Engagement Fund ;)

Friday, 29 November 2013

Motif?

Minggu ni minggu ujian sedunia. Kejar masa di saat-saat akhir sebelum peperiksaan akhir menjelma. Sebelum-sebelum ni rajin aku tempah dewan kuliah utama untuk buat ujian. Disebabkan PIC DKU asyik lambat buka je sampai aku sendiri yang kena buka pintu, cari suis lampu, menggagau hidupkan air-cond, dan paling menyakitkan hati bila kena tunggu sampai masa jadi sia-sia, maka aku buat keputusan untuk guna aje ruang legar pusat sumber. Sahih tempat tu sentiasa terbuka.

Macam-macam ragam budak-budak ni bila buat ujian. Geram, tapi selalu tak jadi marah sebab diorang buat lawak pastu aku nak tergelak. Layankan aje. Yang paling menggeramkan bila aku dah bagi soalan bocor, siap bincang jawapan dalam kelas, pun tak boleh jawab juga soalan waktu ujian. Sabor je la. Ujian satu jam, tapi ada yang 20 minit dah siap. "Miss, I've finished. Can I hand in now?" Amboi, hantar cepat lepas tu nak buat apa? "No, you have to wait until 3.30. If you've finished, put your head on the table and sleep." Bukan boleh percaya budak-budak ni,  lepaskan awal kang merayap ke mana-mana kang.

Jenuh juga meronda nak tunggu sampai habis masa. Kalau ikutkan malas nak ronda sebab kang ada yang asyik nak tanya. Konon-konon tanya dalam bahasa melayu guna ayat belit-belit aku tak perasan la nak minta jawapan kan? Cikgu ko lagi peka tau! Nah ambik senyuman sebagai jawapan. Muehehehe... Ada sekali tu aku duduk dalam kalangan mereka dan tiba-tiba seorang budak ni cakap sambil bisik-bisik.

Dia: Miss, tau tak nama dia ni siapa? (Muka serius  sambil tunjuk budak perempuan depan dia)
Aku: (alamak, tak berapa nak ingat! Gelabah tengok kad matrik dia...hahaha) Kenapa?
Dia: Yang ni pulak? Miss ingat tak nama dia? (Dia tunjuk kat budak perempuan sebelah dia pulak)
Aku: (angkat kening je)
Dia: Ni nama dia Wani, yang ni Natasha, yang tu Munira. Miss ingat nama diorang ni lepas tu nanti tengok kertas jawapan diorang. Tengok sama tak jawapan diorang.
Aku: Ceh, ingatkan apa tadi. (Bangun dan sambung meronda)

Tanya banyak-banyak semata-mata sebab tu kan? Motip? Hahahaha.... Lawak, lawak. Kalau diikutkan, yang bertanya tadi tu yang paling banyak dapat klu untuk jawapan. Budak-budak perempuan tiga orang tu elok je aku tengok jawab soalan diam-diam. Adoi la, geli perut dibuatnya.

Monday, 25 November 2013

Ke Laut

Hari Isnin yang hening. Pejabat seperti dilanggar garuda sebab hampir semua orang pergi kursus di Port Dickson. Aku pun dapat juga tawaran pergi kursus tu tapi tak sanggup. Penat bersambung-sambung dari sukan, konvo lagi, kenduri kahwin lagi. Eh, masuk juga ke kenduri kahwin tu? Hehehe... Minggu sudah berkampung kat PICC hari Selasa dengan Rabu, lepas tu nak kena tuang kelas lagi kalau pergi. Kesian pulak budak-budak sem 1 kalau tuang kelas lagi minggu ni.

Dari pagi cuba nak selesaikan kerja yang perlu diselesaikan, tapi otak tak nak jalan. Mula-mula nak buat soalan ujian, dah tengok-tengok soalan yang lepas tapi idea tak mari. Cuba buat minit mesyuaratlah, pun hampeh gak tak tahu nak tulis apa. Mental block sungguh! Tengok kertas tugasan budak-budak ni bertingkek-tingkek, kalih pandangan ke tempat yang tak ada kertas-kertas tu. Akhirnya, terus mood nak buat kerja masuk ke laut dan tenggelam ke dasar; tak dapat timbul semula sebab dia tak pandai berenang.

Okey, nak lelap mata kejap supaya otak segar sikit. Sakit kepala dah hilang alhamdulillah, selepas bersoal jawab dengan doktor peribadi. Kau hade doktor peribadi? Peribadilah sangat! Geng tingkap je pun. Hahaha... Punyalah malas nak pergi klinik, aku consult dengan beliau di wasap je. Maklum imaginasi aku boleh tahan dahsyat, macam-macam aku fikir bila kepala doklah berdenyut sampai dekat seminggu. Simptom macam migrain, tapi macam bukan migrain. Maka aku pasrah je tahan sakit. Paling penting, rehat secukupnya dan minum air masak banyak-banyak. Doktor suruh rehat, tidur awal, tapi pukul 12.30 malam masih hadap game lagi. Sendiri mau ingatlah kan? Sekian, bebelan mood ke laut saya.

Friday, 22 November 2013

Terpaksa

Selepas merana selama hampir dua minggu menahan sakit akibat kemunculan ulser atau aku panggil mata ikan, akhirnya pergi juga cari ubat. Mula-mula ingatkan nak ke klinik, sekali harung dengan kepala yang berdenyut-denyut dari hari Isnin, tapi malas pulak nak jumpa doktor. Plus, tak ada klinik berdoktor perempuan yang best kat Banting ni. Maka, ke farmasi jelah. Cari ubat untuk ulser dengan bibir kering yang terkopek-kopek sampai berdarah. Auuuwww! Sakit wei!

Ingatkan nak buat pandai je biar dia baik sendiri, tapi dah tak sanggup. Kau bayangkan, sampai tiga ulser dalam mulut ni, mau tak sakit? Habis tu, makan macam mana? Eh, makan tetap makan. Tapi makan sambil kesat air mata la sebab dia keluar secara automatik bila makanan kena kat tempat sakit tu. Makanan sedap depan mata, takkan nak tolak? Belasah juga walaupun nampak macam kena paksa makan sebab keluar air mata bagai. Hahaha....

Esok dengan Ahad ada jemputan kahwin, jadi kena bagi ulser-ulser tu bertenang untuk menikmati nasi kenduri yang selalunya mesti sedap! Hehehe... Dua benda ni memakan kos sebanyak 18 hengget 70 kupang.

Thursday, 21 November 2013

Ting Tong!

Penat..penat..penat..

Keadaan aku sekarang adalah ting tong! Lepas balik sukan hari Isnin, terus sambung bertugas untuk konvo pulak dua hari. Penat jalan jauh tak hilang, tambah pulak penat jalan dekat. Hari Isnin tu dah la sampai lewat sebab aku ikut bas. Yang konvoi kereta pukul 9.30 ++ dah sampai. Biasalah, bila dah ramai-ramai memang banyak kerenahnya. Mula-mula nak minta pengecualian untuk tidak bertugas di konvo tapi fikir-fikir balik nama dah tersenarai dan kesian pula Pengerusi nak cari ganti. Lagipun ada juga yang terlibat dengan sukan tapi datang je bertugas. "Orang lain boleh, pasal apa kau tak boleh?" Ayat motivasi untuk diri sendiri kekdahnya.

Pagi Selasa, subuh sapie aku bangun dengan susah payahnya. Dengan sakit kepala, sakit pinggangnya, gigih juga bangun. Ingatkan bertugas sehari je, sekali kena bertugas juga untuk hari kedua sebab tak cukup orang. Hari pertama bertugas kat dalam dewan, ok lagilah. Hari kedua bertugas menjaga lalulintas; menanti kehadiran VIP dan VVIP di jalan masuk. Kena hafal nombor kereta mereka dan maklumkan kepada bahagian parking supaya mereka masuk ke tempat yang betul. Ambik ko, dah macam berzikir hafal nombor plat kat pondok guard tu. Hahaha...  Pengalaman baru. Dah macam kaunter pertanyaan pun ada jugak. Asal nak tanya tempat je, berhenti depan kitorang."How to go to Ministry of Foreign Affairs?", "Taman blabla ni kat mana ye?", "Where is Ministry of Tourism building?" Ha, sudah! Masalahnya, aku pun tak tahu tempat kat Putrajaya nun. Maka, mari zassss ke pakcik guard PICC untuk jawab soalan - soalan tersebut. Hehehe....

Petangnya tak larat sangat sampai kena telan Actifast sebiji dan pengsan di surau sampailah waktu asar. Baru lega sikit. Malam tadi memang bertampal Panaflex kiri kanan untuk legakan sakit belakang. Mau tak sakit? Duduk dalam bas selama 12 jam dengan posisi yang tak betul, memang sajalah undang penyakit. Pagi ni masuk mesyuarat, seperti di awangan je. Apa orang cakap singgah ditelinga tapi tak masuk otak. Nak tak nak, kena paksa masuk jugak sebab kang nak tulis apa dalam minit? Nasiblah, jadi setiausaha pulak.... Masuk kelas pun macam tak sudi je. Nasib baik bahan-bahan semua ada. Goreng jelah.... Alangkah seronoknya kalau dapat cuti panjang ni. Hurmmm...

Monday, 18 November 2013

RTK #1: Rambang Mata

Alhamdulillah,  selamat sampai ke bumi Selangor kira-kira jam12.30 tengahari tadi. Hampir 12 jam perjalanan dari Kota Bharu nun. Bertolak pulang malam tadi kira-kira jam 1.00 pagi sebaik saja acara penutup tamat. Sekarang masih berada di pejabat menanti Abah menjemput untuk pulang. Mari isi masa lapang dengan mengemaskini blog. Akan ada beberapa siri untuk entri ini yang bertajuk Road to Kelantan. Eceh...

Sepanjang bermusafir di Kelantan selama 4 hari, antara perkara menarik untuk dicuba adalah makan, makan, dan makan. Kali ni cerita pasal makan dulu. Kali terakhir aku jejak kaki di sana adalah selepas PMR, sepuluh tahun lalu. Bentuk muka bumi apatah lagi jalanraya, memang aku tak ingat langsung. Yang aku ingat, sarapan pagi makan nasi pastu murah gile harga untuk sekali makan dengan kenangan makan keropok lekor berkeping-keping sementara menanti bas dibaiki sebab rosak di tengah jalan. Pagi Khamis, sebab sibuk dengan urusan daftar masuk dan sebagainya, memang tak sempat nak terjah kedai makan. Harapakan orang tapau je la. Pagi nasi berlauk ayam, tengahari nasi kukus ayam goreng, malam aku dah tak lalu nak telan nasi, maka pesan makanan selain nasi. Itu pun sampai rumah dah tengah malam dek kerana taklimat yang meleret-leret.

Memandangkan aku kena pantau budak bola tampar sebab pengurus diorang tak ada, maka pada hari pertama perlawanan memang sepanjang hari aku berada di tempat perlawanan dengan mereka. Bab makan, Kak Dahiyah yang uruskan untuk aku. Paginya, nasi kerabu, tengahari nasi berlauk pulak. Kali ni lauk ikan keli, yeayy! Muak dah makan ayam. Malamnya sempat keluar makan lepas jenguk budak-budak badminton. Cuba makan belut pulak walaupun dok fikir "eeewww!" sebab dia licin dan panjang. Hahaha... Rasa dia okeylah, macam ikan keli cuma lebih licin. Bolehlah telan...

Hari ketiga di sana, dah tak banyak acara jadi sempatlah ikut Kak Dahiyah beli sarapan sebelum ke perlawanan akhir bola tampar. Sampai je pasar tu, terus "Omo, omo! This is delicious, that must be tasty, those look yummy!" Gituuuu. Macam-macam makanan ada. Rasa nak makan semua. Tapi sebab pergi dengan orang dan atas urusan kerja, cuba satu dua jenis sudahlah. Nak pusing satu pasar tu pun tak sempat. Makanya, aku wajib pergi sana lagi, atas tujuan melancong. 

Bawah ni dua jenis kuih yang aku sempat cuba. Belah kiri tu nama dia kuih apong. Tanya kat salah seorang pelajar yang berasal dari Kelantan, dia tak tahu. Kak Chik jugak yang jadi kaunter pertanyaan. Terima kasih Sedari. Hehehe... Rasa dia macam apa ek? Tak tau nak cakap. Tapi tengah dia tu macam kastad ada, macam seri kaya pun ada. Sebelah dia tu namanya kuih apam. Tertarik nak cuba sebab dia masak kat situ jugak guna kuali-kuali kecil. Nampak begitu sedap bila tengok kegebuaan dia dan baunya yang semerbak bila dimasak. Jadi, mari kita cuba. Tekstur dia macam apam balik tapi lagi ringan dan rasa dia manis-manis buah dan ada sikit rasa pisang.

Wednesday, 13 November 2013

Saturday, 9 November 2013

Tersampuk la pulak...

Seperti yang dimaklumi, aku adalah sangat jarang dengar radio melayu. Dalam kereta pun memang akan dengar satu stesen tu je, Lite Fm. Alamak, nanti ada yang cakap aku tua pulak dok dengar lagu lama. I muda lagi tau, cuma suka lagu-lagu 'tua'. Hehehe... Bukan apa, lagu moden ni muzik dia lagi kuat dari suara penyanyi. Lepas tu nyanyi main sambung je satu perkataan tu dengan perkataan yang lain. Pening mak incik! Listening to oldies is better as I can listen to what the singer pronounces, clearly. Tapi, tetiba tersampuk satu lagu melayu ni sebab lirik dia comel! Serius comel!

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyum mu
Kan ku culik cinta mu
Macam ku larikan lirik mu
Kau tak perasan aku suka kamu
Dari dulu lagi...

Tengok, comel bukan? Bait-bait yang digunakan adalah metafora, dah macam kaji sajak pulak. Kau mampu nak samun senyuman orang? Ha, lagu ni mampu. Maka sekarang dok la ulang-ulang lagu ni banyak kali. Hehehe...

Friday, 8 November 2013

Malu bertanya, rugiiiiii....

Kisahnya, dah mula dari bulan lepas lagi. Kalau aku bertindak awal, lagilah untung. Tapi sebab aku ni kan lambat bertindak, maka untunglah jugak. Tapi keuntungan yang berbeza. Kata kuncinya: TAJAAN. Sebenarnya kalau buat program boleh je minta tajaan daripada mana-mana syarikat gergasi macam syarikat "sungguh enak dimakan begitu saja !" ataupun syarikat "minum Milo anda jadi sihat dan kuat!". Cuma kena tahu cara. Dulu waktu kat U pernah buat tapi macam tak boleh belah je sebab mintak seciput; rugi sebab dia tak berapa nak layan! Nak mintak, kena mintak banyak-banyak. Seratus ke, seribu ke, barulah pegawai tu semangat sikit nak uruskan. Bukan tajaan duit tau, tapi tajaan produk.

Itu cerita zaman dulukala, maka dokumen pun dah bertukar jadi 'artifak halimunan' gara-gara virus yang menyerang laptop. Gggrrrrr! Cuba minta pada S/U saya yang berdedikasi tu tapi sampai ke sudah tak dapat salinan dokumen surat-menyurat yang diperlukan. Hai awak tu *sambil lambai tangan belah kiri*;) Lepas tu aku pun terus lupa nak uruskan sampailah ada orang tanya pasal roti waktu nak solat zuhur tempoh hari. Pap, tepuk dahi! Lupaaaaaa.... Lepas tu cuba la kira-kira harga untuk sekian sekian jumlah roti yang dimahukan. Oh, kalau jumlahnya sebegitu, bisa diatur! Semangat aku keluar masuk laman web dia nak tanya pasal harga - kalau beli banyak, dapat kurang tak? - dan juga cara nak membeli - penghantaran dan pembayaran.

Kerana daku bersuara emas, maka hanyalah email 'berkajang-kajang' ku layangkan; macam orang angau je bila asyik tengok mailbox nak tengok kot ada email balasan. Nan hado sampai sudah! Akhirnya, dengan kekuatan yang bersisa, aku terus je isi borang pesanan di laman web mereka. Situasi yang sama berulang dan sampai sudah nan hado email pengesahan. Kumpul lagi kekuatan dimana aku terus je telefon nombor yang ada pada plastik roti tu. Aku dari dulu memang alergik bila kena berurusan melalui telefon ni sebab kadang-kadang bila cuak, habis hilang ayat yang disusun untuk diluahkan tu. Mula-mula telefon, aku cakap nak tanya pasal tempahan tapi dia sambung ke bahagian lain. Bahagian apa tu? Bahagian nak mintak sponsor! Eh, waktu tak nak ni la dapat kan? Alang-alang dah bercakap dengan pegawai bahagian tu, terus aku tanya prosedur nak mintak tajaan.

Senang je kot! Cara dia bercakap tu pun macam; "Kalau ko hantar permohonan, confirm kitorang bagi tau!" Gituuuu.... Mula-mula tulis surat permohonan. Macam biasalah kan, kena terangkan tujuan dan bagi tau sikit program apa dan tujukan pada Bahagian Pemasaran. Lepas tu email pada email yang dia bagi, terus pada pegawai yang menguruskan. Email tak bolehlah nak tayang kat sini, kalau nak, meh PM Tuan Tanah ye. Lepas tu, tunggu la dua minggu untuk dia proses permohonan. Baiklah mintak dua bulan atau sebulan sebelum nak guna supaya tak terkejar-kejar. Senang je rupanya. Okey, lepas ni ada program apa? Meh kita cuba. Hehehe...

Lepas bercakap pasal tajaan, aku tanya pasal tempahan yang aku buat melalui laman web. Dia bagi satu nombor lain dan nama PIC untuk langkah seterusnya. Jenuhlah aku telefon tak berangkat. Akhirnya, aku telefon lagi tapi tak bagi tau nak cakap dengan siapa; cuma cakap nak tanya pasal tempahan je. Terus dapat! Beriya aku cakap aku dah buat pesanan tapi tak dapat maklum balas, terus dia kata kena periksa dulu dalam database. Lama jugak tunggu, nasib baik beliau kedengaran ramah dan tak sombong. Sekali dia kata, tak masuk dalam data dia. Apakah? Nasib dia cakap boleh je buat pesanan sekarang. Sebelum pesan, tanya dulu boleh dapat diskaun ke tak? Beliau tak jawab terang-terangan sebaliknya tanya berapa aku nak? Ermmmm, 200?

Beliau: Oh, diskaun hanya untuk pesanan minimum 300.
Saya: Ok, saya nak 300. Kalau 300 berapa jumlahnya? (Hahaha... Tamak! Dia tolong darabkan dan yang penting tak lebih bajet.)
Beliau: Ok, nak guna bila ye?
Saya: Rabu depan, 13 haribulan.
Beliau: Kalau hari Rabu, kita ada perasa coklat dan strawberi. Jadi, nak yang mana? Semua satu perasa atau nak campur?
Saya: Erm...errrr...ermm... Bagi semua coklat lah! Eh, taknak. 200 coklat 100 strawberi. (Susah tau nak buat pilihan, nasib baik dia tak marah. Hahaha...)
Beliau: Okey, boleh bagi nama penuh, nombor telefon dan alamat untuk penghantaran?
Saya: bla..bla..bla..(bagi alamat la wei!)

Dah siap order semua, tanya balik lagi butiran order tu sebab kang kalau tak sampai kang, haru jadinya. Nasib baik aku double check sebab beliau boleh tersasul cakap aku order untuk 15 haribulan. Omo, siapa nak bawak  ke Kelantan nun kalau order tu sampai pada 15 haribulan? Rombongan gerak 13 haribulan malam. Terus aku bagi tau dia sampai dua kali nak guna roti tu 13 haribulan dan tanya betul ke dia hantar sampai institut? Hahaha... Cuak punya pasal! Apa pun, terima kasih pegawai yang layan saya ambik pesanan roti tu tadi ye, jangan lupa hantar roti saya 13 haribulan. Hehehe.... Oh, bayaran boleh dibuat waktu penghantaran sampai. Sekian, dah penat menaip. Harap dapat membantu. Harap juga lori "sungguh enak dimakan begitu saja!" muncul di bangunan pentadbiran Rabu depan, 13 haribulan.  C.U.A.K

Thursday, 7 November 2013

Bagai Tikus Baiki Labu

Kerana bahagia dapat pinjam laptop untuk marathon Korea, terus otak pun terlebih bahagia. Situasi ni sesuai sangat dengan peribahasa melayu seperti tajuk di atas. Kisahnya, sedang syok layan Peramal Yang Hebat (The Great Seer), tetiba episod dalam DVD tu dah habis. Maka kenalah tukar DVD baru untuk episod seterusnya. Nak jadikan cerita, DVD tu duduk dalam satu sarung yang sama dan bertindih dengan sekeping lagi DVD. Mungkin waktu mereka dimasukkan dalam sarung, dakwat atas DVD yang tu tak kering lagi jadinya ada kesan dakwat di permukaan DVD lagi satu.
Sadisnya, kesan dakwat tu melekat kat permukaan DVD yang DVD player akan baca. Bila ada tompokan, memang sah la dia akan ganggu maklumat dalam DVD. Memula aku layan je sampailah bila nak dekat habis episod, dia berhenti. Ah, sudahhhh... Dengan bijak pandainya aku terfikir; 'kalau nak padam dakwat marker, boleh guna whiteboard marker. Tulis atas dia dan gosok. Memang hilang kesan dakwat tu.' Aku pun aplikasilah teknik tu kat DVD. Tapi, memang silap besar la wei! Kesan lama tak hilang, tambah pulak calitan baru. Tambah bijak lagi, aku gi gosok dengan thinner dengan harapan boleh la kembali ke asal macam kalau buat kat whiteboard. Jahanam terus DVD aku tu. Sobsobsob... Nasib baik tak berapa nak mahal. Cuma kacau daunlah sebab kena berhenti tengok cerita tu kejap sampailah aku pesan yang baru kang. Takpe, ada lagi dua drama aku boleh layan sementara tunggu episod tu sampai. Tak pasal-pasal tau. Salahkan diri sendiri. Dush..dush..dush!

Tuesday, 5 November 2013

Panaskan Enjin

Sejak mendapat pengakuan dari pembaca setia blog yang senyap-senyap baca blog kite, terus semangat je rasa nak menaip. Hai awak! Hai awak tu! Terima kasih sudi singgah sini. Sedang cuba nak kemaskini blog hari-hari sepertimana permintaan awak tu. Hehehe... Ye la, hari-hari duk sibuk jengah blog orang tapi blog sendiri terabai.

Sebagai permulaan, nak cerita ceriti je santai-santai. Nak dapatkan mood katanya. Sekarang ni tengah dok melayan drama Korea baru atas ehsan laptop orang lain. Laptop sendiri masih terlantar sakit, tak sempat lagi nak hantar ke klinik. Tak ada hati sangat nak layan drama yang ni sebab jalan cerita dia lembap yang amat! Banyak episod pulak tu. Menyesal pulak beli. Dalam pada nak mengalah tu, tiba-tiba jalan cerita jadi best pulak. Tak jadi nak mengalah bila pelakon remaja tiba-tiba bertukar jadi dewasa dan mereka kelihatan hensem dan jelita. Kehkehkeh... Dah episod 9 baru nak muncul, sabor je la. Bercinta la weh nak layan sampai episod 35. Sambil layan Korea, sambil makan kek sedap ni. Memang elok sangatlah tu!

Kek sedap ni beli kat kiosk di Jusco Bukit Raja yang dah berubah wajah tu. Asalnya nak cari kek untuk belanja mereka yang tersayang sempena hari lahir yang dah lama berlalu. Sedap weh! Ada chocolate moist, red velvet, cheesecake,  dan carrot cake. Sayang pulak nak makan. Heee..

Monday, 4 November 2013

Tahun Baru, Cerita Baru

Assalamualaikum blog, dan pembaca blog sekalian. Terima kasih kerana masih sudi singgah ke blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Tahun baru Hijrah dah pun menjengah. Azam yang lalu, tertunaikah sudah? Tepuk dada, tanya iman. Sama-samalah kita berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Usaha, dorongan dari sahabat-sahabat serta persekitaran yang positif memungkinkan segalanya. Semoga kerajinan untuk menaip di tahun baru ini tercapai. Eh, tiba-tiba masuk bab menaip pulak! Hehehe...