Engagement Fund ;)

Saturday, 28 December 2013

Dari Terang, Sampai Bertukar Gelap

Okey, bila banyak sangat cerita tertunggak, aku dah tak tahu nak mula dari mana. Tarikh kejadian pun dah lupa; cuma boleh harapkan galeri gambar di telefon jelah gamaknya untuk imbas balik saat-saat yang dah terjadi tu. Lain kali kumpul lagi cerita banyak-banyak sampai boleh buat novel. Kahkahkah... Sebelum ni gambar duduk dalam Nota 8 je, bila dah pindah ke laptop terus blurr nak taip entri sebab banyak sangat gambar. Satu persatu la ye...

Ini cerita selepas menghadiri walimah Ain Sarip dan singgah di rumah terbuka Mimynn. Maaf Mynn sebab kejap sangat kat rumah you. Ada perkara yang tak dapat nak dielakkan maka terpaksa bersegera di rumah beliau. Disebabkan tuan rumah rumah seterusnya tak ada dirumah, maka kami melencong ke Setia City Mall. Pergi sana sebab apa eh asalnya? Lupa sudah.

Alang-alang dah sampai sana, singgah makan Seoul Garden sebab dah jalan-jalan lepas tu dah lapar balik. Waktu tu dalam pukul 6 kot jadi ngam soi la untuk makan malam. Seperti yang dimaklumi, konsep Seoul Garden ni adalah rebus dan bakar. Sebenarnya teringin sangat nak makan kimchi je kat situ sebab konon-konon restoran komersil, mesti kimchi dia ada rasa kimchi Korea kan? Sekali bila aku makan, terdetik dalam hati 'Ek eleh, macam kimchi aku buat kat rumah je?' Maknanya kimchi buatan tangan aku tu setaraf asli la ek? Kehkehkeh..
 Kimchi...teringat-teringat sampai sekarang. Nak buat sendiri, tak rajin maka kenang dia dalam kenangan jelah..

 Percubaan memakan kimchi

Masak-masak pulak

 Teman jenayah sedang gigih memanggang

 Meja kami semasa kejadian

Pusingan akhir sebelum balik

Meja kami sebelum dikemas

Aiskrim

Buat yang pertama kali macam kami, mula-mula kena ke kaunter dia dulu untuk bayar. Bayaran adalah untuk bufet dan juga minuman. Lepas tu boleh pilih nak kuah apa untuk stimbot. Ada banyak juga pilihan tapi kalau tukar kuah yang lain, kena tambah duit sikit kalau tak silap. Tambah itu, letak ini, seorang dalam RM 55++ untuk dinner buffet. Gulp! Aku pandang resit, lepas tu tengok Aten. Mahal camni? Hahaha... Takpe, dah bayar kan? Jom masuk dalam, melantak sampai kembung. Lepas bayar, akan ada orang tunjukkan meja. Mula-mula meja kitorang sebelah meja sekumpulan jejaka. Macam tak berapa nak selesa sebab tak boleh borak kuat-kuat. Kebetulan waktu pelayan dia tengah setkan meja, orang meja hujung pun siap makan. Aten yang berani pun mintak nak duduk meja hujung. Ha, barulah aman nak melantak dan berborak. Nak keluar masuk pun senang sebab hujung sekali, maka tak mengganggu orang meja sebelah sebab susunan meja adalah rapat-rapat. Ibarat kalau kau gosip dengan orang depan, orang meja sebelah pun boleh tumpang sekaki tambah fakta atau buat cerita auta berdasarkan topik yang dipilih.
Dahhhh, jom balik!

Daripada cuaca cerah sampai dah gelap, baru kitorang bangun. Ada la tiga jam kot dalam tu. Makan, borak, makan, borak, makan, ambik gambar, makan, borak lagi.. Bayar mahal kan? Nak-nak dua-dua tak solat, lagi syok la lepak dalam tu. Pilihan makanan agak banyak dan perapan untuk bahan-bahan bakar adalah sangat sedap! Serius, sedap! Terasa rempah-rempah perapan dia. Udang dan sotong dia pun segar dan besar-besar. Nyumsss! Paling suka radish kimchi dia. Krup krap bunyinya dan menjilat chopstick. Hehehe.. Makanan untuk rebus dan bakar memang terbaik. Cuma makanan masak dia kureng sikit. Puas hati la walaupun bayar mahal. Sekali-sekala, boleh layan. Kalau selalu, kopak juga weh. Sekali sudah, 'sekala'nya bila pulak ni Aten? Hehehe...

Cerita Raya

Selepas sekian lama, sampai Aidiladha dah menjelma, Deepavali pun dah lepas, dan semua peraayaan kat Malaysia ni dah selesai, barulah ada kekuatan nak abadikan kisah raya 2013. Nak letak satu entri cadangnya jadi sah-sah entri akan jadi paaaannjang. Kalau malas nak baca, sila klik 'X' di penjuru kanan. Tak marah pun. Hehehe...

Okey, raya tahun ni sedikit beza berbanding tahun lepas. Pertama, nenek dah tak duduk kat rumah jadi tak adalah sesi berkumpul di rumah nenek. Kedua, Wak Mis dah tak ada dan tempatnya sudah diganti dengan yang baru. Memang berbeza sangat rasanya bila beraya rumah beliau dengan kemunculan orang baru. Rasa sangat lain. Sebelum ni, kalau datang sana tapi Wak Mis tak ada kat rumah pun, kitorang masih lagi selamba nak tumpang solat ke, nak angkut gelas bawa masuk dapur ke, atau nak kena buat air sendiri. Maklum Wak Lanang, kekadang dia suruh je aku masuk dapur buat air sendiri kalau dia sorang-sorang kat rumah tu. Tapi kali ni memang perasaannya tak sama; rasa tak mesra. Ketiga, buat pertama kalinya aku tak buat biskut raya langsung semenjak pandai buat biskut raya sendiri. Keempat, tak ada gambar keluarga yang lengkap sebab Abang An kena kerja tahun ni. Jadi susah sangat nak cari masa yang sesuai untuk bergambar sekali.
Tahun ni, ramai juga yang datang bertandang. Kira tiap minggu penuh je jadual. Tak aku yang pergi beraya, mereka yang datang beraya. Memenuhi jemputan walimah pun selit sekali untuk setiap hujung minggu. Tuisyen pun cuti lama maka 'beronok-ronok' la kan. Letak gambar je aci kan? Hehehe...

Ini antara hujung minggu yang paling sibuk. Anak-anak murid Abah awal-awal dah bagi tahu nak datang beraya dalam lima keluarga, maka Abah pun suruh masak-masak sikit. Hari yang sama jugak, Syafaf kahwin jadi kelam kabut sikit sediakan makanan dan berlari ke kenduri Syafaf. Sempatlah bawak balik 3 orang dara pingitan tu beraya. Terima kasih korang, sudi datang. Tak lama lepas diorang balik, baru anak-anak murid Abah sampai. Waktu tu pun tak siap masak lagi, masih goreng ayam kat dapur. Aku cuma keluar salam, lepas tu duduk dapur. Gambar yang akhir tu, kalau ada bau, memang aku berbau ayam goreng, head to toe. Hahaha...

Ini menu untuk minggu seterusnya, waktu anak-anak murid aku datang pulak. Sebab minggu sebelumnya dah masak nasi impit, kali ni buat Western. Spaghetti, garlic bread, mushroom soup dan trifle pudding untuk dessert. Patutnya garlic bread guna baguette, tapi boleh pulak baguette habis? Stress! Dah la kelam kabut pergi beli barang lepas kerja sebab malamnya ada jamuan raya untuk staf, maka aku belasah ambik roti wholemeal cap Gergasi yang teksturnya kasar dan keras sikit supaya tak lari sangat daripada rasa garlic bread sebenar. Mushroom soup tu pun pertama kali buat ikut resepi itu dan ini. Kira belasah habis la. Nasib baik menjadi.

Dah makan, dah borak-borak, tiba masa nak balik. Sebelum balik, si Adli dok cakap-cakap; "Miss, tangan saya gatal la. Macam nak dapat sesuatu." Maaf, awal-awal aku dah cakap tak ada duit raya sebab tak sempat nak sediakan. Hehehe... Lepas tu entah macam mana terborak pasal mangga pulak dan kebetulan kali ni pokok mangga depan rumah tu berbuah dengan lebatnya, maka aku pun menyuruh mereka kait sendiri buahnya kalau hendak. Aku bagi plastik je, galah semua diorang yang cari sendiri. Hehehe... Banyak gak la diorang dapat. Rezeki diorang la...


Gambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang. Majoriti budak Rangkaian tapi ada juga budak Pengaturcaraan dengan Cad Mekanikal. Terima kasih datang beraya rumah saya. Tahun depan, jemput datang lagi ye..

 Ini sambutan Merdeka-Raya kat pejabat pulak. Sebelum masuk dewan, ambik gambar dulu.

 Pentas

Kuih raya

Pengajaran daripada raya kali ni;
1. Tak payah beria sangat punggah pinggan mangkuk untuk hidangan tetamu. Kau sorang buat semuanya, lepas tu stress sampai migrain nak uruskan, nak mengemas lagi.
2. Kalau nak kemas rumah, buatlah sebelum bulan puasa.
3. Cili giling segera adalah tak sesuai untuk dibuat sambal dalam kuantiti banyak sebab dia MASIN. Sila rajinkan diri untuk kisar cili kering sendiri.
4. Kalau dah tahu kena buat semuanya sendiri, tak payah suruh orang lain tolong sebab diorang takkan tolong. Sila buat dari awal supaya tak stress.
5. Kalau aku dah diam tak menjawab pertanyaan mudah, baik jangan tanya lagi sebab itu tandanya kalau aku bukak mulut akan ada yang terluka.

Raya patut gembira kan? Tapi ada masa aku berduka sebab penat uruskan rumah sorang-sorang. Dulu mak ada, makan saman sikit abang-abang aku ni kalau disuruh tolong buat apa-apa. Sekarang nan hado! Penyelesaian terbaik, kau larat kau buat. Kau tak larat kau biar jelah. Tak payah fikir sampai sakit kepala. Buat merana diri sendiri je. Sekian, cerita raya saya. *Lap peluh...*

Tuesday, 24 December 2013

..........

Kids nowadays, they are so into technology until they forgot to differentiate between formal and informal situation. They even use sms language in the exam! Ggrrrr..... If they are infront of me right now, I would love to ask them to spell the word letter by letter . Other than that, we'll learn what lower primary students learn which is 'the correct usage of punctuation'. When to use capital letter, what to do if the words are shortened and so on. Marking their exam papers can be fun but most of the time, it is stressful. Sabor jelah....

Saturday, 21 December 2013

HT#3: Lagi Empat Bulan

Sementara mood tengah gelabah ni, kasi naik satu entri Hanguk Tour. Awal-awal aku cakap, entri ni bosan sebab panjang dan tak ada gambar. Seperti yang dimaklumi, hujung-hujung tahun ni sana sini buat jualan murah. Pening kepala mak incik. Dah kenapa pening pulak? Pening mikir nak beli itu dan ini yang katanya murah. Tapi lepas tu pusing-pusing je kat tempat murah tu, tak beli pun sebab rasa macam mahal. Hahaha...

Waktu rancang nak pergi awal tahun haritu, rasa macam, 'Betul ke aku ni?' Tak percaya dan tak yakin nak buat. Akhirnya kami tawakal je uruskan ikut rujukan sana sini. Macam banyak je benda nak kena beli. Beg terutamanya. Mula-mula nak pakai hiking bag Abang aku je sebab dia kata muat je dia sumbat baju dan segala mak nenek dalam tu waktu ke Sabah dulu, siap ada ruang kosong lagi. Lepas tu aku fikir-fikir balik, tenung-tenung beg tu, terus aku cakap, "Confirm tak muat!" Alasan ko nak beli beg baru kan? Kan? Kan? Heh, fikir logik kejap boleh?

Dia lelaki, banyak manalah barangnya pun. Perempuan ni lain, serba-serbi kena lengkap. Baju lelaki dengan perempuan tak sama. Lepas tu aku pergi ni seminggu, negara lain pulak tu, mesti beza punya. Beg sedia ada ni tak berapa nak besar. Takat saiz nak bawak masuk kabin je, memang semputlah nak sumbat semua benda dalam tu. Tengok corak perjalanan kami yang menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam, lagilah perlu dibataskan beg yang dibawa. Memang kena bawa satu je beg besar yang boleh sumbat semua benda dalam tu, dan satu beg sandang untuk kegunaan bersiar-siar. Eceh, bersiar-siar.  Hehehe...

Banyak benda tak selesai lagi ni; bahasanya belum dipelajari, persediaan fizikalnya belum dibuat, dan duitnya belum cukup. Macam main-main pun ada. Pasport pun tak pergi buat lagi. Takpe, takpe, masuk je tahun 2014 kang aku laju-laju pergi bawa diri ke imigresen untuk buat pasport. Dalam otak dah terfikir sikit-sikit benda-benda wajib bawa. Antaranya:
1. Losyen Mustajab Extra Hot - mesti lenguh-lenguh punya nanti dok berjalan ke hulu ke hilir. Setakat ni, losyen ni yang serasi untuk redakan lenguh.

2. Sambal Tumis Segera - makan kalau tak pedas, rasa macam tak makan. Kena bawak ni, wajib! Macam kat sana tak ada cili kan? Aku memang boleh makan cili tapi kalau kena buat 'ulam', tak ngam dengan anak tekak pulak. Paling koman kena hiris-hiris dan gaul dengan nasi. Takkan nak bawak pisau pulak kan?

3. Baju panas (ke baju sejuk?) - memandangkan musim waktu tu inshaAllah baru je beralih dari Winter ke Spring, dijangkakan suhu masih lagi ditahap sejuk. Tapi tak perlulah berbungkus tebal kot, setakat ada baju nak bagi perangkap haba. Pasal apa baju macam tu semua mahal? Kau nak yang vogue, memang mahallah mak incik! Eh? Hehehe

4. Telekung travel - walaupun dekat rumah ni dah banyak telekung, tapi macam lagi mudah kalau ada yang travel ni. Ringan dan tak memakan ruang. Masih mencari yang harganya dalam kemampuan dan berwarna hijau.

5. Extension plug dan travel adapter - extension tu memang perlu bawak kot. Mana nak caj telefon besar, mana nak caj telefon kecik, karang nak caj bateri kamera lagi kan? Jadi bawak je. Adapter pun kena beli yang universal punya. Berdasarkan pembacaan, plug dia tak sama dengan Malaysia. Cucuk travel adapter kat plug dia, lepas tu cucuk extension. Bijak tak? Hehehe...

Lain-lain tu macam biasalah kot kan? Diorang dah cakap, " Maggi kena bawak." Okey, tu karang masukkan sekali dalam senarai. Bukan Maggi je kang aku bawak, keropok, kerepek, biskut, minuman 3 dalam 1, semua aku bungkus kang. Hahaha... Penting juga untuk bawa Ephyra sebab dia adalah membantu membekalkan tenaga. Setakat ni, tu jelah kot. Dah dekat nak pergi kang aku senaraikan balik apa yang aku bawak dan kenapa aku bawak. Untuk rujukan akan datang yang entah bila. Bak kata Za, "Kalau asyik kumpul duit melancong, tak kahwin la aku macam ni." Hahaha...okey Za, lepas ni kita kumpul duit untuk kahwin pulak. Heeee...

Thursday, 19 December 2013

Senget Ke Lurus?

Sebenarnya nak tidur dah lepas layan Korea dua pusingan. Tiba-tiba gatal pulak blog-walking lepas tu terdetik dlam hati, 'Macam best je kalau tulis satu entri ni.' Yelah, kadang-kadang sibuk jengah blog orang, lepas tu tak ada entri baru kat blog dia, lepas tu macam, 'Ala, tak ada cerita baru.' Hello, blog sendiri terabai, ada hati nak kata blog orang diabaikan tuannya? Okey, ini tulis laju-laju sebab kena tidur jugak lepas ni sebab pagi-pagi esok kena terpacak dekat pejabat walaupun tengah cuti sebab dapat jemputan untuk ke majlis pra-graduasi budak-budak semester akhir. Makan percuma, takkan nak tolak? Kehkehkeh... Lagipun, raikan tuan rumah yang menjemput. Ini cerita dua minggu lepas, ke tiga minggu lepas?

Selepas dua tahun, barulah angan-angan jadi kenyataan. Selama ni dok cakap  kat Aten; "Ten, jom lepak KLIA." Sepuluh kali cakap, perginya tidak. Waktu nak hantar Za balik lepas pergi walimah Dyaz, tetiba sape entah cakap nak lepak KLIA. Nak dekat sampai rumah Za waktu tu, terus tak jadi belok. Elok-elok nak tumpang solat kat rumah Za, terus solat kat KLIA. Sebab dah lama gila tak ke sana, cuak-cuak je aku memandu cari parking. Dah la pandu kereta orang, lagi la cuak.

Sampai sana, pusing-pusing cari parking. Lepas tu laju-laju cari surau sebab waktu asar pun dah suntuk. Terus tunggu maghrib sekali, baru merayap dalam tu. Tak merayap mana pun, lepak dekat Anjung Tinjau. Lepas tu masing-masing sibuk kemaskini status FB. Lepas tu bila orang komen berdasarkan status yang ditulis;"Pergi mana?", yang menulis status pun membalas; "Tengok kapal terbang parking je. Nak tengok lurus ke senget." Gitulah lebih kurang dialognya. Kahkahkah... Memang tak ada kerja cari kerja. Dua jam lebih juga kat sana ambik perasaan nak terbang bulan April nanti, inshaAllah. Sebelum balik, haruslah berlakon dalam gambar. Terima kasihlah teman jenayah kerana memahami jiwa seorang blogger temanmu ini. *Ciuman terbang*

Entah apa yang ditunjuk, pun aku tak tau

Wednesday, 11 December 2013

Happiness is...

... when you received something unexpectedly. The price does not matter, but the thought that count. Thank you.

***A random post on such a beautiful date; 11.12.13.

Tuesday, 10 December 2013

Roti Cicah Kari

Setiap sem, waktu paling bosan adalah waktu menanti peperiksaan subjek umum berlangsung. Sebab? Dah tak ada kerja nak buat. Semua dah selesai. Rekod pengajaran, rekod kehadiran, dan markah kerja kursus dah siap isi. Makanya, hanya tunggu peperiksaan selesai dan masa untuk menanda kertas. Yang ini boleh bikin pening sebab macam-macam rupa bentuk jawapan yang muncul kang. Kali ni tak tahulah bagaimana rupanya. Tunggu dan lihatlah saja.

Sementara tak ada kerja, mari kemaskini gambar-gambar dalam laptop ni. Dah lama sangat-sangat tak pindahkan gambar dari telefon ke laptop, sekali pindahkan, sampai melimpah ruah. Ambik ko!Lepas tu pening nak bahagikan ikut susunan. Ingat nak edit gambar untuk entri tertunggak blog, sekalinya mata juling sebab tak tahu nak mula dari mana. Nah tengok gambar makanan ni dulu.

Roti cicah kari daging korban dan teh o strawberi Agromas. Waktu ni Wak yang menukang rumah nak datang bincang pasal bayaran jadi Abah suruhlah buat air. Habis tu, nak hidang air kosong je? Tak seronok pulak. Kerepek dan biskut-biskut kebetulan tak ada stok. Tetiba ternampak sebuku roti yang baru dibeli dan terjeling kari daging dalam periuk atas dapur. Tinggggg! Mentol menyala atas kepala. Tanya Abah, okey ke hidang roti cicah kari ni? Bila Abah kata okey je, terus je kelentung kelentang siapkan hidangan.

Roti tu Abah suruh potong jadi bite size, senang nak makan. Baik, saya yang menurut perintah. Lepas tu aku bakar kejap untuk jadikan tekstur dia rangup sikit supaya bila makan tak rasa muak. Dah bakar, susun la bagi cantik sikit. Letak sekali piring kecil sorang satu untuk makan. Siap!

Thursday, 5 December 2013

Jiwa Kacau Ke?

Lepas kerja tadi, laju-laju punch out sebab nak pergi Jusco sempena hari kad J. Sebelum ni memang tak pernah langsung. Bila ada duitnya, masa tak ada. Bila ada masa lapang, duitnya pulak tak mengizinkan. Kali ni aku peruntukkan duit, maka bergegaslah ke sana dengan hanya satu tujuan.

Sebenarnya, dah tengok-tengok dah benda tu 2 minggu lepas dekat cawangan yang lagi satu. Siap pegang dan cuba sangkut lagi! Tapi waktu tu kenapa entah, tak sampai seru nak beli. Lepas tu dah balik rumah dok terbayang benda tu sampai tahap pejam mata pun imej beliau boleh muncul. Dahsyat tak? Hahaha... Memang dah sampai masa untuk tukar pun sebab yang sedia ada ni dah uzur benar nampaknya; tunggu masa nak lerai je.

Sampai Jusco terus terjah kawasan dia. Sebab dah simpan dalam hati nak yang tu jugak, yang lain aku tak berkenan walaupun diskaun dia lagi banyak. Tapi, rekaan yang aku nak tu tak ada! Ohhhhh, hampa dan kecewa... Siap tanya adik tu lagi, kot-kot ada yang lain. Tanya banyak kali kot sebab cara adik tu menjawab teragak-agak. Sebelum ni memang yang jaga tu pernah cakap, satu rekaan hanya ada satu untuk setiap cawangan. Entah betul, entah tipu, aku tak tahu la kan.

Tak boleh terima hakikat jugak lagi tu beliau dah tak ada, doklah depan rak tu tenung kawan-kawan dia yang lain. Ada satu tu, adik beradik dia jugak tapi besar gabak macam kalau nak sumbat laptop aku yang lebar tu pun muat. Dah belek-belek, lepas tu fikir yang benda ni nak guna hari-hari. Pergi kerja bawak dia, pergi jalan pun sama jugak. Kalau beli yang itu, tak praktikal. Pusing tengok jenama lain pun tak berkenan. Nak-nak orang ramai gila, lagilah malas nak layan.

Akhirnya,  merayap tanpa tujuan dan hampir terbeli sesuatu yang tak berapa patut dibeli sebelum ke satu tempat lain. Dah lama jugalah mengintip tempat tu untuk dapatkan produk dia dengan harga yang sedikit murah berbanding harga asal. Masuk situ, nampak tulisan LAST DAY-50%. Tergugat ni. Pusing kawasan tu sambil memunggah sampai banyak kali. Terdengar pulak jurujual tu kata ahli kad J dapat tambahan 10% diskaun. Uish, terus punggah dengan lebih semangat.

Terpegang pulak satu yang rekaannya agak menambat hati. Saiz dia pun dah ngam soi; tak kecik, tak besar sangat. Lama gila aku belek sampai akhirnya paksa diri untuk beli. Boleh cenggitu? Hahaha... Stress punya pasal. Apapun, masih dalam lingkungan bajet untuk benda yang asal maka tidaklah ralat sangat. Lagipun dah lama teringin nak pakai barang jenama tu.

Dah beli, mengadu kat Kak Chik pulak dilema kurang berkenan tu sampai beliau tanya, jiwa kacau ke aku sampai membelasah membeli? Entah ek? Macam ye kot. Stress dengan budak-budak nak periksa tapi kerja kursus ada yang tak lengkap. Panggil suruh selesaikan pun diorang buat pandai je, lepas tu cikgu diorang yang stress. Apakah? Tambah lagi, keadaan bilik yang sedang dijajah oleh anai-anai, menambah stress juga. Habis bersepah satu rumah gara-gara anai-anai tu. Haisshhh.... Nah, teka benda yang aku beli.

Monday, 2 December 2013

H.O.A.R.D.E.R

When I look at my blog, I keep on saying to myself; "Could you please manage the blog lists? You are definitely a hoarder!" Okey, dah lama nak buat benda ni tapi dok la kata esok, nanti dan biarlah. Sudahnya, duduklah bertapa blog-blog yang sudah menjadi hiatus. Sayang katanya sebab yang dah pencen menulis blog tu kawan-kawan jugak. Konon-konon nak pindahkan mereka ke satu lagi blog khas yang menempatkan pautan-pautan blog yang selalu aku terjah. Sampai ke sudah tak jalan. Bukan setakat dalam alam maya je aku jadi hoarder, dalam alam realiti pun begitu.

Koleksi pen merah Cik Farae

Sayang nak buang, lepas tu membebel sendiri kata bekas pensil penuh! Hahaha... Tapi ada kebaikan juga sebab hari Jumaat lepas, tengah syok-syok menanda tugasan budak-budak sem 1, tetiba dakwat pen habis. Menggagau aku korek 'bangkai' pen ni dan ada sebatang yang nyawa-nyawa ikan. Dapatlah capai target untuk habiskan menanda tugasan tu.

Sunday, 1 December 2013

Logik Sikit Boleh?

Tertinggal keretapi. Istilah paling tepat untuk aku yang baru sibuk nak tengok I Lap U Encik Sombong. Waktu orang lain terkejar-kejar tengok di slot akasia, aku rilek je tak heran langsung. Kak Chik yang jarang tengok TV pun boleh tersampuk katanya. Hahaha... Hai Sedari! Cerita adaptasi memang aku kureng sikit, lebih suka baca novel. Lepas baca novel, baru terasa nak tengok. Gigih muat turun ko! Sekarang pulun tengok sampai cerita Korea pun aku hold dulu. Memang berhantu.

Novel dia tak tebal sangat. Kalau pulun sehari, boleh habis tapi sebab kerja aku bukan baca novel je maka sampai tiga hari juga baru habis. Jalan cerita novel dengan drama tak lari jauh cuma aku rasa pemilihan pelakon sangat sesuai walaupun aku cuma kenal mak ayah Zaara dengan mak ayah Irham sebab mereka pelakon lama. Pelakon lain haram tak kenal. Hehehe... Menjiwai wataklah pelakon-pelakonnya dan tak ada yang kaku. Suka tengok Zaara yang pakai tudung dengan kemas sampai aku ingat pelakon tu memang seorang yang bertudung. Kadang-kadang kan kalau perhati pelakon ni, main sauk je pakai tudung. Yang ni tak, siap lilit bagai. Lepas tu waktu diorang lari sampai Penang, boleh perasan tudung si Zaara ni tak kemas dan ada kesan lipatan tanda tak bergosok. Itu realiti. Siapalah yanh melarikan diri sambil bawa seterika? Kalau ada pun, aku kot. Hahahaha....

Sekarang dah sampai episod 24, berhenti kejap sebab tak puas hati. Kenapa? Ingat tak Datin Yam ni kena strok? Cara penyembuhan dia adalah sangat tak logik. Ye, dalam drama kita boleh cepatkan masa atau lambatkan masa. Realitinya 5 minit, mungkin dalam cerita dah 5 bulan. Sebagai seorang yang berpengalaman dengan pesakit strok, cara untuk dia sembuh sangat tak logik. Strok bukan calang-calang penyakit walaupun serangannya minor, tetap perlukan masa dan usaha untuk sembuh. Untuk sembuh, bukan hanya boleh dirawat sesaja. Perlu jalani terapi dan juga ubat-ubatan serta bimbingan pakar selain ikhtiar tradisional seperti berurut.

Untuk terapi pulak, samada ke hospital atau upah profesional datang ke rumah untuk sesi terapi. Dalam drama tu, sangat tak logik sebab dengan hanya bimbingan si anak dan menantu saja, Datin Yam dah boleh berjalan dan bertutur. Sangat tidak logik! Realitinya, terapi untuk strok ni pun bukan hanya dari segi pergerakan malah juga dari segi pertuturan. Bukan apa, sebab dia tunjuk Datin Yam ni lumpuh separuh badan, maka aku rasa dia kena jalani terapi pergerakan dan juga pertuturan untuk sembuh. Pergerakan pulak melibatkan tangan dan kaki. Maksudnya bila buat terapi, sekali untuk melatih pergerakan tangan dan sesi lain nanti untuk kaki pulak. Paling tidak pun, cer tunjuk sekali sesi terapi di hospital ke, baru la logik. Ini berdasarkan pengalaman tau aku cakap.

Kesimpulannya, jangan nak percaya sangat drama TV ni. Auta lagi banyak dari fakta. Tengok boleh, percaya jangan. Apa pun, drama ni antara yang terbaik pernah aku tengok walaupun ada babak yang kurang logik. Layankan aje.... Lagu-lagu dia pun boleh tahan sedap. Okey, nak sambung tengok episod 25 dan 26. Sekian, dari orang tertinggal keretapi.