Engagement Fund ;)

Wednesday, 30 October 2013

WW #13: Fall in Love with Red

#comfy #cheap #impulsebuy #hot #drop-dead #love

Tuesday, 22 October 2013

Belum Cuba, Belum Tahu

Isnin petang, Kak P panggil aku ke mejanya waktu nak ke tandas sebab kena lalu depan meja beliau kalau nak ke tandas. Singgah la kejap. Lepas tu dia cakap; "Farah, nak order lasagna untuk jamuan lepas meeting boleh? Untuk 15 orang makan." Okey, aku tengok dia, dia tengok aku. Hahaha... Was-was nak setuju sebab tak pernah lagi menjual; sebelum ni buat untuk makan-makan je. "Erm, bolehlah kot." Teragak-agak lagi tu menjawabnya. Dah setuju tu, aku tak boleh nak letak harga sebab dah laaaaaaaammma sangat tak buat lasagna jadi tak dapat nak agak kosnya berapa. Maka aku pun buatlah survey harga pasaran terkini dengan bantuan Pakcik Google.
Disebabkan kat kawasan kampung ni payah benor nak cari aluminium foil bersaiz pujaan hati, maka aku cakap tempahan adalah hanya saiz besar. Itu je yang senang nak jumpa. Bila beliau setuju nak tempah dua bekas bersaiz 10×12 inci dengan harga yang aku tetapkan, aku pun setuju untuk bertanggungjawab membuat tempahan tersebut. Sebab dah laaaaaaaammma tak buat lasagna, maka aku harus bereksperimen sebagai persiapan diri. Waktu beli barang petang tadi, terkejut tahap gaban bila tengok harga daging kisar. Cepatnya naik harga? Tanjat tau!
Lepas maghrib baru mula masak dengan merujuk resepi lama yang ada dalam blog ni; boleh tekan label resepi antarabangsa untuk resepi. Menjadilah hasilnya cuma aku lupa letak garam dalam sos putih. Hahaha.... Nasib baik keju tu agak masin, jadi kira dialah penyelamat. Yang bahan eksperimen ni cuma guna kepingan keju cheddar je sebab tak beli lagi keju mozarella. Mudah-mudahan perancangan esok berjaya dan hasilnya sempurna. Amiiinnn...

Monday, 14 October 2013

Tidur Bertemankan TV

Ini cerita waktu pergi buat soalan haritu. Macam biasa, aku datang awal. Sampai sana ngam-ngam waktu nak check-in selepas berpusing-pusing salah masuk simpang dan sebagainya. Pendek kata, sesat sekejap sebelum jumpa. Itu dah guna Waze dan Google Map tu, pun sesat. Eh, kalau tak sesat sikit, memang bukan akulah kan? Hahaha...

Dah tanya Kak E lokasinya sebelum datang tu sebab sebelum ni beliau buat silibus pun kat hotel yang sama, tapi bila sorang-sorang,  cuak dia lain macam. Asalnya dah masuk ke jalan yang benar, cuma aku tak toleh kiri. Menonong tengok depan sebab nampak hotel lain yanh bertajuk S2. Ingatkan yang tu, tapi dalam laman web rupa depan dia lain. Tengok dekat Google Map, dia kata dah sampai. Tapi, mana hotelnya? Aku pun bantai jalan je terus ke depan. Lepas tu tengok balik Google Map, dia suruh patah balik, beberapa ratus meter je dari tempat aku berhenti tu. Eh? Maka, pusing balik. Dari jauh aku nampak bangunan dia. Choi! Patut aku toleh kiri je tadi. Memang senang je nak cari sebenarnya. Paling penting, Jusco sepelaung je dari hotel. Eh? Hahaha...

Tengok jam, baru pukul 1 lebih. Nak check in macam awal sangat. Maka aku pergi ke kompleks PKNS yang bertentangan dengan bangunan hotel dengan tujuan untuk mengisi perut. Pusing punya pusing, tak ada kedai makan yang best. Dah sampai nogori, haruslah nak cari masak lomak cili padi kan? Tetiba terasa nak Google satu kedai makan yang aku nampak waktu sesat tu. Tempat macam eksklusif, lepas tu orang ramai berduyun-duyun ke situ. Rupanya agak terkenal juga kedai tu. Tengok jam dah 1.30, aku redah je check in hotel dulu. Nasib baik dia bagi. Sebilik dua orang, dan teman sebilik masih belum tiba. Seronoknya datang awal, boleh pilih katil yang best. Ada katil queen dan single. Harus aku pilih yang queen sebab setentang dengan TV. Hehehe... Solat, golek-golek kejap, tunggu telefon bercas, baru aku keluar balik pergi makan.

Ini papan tanda di pintu masuk

Sampai restoran tu, dah tak ada orang. Aman aku nak makan. Kebanyakan lauk berasaskan masak lemak cili padi. Daging salai, telur itik, pucuk ubi, cendawan, etc. etc. dimasak lemak cili padi. Okey, kecur air liur. Aku kaut daging salai, cendawan, kangkung belacan, dengan sambal belacan. Makanlah sambil menikmati tempat dia yang mendamaikan tu. Semua sekali RM12.90 termasuk teh o ais. Aku rasa, okeylah harga dia sebab daging salai tu yang mahal. Dah kenyang, tengok jam awal lagi. Merayap la dulu sebab taklimat mula malam karang. Sempatlah tinjau Jusco, ukur kawasan sekitar, siap jumpa KFC 24 jam dengan Dominos lagi. Hahaha...

Dalam pukul 4 lebih kot aku balik hotel. Dah ramai dah yang sampai. Urusetia pun dah sampai. Golek-golek tunggu roommate sampai kononnya tapi sampai ke sudah beliau tak sampai. Maka, bilik itu aku yang punya. Hahaha.... Orang kata aku berani, tapi tak sangatlah. Tempat asing kan? Ada juga bayangan liar menjelma. Cemana kalau tengah malam kang, aku terjaga dari tidur, tiba-tiba ada makhluk berbaju putih, berambut panjang, bertaring tengah merenung ke arah ku? Cemana? Mujurlah sepanjang 3 malam kat situ, makhluk tu tak muncul. Heeee. Berani tak berani, sebelum nak tidur tu aku biarkan TV terpasang, konon tak adalah sunyi sangat suasana tu. Kiranya, aku setkan TV tu untuk padam sendiri dan lampu pun aku pasang. Malam kedua je aku padam lampu dan tidur dengan lena sebab penat woo! Dari 8.30 pagi sampai 11.45 malam mengadap soalan.

Keseluruhannya, hotel ni okeylah. Bilik kira besar juga dan tempat untuk solat pun luas. Kalau nak berjemaah pun muat. Air-cond sejuk, siaran tv jelas, bilik air pun luas. Cuma pekerja dia hampir 100% orang asing kecuali pekerja di kafe dan kaunter depan. Rasa tak selamat je nak guna lif bila aku sorang-sorang dan mereka berdua dalam lif tu. Makanan biasa-biasa je, tak macam hotel besar. Paling sedap adalah roti bakar, koko crunch, pancake dan sausage with baked bean. Kopi pun tak best. Tapi, telan jelah. Dalam pada tak sedap pun, penuh jugak pinggan aku tiap kali waktu makan. Hehehe...

Keadaan dalam bilik

Bilik air

Makanan paling sedap kat hotel ni...hahaha..

Wednesday, 9 October 2013

Berseri

Kak D: Muka awak berseri-seri la sekarang. Dah nak kahwin ke?
Tuan Tanah: Kahwin? Tak adalah kak, calon pun belum jumpa. Berseri ke?
Kak D: Ha'ah, berseri-seri betul.
Tuan Tanah: Sebab minum Ephyra kot.
Kak D: Ephyra? Apa tu?
Tuan Tanah: Ephyra tu, blablablabla..... (sambil dalam hati ada taman...hahaha)

Friday, 4 October 2013

Tak Reti

Alhamdulillah, sakit yang tidak diketahui punca yang bermula pagi tadi beransur pulih. Aku memang jarang sangat sakit terutama demam. Biasanya sakit kepala ringan-ringan je. Migrain pun dah jarang kena. Cuma pagi tadi tak tahu kenapa, sejuk sampai menggigil satu badan terutama tangan tapi badan macam panas. Sampai dah tak boleh nak pegang pen sebab terlampau sejuk. Nak elak sejuk, aku pergi pusat sumber dan duduk dalam bilik perbincangan. Itu je tempat yang tak ada air-cond. Siap berbalut pashmina pun sejuk menggigil lagi tapi dah boleh pegang pen; bolehlah nak tanda tugasan budak-budak ni walaupun mata berpinar. Sakit kepala pun ye jugak. Itu pun lagi banyak menung tahan sejuk daripada menanda. Dah ingat nak pergi klinik je tadi tapi mengenangkan kena cucuk duit kalau nak ke klinik, malas pulak. Jadi bertahan je sampai pukul 12, terus masuk surau dan baring dengan berbungkus. Sejukkk...

Dalam 1.30, terjaga. Kepala dah ringan sikit dan panas badan pun dah surut. Bangun pergi tandas, basuh kepala dan terus wudhuk untuk zuhur. Alhamdulillah,  reda sikit walaupun kepala masih berdenyut. Sapu minyak angin sikit, barulah solat. Tengok jam, sempat lagi nak makan. Jadi keluar juga cari sup ayam panas + nasi putih dengan milo panas. Macam tak mampu nak habiskan tapi sayang pulak membazir. Jadi, aku 'kira' juga nasi tu sampai lah habis. Istilah kira nasi ni dapat waktu kat asrama dulu; orang yang makan paling lambat akan dikata 'mengira nasi', bukan makan nasi. Sampai ofis, semua orang tanya dah ok ke? Aik, rasanya aku cuma bagi tahu Kak R je aku tak berapa nak sihat, tup tup ramai pulak yang tahu. Pelik! Aku dah la tak reti nak mengadu kat orang kalau sakit. Selagi boleh tanggung sendiri, tanggunglah sendiri. Tapi kalau orang lain nak mengadu sakit kat aku, takpe. Aku boleh layan. Nak suruh masak bubur ke, carikan ubat ke, takde masalah. The pelik side of me. Hehehe...