Engagement Fund ;)

Monday, 30 September 2013

Idea Doorgift Praktikal

Bila mengantuk tahap gaban mengadap kertas tugasan budak-budak ni, kena cari cara nak kasi hilang ngantuk sebab tak boleh tinggal kerja dan pergi tidur kan? Meh nak kongsi idea buah tangan untuk bakal-bakal pengantin diluar sana. Doorgift ni Abang aku yang dapat waktu kawan dia kahwin tempoh hari. Sebab ia bukan makanan, maka tersadailah doorgift ni atas meja sampailah tukang kemas mengemas meja dan bersusah payah buka balutan kain net yang membaluti salah satu peralatan memasak paling popular di dapur iaitu senduk plastik.

Jakun kejap nampak senduk dijadikan doorgift. Ni pertama kali aku jumpa ni, selalunya sudu dan garfu. Sebelum balutan kain net dibuka, aku tak berapa kagum sangat tapi bila balutan kain net dibuka, terus kagum kuasa dua. Kenapa kagum? Sebab benda yang dibalut dalamnya adalah sepaket sup bunjut! Bernas kan, siapa yang fikirkan idea nak bagi senduk dan sup bunjut? Praktikal betullah idea ni. Bukan saja senduk tu berguna, malah dapat masak sup guna rempah segera lagi. Syabas...syabas... Siapa tak ada idea nak buat doorgift kahwin, boleh guna idea ni.

Wednesday, 25 September 2013

Mencari Sebab

Semenjak diperkenalkan dengan produk Clinique dan berpuas hati dengan hasilnya, semenjak tu sedikit demi sedikit aku cuba pulak produk dia yang lain. Isnin lepas, keluar iklan di FB page mereka yang mengatakan bahawa sebarang pembelian secara dalam talian akan dapat dua barang percuma. Apape belian kecuali aksesori macam berus la kot. Terus gelabah ingat barang mana yang patut restock walaupun sebenarnya tak ada. Siap bukak tutup make-up pouch lagi nak tengok mana yang tinggal saki baki. Kau dah kenapa? Hahaha...
Ini semua nafsu semata-mata ye. Pengaruh iklan sungguh! Dah tu pergi gatal masuk website dia, lagilah nafsu nak membeli tu membuak. Dasar wanita, tak boleh buat apa. Macam sebelum puasa haritu, gatal singgah kaunter dia kat JJ Bukit Tinggi walaupun tak ada tuntutan mendesak. Memula ingat nak beli chubby stick untuk mata tu dengan nak beli lip balm lagi satu warna ceria sikit. Dah consult dengan dia, dah pilih warna pun. Tetiba gatal pulak pusing kaunter tu, gedik pulak kata nak cuba perfume dia. Sekali dia sembur, terpaut pulak dengan Clinique Happy in Bloom yang lembut dan nyaman je baunya. Limited edition pulak tu.
Nak dijadikan cerita penambah rasa, nampak pulak ada set perfume edisi terhad tu yang digandingkan dengan eye shadow, lipstick dan make-up pouch warna hijau. Rentetan peristiwa terhilang make-up pouch akibat kecuaian sendiri sebelumnya, maka aku rasa wajib untuk aku mempunyai beg yang baru. Dasar wanita! Kahkahkah... Lepas lama gila berdiri depan kaunter perfume tu, aku angkat satu set perfume tu dengan lip balm. Chubby stick eye tak jadi angkat sebab dalam set tu dah ada eyeshadow. Masalah betullah sejak pakai kad debit ni, tak ada tunai pun boleh jugak merabakkan akaun. Takpelah, benda boleh pakai lama, bukan kena beli hari-hari pun kan? *ayat-ayat nak sedapkan hati sendiri lepas bajet lari beli benda mengarut* 

Nota Galaksi: Tetiba rasa macam eyeliner ni dah kontot. Macam nak kena beli baru sebelum 13 Oktober ni. Eh?

Tuesday, 24 September 2013

Ramainyaaaa...

Ehem..ehem.. semester baru dah separuh, baru nak gebang kat sini. Lantak, yang penting ada untuk rujukan akan datang. Hehehe... Semester ni, buat kali pertamanya pelajar-pelajar CAD penuh satu kelas besar. Biasanya untuk CAD cuma guna kelas kecik sebab tak sampai 20 orang pun tapi kali ni dekat 45 orang. Pelik kejap waktu pertama kali aku masuk kelas tu. Udahlah perempuan dua orang je, lagilah janggal bila nampak budak lelaki je penuh depan mata. Kalau kelas IT, ramai jugalah pelajar perempuan.

Sebab budak sem 1 ramai, maka pelajar sem 2 digabungkan semua sekali jadi satu kelas untuk subjek umum. Bila dah gabung, satu tempat je sesuai untuk buat kelas iaitu bilik seminar. Tak suka kelas kat situ sebab papan putih kecik, kelas besar gabak(kena cakap kuat) dan jauh dari bengkel. Budak-budak ni dah la datang kelas mengesot, kalau berjalan tak adalah lambat nak mula kelas. Sabar jelah... Lagi satu yang tak seronok kelas besar ni adalah hubungan dengan pelajar-pelajar jadi kurang akrab dek kerana tak dapat nak tumpu sangat pada mereka. Ramai kan, kang kalau asyik pergi kat budak tu je, atau asyik panggil nama budak ni, ada yang kata aku pilih kasih pulak.

Secara keseluruhannya, tak adalah benda pelik berlaku atau ada budak pelik dalam kalangan pelajar tu, cuma kali ni ada beberapa orang yang mempunyai masalah kesihatan jadi silalah simpan lompat bintang yang diperuntukkan untuk denda tu dalam hati. Paling hebat aku boleh bagi adalah 0 untuk kedatangan sekiranya datang 15 minit lepas kelas bermula. Nak denda-denda ni, lagi buang masa aku rasa. Cakap pasal denda ni, cikgu-cikgu sekalian, kalau anak murid tu datang kelas sebab keluar lewat dari kelas sebelumnya, toksahlah denda sampai kena lari banyak pusingan. Diorang tak salah pun, cikgu yang bagi keluar lewat tu yang salah. Sentap ok, tengok budak-budak kena denda depan mata sebab masuk lewat sebab aku bagi keluar lewat! Lewat 5 minit je pun. Serius, sampai sekarang aku emosi ni. Kalau diorang lewat sebab merayap pergi makan aiskrim ke, logik jugak kan nak denda. Sentap lagi sekali.

Orang kata, tak elok banding-bandingkan pelajar ni dengan pelajar tu. Tapi tak boleh tidak, aku terbandingkan jugak diorang dengan senior-senior diorang. Dari segi perangai, boleh tahan juga budak-budak sem 1 ni sampai buat pertama kalinya aku tinggi suara dan membebel hampir separuh daripada masa kelas tu. Penat bila cakap banyak ni tapi tak cakap, lagilah diorang pijak kepala. Boleh beza ye bising berilmiah dengan bising tak hormat guru. Jangan sampai aku nyanyi lagu The Beatles bertajuk Let It Be dalam hati sambil mengajar kat depan, sudahhh. Itu memang tahap aku dah tak kuasa nak layan. Ko nak dengar, ko dengar. Ko tak nak dengar, sudah!

Menjadi seorang aku, biasanya marah tak lama. Nampak tak profesional benar kalau mengajar dengan muka masam. Lepas marah, terpaksa juga sedaya upaya rawat emosi supaya tak mempengaruhi proses P&P. Yang 'kentangnya' budak sem 1 ni, walaupun terlajak tidur sampai kelas dah mula selama 45 minit, dengan muka mamai tu diorang masuk kelas. Usaha tu patut dipujilah sebab senior-senior diorang sebelum ni, kalau dah terlajak tidur sampai 45 minit, minggu depan jelah datang kelas aku. Puji, puji jugak; kedatangan tetap 0 ok. Entri ini diakhiri dengan gambar pelajar sem 1 yang kena nyanyi lagu kanak-kanak dek kerana aku tak ada idea dah nak buat apa untuk bagi kelas menarik dan senang ingat. Nah, nyanyilah korang sambil tepuk tangan dan hentak kaki. Dengan  cikgu sekali kena nyanyi ok! Sebelum suruh orang lain buat, kitalah kena buat dulu. Ye dok?

Saturday, 21 September 2013

Saiko

Alhamdulillah selamat sampai rumah. Patutnya entri tajuk ni keluar malam tadi tapi tak tau pulak kenapa status dia publishing je dari semalam. Jadi taip balik guna tajuk sama. Hahaha.. Memang saiko! Isi masa lapang nak tunggu waktu tuisyen kekdahnya. Kalau letak kepala kat bantal ni, aku jamin tidur tak ingat dunia punya.

Seperti yang dirancangkan, hanya cita-cita nak terjah Jusco je kesampaian semalam, cita-cita nak balik rumah tak kesampaian sebab selesai semuanya pun dah dekat-dekat pukul 7. Memang berazam lepas habis je semua mak nenek ni nak terjah Jusco yang sepelaung je dari hotel tu. Nak makan, makan, dan makan. Apa lagi yang best untuk dibuat bila stress selain makan? Buat kerja tak berhenti pulak tu. Itupun nasib baik aku dah siap sedia dengan soalan sebelum datang, kalau tak memang pecah kepala la nak fikir.
Hari Khamis mula kerja 8 pagi sampai 11.45 malam, berhenti rehat untuk makan dan solat je. Jumaat pulak, mula pukul 8 jugak tapi sampai 6.50 petang je sebab penyemak nak balik awal. Memang kena siapkan semuanya walaupun dalam memo patutnya kena kerja sampai Ahad. Kali ni jugak aku datang dengan persediaan mental dan fizikal. Aku dah tahu, penyemak soalan mesti cerewet gila ikut sebijik-sebijik apa yang dalam buku. Dia kira ko, jarak nombor dengan titik! Kena 0.5 cm. Untuk buat garisan jawapan, kena tekan 15 kali. Tensi! Saiko! Hahaha... Tapi aku dah cool sikit sebab dah ada pengalaman. Ada sorang tu baru pertama kali lalui benda ni, siap bebel-bebel dia sambil menaip tu. Siap menyumpah orang yang wujudkan format lagi. Aku senyum je la. Heeeee...

Buat soalan tak susah mana, tapi tang nak ikut format tu yang boleh pengsan jaga pengsan jaga, pengsan balik. Leceh sangat tau! Yang kali ni format baru pulak, kena ikut JSU yang aku tengok sekali lalu sebab tak faham. Tak pasal-pasal kena buat balik soalan bahagian B. Nasib baik aku terer. Kehkehkeh... Aku bajet bolehlah siap semua pukul 5, sekalinya tengok jam tiba-tiba dah pukul 6. Eh? Bila nak pergi Jusco ni? Hahaha... Yang buat lambat adalah bermula tengahari semalam, laptop urusetia diserang virus. Memang choi orang yang bawak virus tu! Dah la printer ada satu tu je, nak tak nak kena isi benda yang nak diprint dalam pendrive kosong, print dan lepas tu terus format kat situ. Nasib baik jugak laptop tu kena virus sebab kalau tak kerja lagi banyak. Macam jahat pulak cakap macam ni. Kihkihkih...

Tapi memang boleh sakit kepala okey buat soalan periksa ni. Lepas disemak oleh penyemak sebanyak dua kali, baru boleh mula buat skema jawapan. Lepas tu kena semak skema jawapan pulak. Dah takde salah semua, print soalan dan skema. Seterusnya, kena bagi softcopy pada urusetia dalam bentuk Word dan Pdf. Satu kerja lagi nak pergi convert jadi Pdf. Ada hikmah gak la laptop tu kena virus kan? Jadi softcopy semua bagi kat penyemak je biar dia fikir nak buat cemana. Muehehehe... Dah siap semua, isi borang-borang yang sampai 3 helai dengan pelbagai mak nenek tu. Lepas tu semak JSU sama tak dengan soalan. Kena print sekali JSU tu untuk di'seal' bersama soalan. Lepas tu serah pada urusetia. Barulah selesai. Dari takde peluh, sampai keluar peluh, sampai peluh dah kering baru semuanya selesai. Bahagian paling paling paling best adalah, selepas semua jerih perih yang dilalui, belum tentu soalan yang ko buat tu digunakan untuk periksa. Untung sabut timbul la atas meja waktu exam kang, untung batu, tenggelam la soalan ko dalam bank soalan. Sebab? Sekali gubal, memang ada dua set soalan untuk setiap subjek. Maka, pasrahlah....

Sebab dah tensi + stress, afdhol untuk redakan stress dengan makanan. Siap je semua, laju-laju turun basement nak pergi Jusco yang sepelaung je dari hotel tu. Kali ni lokasinya tengah bandar maka ke shopping mall lah kita. Dulu lokasinya tepi laut jadi bolehlah tenangkan otak di pantai. Okey, tujuan utama adalah nak carik kopi, sushi dan tako. Kopi kat hotel ni tak sedap, cair...cair...cair... Nak kata tawar, memang tawar la sebab aku memang minum kopi tak letak gula. Tapi dari segi bancuhan dia tu, kopinya tak berapa nak rasa kopi. Tak macam kalau beli kopi Mekdi, terasa kepekatannya. Gituu...

Disebabkan aku lone ranger dan hari dah gelap dan berada di tempat asing, maka laju-laju aku masuk Jusco. Mula-mula cucuk duit, pastu ronda kejap tengok tempat makan. Tekak kata nak tapi perut kata beringatlah, maka tak jadi makan makanan berat. Memula beli tako. Pastu beli croissant kat Delifrance. Pastu beli sushi. Sampai tempat sushi, jadi kelabu mata kejap sebab dia dah buat diskaun 30% untuk semua sushi. Aku bukan boleh nampak tanda diskaun ni, saiko kejap. Hahaha... Sebab masih waras, aku ambik sebekas je. Pastu tapau bun kat Baker's Cottage. Bukan satu, tapi dua. Pastu beli blended mocha. Perghhh, nyaman je lalu kat tekak dengan rasa kopi yang sebenar! Saiko lagi... Tak sampai sejam pun kat situ, terus balik hotel. Bahaya okey merayap sorang-sorang dimalam hari di tempat asing. Lagipun takut takde parking dah kat hotel. Sampai bilik, laju-laju naik bilik sebab nak kejar waktu maghrib. Pastu barulah makan. Tak makan dekat kafe dia sebab bosan sebab masakan dia kureng. Kat Ancasa dulu, sampai sengkak perut aku makan sebab makanan dia sedap dan pelbagai. Hehehe... Eh, dah jadi esei STPM pulak entri ni. Nah gambar hasil tangkapan orang stress. Sushi sandwich, tako, blended mocha, croissant dan bun. Sekian...

Tuesday, 17 September 2013

HT#2: Dah Jejak Separuh

Sementara angin menaip tengah berhembus sepoi-sepoi bahasa ni, baiklah ditaip entri yang berderet menanti untuk diterbitkan sebelum angin tu hilang. Mengenai perancangan untuk berjalan dengan geng bujang yang dirancang dari awal tahun dulu, sudah mencapai 60% sebaik saja tiket kapal terbang dibeli awal bulan ni. Alhamdulillah, terasa separuh badan dah jejak kat sana.

Sebenarnya aku dok meroyan tunggu email promosi dari MAS sejak bulan Julai lagi. Sebab dah subscribe untuk promosi sejak awal tahun ni, dah boleh agak bila promosi keluar dengan tengok corak promosi dia ke destinasi seluruh dunia. Patutnya bulan Ogos akan keluar lagi promosi ke destinasi yang kami nak tuju. Tapi destinasi tu tak ada pulak tersenarai dengan destinasi lain yang memang muncul sekali tiap kali promosi. Stress dibuatnya! Lepas tu, ada sekali tu aku saja bukak laman web dia tengok-tengok dekat bahagian tempahan. Sekalinya ada harga promosi ko! Terus tak senang duduk. Terus aku telefon geng maklumkan pasal harga promosi. Boleh jimat 300 hengget wei harga promosi tu berbanding harga asal, siapa tak nak kan? Rupanya harga tu adalah harga Matta Fair. Petangnya baru email promosi masuk dalam inbox.

Pung pang pung pang, semua setuju untuk beli terus tiket tanpa bertangguh. Lagipun memang dah target nak beli tiket bulan 9 sebab haritu kan raya, jadi masing-masing nak beraya sakan dulu. Hehehe... Asalnya aku yang kena uruskan tiket pasal Mada dah uruskan ground arrangement tapi sebab beliau nak guna kad kredit, maka beliaulah yang uruskan. Dapatlah beli roundtrip ticket + travel insurance dengan harga tak sampai 1.5k. Ada yang kata naik AA lagi murah tapi harga tiket AA tak termasuk makan dan agak kurang selesa. Lama jugak penerbangan kami nanti jadi mestilah nak yang lebih selesa kan? Ambik MAS senang, dah masuk semua sekali tak payah nak pening-pening fikir. Lagipun untuk golongan pertama kali macam aku ni, afdhol cari yang selesa kan? Hehehe...

Perkara cuak yang terjadi waktu nak beli tiket tu adalah bila dia mintak nombor pasport. Ha, sudah! Masing-masing cuak tahap gaban sebab masing-masing tak buat pasport lagi. Hahaha... Nasib baik bila Mada tanya, dia kata letak je nombor apape kat tempat pasport tu; boleh kemaskini data tu kemudian. Fuh, selamat!  Yelah, nak perginya tahun depan, macam rugi pulak kalau buat pasport awal-awal. Sekarang ni kena kumpul duit laju-laju untuk bayar baki ground arrangement dan juga duit belanja waktu di sana. Doakan kami supaya apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Monday, 9 September 2013

Pening Terus

Dapat perkhabaran kena gubal soalan ni dari akhir sem lepas lagi cuma tarikh sebenar masih belum diketahui. Jadi lepas raya haritu baru dapat memo makluman gubal soalan yang sahih. Tarikhnya adalah pada 18 haribulan dan bertempat di Negeri Sembilan juga macam yang dulu. Cuma kali ni bukan di tepi pantai tapi di tengah bandar. Layankan aje asal dapat sekali-sekala bekerja di luar kawasan.

Sejak tahu kena gubal soalan, teruslah buat persediaan sedikit demi sedikit. Selain kena buat soalan yang tidak mengelirukan, format juga kena ikut piawaian yang ditetapkan. Tang format yang menguji kesabaran sebenarnya. Dulu tak tahu apa-apa jadi aku pergi sana macam nak pindah rumah. Segala jenis buku dan bahan rujukan aku bawak sebagai sumber inspirasi. Hahaha... Kali ni aku nak buat soalan siap-siap, sampai sana tinggal betulkan mana yang patut.

Seronok dan serabut sebenarnya bila buat soalan ni. Lagi-lagi bila dah buat separuh jalan, tiba-tiba sampai memo baru yang menyuruh untuk merujuk JSU iaitu Jadual Spesifikasi Ujian terbaharu. Aku dapat memo tu petang Jumaat dikala sedang perah otak nak goreng ayat buat soalan, lepas tu bila tengok spesifikasi yang dikatakan, terus shut down otak aku tak boleh nak fikir. Punyalah banyak cekadak pembahagian dia yang kita kena ikut, terus tak tau nak buat apa. Akhirnya aku terus save semua yang dah ditaip, terus aku hadap Note kutip duit dekat game. Hahaha... Semalam baru otak aku boleh cerna JSU tu. Soalan kena ada 100, aku dah buat 25. Bakinya kena pulun siapkan sebelum hujung minggu ni. Semoga dipermudahkan segalanya dan semoga soalan yang aku buat ni digunakan untuk peperiksaan akhir sem ni. Amiiinnn....

Nota Galaksi: Gambar hiasan semata-mata, tak berkaitan sangat dengan ini filem. Hehehe...

Sunday, 8 September 2013

Tak Ambil Pengajaran

Entri kedua untuk bulan ke sembilan tahun 2013. Sepanjang bergelumang dengan Blogger dari tahun 2009, tahun inilah tahun paling tak rajin menaip. Pun begitu, akan cuba ku nukilkan pengalaman yang telah dilalui untuk tatapan di hari tua nanti. Macam biasa, ini juga cerita yang telah lama berlalu. Saja nak tulis jugak kat sini supaya lain kali kalau ke Big Brother lagi akan rasa insaf dan berwaspada. Kali ni pergi yang cawangan Shah Alam dengan Kak Chik. Dah lama tak lepak dengan beliau, maka aku pun buat temujanji pada petang Jumaat di bulan Jun lalu. Kebetulan aku puasa ganti pada hari tersebut, maka ke situ dengan niat untuk berbuka.

Sampai sana pun dah hampir nak maghrib sangat dan restoran pun lengang. Masuk dalam, cari tempat strategik untuk makan dan pelayan pun datang bawa menu. Punyalah lama belek menu sebab tak tahu nak pilih yang mana sebab semuanya nampak sedap. Tambah-tambah puasa kan, jadi nafsu makan tu pelik sikit. Hehehe... Pilih punya pilih, masing-masing telah menjadi tamak haloba termasuklah orang yang pernah makan di situ sebelumnya. Dah tahu hidangan dia besar, lagi mau order banyak-banyak. Lepas order, Kak Chik pergi solat dulu sementelah maghrib pun dah masuk. Oh, dekat situ ada disediakan tempat solat yang agak selesa juga. Jadi kalau tersampai sana pada waktu solat, jangan runsing fikir nak solat kat mana. Telekung pun ada disediakan. Lepas Kak Chik solat, baru aku ambil giliran.

Siap solat je, semua makanan dah terhidang. Tengok makanan yang banyak, tetiba rasa kenyang. Hahaha... Aku order lamb apa entah nama dia, dah lupa. Tapi sedap dan tak liat. Ada hirisan lamb, salad dan mashed potato. Kak Chik macam biasa, mesti nak nasik jadi beliau order nasi goreng bla bla bla; pun tak ingat nama jugak. Meriah gila pinggan Kak Chik dengan lauk sampingan dia. Selain hidangan utama, kami tamak juga order snacks. Aku order onion ring dan Kak Chik order nachos. Dari pukul 7 kurang lebih kami sampai sana, pukul 9 kot baru keluar dari situ. Jenuh weh nak habiskan makanan kami. Itupun Kak Chik punya tak habis. Beliau bungkus untuk sarapan esok katanya. Hehehe... Waktu tunggu pelayan tu bungkus makanan kami, sempatlah berkata-kata; "Lain kali tak boleh tamak. Kena order satu dan share." Dan aku pun cerita la pengalaman makan di Big Brother Damansara dan Kak Chik pun menyampuk; "Itupun awak tak ambik pengajaran kan?" Hahahaha.... Selepat kena balik! Maklum perut lapar, dah lupa dah nak ambik pengajaran bagai. Hehehe... Sesiapa yang nak ke Big Brother Shah Alam, ia terletak di Seksyen 7 betul-betul berhadapan dengan hospital Shah Alam dan sederet dengan Yati Ayam Percik.

Sunday, 1 September 2013

Chik's Wedding

Ini cerita bulan Jun tempoh hari. Punyalah malas nak menaip sebab kena guna Note je kalau nak kemaskini blog. Laptop aku tak tau kenapa, sejak digunakan untuk pendaftaran pelajar baru haritu, terus dia tak boleh connect wireless. Memang choii sangat! Rasanya macam kena hantar klinik je tu tapi tak sempat buat 5S lagi. Gambar-gambar yang ada dalam tu pun tak backup lagi.

Sebab dah nak masuk 3 bulan cerita ni berlalu, aku pun dah lupa-lupa dah. Hari tersebut aku tak ada tuisyen jadi memang melompat bintang la sebab boleh merayap dengan crime companion. Mula-mula Aten ambik aku, pastu ambik Syafaf, pastu ambik Na dan Zimah kat rumah Na. Macam biasa, asal datang rumah Na je mesti dia bagi makanan. Dah macam datang rumah sedara pulak. Aku dengan Aten pun apa lagi kan? Layannn... hahaha... Dari Shah Alam, aku yang pandu. Eh, rasanya aku yang pandu sampai balik hari tu. Layankan aje, alangkan kereta manual pun panjang langkahnya, apatah lagi kereta auto. Tapi rasa macam berangan je waktu memandu haritu sebab hampir-hampir nak kena langgar beberapa kali. Tapi bukan salah aku ok, salah  mereka yang tiba-tiba saja tukar lorong tak bagi tahu. Stresss hoi!

Kali ni ada dua orang doktor dalam kereta jadi ada masanya aku, Aten dan Na dengar jelah diorang borak guna istilah doktor. Mula-mula singgah kenduri senior Zimah kat UPM. Bagi Zimah jejak kasihan kejap dengan senior-senior dan kawan-kawan dia waktu kat Mesir, baru gerak ke majlis Chik. Sampai-sampai je geng tingkap tengah beratur nak ambik gambar jadi kami pun ikutlah beratur nak bergambar sekali kekdahnya. Disebabkan kedua mempelai adalah dari sekolah yang sama, maka jumpalah ramai kawan sekolah, putera dan puteri. Sesi bergambar ni lama gila. Mula-mula dengan pengantin. Lepas tu pengantin tak ada, dengan pelamin pulak. Lepas tu lawat meja ke meja pulak. Mengalahkan pengantin! Kahkahkahkah...

Geng tingkap balik, baru kami makan. Lama juga lepak sini sebelum beransur ke rumah Man nak lawat Baby Afham. Man pun datang juga kenduri Chik walaupun masih dalam pantang. Ikutkan dah jumpa, tak payah pergi rumah pun tak apa kan? Sebab dah janji dari awal, kami singgah juga. Terima kasih Man dan suami atas layanan yang diberikan. Susah-susah je buat air milo untuk kami. Hehehe... Sempat la merasa pegang baby walaupun aku memang tak ada skill langsung nak pegang baby. Hehehe... Borak-borak, minum-minum, dan buat Afham menangis, barulah mintak diri untuk pulang. Singgah solat kejap di plaza tol mana entah, dah lupa. Lepas tu hantar Zimah ke hospital sebab dia kerja malam. Seronok gila dapat hantar Zimah ke hospital sebab aku dah lama sangat-sangat tak jejak ke HTAR ni. Poyo je kan? Masuk kawasan hospital pun nak seronok. Hahaha... Lepas tu terus hantar Na dan Syafaf balik dan kami pun balik juga. Kalau Zimah tak kena kerja, mau sampai malam jugak kami merayap tu. Hehehe.. Rasa macam ada lagi benda yang berlaku pada hari tersebut tapi dah tak ingat. Akhir kata, selamat menempuh hidup baru buat Chik sebagai isteri dan buat Man sebagai ummi. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu.

Sesi ambik berkat dengan pengantin dan pelaminnya...hahaha...Gambar akhir tu adalah doktor-doktor serta bakal doktor bergosip

Cubaan memenuhkan buku tetamu dengan ucapan dan corak abstrak..Kekecohan menulis dan menampal kad pada hadiah

Di majlis senior Zimah

Sesi tulis kad untuk hadiah Baby Afham serta cubaan memangku Baby Afham...hehehe

Kenangan dengan Chik dan ada dua orang mak buyung dalam ni

Nota Galaksi : Gambar-gambar tak ikut turutan sebab tak tahu nak buat macam mana untuk dia berbaris cantik. Yang penting entri ni ada gambar. Tak gitu?