Engagement Fund ;)

Monday, 6 January 2014

Kalau berjimba tu,....

...laju aje nak gebang. Hahaha... Sebenarnya hari ni keluar sebab nak tuntut kit percubaan Clinique JE. Eh, tapi dah alang-alang sampai sana, takkan nak tuju kaunter Clinique je kot? Awal-awal ko dah sorok udang disebalik Maggi kan? Kihkihkih... Dah lama betul rasanya tak keluar dengan tujuan ke tempat membeli-belah. Sampai pun kira awal dan orang pun tak ramai lagi, jadi teruslah tuju ke tempat tujuan. Dan kami berjaya menjadi orang pertama menuntut kit tu di Jusco Bukit Tinggi. Yeaaayyy! Macam mana boleh tau? Sebab bila sampai situ dan tunjuk invitation on FB, barulah beliau print out borang untuk di isi menandakan kami dah tak layak nak tuntut kit ni di kaunter lain lagi. Dan iniah kali pertama aku pergi situ dan dia cakap aku macam dah tak sesuai guna 3-step yang nombor 3 sebab nampak macam kulit aku dah okey dan boleh tukar guna yang lain. Tahun depan la kot, toner ada lagi separuh botol, cleanser pun ada lagi separuh botol. Pemalas Penjimat kekdahnya...

Inilah dia kitnya..comey tak Kak Ton?

Sebenarnya, bila keluar je iklan dia kat FB dan nampak ada tulis Giveaway, haruslah terjojol biji mata dan terus terdetik dalam hati; 'This is just perfect for travel!' Gituuu... Kuasalah kan aku nak beli travel set dan pindahkan dari botol besar pergi ke botol kecil. Tidak..tidak.tidak... Dah dapat tiga-tiga ni, muka bahagia gila. Hahaha... Yang belum cuba, masih ada masa lagi sampai 9 Januari. Percuma beb, percuma!

Invitation designed by me...masa nilah baru perasan gambar aku berdua dengan Aten tak banyak..

Dah simpan dalam beg, merewang bahagian beg tangan pulak sebab ada orang tu nak beli beg baru katanya. Tak ada yang berkenan, meh tolong Tuan Tanah pilih beg untuk melancong karang. Lama gila nak memilih beg ni sampai yang tolong pilih duduk dekat celah-celah beg dek kerana penat memberi pandangan kepada yang nak membeli beg. Heeee... Pilih punya pilih, punya pilih; belek punya belek, punya belek, barulah kata sepakat dicapai. No turning back! Dari yang saiz 23, sampai saiz 25, sampailah akhirnya ambik saiz 27. Nah, bukan hanbok je ko boleh bawak balik, dengan Kwon Sang Woo sekali ko boleh masukkan dalam beg tu. Hahaha...

Walaupun bukan warna hijau, tapi aku pasrah je beli sebab dah tiga kali dok ushar beg-beg yang ada diskaun 70% tu, sampai jatuh-jatuh lah susunan beg tu, barulah diberi hidayah nak membeli. Lagipun memang perlu dan benda boleh guna lama, apa ada hal? Terima kasih crime partner atas kesudian meluangkan masa dan tenaga membantu memilih beg yang nak diisi dengan bantal kuno tu. Eh? Hehehe... Siap boleh berbincang dengan sorang makcik yang nak beli beg juga, yang tak menahan tu. Dua-dua macam berkenan dekat beg yang sama, tapi makcik tu datang dulu. Maka haruslah makcik tu yang menang. Okey, dah beli, duduk rumah diam-diam kumpul duit belanja pulak.

Dah hantar beg masuk kereta, merayap ke tingkat bawah pulak sebelum menuju ke Manhattan Fish Market untuk makan. Lapar tapi tak nak makan nasi, moh la makan fish n chip. Rambang mata nak pilih menu sebelum dua-dua pilih fish n chip tapi ikan jenis lain-lain. Aten ambik dory, aku ambik cheri snapper kot nama dia. Bila sampai, masing-masing buat muka sebab pinggan kecik, tapi perut lapar. Cukup ke? Hahaha... Takpe, kita makan dulu. Tak kenyang kang terjah tempat lain pulak. Alhamdulillah, kenyang sebab sumbat pencuci mulut sekali. Itu pun terkulat-kulat gak la aku nak habiskan mud pie yang sungguh bercoklat dan agak besar saiznya. Puas hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Lepas ni boleh lepak sini lagi. Gambar ikan tak ada sebab dah lapar, ada gambar kek je. Nampak macam kecik kan? Tapi sebenarnya besar.

Manhattan Mud Pie...sedaaaappppp!

Manhattan Velvet Cake....pun sedaaaaaapppp!

Lepas makan, masuk Guess. Sale hoi, sale! Sentap mak incik! Haritu waktu nak beli, bukan mainlah tak banyak pilihan. Ini waktu takmo beli, bersusun-susun pilihan yang menusuk di kalbu. Sentap! Siap ada yang tawar nak jadi Ah Long, instalment bulan-bulan tu... Nasib baik iman masih kuat. Dunia semua tu, dunia. Gituuu... Tapi sampai sekarang gak la terbayang-bayang satu beg yang gojes kebabom dengan harga yang mampu milik serta wallet cun malatops yang sangat praktikal untuk orang yang suka sangat kumpul kad entah hape-hape ni. Haisssshhh! Syohh, syoohh! Waktu dia buat sale je la pun aku mampu nak beli Guess, kalau tak nan hado la nak labur sampai 500 hengget untuk beg tangan sajork. Baik aku belanja orang makan ke, atau simpan untuk kahwin duit tu. Eh? Maka, Aten sorang jelah yang membeli beg tu. Dia pun menyesal sampai ke rumah sebab tak angkut sekali yang dia berkenan tu. Takpe, ada sale lagi kang kita terjah okey?

Tengok orang tu, sampai tak tahu nak pilih mana satu...kihkihkih...

Muka puas hati dapat beg baru...

Keluar dari Jusco dah pukul dua lebih kot, singgah solat dulu baru pergi GM. Sepanjang GM tu wujud, inilah kali pertama aku jejak kaki kat situ. Nasib baik ada yang nak bawa, kalau tak memang takde la. Ramai gila orang sampai parking pun dah bersepah-sepah. Macam-macam ada dalam tu sampai rasa nak beli semua. Nasib baik takde wang tunai dalam tangan, kalau tak memang dah labur dah. Aku beli lapik periuk dengan sehelai blaus denim yang cantik dengan harga yang best je. Itupun pinjam duit Aten dulu. Heeee... Terima kasih beb! Lain kali aku bawak duit tunai banyak-banyak okey. Itulah dia cerita hujung minggu pertama di tahun 2014 ni. Untuk sesi ukur mengukur GM pusingan kedua, akan dicoretkan kemudian. Gambar Tuan Tanah tak ada sebab malas nak pindah masuk dalam laptop sebab bateri telefon dah mati.

No comments: