Engagement Fund ;)

Thursday, 13 February 2014

Peramal yang Hebat

Sementara ada mood ni, mari ulas drama yang panjang berjela macam sinetron ni. Daripada mak dengan ayah hero belum jumpa, sampai dah jumpa, sampai bercinta, sampai mengandung, sampai kena kahwin dengan orang lain pulak, sampailah ayah hero mati, sampai hero kena hidup sendiri lepas ayah dia mati dan dalam masa yang sama dia nak cari mak kandung dia, baru cerita sebenar bermula. Errr, maksud aku hero sebenar yang hensem muncul. Siapa lagi kalau bukan Ji Sung.

Episod dia yang awal-awal tu memang lembap sungguh! Kadang ada bahagian yang macam mengelirukan dan sangatlah tak berkembang plot cerita. Tabah jugak aku tengok tapinya sebab nak tahu jalan cerita. Dah tak ingat sampai episod berapa yang jalan cerita dia lembs, sampai episod 7 ke, 8 jugak kot. Kalau nak tengok, korang mula tengok bila hero dah dewasa. Yang episod awal tu meh aku cerita je.
Kisahnya pasal ayah si hero yang ada kelebihan untuk meramal masa depan dan secara tak sengaja dia terjumpa 'The Great Site'. Siapa yang memiliki The Great Site ni kiranya akan jadi sangat hebat dan berkuasa. Maharaja waktu tu nakkan tapak tu untuk bebas dari jajahan negara yang menjajah Goryeo. Kiranya kalau ada tapak tu, yang menjajah tu tak boleh nak cakap apa dah. Bila maharaja tahu yang ayah hero dah jumpa tapak tu, terus dia tangkap ayah hero dan paksa untuk dedahkan lokasinya. Ayah hero pulak tak boleh nak dedahkan sebab belum sampai masanya; tempat tu hanya boleh didedahkan dalam masa 50 tahun dari sekarang. Dahsyat ayah dia kena seksa tapi tak jalan jugak. Akhirnya mak hero yang merupakan kenalan ayah dia juga sebenarnya saling menyukai dijadikan umpan untuk cungkil lokasi The Great Site. Dapat tu dapat tapi bukan lokasi yang sebenar dan maharaja ni percaya pulak. Selamat disitu.

Gedebuk gedebak, mak hero ni kena kahwin dengan Lee In Im; seorang jeneral kot pangkat dia untuk selamatkan Goryeo daripada diserang sebab jeneral ni tahu yang lokasi tu sebenarnya palsu dan dia berkomplot dengan penjajah . Jeneral ni watak paling jahat tak boleh blah dalam drama ni. Geram je rasa. Ada lagi sorang, ketua paderi kot istilah dia; pun jahat sekepala dengan jeneral ni. Waktu kahwin tu mak hero dah mengandungkan hero dan ketua paderi tu pun mengandung anak jeneral ni dan diorang bersalin dalam masa yang sama. Atas sebab keselamatan, mak hero terpaksa serahkan hero kat ayah dia dan ketua paderi tu pulak sebab nak jaga status dia sebagai orang agama, dia bagi anak dia kat mak hero. Mula-mula mak hero tak nak terima sebab dia komplot dengan jeneral tu, tapi sebab kesian, dia ambik jugak.

Bermulalah episod menyerabutkan kepala. Waktu hero dah meningkat remaja, ayah dia nak kena tangkap dengan pengawal diraja sebab maharaja dah tahu dia tipu. Tapi dia pesan kat kawan dia untuk bunuh je dia kalau kena tangkap sebab dia tak sanggup nak kena seksa lagi. Akhirnya, kawan baik dia yang merupakan ayah heroin terpaksa bunuh dia sebabkan dah berjanji. Sebelum mati, ayah hero sempat bagi tahu mak dia masih hidup dan suruh hero pergi cari mak dia dengan berpandukan cincin yang mak hero bagi. Dalam pada tu, berlaku satu insiden dimana dia kena seksa sebab ada salah faham dan yang seksa dia tu mak dia sendiri tapi dua-dua tak tahu diorang tu anak beranak. Penat pulak aku nak menaip panjang-panjang ni. *lap peluh*

Kemudian, taraaa! Tiba-tiba hero dah membesar dan bakat meramal ayah dia turun kat dia. Nama hero ni Ji Sang. Dia dibela keluarga angkat yang merupakan peniaga. Tapi ayah angkat dia sangat gilakan duit sampai dia sanggup terima upah untuk intip Ji Sang dari Jung Geun, hero jahat yang merupakan anak tiri mak Ji Sang. Ingat tak, kisah ketua paderi tadi? Ha, anak dialah tu. Ada satu insiden yang menyebabkan dia dapat petunjuk tentang mak dia dan dia sanggup menyamar jadi pegawai semata-mata nak masuk istana untuk cari mak dia. Bermula dari tulah perjalanan hidup dia penuh berliku. Dia diterima untuk jadi pelajar akademi ramalan dan feng shui istana. Waktu ni dia jumpa heroin yang bernama Hae In. Konfliknya adalah, Hae In suka Ji Sang, tapi Ji Sang suka heroin jahat yang merupakan kawan zaman kanak-kanak dia, dan Jung Guen suka Hae In. Cinta berapa segi ni?

Hero dan heroin..heroin anak kepada profesor yang merupakan kawan kepada ayah hero..dalam episod akhir-akhir nanti ada konflik antara dua orang ni bila dia dapat tahu ayah dia yang bunuh ayah hero

Belah kiri tu profesor dan yang tengah tu sami yang juga kawan-kawan rapat ayah hero

Lupa nak cerita satu watak penting; Jeneral Lee Sung Gye. Mengikut kepercayaan ayah hero dan kawan-kawan baik beliau yang merupakan seorang sami dan juga profesor di jabatan feng shui, Lee Sung Gye ni yang akan jadi pemilik The Great Site. Walau macam mana cara sekalipun, Lee Sung Gye kena jadi maharaja. Dia ni jeneral baik yang  tak setuju dengan cara Lee In Im nak menggulingkan maharaja sekarang sebab nakkan takhta. Dia pun awalnya tak setuju dengan sami yang kata dia patut rampas takhta untuk penuhi suratan takdir. Satu tentang Lee Sung Gye ni, dia sangat setia pada maharaja dan negara dan cuba lindungi maharaja hingga saat terakhir. Sebenarnya Lee Sung Gye ni kenalan rapat ayah hero dan dia juga terhutang nyawa dengan ayah hero maka dia pun ambik Ji Sang sebagai orang dia. Misi Ji Sang selepas maharaja tahu dia adalah anak kepada Mok Dong Ryoon(ayah hero) ialah mencari The Great Site yang sebenar. Maharaja bagi dia masa lima tahun atau mak dia kena bunuh. Macam-macam konflik dan insiden muncul sampailah akhirnya maharaja kena bunuh, lepas tu anak dia pulak jadi maharaja, sampailah kemudiannya Jeneral Lee Sung Gye terpaksa terima hakikat dia kena jadi maharaja untuk selamatkan tanah air dia daripada tergadai. Gedebuk gedebak, Lee In Im berjaya ditewaskan dan Lee Sung Gye berjaya naik takhta. Lepas dia naik takhta, baru Ji Sang berjaya jumpa balik The Great Seer. Maka berakhirlah zaman Goryeo dan bermulalah dinasti Joseon yang mana Lee Sung Gye merupakan pemerintah pertamanya

Ini pelakon-pelakon utamanya...belah kiri tu anak tiri mak hero, perempuan baju merah pulak cinta pertama hero..yang tengah tu la Jeneral Lee Sung Gye

Disebabkan drama ni berdasarkan sejarah, maka pengakhiran dia ada sedikit anti klimaks. Macam sakit hati pun ada jugak tengok ending dia macam tu. Tapi nak buat macam mana, sejarah tak boleh diubah. Pasrah jelah. Yang tak boleh blah, sepanjang 35 episod tu, The Great Site muncul dua kali je? Sekali waktu episod terawal dan lagi sekali dalam episod terakhir. Nasiblah labu, dah layan separuh jalan kena kasi habis. Banyak lagi cerita sebenarnya tapi aku jamin yang baca sinopsis ni dah muntah hijau sebab panjang sangat kan? Hahaha...Baru sinopsis ni, belum tengok drama dia. Nak tahu, kena tengok sendirilah ye. Aku bagi 3/5 untuk drama ni walaupun sepanjang cerita rasa sakit hati je dengan orang-orang jahatnya. Tarikan untuk tengok drama ni sampai habis adalah barisan pelakonnya yang boleh tahan hebat dan popular.

No comments: