Engagement Fund ;)

Sunday, 26 January 2014

Ubat Lipat Kain

Ada sesiapa yang kena ada sesuatu untuk buat sesuatu? Lipat kain bukan satu tugas yang menjadi kegemaran. Basuh kain atau sidai kain, tak ada masalah. Kumpul kain bersih sampai jadi gunung lagilah tak ada masalah. Hahaha... Yang tu dah jarang buat dah sekarang sebab kena paksa diri juga lipat terus kain-kain yang telah dibasuh sebelum dia menimbun macam gunung. Ubatnya adalah dengan menonton drama Korea. Setakat ni itu yang paling mujarab. Sedar-sedar je, 'Eh, dah siap lipat?' Gituuu... Boleh la kan layan Korea sambil buat kerja lain, ada juga manfaat.

Itu yang manfaat, yang mudarat pun ada juga bila dok melangut tengok drama Korea. Apa yang memudaratkan tu? Mentekedarah ramyun pagi-pagi buta! Sebab? Tengok pelakon-pelakon tu makan ramyun guna chopstick dalam mangkuk besi, sedap sangat nampaknya tu. Hahaha... Kalau cuti panjang, itulah kerja aku; mempulun drama Korea sambil makan ramyun. Tak nak kalah sebut ramyun, padahal mee segera je kot. Kalau terlebih rajin, siap buat kimchi ko! Tapi dah lama tak rajin, maka layankan aje mee segera dalam mangkuk besi. Bukanlah selalu pun, once in a blue moon katanya. Kalau tengok drama moden je pun terjebak hadap ramyun ni, drama klasik tak adalah sebab waktu tu mee segera belum wujud lagi.


Ramyun perisa mee bandung cap Adabi yang ditambah hirisan bawang dan cili padi serta beberapa biji bebola ikan. Sedap weh, makan sama-sama dengan orang yang berlakon. Kehkehkeh... Bila datang perangai senget, layankan aje. Ada beberapa drama untuk diulas tapi tak sempat nak karang. Ingatkan malam ni nak habiskan Gu Family Book sekali rupanya ada lagi lapan episod. Ciss, ingatkan sampai episod 20 je. Kena sambung hujung minggu depan pulak la nampaknya. Eh, bukan nak cerita pasal lipat kain je ke? Dah kenapa sampai ada mee segera pulak ni? Takpe, kita jamak sekali dalam satu entri. Bye!

No comments: