beli je, lagi puas hati. Gambar bawah ni adalah hidangan hari ni. Cantik betul mangkuk-mangkuk tu kan? Ko ada? Hahaha.... Lepas masak terus masukkan dalam mangkuk besi tu sebab senang kalau nak panaskan karang, tak payah nak salin mangkuk lain. Nasi pun masak guna mangkuk cenggini sebab orang dalam rumah ni dah tak kuat makan jadinya masak nasi pun tak guna periuk elektrik sebab periuk sedia ada adalah besar. Sekian saja cerita juadah berbuka untuk kali ini.

Monday, 15 July 2013

Ramadhan: Datang & Pergi


Assalamualaikum blog kesayangan yang ditinggal sepi. Masih adakah yang sudi menjenguk? Pejam celik pejam celik, hari ni dah pun 6 Ramadhan. Sepi bukan bermakna tiada cerita tapi mood untuk berkarya terbang melayang entah ke mana. Perkongsian cerita yang mengusik hati tatkala Ramadhan 1434 menjengah. Sehari sebelumya aku dikejutkan dengan pemergian salah seorang senior di Hamidiah dulu. Aku memanglah tak rapat tapi kenal rapat juga dengan beliau sebab beliau agak rapat dengan Abang sulungku. Dah kata satu batch, satu universiti, satu kampung, satu tempat kerja, mau tak rapat?  Kisahnya, aku mula kenal dengan isteri beliau yang merupakan pemilik tempat tuisyen yang aku mengajar setiap Isnin baru-baru ni. Nak kata rapat, tidaklah tapi kenal mesra juga sementelah Kak Ijan ni pun kawan seuniversiti abang aku.Ada jugalah borak-borak bila bertembung di tempat tuisyen tu.

Beberapa hari sebelum tu aku terserempak dengan Kak Ijan di kedai makan; aku tengah sarapan bila tiba-tiba dia datang menegur. Terkejut juga bila ada yang menegur di tempat awam begitu. Waktu tu dia cakap suaminya berada di hospital dengan kemungkinan denggi. Aku ingat tak teruk sangat tapi rupanya kritikal berdasarkan apa yang terpapar di FB suaminya. Balik kerja petang Selasa, Abah cakap Nawi meninggal. Memang sangat terkejut! Aku baru je berSMS dengan Kak Ijan hari Ahad 7 Julai tu sebab dia tanyakan nombor akaun untuk bayar elaun tuisyen, tak sangka dua hari lepas tu terima berita mengejutkan. Bila dengar tu, terbayang-bayang karakter Kak Ijan yang ramah dan sentiasa senyum. Waktu dia tegur aku kat kedai makan tu pun muka ceria je macam tak ada apa-apa yang berlaku. Semoga Kak Ijan tabah menghadapi dugaan yang Allah beri. Al-fatihah untuk arwah Mohd Asnawi semoga rohnya tenang di sana.

Nota galaksi: Hanya yang pernah merasai sebuah kehilangan tahu bagaimana perasaan kehilangan yang tersayang.