Engagement Fund ;)

Friday, 24 January 2014

RTK #2: Hari Kejadian

Selagi cerita perjalanan ke dan di Kelantan tak habis karang, selagi tu tak boleh tidur malam rasa semacam. Sebabnya dah janji pada diri sendiri untuk abadikan kenangan sepanjang perjalanan di sini untuk tatapan di kemudian hari. Haritu alasan gambar tak siap edit, sekarang alasan malas nak mengarang. Boleh? Hahaha.. Meh la kita tengok gambar yang diselang selikan dengan sedikit cerita sebab dah lupa-lupa ingat.

Kali niadalah cerita pada hari kejadian pada 15 November 2013 bersamaan hari Jumaat. Semua bangun awal pagi, seronok nak menimba pengalaman kekdahnya. Disebabkan pengurus pasukan bola tampar tak ikut atas sebab-sebab tertentu, maka tak ada pengajar pengiring untuk bola tampar. Aku pun dah lupa macam mana aku boleh kena pantau budak-budak bola tampar ni. Heee... Tempat perlawanan dengan penginapan boleh tahan jauh jaraknya jadi berlaku sedikit kekecohan untuk pengangkutan budak-budak sebab kebanyakan perlawanan bermula serentak. Perlawanan berpasukan ye, macam bola sepak, bola tampar dan juga bola jaring. Bayangkanlah berapa ramai nak kena angkut untuk sekali jalan. Memang bersempitanlah budak-budak ni dalam Hiace, Alza, Hilux dan juga beberapa kereta sedan lain. Kenderaan sendiri saja, penganjur tak sediakan pengangkutan.

Memandangkan perlawanan berlangsung sepanjang hari, memang kami berkampung di tempat perlawanan. Semua pemain rupanya bermain untuk perlawanan begini buat pertama kali jadi masing-masing tak boleh nak tune perasaan cuak dan gementar lagi sampai terbawa-bawa waktu bermain. Aku ni dahlah tak ambik tahu pun peraturan perlawanan pun, maka duduk jelah tepi gelanggang jadi pemerhati dan penyokong.

Ini pagi-pagi waktu baru sampai. Apa-apa hal, kita bergambar dulu.

 Dah bergambar, diorang warm-up pulak. Nampak dua orang yang pakai baju biasa tu? Itu bekas pemain. Sebab sem lepas diorang dah habis LI di pertengahan sem, maka tak layak nak turut serta. Maka diorang jadi jurulatih saja.

Ini untuk orang ketagih kafein. Semangat aku angkut paket-paket berisi kafein sebab katanya duduk Homestay, mesti ada cerek nak masak air kan? Nan hado! Merasalah sakit kepala sehari sebelum berjaya menapau beberapa tin Nescafe ni dekat pasaraya Pantai Timur. Sementara tunggu giliran budak-budak tu main, aku alas perut dulu dengan roti dan Nescafe ni.

 Situasi sebelum perlawanan. Motivasi dari pengurus bola tampar di Selangor nun. 

Waktu tengah hari, rehat panjang jadi sempatlah makanan nak hadam dan bolehlah diorang rehatkan badan kejap sebelum sambung perlawanan petang karang.

Eh, mana gambar dalam gelanggang? Tertinggal nak edit lepas tu dah malas nak korek album gambar yang beribu-ribu lemon keping tu. Hehehe... Keputusan perlawanan, tak menang pun. Ada satu insiden 'busuk' yang berlaku yang sepatutnya tak berlaku. Kesimpulannya, jujurlah dalam semua perkara yang kita buat. Keikhlasan dan kejujuran lebih bermakna berbanding nama dan pingat. Tak apalah, tak ada rezeki nak dapat pingat. Boleh cuba lagi untuk sukan zon tengah nanti. Perlawanan bola tampar berlangsung selama dua hari, Jumaat dan Sabtu. Hari Sabtu perlawanan sebelah pagi je jadi lepas habis perlawanan tu, hantar budak-budak ni ke tempat perlawanan yang sedang berlangsung untuk jadi penyokong. Dah tinggal pesan macam-macam, petangnya pengajar-pengajar ni pulak pergi bersiar-siar di Kota Bharu. Sambung entri akan datang. 

No comments: