Engagement Fund ;)

Thursday, 29 August 2013

Ephyra Sana Sini

Selepas sekian lama tak menulis, tiba-tiba tulis entri dengan tajuk yang memang tak boleh tahan. Ini tajuk tarik trafik namanya. Orang lain tulis entri pasal Ephyra, aku pun tak nak kalah. Hahaha... Kasi naik satu entri tentang Ephyra. Pertama kali tahu pasal Ephyra ni dari blog Kak Di. Mula-mula aku baca blog dia, macam blurr kejap bila dia tulis pasal Ephyra ni. Bila banyak kali entri pasal Ephyra ni keluar di sana, aku macam dah tertarik sikit demi sikit untuk tahu lagi banyak pasal produk ni. Maka mulalah sesi mencari dan membaca entri lama tentang Ephyra di blog beliau. Serius tertarik nak cuba sebab Kak Di kata rasa dia sedap dan senang nak bancuh.

Mula-mula berkobar dalam hati je sebab mengenangkan harganya yang macam mahal tu. Lama-lama aku nekad juga nak cuba sebab memang sekarang ni aku tak makan apa-apa makanan tambahan untuk kesihatan jadi bila umur meningkat, sendiri sedar diri bahawa untuk sihat dan cantik kena mula dari dalam. Eceh... Jadi terus email Kak Di untuk beli sekotak Ephyra sebagai permulaan. Mudah sangat berurusan dengan Kak Di ni. Barang pun cepat je sampai. Sampai-sampai je sekotak Ephyra tu atas meja ofis, terus aku koyak balutan dengan rakus; excited kekdahnya. Hehehe... Tahu tak apa benda pertama yang terlintas kat otak bila tengok kotak Ephyra tu? 'Kotak ni memang cun sangat buat tempat letak DVD Korea aku yang bersepah tu' Bolehhhh? Hahaha... Sebab kotak dia cantik dan keras dan memang sesuai buat bekas simpanan barang, terus tak sabar nak habiskan. Hiks...

Pertama kali minum Ephyra, aku rasa ngantuk sangat dan bila letak je kepala kat bantal, terus lena. Tapi bila bangun esok paginya, rasa segar dan ringan sangat badan. Itu perasaan pertama kali aku minum. Aku cuma minum sekali sehari iaitu sebelum tidur. Dari segi kecergasan badan, memang nampak ketara kesannya. Lepas tu bila nak buang air besar, memang lawas sangat. Tak perlu la nak duduk lama-lama dalam tandas tu. Itu dua kesan yang memang aku perasan. Kesan lain aku tak berapa nak perasan sangat sebab lepas tu dah tak berapa konsisten pengambilannya. Hari ni minum, esoknya dah siap tarik selimut baru teringat tak minum Ephyra lagi harini. Tak kuasa pulak aku nak bangun dari katil pi bancuh Ephyra. Jadi on off for about 3 months. Kiranya kotak pertama aku tu ambik masa 3 bulan untuk habis.

Oh, satu lagi kesan ketara adalah, tapak kaki kanan aku yang selama ni merekah dan menggelupas beransur licin. Masalah tapak kaki ni muncul sejak lepas aku bukak simen kat kaki pada tahun 2000. Kaki retak waktu tu jadi kenalah simen kan. Bila bukak je balutan simen, terus kulit tapak kaki aku tertanggal ikut bentuk kaki; sekeping macam tu. Sejak dari tu, memang kulit kat situ sensitif dan asyiklah gatal-gatal dan  terkopek. Lepas beberapa lama minum Ephyra, aku perasan yang gatal-gatal kat situ dah kurang dan penggelupasan serta rekahan kulit beransur hilang. Takdelah hilang terus tapi boleh perasan dia punya perubahan. Alhamdulillah, jumpa penawar yang serasi. Kalau tak sebelum ni bila pergi klinik je doktor bagi krim suruh sapu sampai penuh satu kotak kasut dengan pelbagai krim untuk sapu kat tapak kaki saja. Dahlah aku spesies malas nak sapu sebab nanti melekit dan lepas sapu dah tak boleh bergerak mana-mana, lecehhhh! Jadi minum jelah Ephyra ni. Mudah dan sedap!

Aku mula minum Ephyra balik lepas raya haritu. Kan dapat saguhati 500 hengget tu kan? Pastu raya kali ni aku tak sempat shopping tudung, kasut dan beg tangan macam selalu kan? Jadi adalah duit lebih sikit. Maka aku pun teruslah beli dua kotak sebab waktu tu ada promosi. Beli dua kotak dengan harga 590 hengget dan dapat shaker serta handbag organiser. Aku kan pantang  nampak perkataan FREE ni, jadi order cepat-cepat. Hehehe... Aku order petang Rabu, lepas tu ada sesi soal jawab sikit pasal caj yang sebenarnya untuk orang yang bayar guna paypal. Khamis pagi transfer bayaran, esoknya barang dah sampai. Perghhh, memang terbaikkkk! Aku bajet minggu depan la barang sampai sekali bila check tracking number, barang dah sampai PPL Banting. Terus tak sabar tunggu van poslaju sampai depan ofis. Hahaha... Tak sangka juga Kak Di terus pos tanpa tunggu payment clear sebabnya aku transfer bayaran dari bank lain. Kalau interbank, kan ambik masa lama sikit nak proses. Biasanya peniaga lain akan tunggu payment clear baru diorang proceed tapi Kak Di terus proceed. Okey, lepas ni inshaAllah akan beli dari beliau sajalah nampaknya. Sesiapa yang nak cuba jugak Ephyra ni, bolehlah ke blog beliau untuk maklumat lanjut dan testimoni pengguna lain. Gambar bawah ni adalah stok terbaru Ephyra aku. Kali ni dapat beg warna hitam jadi dah rancang nak guna beg tu untuk isi telekung jalan-jalan. Senang, boleh lenjan sebab kalau 'ter'kotor pun tak nampak. Beg yang dapat sebelum ni warna putih jadi aku terus simpan bersama koleksi woven (ke non-woven ek? Hilang ingatan pulak) yang lain. Sekian, cerita Ephyra saya.

Saturday, 17 August 2013

Solehahnya...

Kali terakhir beli gadget adalah pada 2011 jadi bila tengok orang lain guna gadget canggih, tergugat juga. Sebelum ni biasa-biasa aje tapi makin lama makin tergugat pulak dengan gadget yang prestasinya lebih daripada gadget sedia ada sebab lama-lama memori Pokcik Arba asyik penuh je sampai kena buang game yang dah install. Tensi dibuatnya! Mula-mula dah ushar Galaxy Tab tapi keliru pulak sebab banyak versi. Dari segi harga, inshaAllah tak ada masalah sebab dah boleh dapat bawah 1k. Memang nak yang besar sebab boleh main game. Muahaha...Tapi bila Galaxy Note 8.0 keluar, terus goyah pendirian. Harga memang lebih mahal dari tab sebab ciri-cirinya pun lebih tapi orang kata tu, kalau nak seribu daya kan? Hehehe... Mula-mula nak tangguh beli dalam bulan 9 atau 8, sekurang-kurangnya lepas selesai beli tiket kapal mabur. Kira nak guna kaedah kumpul dan beli sebab sayang pulak nak ambik duit tabung.
Lagipun waktu tu baru keluar kat Malaysia rasanya G Note 8.0 jadi harga masih mahal. Rata-rata kedai yang aku tanya pun masih jual harga yang Pakcik Sam bagi, RM 1800++ . Lepas tu diorang jenis tak simpan stok kat kedai, kalau nak kena tempah dulu. Dalam pada kata tak nak beli tu, gatal juga pergi tanya harga dari kedai ke kedai sebab masa tu aku stress pasal apa entah, lagi kata tak nak, lagi aku nak buat. Siap banding harga kedai dengan harga internet lagi. Hahaha... Akhirnya dekat kedai yang disyorkan oleh kebanyakan orang di Banting ni, dapat harga yang tak masuk akal dan menambah stress aku. Maksudnya, lebih murah berbanding kedai-kedai lain yang aku tanya sebelumnya. Harga tu siap dengan screen protector dan casing sekali jadi memang dikira murah. Mula-mula macam ragu-ragu jugak tapi daripada nak tanya harga je, boleh pulak aku terus tempah, letak deposit terus, esok datang ambik dan bayar saja. Aaaa, camane tu? Hahaha... Bila datang perangai senget, cenggitu la jadinya. Siap dah tuju casing yang mana satu aku nak waktu kaki melangkah masuk dalam kedai tu yang tak menahan. Harharhar...
Yang peliknya, bila dah dapat kat tangan, tak rasa apape pun. Tak ada perasaan lagi ada. Biasa la kan, belum dapat tu bukan main excited lagi tapi bila dah dapat perasaan tu pun hilang. Tapi layan tetap layan sebab orang tu dah masukkan games siap-siap. Internet pun dah boleh guna tapi wi-fi je la sebab sim card tak potong lagi. Sim card kena guna yang micro jadi kena potong kat kedai bagi dia kecik. Sebab kat Banting ni aku rasa tak ada Maxis Centre maka tak berani nak potong di kedai biasa dek kerana beberapa kes kad sim kawan-kawan yang rosak lepas dipotong. Dah satu hal pulak aku nak kena tukar kad sim baru kan? Jadi ada satu hari tu kebetulan aku nak ke Shah Alam jadi singgah Aeon Bukit Tinggi untuk potong kad sim di Maxis Centre. Aku ingatkan ada la mesin khas ke apa sekalinya  dia guna alat yang macam penebuk lubang tu je? Adoi la, rasa nak gelak pun ada. Kalau dekat kedai telefon biasa dia caj 5 ke 10 hengget untuk potong tu jadi aku pun sedia la keluarkan dompet nak bayar sekali dia kata percuma je tak payah bayar. Whattt? Nasib baik aku bersabar sikit kalau tak terbang la 10 hengget aku begitu saja.
Lepas 2 bulan pakai, masih tak habis explore lagi pun. Manual dia pun tak habis baca lagi. Memang hampeh kan? Beli benda canggih, mahal-mahal pastu tak dimanfaatkan secara maksimum. Yang penting boleh main game, install segala neka apps(walaupun ada apps yang tak reti pakai), online, hadap FB, dah sorga sangat dah. Nampak sangat tujuan utama beli benda ni sebab nak main game kan? Hehehe... Tapi memang berbaloi-baloi la aku beli sebab kadang-kadang bila aku nak menaip tugasan untuk budak-budak dekat Pusat sumber, tak payah bawa laptop; cuma taip saja guna Polaris Office. Sonang kojo den! Walaupun ada yang kritik kata besar dan tak bergaya bila nak jawab telefon, aku buat tak tahu je. Manusia kan, bila kecik, tak puas hati pulak; nak yang besar. Dah beli yang besar, kata besar sangat la pulak, segan nak guna untuk buat panggilan la, tak bergaya la. Apa ada hal? Bluetooth kan ada? Tak pun beli terus gagang yang macam telefon awam tu. Senang cerita. Ada juga rasa nak jawab dekat orang-orang yang mengkritik tu; "Yang penting, kau ada?" Muahahahaha...
Dari segi privacy telefon, aku setkan terus face recognition biar orang tak boleh sesuka hati terjah Note aku ni. Kalau yang rapat tu aku tak berkira sangat tapi kadang tu tak adalah rapat mana tapi boleh selamba explore Note aku siap tengok gambar lagi. Hoih, ini memang mendatangkan marah! Dah ceroboh hak asasi peribadi ni. Jadi kita setkan terus pengecaman muka biar keselesaan terjamin. Masalahnya, bila aku tak bertudung, jarang sangat dia dapat cam muka tuan dia. Apa ke solehah sangat Note aku ni sampai tuan sendiri pun tak kenal?
Nota Galaksi: Aku letak cerita tertangguh bulan, bulan, bulan lepas punya dulu. Cerita raya nanti-nanti. Hehehe... Disebabkan laptop 'senget' tak boleh nak connect internet, segala urusan kemaskini blog dibuat di Note jadi tak tahu nak adjust gambar. Bila upload gambar dia akan duduk kat bawah. Layan je la ye.

Thursday, 15 August 2013

Mencari Mood Yang Hilang

Semalam dapat panggilan terlepas bertalu-talu dari nombor yang dikenali dan tidak dikenali. Macam biasa, bila kat rumah telefon campak kat mana-mana entah lepas tu buat mode silent pulaknya, itu yang tak tahu ada panggilan. Kadang-kadang bateri mati pun tak perasan jadi sila bertabah kepada anda yang telefon saya tapi tak dapat. Hiks.. Kemudian ada SMS dan WhatsApp message dari Kak Rin yang mengatakan esok aku kena kembali bekerja. Gerak hati aku selalunya betul sebab aku macam terasa-rasa minggu ni jugak kena mula kerja balik walaupun sebelum cuti tempoh hari EO cakap mungkin mula kerja pada 19 Ogos. Otak ni dah set dah masuk kerja minggu depan sekalinya kena kerja harini pulak.

Maka, perlahan-lahan aku seru semangat yang hilang dan betulkan niat. Malangnya, malam tadi mata tak boleh nak lelap langsung. Memang choiii! Walaupun dah baring kat katil awal, mata tak boleh nak lelap jugak padahal siangnya aku tak tidur langsung pun. Lepas tu nyamuk pulak datang berduyun-duyun. Dah pasang ubat nyamuk, dah sembur Shieldtox, pasang kipas kuat-kuat pun ada jugak nyamuk. Haih, sabar je la. Akhirnya sebab tak nak jugak lelap mata ni, aku hadap internet kat Note. Baca blog la, cari resepi la, sampai pukul 4 baru rasa ngantuk. Takut nak tidur sebenarnya sebab takut tak sedar. Nasib baik juga tersedar pagi tadi sebab alunan piano Yiruma betul-betul buat tidur aku terganggu. Ye, aku guna muzik instrumental Yiruma sebagai alarm sebab satu penyakit aku kalau terbangun dengan cara terkejut, terus merudum mood dan sakit kepala. Tapi masalah juga sebenarnya bila guna instrumental syahdu ni sebab kalau syahdu sangat tak sedar pulak sampai alarm tu mati sendiri. Hahaha...

Dalam pada stress tak cukup tidur, aku bangun juga dari katil. Nasib baik baju dah siap gosok jadi boleh la lenggang lenggok sikit. Hehe... Maka pagi ni datang pejabat mata panda sebab tak cukup tidur. Sampai kat meja, ada memo gubal soalan. Lepas tu ada kelas pada slot pertama. Memang terbaikkkk!

Wednesday, 7 August 2013

Lenguhhh...

Orang yang jarang buat kerja rumah memang macam ni. Setahun sekali pulun mengemas kekdahnya. Waktu nak tidur malam tadi, memang lenguh tahap gaban dua-dua tangan ni. Sapu losyen mustajab yang extra hot tu dah macam sapu losyen biasa; tak terasa kepanasan dia. Pagi ni bila bangun, dah macam bengkak pun ada tapak tangan ni. Itu pun gigih taip entri kan? Guna S Pen boleh la. Hehehe...

Kejap lagi nak sambung masuk dapur, buat apa yang perlu. Nak masak banyak ni, risau pulak fikir nak simpan macam mana. Si Tikus ni makin berani bila dah pandai panjat meja makan. Mula-mula aku perasan seplastik kismis yang tak berusik lagi tiba-tiba lesap. Ingatkan salah letak ke apa tapi bila cari tak jumpa, sahih la Si Tikus tu yang angkut. Kali kedua, dia gigit plastik roti. Nasib baik roti dah tamat tempoh. Terbaru, malam tadi. Betul-betul aku rasa nak pijak-pijak sampai penyek kalau dapat. Boleh pulak dia lubangkan tudung saji dan cuit ayam nasi Arab yang ada dalam tu. Ye, cuit manja gitu. Padahal kan, aku baru makan secuit ayam dan nasi tu beberapa minit sebelumnya. Stresss je rasa! Dia buat lubang kat tudung saji tu cukup-cukup muncung dia masuk. Haih...

Tuesday, 6 August 2013

Persiapan Raya

Malam ni merupakan malam terakhir berterawikh bagi yang mampu. Yang ABC, duduk rumah kemas rumah. Hehehe... Tahun ni Tuan Tanah cuti awal dan cuti lama sebab kontrak habis hujung Julai tempoh hari. Sementara nak tunggu kontrak baharu, dia bagi rehat kat rumah. Walaupun cuti awal, misi yang dirancang untuk cari tudung raya dan kasut raya tetap tak kesampaian. Ingat nak beli borong kat satu tempat di Shah Alam ni, tapi tak dapek la gamaknya. Sebat jelah tudung yang ada tu. Kat Banting ni bukan tak ada, tapi harga sehelai sampai 95 hengget! Rasa tak berbaloi pulak.

Oh, kat rumah dah ada modem baru jadi boleh kemaskini blog macam dulu, yeayyy! Ini pun berhenti rehat kejap lepas mula lap rumah dari lepas orang buka tadi. Rumah kayu, macam nilah, kena lap habuk-habuk yang tebal berinci-inci. Kalau rumah batu, tak ada hal punya, ko biar tak lap pun tak nampak ada habuk.. Lenguh tangan ok! Nak buat cemana, orang lain semua cengkelat tak nak ambik tugas ni jadi daripada asalnya nak lap tingkap je, terus aku lap semua dinding ruang tamu ni daripada sakit mata di kemudian hari. Jadi kalau datang rumah aku kang, sila duduk di ruang tamu je sebab dinding bahagian lain tak sempat lap.

Petang tadi jugak, aku sempat lari keluar ke Banting cari langsir. Memang cadang tahun ni nak ganti langsir sebab langsir sedia ada dah kusam sangat. Mana taknya, semua adalah langsir peninggalan Arwah Mak. Yang tak kusam, reput pulak kainnya. Jadi, belilah yang baru. Sebab aku pergi sendirian dan terlalu banyak pilihan dan rambang mata, akhirnya aku beli langsir warna hijau. Otak kata, hijau mana masuk dengan warna cat rumah tapi hati kata, apalah salahnya tukar tema pulak tahun ni kan? Sebelum ni semua langsir ikut warna cat rumah kan? Gituuu... Walaupun ragu-ragu, aku nekad gak beli warna hijau. Sampai rumah, Abah kata tak sesuai langsung. Tapi sebab dah beli, belasah jelah. Hehehe....

Nak pasang langsir pun menguji kesabaran jugak ni sebab kena kira nak jarakkan berapa dia punya besi tu. Lepas tu aku dok fikir, nak kena iron ke tak eh? Macam nampak kedut sangat dengan kesan lipatan, tapi macam malas nak iron. Acane tu? Hahaha... Apa kata anda?

Nota Galaksi: Tangan dah lenguh-lenguh ni, macam mana nak potong daging esok ni? Hurmmm....

Sunday, 4 August 2013

Cuti Panjang

Rancangan asal hari ni adalah beronggeng raya dengan Kak Chik tapi sebab ada buka puasa dengan keluarga kecilku ini, terpaksalah batalkan rancangan tu. Patutnya jugak harini kelas tuisyen 2 jam je macam biasa sekalinya cikgu-cikgu yang patut mengajar harini dah balik kampung; orang jauh katakan. Mentang-mentang aku ni bujang dan kampung halaman sebelah tempat tuisyen, kenalah berkorban. Takpe-takpe, lepas raya kang, cikgu-cikgu berkenaan, sila ganti kelas saya pulak. Saya nak beronggeng ziarah raya dan kondangan dengan kawan-kawan. Muahahaha....